Friday, 16 March 2012

Serius - Dikebumikan Semula Selepas 60 Tahun Ditanam Di Tengah Hutan (9 Gambar)


Jangan lupakan mereka

Jasad 9 orang mangsa kapal terbang terhempas ketika darurat akhirnya dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada tahun 1950, Sebuah pesawat C47 Dakota milik Tentera Udara Diraja England terhempas is Kampung Jenderam Kelantan. Ketika itu pesawat ini sedang melakukan misi menjatuhkan bom asap bagi menandakan lokasi kem komunis sebelum ianya dibom oleh pesawat pengebom Lancaster. Pesawat ini terhempas akibat kerosakan enjin dan kesemua 12 orang anak kapal dan penumpang tekorban

Antara yang tekorban ialah 4 orang awam termasuk pegawai polis Constable Mohammed Bin Abdul Lalil, penjejak orang asli Saiap Alais Sherda dan Yaacob Mat. Selepas terhempas sebuah ekspedisi menyelamat dilakukan. Walaubagaimanapun jasad kesemua mangsa terpaksa ditanam di dalam hutan kerana mereka risau diserang Komunis serta kesukaran membawa 12 mayat keluar dari kawasan hutan yang tebal.

Mayat kesemua mangsa hanya dikeluarkan dari hutan pada tahun 2008 selepas Geoffrey Carpenter (82), waris salah seorang mangsa menulis kepada pejabat pelancongan Malaysia di Britain untuk mencari lokasi mayat mereka ditanam. Geoffrey bernasib baik kerana surat yang dihantar beliau dibaca oleh Kolonel Tajri Alwi yang kemudian membantu beliau mendapatkan bantuan Briged ke 8 Angkatan Tentera Malaysia. Pada tahun 2008 bangkai pesawat dan lokasi kubur ditemui. Seterusnya sebuah recovery team seramai 150 orang berjaya menggali dan membawa keluar rangka mangsa untuk dikenal pasti identitinya.

Selepas lebih 60 tahun akhirnya kesemua mangsa kemalangan berbangsa British C47 Dakota ini dikuburkan di Tanah Perkuburan Komanwel di Kuala Lumpur. Jasad mangsa beragama Islam mengikut laman blog Military of Malaysia sudah ditanam pada tahun 2008. Lokasi saya tak pasti.

Inilah honour yang diberikan kepada mereka yang gugur ketika bertugas. Bak kata Marine Amerika, Leave No One Behind. Walaupun berpuluh tahun gugur jasad mereka akan diberikan pengkebumian sempurna dengan penuh istiadat. Respect.






Laporan asal Daily Mail
Informasi tambahan Military of Malaysia

19 comments:

  1. You'll nebarr walk alone.....

    ReplyDelete
  2. nk tny..boleh ke org islam masuk ke tanah perkuburan bukan islam??bagaimana pula dgn sebaliknya??

    ReplyDelete
  3. la kenape nak prejudis sgt.org bkn islam boleh je msk masjid asal tutup aurat,kita pun boleh je msk gereja xjatuh hukum haram pun,cume perlu mnjg tatasusila, hormat tempat org dan jgn dtg waktu mereka meraikn perayaan keagamaan diorg.kalau di euro melancong klu xjumpe masjid ada je nmpak org muslim smbahyg di gereja yg dulunya masjid,sama mcm anjing pegang xdosa ibarat kita pegang taik xberdosa cume kotor perlu bersihkn ikut syarak.tolong jgn la nk sempitkn fikiran.

    ReplyDelete
  4. http://www.yadim.com.my/Remaja/RemajaFull.asp?Id=151

    ReplyDelete
  5. Aku rasa nak sepak punggung Amru.

    Harap aku dibenarkan.
    Soalan yg orang tanya tu...jawapannya boleh / tak boleh aje.
    Kalau tanya kena cop sempit fikiran,meleret sampai pegang anjing semua.. payah la.

    Kau nak meleret...meh aku meleret sama. Sebab payah macam ni la...orng lebih merasa belas kasih anak Tuhan Yesus Kristus. Orait? Dragging tak? hahahaah...wooho.

    ReplyDelete
  6. amru ko mmg hebat..mslhnya org tu tnya bleh ke tidak, boleh ke tidak, boleh ke tidak,

    cara ko tu cm meghalal kan cara, k..ko nk kubur berjirankan salib kelilg,smpi kiamat xda spe nk dtg mlwt

    ReplyDelete
  7. wei tgk sikit soalan tu masuk ke kubur bukan tanam di kubur.apa rabun xbaca elok2.

    google ada lg nk tanya soalan simple.lg satu mmg ada kene mgengena.kita org melayu trsgt2 la bersikap prejudis cepat nk menghukum trhadap anjing n rumah ibadah agama lain.apa jadah nk mghalalkn cara plk dh mmg xde hukum ckp jejak kaki ke dlm gereja dosa.siap nabi sendiri bg kristian sembhyg dlm masjd nabawi.

    ReplyDelete
  8. Amru, kitorang tak rabun. Mamat tu tanya boleh atau tidak. Ko sebagai orang pandai, mesti jawab "boleh" atau "tidak boleh" beserta huraian kalau mampu.

    Ni sampai ko drag masuk point "sempit fikiran" bagai apa kes pulak? Ni dah masuk kes syak wasangka buruk. Betul ke mamat tu tanya soalan semata-mata nak provoke soal prejudis? Soalan simple je pon. Ko je assume lebih. Sebab terlebih pandai.

    "Google ada lg nk tanya soalan simple" ko kata. Mesti ah dia tanya sebab dia tak pandai! Bukan macam ko, pandai tahap genius, ko tak terima soalan-soalan bodoh camtu. Serius, kalau boleh aku pon nak menuntut ilmu dengan ko. Nak tanya Usul Fiqh sket. Bab-bab "istimbat hukum" aku pon nak tahu lebih. Boleh ya?

    Amacam. Best tak aku drag jauh-jauh? Woha!

    ReplyDelete
  9. Baguslah dipindahkan ke tengah kota. At least senang nak menziarah. :)

    ReplyDelete
  10. Asyik gaduh je korang ni.. Rilex la..

    ReplyDelete
  11. boleh je singgah kubur. Bukannya membuatkan kita murtad. Cuma berdiri di tepi dan menghormati keluarga si mati. Kita ni makhluk yang beradab, jaga sikit bahasa. Ada juga kan askar malaysia yang mati di negara luar yang askar negara tu buat penghormatan juga.

    cuba tgk kubur kristian kat pantai gelora kuantan bersebelahan saja dengan surau. kat singapore, kawasan kubur islam pun bersebelahan dengan kubur cina. Di malaysia ni, banyak pun kubur berdekatan. Tak ada pun yang buat demo suruh asingkan. Atheist kat america pun bila mati dikebumikan kat kubur biasa atau cremated. Option keluarga selalunya.


    Nasib korang cakap melayu, keluarga si mati tu ada waris juga. Mcm suka hati je korang troll yang dah mati. Nanti konflik negara tiba2 kang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails