Tuesday 11 November 2014

Serius Peniru - Shenyang J-31 Falcon Hawk : Pesawat Meniru F-35 Amerika Syarikat (17 Gambar)


Copypasta

F-35 Lightning II ialah pesawat tempur kalis radar Amerika Syarikat. Pesawat pejuang generasi ke-lima kini mengalami masalah overbudget dan tidak mampu memenuhi keperluan seperti yang dijanjikan. Beberapa negara seperti Itali mengurangkan pesanan pesawat ini kerana ianya lambat disiapkan kerana beberapa masalah yang kronik. Sungguhpun mempunyai masalah ini tidak menghalang China Darul Copypaste dari meniru rekaan pesawat ini menjadi Shenyang J-31 Falcon Hawk. J-31 mula dilihat menjalani ujian penerbangan pada tahun 2012. Awal minggu lalu ia secara rasmi diperlihatkan kepada umum pada Pameran Udara Zhuhai. Sekilas pandang pesawat ini nampak serupa dengan perbezaan J-31 menggunakan dua buah enjin berbanding hanya satu pada F-35. J-31 juga tidak mempunyai kemampuan terbang secara menegak seperti F-35. China bercadang mengeksport J-31 Falcon Hawk kepada negara yang tidak mampu membeli F-35 kerana harganya yang sangat mahal. Singapura ialah antara negara yang akan menggunakan F-35. Malaysia juga ditawarkan pembelian pesawat ini tahun lalu tetapi rasanya Malaysia tidak bodoh dan membeli pesawat "indah kabar dari rupa" Amerika Syarikat tersebut.




Sumber Wikipedia

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails