Saturday 8 September 2012

Serius - Demo Anti Empangan Yang Aneh Di India (12 Gambar)


Bersih sebenar!

Di Malaysia demo Bersih ialah demo paling hip sekarang. Semua manusia anti pihak pemerintah menggunakan Bersih untuk meminta kerajaan membersihkan senarai nama pemilih.

Di India terdapat sebuah demo yang kami rasakan lebih cool. Penduduk perkampungan Golgalgaon di Khandwa, Madhya Pradesh beredemo menentang cadangan kerajaan tempatan untuk menaikkan paras air empangan Omkareshwar berhampiran perkampungan mereka sebanyak empat meter. Paras air dinaikkan bagi meninggikan kapasiti penghasilan tenaga elektrik dari stesen janakuasa hidroelektrik.

Penduduk tempatan berdemo kerana perkampungan mereka akan ditenggelami air dan pihak kerajaan tempatan dikatakan enggan memberi pampasan setimpal untuk kehilangan tanah milik mereka dan tempat tinggal. Seramai 51 orang penduduk kampung mula berdemo enam hari lalu di dalam air sedalam paras pinggang. Kini paras air sudah mencecah tahap tengkok peserta demo. Selepas berdemo dan berendam selama ratusan jam kulit peserta demo mula mengelupas dan gatal. Peserta demo hanya keluar dari berendam untuk makan dan bertinja.

Demo ini dikenali sebagai Jal Satyagraha oleh penduduk setempat dan mereka berharap tindakan nekad mereka berendam sehingga hampir lepas akan memaksa pihak kerajaan menghentikan cadangan menaikkan paras air atau akhirnya beralah dengan memberi pampasan yang mereka mahukan.

Well..... at least you can say these people memang demo BERSIH kerana sentiasa didalam air!






Laporan asal HindustanTimes

15 comments:

  1. Berendam dlm tong??fucking ass..malu dgn old people dlm sungai tuh.

    ReplyDelete
  2. Mcm latihan komando plk. Respect

    ReplyDelete
  3. Berendam dalam TONG x boleh tahan. Kan dah boleh masuk blog serius.

    ReplyDelete
  4. mesti dorg langgar peraturan komando ni,kna rendam...ish3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat lawak bodo la tu...
      Tak baca ka depa wat demo pasal bantah bina empangan.

      Delete
  5. Hahaha... Macam-macam gelagat manusia ni. X nak condem, nanti hilang lesson..

    Teringat saya kata-kata Anthony Robbins dalam bukunya Awaken The Giant Within, bahawa manusia sanggup mati demi mempertahankan kepercayaan dan apa yang ia yakini benar.

    Ya saya pun sanggup mati demi mempertahankan apa yang saya yakini betul. Mungkin ia betul bagi orang lain, tapi tidak bagi kita.

    ReplyDelete
  6. macam cerita my name is khan je part yg bandar tu banjir ribut taufan lepas tu datangla geng2 india datang ke gereja kat bandar tu nak bagi bantuan kat penduduk kat situ lawak gila babi sial... bangsa india mmg bangsa yg paling superior kat muka bumi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak. Bangsa yg paling hebat dan superior ialah the orang puteh. Tak caya tengok filim armagedon, dan banyak lagi...nasib baek ada diorang. Kalau tak, tak tahu la apa yg jadi pada kita semua.

      Delete
    2. Bangsa superior sebenarnya MELAYU. Sebab aku melayu dan bersyukur duduk dibumi bertuah ini.

      Delete
  7. habis jamban semua tenggelam. T*** timbul merata2.

    ReplyDelete
  8. seriuz sedih. tak patut betol. tanah hilang tenggelam mcm tuh. buat rumah atas air lepas ni

    ReplyDelete
  9. adik beradik Ambiga memang suka berdemo..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails