Tuesday 18 November 2014

Serius Cool - Nokia N1 : Tablet Android Nokia (9 Gambar)


Nokia!


Nokia hari ini mengumumkan Nokia N1, sebuah tablet 7.9″ yang menggunakan sistem operasi Android Lollipop dengan antaramuka Z Launcher Nokia. Tablet mini ini diperkasakan pemproses empat teras Intel Z3580.

Skrin tablet ini beresolusi 2048 x 1536 pixel, RAM sebesar 2 GB, memori dalaman 32 GB , kamera utama 8 MP dan kamera hadapan 5 Megapixel. Selain itu ia turut dilengkapi pembesar suara stereo dan beteri sebesar 5300 mAh . Seperkara lagi yang menarik ialah ia menggunakan port MikroUSB 2.0 Type C yang membenarkan ianya dimasukkan pada mana-mana orientasi (seperti Lightning). Tablet ini dibina oleh pihak Foxconn dan meminjam jenama Nokia.


Ia akan mula dijual di China terlebih dahulu pada 15 Februari 2015 sebelum memasuki pasaran Russia dan kemudian Eropah. Harga pasaran tablet ini ialah USD 249. Sekilas pandang ia kelihatan seperti sebuah iPad Mini. Satu-satunya kekurangan yang kami sedari ialah ia hanya akan muncul di dalam versi WiFi sahaja. Nampak menarik dan kami menantikan lebih banyak maklumat mengenai tablet ini.





Sumber Nokia N1

9 comments:

  1. booo!!!!! tiru ipad!

    ReplyDelete
  2. surely malay pep buy this crap !!

    ReplyDelete
  3. kejap jer dah patah...

    Nak tau macam mana saya hasilkan wang tanpa had dengan telefon? whatsapp 013-975 2611

    ReplyDelete
  4. Pattern ni x kna saman ke dengan apple?

    ReplyDelete
  5. pilihan hati tetap samsung tab..or ipad :)

    ReplyDelete
  6. Perghhhhh!! Lejen is back....phuiiii ipad....bengkok like beckam bole la phuii phuuii phuuii!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails