Giant!
Masalah pengumpulan sampah sudah menghantui manusia sejak mereka mula tinggal di dalam bandar. Di London sampah dicampak keluar dari tingkap dan mereput di atas jalan tanah diantara bangunan. Istilah "taking the high road" mula digunakan kerana di orang ramai akan berjalan di atas permukaan jalan yang lebih tinggi bagi mengelak memijak air kumbahan yang mengalir di dalam "longkang" yang terbentuk pada permukaan jalan yang rendah. Di China masalah yang dialami PBT ialah tong sampah yang mudah rosak. Tong sampah besi yang digunakan mereka cepat berkarat dan dicuri oleh pengumpul besi buruk. Jadi di Taiyuan China pihak berkuasa tempatan mula menggunakn tong sampah plastik gergasi yang ditanam di tepi jalan bagi menggantikan tong sampah besi sedia ada. Tong sampah ini dikatakan lebih tahan lasak dan tidak bernilai untuk dicuri. Terdapat juga sistem pengesan tahap sampah. Apabila ianya penuh ia secara automatik akan memberitahu pengambil sampah untuk mengosongkannya. Tak sesuai untuk digunakan di negara kita. Lepas hujan tong sampah berubah menjadi kolam renang pula!
Sumber ECNS
kat m'sia xsesuai.. kang ade plak si celaka2 yg membuang baby dlm tu.. byk sgt kes si palat yg cuma reti wat anak tapi xmau nak jage... pfft~
ReplyDeletebetui tu bang..
Deletenak kongsi brg pree..sila redeem kat link bwh
ReplyDeletehttp://freebiesinmalaysia.blogspot.com/
sepatotnya kipas akan berpusing apabila suis dibukak..
ReplyDeletecunnya awek yang buang sampah tu.
ReplyDeleteSatu inovasi yg menarik..dan mungkin membantu..
ReplyDeleteitu macam punya besar..tentu rumit nak kosongkan..plus dengan aroma yg terperap..perhhh
ReplyDeletekalu kat M'sia, ada yg terjatuh masa tgh buang sampah plak kang...
ReplyDeleteini semua agenda yahudi untuk menjatuhkan islam
ReplyDeletejadi kita perlukan lori sampah bersaiz gergasi juga
ReplyDeleteTong sampah besar pun jadi isu boring langsung. PBT china ni mengong amat cam mane nak kutip balek sampah tu. Idea tige suku.
ReplyDelete