Monday 6 January 2014

Serius - Amalan Menembak "Meriam Buluh" Edisi Belanda Yang Diadakan Setiap Tahun Baru


Friesland

Meriam buluh dan sambutan Hari Raya memang sinonim di Malaysia. Di Utara meriam buluh kini digantikan dengan paip besi yang tebal bagi memastikan keselamatan penembaknya. Pada malam Hari Raya ada tradisi perlawanan menembak meriam buluh antara kampung. Tapi tahukah anda amalan menembak meriam karbaid ini juga ada di Belanda? Di Friesland, wilayah utara Belanda terdapat tradisi menembak "meriam buluh" pada hari tahun baru. Well not really buluh but more like tong mengisi susu yang diisi dengan karbaid.Tradisi ini sudah diamalkan selama ratusan tahun . Sebuah lubang ditebuk pada bahagian tepi sebuah tong susu besi. Kemudian karbaid diletakkan pada bahagian dalam. Selepas air dimasukkan penutup tong susu ditutup. Kemudian api dicucuh pada lubang yang ditebuk. Penutup tong akan terpelanting apabila letupan berlaku. Seperti di Malaysia semakin tahun tradisi ini akan menjadi semakin extreme dan menggunakan tong yang lebih besar sebagai meriam mereka. Seperti di Malaysia setiap tahun akan berlaku kemalangan mengakibatkan jari terputus akibat letupan. 

So it can be said bukan Melayu je bodoh main meriam buatan sendiri setiap tahun. Di Friesland Belanda benda yang sama juga berlaku! HUZZAH!



2 comments:

  1. macam mana ? berapa mati ? berapa hilang jari ?
    perbuatan main meriam tak bodoh, yang hilang jari hilang tangan tu yang bodoh.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails