Thursday 6 September 2012

Serius Cool - Pembesar Suara Berjenama Marshall (8 Gambar)


Pembesar Suara Rock Sebenar...

Amplifier Marshall ialah amplifier idaman setiap bro dan aweks yang mempunyai gitar elektrik. Sempena ulang tahu mereka yang ke 50, Marshall akhirnya menghasilkan pembesar suara mereka sendiri dengan rupa seakan-akan sebuah amplifier. Kami tak tahu kenapa mereka tidak menghasilkan produk ini sebelum ini. It just makes so much sense dan juga kelihatan sangat rock. Pembesar suara yang diberi nama Hanwell ini dilengkapi dua sub woofer dan dua tweeter bagi menghasilkan alunan muzik yang terbaik untuk pemain MP3 anda. Ia juga didatangai dengan tombol kawalan suara, bass dan treble bagi membolehkan anda mengubah kualiti bunyi mengikut kesukaan anda. Personally kami agak kecewa tombol suara hanya naik sehingga level 10. Semua peminat rock sebenar tahu, bunyi alunan gitar tidak akan sempurna selagi tombol bunyi tidak naik sehingga angka 11. Hanwell akan mula dijual November hadapan pada harga dalam lingkungan USD 400 sebuah. #SpinalTap!





Laporan asal Marshall

9 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails