Monday, 6 January 2014

Serius Cool - Bloodhound SSC : Kereta Berkelajuan 1600 Kilometer Sejam (15 Gambar)


Fast and Furious sebenar

Percubaan memecahkan rekod kenderaan darat terpantas sudah berlaku sejak 1896. Pada tahun tersebut kereta Jentaud Duc buatan Perancis berjaya memecut sehingga 63.5 kilometer sejam. Rekod kenderaan terpantas dunia kini dipegang oleh Thrust SSC. Thrust mencatat kelajuan 1227 kilometer sejam pada tahun 1997. Kini sebuah lagi kenderaan berkuasa enjin jet dan roked dibina bagi memecahkan rekod berusia 17 tahun ini. Bloodhound Super Sonic Car buatan Britain akan cuba mencecah 1600 kilometer sejam. Rekod akan cuba dipecahkan 39 hari dari sekarang. Kereta berkuasa jet and roket ini diperkasakan enjin jet Rolls Royce dengan 135 000 kuasa kuda. Ini bersamaan dengan kuasa 120 kereta Formula 1.  Mari kita lihat sama ada Bloodhound SSC dapat mencatat rekod dunia baru ini kelak.




Laporan asal Bloodhound

4 comments:

  1. + Dj On Air: fazz + Listener: 119/1000 + To Listen & Request: http://www.kcfm.my

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails