Friday 7 September 2012

Serius Cool - Samsung ATIV PC (13 Gambar)


Percubaan sulung

Samsung Ativ PC ialah percubaan sulung dari Samsung untuk menghasilkan hibrid tablet dan komputer riba berasaskan Windows 8. Seperti yang anda mungkin sedia maklum Windows 8 ialah sistem operasi pertama Microsoft untuk menselarikan sistem operasi pada komputer, tablet dan telefon pintar. Ini diharap dapat memudahkan pengguna menggunakan kesemua peranti milik mereka kerana penggunaan antaramuka dan sistem yang sama.

Samsung Ativ ialah komputer riba dengan papan kekunci boleh ditanggalkan. Bila ditanggalkan skrin tersebut menjadi sebuah tablet. Terdapat dua versi Ativ PC iaitu versi Ativ biasa dan PRO. Perbezaan disini ialah penggunaan chip pemproses Intel Atom ataupun Intel i5/i3 dan jumlag RAM. Seperti Samsung Galaxy Note 10.1 , Ativ juga didatangi dengan sebatang stylus bagi memudahkan anda melakar dan menulis secara terus.

Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran ataupun harga saranan. Kami pernah paparkan Microsoft Surface beberapa bulan yang lalu dan kami agak teruja dengan konsep tablet menggunakan sistem operasi selaras dengan PC kami. Adakah ianya mampu mengubah lanskap dan pasaran tablet? Kami tidak tahu tapi jika kami mendapat review unit kami akan cuba lakukan ulasan yang penuh di WWW.AMANZ.MY kelak






Laporan asal Samsung

10 comments:

  1. first kew? ew ew ew ew hak tuih..

    ReplyDelete
  2. waa this is so nice. kalau masuk Malaysia nie im expecting RRP dia maybe dalam rm3000 something nie kan..

    ReplyDelete
  3. good guy microsoft..dont sue samsung from copying microsoft surface

    ReplyDelete
  4. aku dah pakai dah samsung ativ ni... kira ok la berbaloi la beli... lebih best dari ipad dan notelet (
    notebook + tablet
    ) yang lain

    * komen mcm ni kalau kat amanz mesti kena delete

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prince punya Samsung Ativ versi A1. Banyak hardware problem. Software pun banyak problem. Window 8 nie banyak bug. Tablet ngan keyboard pun kadang-kadang susah nak sync. Pendek kata sangat bermasalah. Nasib baek hanya Prince jer beli. Orang lain, tengok pun tanak.

      * komen macam nie kalau kat amanz, mesti kena penampor.

      Delete
  5. CONFIRM lps ni Apple Inc. a.k.a Lakhanat Pengecut claim yang Samsung tiru model Macbook from Apple Inc. maklumlah...Apple Inc. sejak takde Steve Jobs dorang xde idea, so saman menyaman lah kejenye. Apple fags sume poyonation...pakai iphone, ipad igt kaya ke? Tolol ade lah.

    ReplyDelete
  6. ape yg bugg ny windows 8? cer ko bgitaw aku..? dier based pd windows RT yg mne sync dier sudah ade kelainan dari previous windows.. ko nk sync gune fon android, apple mmg kne install la dier ny desktop manager. still plug and play usb..jgn komen hentam2 tp pkai ny x. lol. One thing, microsoft x mcm apple saman sana sini, ko nk pkai OS dier silakan..ko nk copy pn silakan sbb tu sume marketing strategi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails