Saturday, 3 March 2012

Serius Khidmat Masyarakat - Sebab-Sebab Permohonan BR1M Anda Ditolak


Edukesyenel

Aku ada menerima emel dari pembaca Blogserius. Nama dirahsiakan tetapi dia bertanya

"Abang Obe kenapa saya tak dapat-dapat lagi bantuan BR1M? Saya dah isi dan hantar borang lama dah. Orang lain dapat saya je tak dapat lagi. Adakah ini konspirasi?"

Terima kasih kerana bertanyakah soalan ini. Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa permohonan encik ini ditolak. Tetapi tahukah anda ada beberapa SEBAB mengapa permohonan anda mungkin ditolak? Dibawah ialah senarainya. Sila baca dan fahami ya.

  • Pemilik kereta Proton atau Perodua yang didaftar antara 2007-2011 yang mempunyai kapasiti enjin melebihi 1600 cc. Anda tidak layak menerima BR1M.
  • Pemilik kereta bukan tempatan yang didaftar antara 2007-2011 yang mempunyai kapasiti enjin melebihi 1500 cc. Anda juga tidak layak menerima BR1M.
  • Pemilik motosikal yang didaftar antara 2007-2011 dengan kapasiti enjin melebihi 500cc . Nope anda juga tak layak. Sila tukar motor sekarang juga.
  • Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN didalam aplikasi individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantun BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain
  • Meminta bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tangguangan anda
  • Meminta bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan nama isteri/suami dengan betul
  • Setakat ini 900 000 permohonan BR1M sudah ditolak oleh pihak kementerian kewangan.
  • Jika anda mendaftar dibawah program E-Kasih untuk golongan MISKIN TEGAR, bantuan BR1M anda akan dikeluarkan seawal pertengahan BULAN INI

Adakah anda jatuh dalam kategori diatas? Jika ya ini mungkin sebab kenapa permohonan BR1M anda ditolak. Cuba lagi dengan borang baru atau melakukan penipuan. HAHAHAHA.

Kepada yang sudah menerima bantuan BR1M sebanyak RM500 mereka sila jangan lupa doakan kesihatan Dato Seri 1Najib Al Lipglossy dan Dr Bik. Hanya mereka mampu memastikan kesejahteraan Malaysia tanah air kita.

Informasi asal The Star

19 comments:

  1. dapat BR1M tapi lepas ni income tax kejar balik..bayar 2x ganda..haha

    btw..bab menipu tentang kndraan tu susah..diorang link dengan JPJ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah bro..wat i give, i take it back..hahaha

      Delete
  2. ngaku kawen tak letak nama isteri? haha ,sian bini.

    ReplyDelete
  3. @pex91... alahai bodoh bebalnya komen... kalau tak tau apa2 pasal income tax, tak yah la komen pasal tax... bangang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. keje pon tak income tax xpnh bayar ckp byk lak hahhaha..

      Delete
    2. sama la korang dua.. tak payah gado2!! now kiss!!..

      Delete
    3. Apasal guna @@ segala... nak reply klik kat button reply dia lee....

      Delete
    4. aku yg bayar incometax pn xbising.. :p

      Delete
    5. apa yg kamu merepek ni saaaitooooooon!!

      Delete
    6. @NaWuKaAmAn - mcm la aku tak bayar income tax... @laguna... income tax rebat individu dah tak layak la tolol!... aku bukan apa, tak kisahla kalau tak sokong kerajaan, tetapi kalau nak bercakap tu carilah fakta dulu... jangan nak menyalak membebel tanpa fakta...

      Delete
  4. Patutlah aku tak layak...huhuhu.

    http://ohsenyum.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. semoga pengajaran edukesyien diatas memberi iktbar dn kemahiran BEPIKIR

    @pex91 - sian kat lu

    ReplyDelete
  6. lol ..ramai org Felda tak dapat sebab dia tngok jenis kereta, kerajaan tak tahu yg pokok getah org Felda ini dh kena tebang dan sekarang hanya berharap dengan duit sara hidup ...sesiapa yg mak bapak dia org Felda dan hanya berharap dengan duit sara hidup, boleg pegi mohon balik ....


    #blog Speaker Pecah

    ReplyDelete
  7. bagilah 1000 pun. Tetap aku tak pangkah BN.

    ReplyDelete
  8. hahahah...
    memang betul tu obey..
    sebab nya tamak sangat..pastu setiap borang nak letak nama...800 ratus borang nama pusing2 tang tu jugak..
    pastu tak dapat,,marah2..jgn menipu la der..ni sistem..atomatik detect...
    pastu ada bini,,cakap sudah mati..padahal isi borang sebelah mnyebelah..
    pastu yang geram nye,,lu nak mintak rm500..tapi isi borang tak mau...soh petugas isi kan...
    cakap mata tarak nampak...yg ko nk g income tax tu ko nmpak lak!
    caaaiiiitt!!

    ReplyDelete
  9. Nak kata automatik detect pun tak jugak. Ada orang yang aku kenal, isteri kerja kerajaan gaji lebih daripada rm3k, suami kerja swasta gaji bawah 1k. Kereta ada 2 biji. Mohon BR1M atas nama suami dan diluluskan. Aku rasa duit tu dah habis pun guna. Tak tau la untuk beli 'keperluan' or 'kehendak'.

    Ada orang lain yang aku kenal, ikut syarat memang layak (gaji bawah 3k), suami je kerja, isteri suri rumah. Pakai kereta pun MyVi 1.3 je, tapi sampai sekarang tak dapat khabar berita BR1M. Bila suruh call tanya or buat rayuan, dia kate takpe la. Mungkin kerajaan pilih orang lain yang lebih memerlukan daripada dia.

    ReplyDelete
  10. hai, saya nak tanya. kalau nama "Tanggungan" saya dah ada dlm senarai "Tanggungan" org lain, saya masih blh masukkan nama dia tak under "Tanggungan" saya? anyone? help pls :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails