Friday, 30 May 2014

Serius Kreatif - Lukisan Penuh Sinikal Dan Satirikal Pawel Kuczynski #2 (15 Gambar)


Nice

Kami pernah paparkan karya satirikal dan politikal Pawel Kuczynski sebelum ini. Ini beberapa lagi karya terbaru beliau. Sinis!




Serius Cool - Lomo Lomo'instant : Lomo + Fujifilm Instax (14 Gambar)


Nice!

Lomo terkenal dengan kamera filem mereka yang digunakan oleh hipsters untuk mengambil gambar yang tidak artistik. Tetapi bagi hipsters gambar yang mereka ambil adalah setanding  Ansel Adams dan Warhol. Lately Lomo semakin mampos kerana digantikan pula oleh Fujifilm Instax yang membolehkan anda mengambil gambar seperti Polaroid dengan mudah. Banyak pula kami nampak kamera ini di majilis perkahwinan. Lomo tidak mahu kalah maka mereka menghasilkan Lomo lomo'instant. Ia boleh menggunakan filem Fujifilm Instax dan dilengkapi sistem penapis dan lensa Lomo yang biasa anda lihat. Looks cool.  Personally kami lebih suka Lomo Bel Air X16.



Serius Cool - PARS : Dron Penyelamat Mangsa Lemas Dicipta Di Iran (10 Gambar)


Baywatch Iran!

Dron ialah kenderaan kawalan jauh yang kini sinonim dengan pembunuhan secara pukal mangsa tidak berdosa di Afghanistan, Pakistan dan Yemen. Sejak serangan 11 September lebih ramai mangsa terkorban akibat serangan dron bersenjata milik Amerika Syarikat dari mereka yang terkorban di menara World Trade Center. Imej dron semakin kotor selepas sebuah syarikat dron dibeli oleh Facebook untuk tujuaan memberi liputan internet ke kawasan pedalaman. Sungguhpun usaha Mark Zuckerberg ini adalah baik terdapat komentar yang mengatakam dron milik Facebook ialah konspirasi untuk melakukan pengawasan sepanjang masa rakyat di Amerika Syarikat.

Di Iran terdapat usaha dari RTS Labs untuk mengubah persepsi buruk dron. Dron ciptaan mereka digunakan untuk menyelamatkan magsa lemas di tengah lautan. Idea untuk dron ini bermula selepas Amin Rigi seorang jurutera di RTS Lab membaca tentang jumlah kematian yang tinggi akibat lemas di Lautan Caspian. Sejak 8 tahun yang lalu lebih dari 1000 orang dilaporkan mati lemas. Dron PARS ciptaan mereka ini memulakan hayat sebagai sebuah kapal selam tanpa pemandu sebelum berubah menjadi bot tanpa pemandu dan akhir sekali dron terbang tanpa pemandu berkuasa elektrik. PARS mampu terbang selama 10 minit dengan sekali cas dan membawa 3 buah pelampung penyelamat. Dalam ujian yang dijalankan PARS mampu menyelamatkan mangsa lemas dalam asa 22 saat berbanding pengawal pantai manusia yang mengambil masa 90 saat. Apabila Amin Rigi disoal mengapa beliau mencipta PARS beliau berkata di dalam agama Islam menyelamatkan nyawa adalah lebih baik dari mengambil nyawa. Penciptaan PARS sebagai dron penyelamat pada hemat beliau adalah tanggung jawab beliau sebagai seorang muslim.



Saturday, 24 May 2014

Serius LOL - Nombor Sialan Kini Banyak Untung


Lucky

Lepas ni nombor ini mungkin tidak lagi dianggap membawa sial


Serius Cool - Monokini 2.0 : Pakaian Mandi Untuk Mangsa Kanser Payudara (10 Gambar)


Survivor

Kanser payudara ialah kanser yang membunuh ribuan wanita setiap tahun. Bagi yang terselamat mereka terpaksa menjalani pembedahan masektomi bagi membuang payu dara yang dijamah kanser. Akibatnya mereka mempunyai parut yang besar. Bagi pihak Monokini 2.0, parut buah dada sepatutnya dipakai sebagai a badge of honor. Tunjukkan diri anda seorang survivor kanser yang mampu membunuh. Maka koleksi monokini di bawah dihasilkan. Ianya dimodelkan oleh survivor kanser payudara sebenar. Brave!

Thanks @AizadZahar



Serius Cool - Orang India Kecek Klate : Meme Rare Natam Ning


Fuh

Rare item dan sebenarnya memang sukar nak jumpa. Masa kami belajar di Kelantan tak pernah nampak orang India. 

Thanks @Fem_Muzzammil


Serius Cool - Ribuan Rangka Haiwan Di Galerie de Paléontologie Et D’anatomie Comparée (18 Gambar)


Awesome

Di Muséum National d'Histoire Naturelle Paris terdapat bangunan yang diberi nama Galerie de Paléontologie et d’anatomie Comparée. Since none of you bisjuts speaks French, ini bermaksud Gallery of Palaeontology and Comparative Anatomy. Bangunan dengan luas lantai 2500 meter persegi dan 80 meter panjang ini menempatkan ribuan rangka haiwan yang wujud dan telah pupus di muka bumi. Rangka disusun mengikut spesis dan rantaian bagaiman ianya berovolusi sejak jutaan tahun. Jika anda meminati natural history anda harus ke banguna di bawah penjagaan Muséum National d'Histoire Naturelle ini. Awesome specimen collection. Maybe kalau kerajaan Malaysia ada budget boleh adakan galeri rangka haiwan macam ini. Baru boleh lihat bagaimana rangka pelbagai fauna di dunia dan lihat perbezaan struktur tulang mengikut spesis. Nice. Get in my bucket list!



Serius Klasik - Rekaan - Rekaan TV Retro Yang Menarik (14 Gambar)


Old Skool


TV CRT kini semakin pupus. Di kedai elektronik sudah agak sukar mencari TV CRT. Kesemuanya digantikan dengan TV LED gergasi yang kesemuanya kelihatan serupa tanpa ada variasi. Televisyen zaman dahulu mempunyai rekabentuk yang lebih menarik. Ada yang siap dengan peti ais! Ada juga yang dibina siap dengan radio. Pendek kata TV zaman dahulu mempunyai rekaan yang lebih kreatif. Shame



Friday, 23 May 2014

Serius Cool - SlideRider : Ubah Tangga Rumah Anda Menjadi Gelongsor (11 Gambar)


Cool Beans

Kami pernah paparkan perpustakaan dengan gelonsor, pejabat dengan gelongsor dan gelongsor kebakaran di China. Hari ini mari lihat SlideRider yang boleh memberikan rumah anda gelongsong yang diletakkan pada tangga. Gelongsong ini adalah ciptaan  Trisha Cleveland yang berasal dari Amerika Syarikat. Apabila tidak digunakan anda boleh melipatnya semua. Nice idea. Now all we need is a double story house!



Serius Sadis - 32 Kanak-Kanak Sekolah Mati Terbakar Di Dalam Bas Akibat Kebodohan Pemandu (13 Gambar)


RIP Kids

Seramai 32 orang kanak-kanak yang pulang dari kelas di sebuah gereja mati terbakar di Colombia. Ini semua angkara pemandu bas yang mengisi minyak tanpa mematikan enjin bas. Kejadian berlaku di Fundacion, 300 kilometer dari Bogota. Bas terbakar dengan cepat selepas minyak yang cuba diisi tertumpah mengakibatkan penumpang tidak mampu melarikan diri dan mati terbakar. Tambah menyedihkan antara yang terbunuh ialah dua orang anak pemandu bas ini sendiri. Colombia mengumumkan hari berkabung kebangsaan selama sehari bagi memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa yang rentung sehingga ada yang sukar untuk dikenal pasti. Pemandu bas yang terselamat berhadapan dengan hukuman penjara selama 60 tahun jika didapati bersalah mengakibatkan kematian kanak-kanak ini. Poor kids!




Serius LOL - Bukti Kukuh Penjenamaan 1Malaysia Sudah Sampai Ketahap Tinja


Yelah

Semua benda nak 1Malaysia. Spender....... Bantuan Wang... Kedai. It is only a metter of time setiap pelusuk Malaysia akan di 1Malaysiakan

Sumber Orfeus


Serius Cool - Sakdiyah Ma'ruf : Stand Up Comedian Bertudung Pertama Dunia?


Indo!

Sakdiyah Ma'ruf, stand up comedian Indonesia yang terkenal dengan imej bertudung. She is funny if you can understand rudimentary Indonesian language. Not bad

Serius Cool - Bambu Indah : Resort Berupa Kampung Tradisi Ubud Bali (21 Gambar)


Kampung Experience

Dua tahun yang lalu kami paparkan Sri Chenang, resort mewah yang mempunyai banglo berbentuk rumah tradisional melayu di Langkawi. Ia membolehkan pelancong asing duduk dalam suasana kampung melayu tetapi dilimpahi kemewahan seakan rumah ketua-ketua parti politik yang memperkasakan bangsa melayu. Yeah. That seems right. Di Balo ada Bambu Indah. Bilik-biliknya adalah rumah tradisi bali yang berusia ratusan tahun yang dibaiki semula bagi memberikan pelawat perasaan tinggal di kampung asli Bali. Resort ini mempunyai bendang dan kolam seakan di sebuah desa. The good part is harga penginapan tidaklah mencekik skrotum seperti Sri Chenang. Harga semalam bermula dari USD 125 (RM401) dan meningkat kepada USD 365 (RM 1172) untuk banglo yang lebih besar. Not bad. Nampak autentik!



Serius Cool - Cermin Mata Rekaan Geomatrik Oleh 13&9 Design (9 Gambar)


Nice


Cermin mata hitam ialah aksesori yang wajib dipakai ketika musim panas. Since Malaysia perpetually musim panas memakai cermin mata hitam sudah dikira normal. What is not normal is douchebags yang memakai cermin mata hitam di dalam pusat membeli belah. Ada pelbagai pilihan cermin mata hitam. Most people beli Rayban. Kalau ada duit lebih beli Wayfarer. Kalau nak stylo lagi beli Clubmaster. Problem is even these 2 dah banyak orang pakai pasal versi murah Uptown Damansara dah berlonggok di pasaran. So what to do? Maybe boleh pakai cermin mata hitam yang mempunyai rekaan yang lebih futuristik. Ini ialah Diamond Collection rekaan Anastasia Su dan 13&9 Design. Rekaan cermin mata hitam lelaki dan wanita mereka nampk stylo dengan bingkai yang diilhamkan bentuk geomatrik. Nice

Thursday, 22 May 2014

Serius Cool - Tandas Segera Di India Dibina Menggunakan Kontena Terpakai (11 Gambar)


Kinchi Vera

Caltech ialah institusi pengajian tinggi yang terkenal dengan inovasi teknologi tinggi. Jadi adalah agak aneh apabila kami dapat tahu mereka memengangi pertandingan menghasilkan tandas segera untuk kegunaan warga miskin yang dianjurkan Bill and Melinda Gates Foundation. Tandas segera berkuasa solar ini dibina menggunakan kontena terpakai. Ianya mudah dipasang di India dan diharap dapat memberikan kemudahan asas tandas sebegini kepada orang ramai. Sudah beberapa kali kami highlight di India lebih ramai orang mempunyai akses kepada telefon mudah alih daripada tandas. Kalau ke India anda masih boleh lihat orang berak tepi jalan dengan muka cool face. Syukur Malaysia masih cukup tandas walaupun bau dan rupa macam tandas Trainspotting. Now Renton dive in!

Serius Cool - Aerion AS2 : Pesawat Peribadi Supersonik (12 Gambar)


Zoom!

Aerion AS2 ialah pesawat peribadi dengan kemampuan supersonik untuk golongan elit. Umum diketahui sejak Concorde dihentikan perkhidmatannya pada tahun 2003, tiada lagi pesawat supersonik komersial wujud. Aerion cuba mengisi kekosongan akibat kehilangan Concorde dengan pesawat ciptaan mereka. Pesawat dengan tiga enjin ini bukan sahaja unik kerana kelajuannya, ianya juga unik kerana menggunakan bentuk sayap yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Menurut Aerion sayap SNLF (Supersonic Natural Laminar Flow) mereka mempunyai kesan aerofoil yang lebih tinggi pada kelajuan supersonik berbanding sayap DELTA Concorde. Ianya juga menghasilkan daya geseran udara yang lebih kecil dan ini menaikkan kecekapan penggunaan bahan api. So it is ergo more economical. This is what killed Concorde. Terlalu mahal untuk operasi harian. Pesawat ini dijangka akan memasuki pasaran pada tahun 2021 dengan kemampuan terbang pada kelajuan Mach 1.6. Setiap Aerion akan dijual pada harga sekitar USD 100 Juta (RM 324 Juat ). So start saving now you rich mofos!



Serius FAIL - Lakonan Tahap Bangang Abadi Abu Backer Sidek : Calon Bebas Bukit Gelugor


What The Shit?

Ini dia lakonan tahap layak diberikan penampar buaya oleh Abu Backer Sidek, calon bebas PRK Bukit Gelugor. Dia kini menyaman Lim Guan Eng kerana menyebabkan pelvis retak. rusuk patah dan paru-paru berjangkit. Sadly his brain damage and insanity was not caused by this "accident". Worse acting ever. Kalah siak lakonan kayu Edika Yusof era filem Julie Dahlan. #LMAO

Wednesday, 21 May 2014

Serius LOL - #OhMyMalay : Bahasa Bangladesh Semakin Menular


Oh My

Best resume? Maybe. Yang pasti skill ejaan Bangladesh masih lebih mudah difahami dari ejaan bahasa terencat yang digunakan remaja Malaysia sekarang. Bangladeshis are more legible than locals. Dayyum


Serius Cool - Gambar-Gambar Target Yang Digunakan Di Lapangan Sasar Amerika Syarikat (12 Gambar)


Bang Bang

Amerika mempunyai obesesi menembak yang kronik. Jenayah senjata juga tinggi disana mengakibatkan lebih banyak orang ramai mula membeli pistol untuk mempertahankan diri sendiri. Bila sudah ada pistol anda perlu practice untuk menajamkan skill menembak. Useful Things ialah buku yang mengumpul gambar-gambar yang digunakan sebagai sasaran di lapangan sasar. Ada gambar Osama Ben Laden dan stereotaip pengganas. Ada juga gambar remaja yang mengamuk di sekolah. Gambar wanita mengandung juga ada? Kesemua  gambar ini digunakan bagi membiasakan pemilik senjata membiasakan diri menembak sasaran di dunia sebenar tanpa a moment of hesitation. But seriously gambar budak mengamuk di sekolah dengan hostage agak disturbing.



Serius Sadis - Gadis Yang Tidak Mampu Menangis : Iklan Yang Menyedihkan Hari Ini


Wow

Sad ass stuff right hurr...... Iklan yang power


Tuesday, 20 May 2014

Serius WTF - Astro TVIQ Dicemari Pervert Hari Ini


Mana Moderator?

Oh oh ASTRO.. somebody gonna get sacked for this!



Serius - #ClassicFOA - Kenapa Melodi dan Buletin Utama Perlu Bertukar Wartawan


Sila Baca : Jangan emo


(NOTE : Originally written in August 2011 - thus the outdated roster of journo and portfolio of ministers)

Kebanyakkan kamu benci dengan TV3 kan? Benci membuak-buak macam globul udara yang terbentuk selepas kamu kentut didalam bath tub. Blub blub bunyinya dan bila ianya sampai ke permukaan air, semerbak bau tinja mencabul reseptor hidung. Benci wujud kerana pada kamu Bulletin Utama ialah sebuah rancangan CEREKA yang cuba tetapi gagal to disguise itself as a proper NEWS show. I mean seriosly when was the last time you feel obliged to watch Bulletin Utama? I can recall the exact date. September 11 2001. That was the last time that I voluntarily sit my ass infront of the TV to watch it. These days I will only tune in to watch Bulletin Utama to look at the female sports news presenter. I dunno what's her name is but she is fucking fit. Ha ha!




The fact that a lot of people hates Bulletin Utama is understandable. Most of my friends are Pro Pakatan people and they can't stomach the blatant Pro-BN propaganda spewed on the telly anymore.

Tetapi ada kepelikkan disini. Tahu apa kepelikkan itu? Kebanyakkan diantara kamu yang pro Pakatan rata-rata katakan wartawan TV3 semua tak boleh pakai. Ramai yang percaya semua "berita" yang dipaparkan TV3 berkenaan parti Anwar Ibrahim and co adalah karya cereka yang layak diletakkan bersebelahan karya Stephanie Mayer di kedai buku. This same people who denounces Bulletin Utama then had no problem watching MELODI on Sundays.




Lepas tu bila ada berita hangat pasal artis so and so korang jugaklah yang paling hangat nak memaki artis so and so di laman media social.



"Eh babi sial Miera Liyena ni.... minum arak! Ya Allah kapirnya kau"

Wait..... wait........ what the fuck is this? Kau kata wartawan TV3 babi anjing. Kau kata berita TV3 tak boleh pakai langsung pasal semuanya fabrikasi. Kau pertahankan Lelaki Y dan Lim Guan Beng (inside joke kepada pembaca Twitter sekalian) bermati-matian. Kamu sarankan diboikot semua media arus perdana kerana melaporkan fitnah. Tapi kamu kemudian tanpa segan silu pergi 711 beli Berita Harian untuk sisipan BiPOP setiap Ahad. Bah! Boikot konon!

Mari kembali kepada Melodi. Kenapa bila ada gossip panas dipaparkan dalam rancangan ini kamu cepat percaya? Mudah memaki Artis A pasal kononnya dia minum beer bukan berjenama Barbican di kelab malam. Kamu tahu TV3 ada long history of fabricating crap to pursue their own bullshit agenda kan? Kamu tahu mereka will do anything for a rating kan? Kamu juga tahu Melodi biased macam SPR pasal bila selebriti mereka sendiri yang terkantol tak pula si ASS AHMAD rambut macam BULU ARI-ARI ALLEYCATS pergi TERJAH. Kes Raja Hendon Mastura pakai bikini? NO NEWS. Tapi Fasha Sendal pakai bikini habis dijajanya satu Malaya. Gambar Michelle peluk balak Melayu dia dan kissing NO FUCKING NEWS . Tapi gambar Puteri Sarah Liyana kiss BF di paparkan banyak kali. Fatty McFat Fuck Jalan Jalan Cari Kolesterol saman BF dia pasal tak jadi kawin? NO SHIT SIR I DUNNO WHAT U TALKING ABOUT? . The list goes on dear readers!

See?

So why are we so quick to believe in the gossips featured in Melodi? Oh and a question that I often hear asked by my MELODI hating friends is;

"Eh kenapa orang sanggup layan Melodi eh tapi tak sanggup layan Buletin Utama. Both shows takde kualiti dan berita bohong. So why one is MORE highly rated than the other?"

Aku ada jawapan kepada soalan bernas ini. Simple........ do you know why? I give you a minute. No it is not because of Melodi memaparkan lebih banyak awek hot dan lurah berdendam. Sebab utama kenapa orang suka tengok melodi dari Bulletin Utama ialah kerana tak macam wartawan Bulletin Utama, wartawan MELODI BERANI BERTANYA SOALAN PANAS DAN TAJAM. Ass Ahmad dan Michelle sanggup cari artis sehingga kelobang Saiful Bukhari semata-mata hendak dapatkan jawapan. Mereka tanya soalan direct tanpa mengira hati perut dan juga limfa si artis yang diterjah.

Bezakan dengan wartawan Bulletin Utama. Lepas kes Teoh Beng Hock, Adik Aminurashid , S Kugan dan 2 wanita Singapura disuruh berbogel dahulu ada tak wartawan Malaysia terjah pihak berwajib untuk dapatkan straight answer? Adakah Hishamuddin Onn diterjah oleh Pang Chin Fei ketika sedang makan di DOME macam Miera Liyana kena terjah oleh Ass Ahmad? Aku HENDAK SANGAT tengok Hisamuddin Onn terkebil-kebil dan tershitbrix disuruh komen pasal kematian Aminurashid ketika tak bersedia macam Miera Liyana. I bet most of you would love to see this too. Di Unitd Kingdom, menteri dan wakil rakyat keluar rumah sahaja kena terjah wartawan untuk dapatkan jawapan adalah perkara biasa. John Prescott (dulu menteri pengangkutan UK) kena terjah masa lepas balik berjogging depan rumah kerana wartawan mahu jawapan dari beliau mengenai kenaikkan cukai jalan. Berpeluh pakcik tu jawab sampai depan pintu rumah dia.

You know what would be awesome. Orang benci MELODI sekarang pasal wartawannya terlalu obstrusif jaga tepi BIKINI selebriti. Orang benci Bulletin Utama kerana wartawannya tak bertanya THE RIGHT questions kepada Pak Menteri kita tentang isu negara. Here is an idea yang aku nak sampaikan kepada CEO TV3 dan MEDIA PRIMA




Swap duty. Suruh Ass Ahmad, Michelle and Azwan Azmi (same dumbshit yang paparkan berita INCEPTION aku sebagai REAL GOSSIP) . Aku nak tengok depa ada the same TESTICULAR FORTITUDE tak untuk tanya Pak Menteri kita soalan tajam yang kita mahukan jawapannya. Aku termimpi-mimpi tengok Ass Ahmad menolak mikrofon depan muka pengarah SPRM dan tanya

"Kes Dato S dan 12 pegawai kastam tempohari bila nak ada follow up? Kenapa tiada yang diseret ke mahkamah walaupun dah kes dah setahun berlalu?"

I am going to bet that secara automatis MELODI turun rating dan Bulletin Utama pula menjadi show yang wajib tonton.

So TV3..... amacam? Berani?


p/s : Why someone weak? Because a weak man knows the value of strength, the value of power.

Serius Cool - Peragut Beg Tangan Dibelasah Selepas Tertangkap


OWNED!

LOL .......... 


Serius Klasik - Iklan - Iklan Motosikal Klasik Dari Indonesia (17 Gambar)


Menarik

Iklan menjual motor dari jiran kita Indonesia. Menarik juga ada yang menggunakan gadis berkebaya dan ada juga yang menggunakan gadis seksi berbikini. Yin and Yang. Sharia compliant and jarum halus illuminatus all in one go.




Serius Kreatif - Seni 3D Hyper Realistik Oleh Ivan Koo (14 Gambar)


Nice!

Ivan Hoo ialah seorang artis yang berasal dari Singapura. Beliau mempunyai bakat yang menakjubkan dimana lukisan hyper realistik 3D dimensi beliau dihasilkan dengan hanya menggunakan pastel dan papan kayu biasa. What a talent. Jika anda mahu melihat lagi lukisan beliau sila follow di Instagran Ivan Hoo Art ataupun laman Facebook beliau. 



Serius LOL - 9 Konsep Jersi Bolasepak Masa Hadapan Yang Inovatif


Hahaha

Setiap tahun kelab bolasepak akan keluarkan jersi baru. Every year same old design. Di bawah ialah 9 konsep jersi bolasepak masa hadapan dengan idea genius. Or not so genius............



Serius Cool - Cara Mengelak Ditahan Polis Di Malaysia : Nyanyi Lagu Inilah Barisan Kita


#ProTip

Ini adalah protip berkesan dengan bukti empirikal. Bukti naqli dan aqli. Next time your ass gonna be dragged to a popo station sing Inilah Barisan Kita. You will be released without question. Thanks Barisan Nasional for this handy tip. 


Friday, 16 May 2014

Serius - Retweet And No Finals : Kegilaan Twitter Untuk Pelajar Yang Pemalas (12 Gambar)


Pemalas

Di Twitter sekarang banyak kali kami lihat pelajar di Amerika Syarikat meminta RT dengan harapan mereka tidak akan menduduki peperiksaan akhir semester. Pemalas betul. Diharap student di Malaysia tak ada yang meniru kemalasan macam orang Amerika. 

IN B4 BRB NAK BUAT SEKARANG


Serius Cool - Kingdom Tower : Pembinaan Menara Tertinggi Dunia Kini Bermula (15 Gambar)


Kaya

Pembinaan Kingdom Tower di Jeddah kini bermula. Menara setinggi 1008 meter ini bakal mengatasi Burj Khalifa (828 meter)  di Dubai sebagai menara tertinggi di dunia. Kingdom Tower akan menempatkan pejabat, tempat kediaman, pusat membeli belah dan masjid dengan kapasiti 12 000 jemaah sekaligus. Pembinaannya akan menelan belanja Riyal 6 Billion (RM 5.12 Billion) dan dijangka siap seawal 2018. Buat masa ini proses pembinaan tapak sedang dijalankan. 




Serius LOL - Bra Bontot : Untuk Lelaki dan Wanita Wannabe Kardhasians (7 Gambar)


What

Yes ......as the name suggests ini adalah bra untuk bontot anda. Ia memberikan ilusi bontot anda montok dan bubbly macam Kim Kardhasian. Sadis kerana ada versi lelaki dan wanita. 



Serius - Wing Loong : Drone Penyerang Terkini Arab Saudi (18 Gambar)


Killer Drones For Everyone

Drone dengan kemampuan menyerang adalah all the rage sekarang. Amerika Syarikat menggunakan drone Predator sebagai pembunuh dari udara untuk menyerang "ketua pengganas" serata dunia. Most of the time yang dibunuh hanyalah orang awam. Terkini sebuah majlis perkahwinan diserang drone Predator mengakibatkan kematian orang tua, wanita dan kanak-kanak. For the longest time kemampuan menyerang menggunakan pesawat tanpa juruterbang adalah hak ekslusif Amerika Syarikat. 

Dengan kemampuan teknologi dan kekuatan ekonominya China kini secara perlahan-lahan mahu menandingi kemampuan Amerika Syarikat. Wing Loong ialah salah satu dari beberapa drone yang digunakan oleh China. Ianya adalah pesawat tiruan Predator B (MQ 9 Reaper) Amerika Syarikat yang juga mampu membawa senjata. Ia boleh digunakan untuk melancarkan serangan udara dan juga darat. 

Arab Saudi ialah kawan baik Amerika Syarikat yang membekalkan minyak pada jumlah yang tinggi kepada rakan mereka. Sungguhpun begitu selepas 911 Amerika Syarikat mula menyekat penjualan senjata terbaik mereka kepada Saudi. Akibat daripada sekatan ini Saudi flip table dan mula membeli senjata dari China yang tak banyak songeh. Beberapa Wing Loong kini dimiliki Saudi dan akhirnya sebuah negara "Islam" mempunyai armada pesawat penyerang tanpa pemandu mereka. Teknologi Wing Loong dan Predator B mungkin sudah ketinggalan. China dan USA kini mempunyai drone yang lebih berkuasa dan pantas. You got to start from somewhere. 




Thursday, 15 May 2014

Serius LOL - Google Suggestions Paling Random Apabila Nama Ahli Politik Malaysia Dicari (17 Gambar)


Oh Ini..

Inilah yang berlaku apabila nama ahli politik Malaysia ditaip di carian Google



Serius - Ibu Yang Membakar Perogol Anak Beliau Dipenjara Di Sepanyol


Worth It?

Pada tahun 1998 Maria del Carmen Garcia dikejutkan dengan berita anak beliau yang berusia 13 tahun dirogol oleh Antonio Soriano. Perogol bangsat ini dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun tetapi dibebaskan awal pada tahun 2005. I dunno how prisons work in Spain but this story is about to get bad ass. 

Tiga hari selepas dibebaskan Antonio Soriano terserempak dengan Maria del Carmen Garcia. Instead of memohon maaf Antonio Soriano dan melarikan diri dari ibu mangsa rogol beliau, Antonio dikatakan menjerit "Apa khabar anak awak?". Antonio kemudian masuk ke sebuah kedai kopi untuk berehat. Tidak berapa lama selepas itu Antonio terkejut apabila melihat Maria memasuki kedai yang sama. Ibu bad ass ini kemudian menuangkan sebotol petrol pada tubuh Antonio dan kemudian menukar beliau menjadi unggun api edisi manusia. Perogol ini kemudian mati kerana melecur seluruh tubuh. 

Maria ditangkap pihak polis kerana membalas dendam keatas perogol anak beliau yang nampak langsung tidak menyesali perbuatan beliau. Selepas dihadapkan di mahkamah, Maria del Carmen Garcia didapati bersalah membunuh Antonio Soriano dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 setengah tahun. Kes  ni mendapat perhatian seluruh Sepanyol kerana pada  awalnya Maria dijatuhkan hukuman 9 1/2 tahun. Hukuman ini ironinya lebih lama dari hukuman yang dijalani oleh Antonio akibat meorogol gadis bawah umur. Beberapa NGO di Sepanyol kini melakukan kempen memohon pihak berkuasa membatalkan hukuman penjara terhadap Maria. Menurut mereka Maria mengalami masalah mental dan trauma selepas anak beliau dirogol. 

I dunno about you guys tetapi Antonio Soriano got what he deserved. Bloody pedo rapist. Maria del Carmen Garcia is a bad ass! 



Sumber DreaminDemon

Serius Cool - Mari Melawat Muzium 11 September Di New York (21 Gambar)


Never Forget

Serangan terhadap World Trade Center berlaku hampir 13 tahun yang lalu namun muzium memperingati hari bersejarah ini hanya akan dibuka 21 Mei akan datang. Muzium ini akan mempamerkan artifak dari runtuhan WTC, pesawat yang terhempas di Pentagon, pesawat yang terhempas di Shaksville dan artifak dari serangan pertama pada tahun 1993. Muzium ini dibina 70 kaki di bawah tanah bekas tapak menara WTC. Antara yang dipamerkan ialah lori bomba, saki baki menari radio WTC dan serpihan pesawat yang ditemui. Muzium ini menerima kritikan sebelum dibuka kerana terdapat seksyen khas untuk 19 orang pengganas yang melakukan serangan. Ada pihak berpendapat ini akan glorify them. Ada juga berpendapat ini hanya akan menimbulkan lagi semangat Islamophobia yang semakin membuak pasca 911. Apa yang pasti jika ke New York jangan lupa ke muzium ini. Ianya pasti menimbulkan pelbagai emosi kepada pelawat. Ini mengingatkan kami kepada muzium tragedi pesawat Itavia 870 yang kami paparkan beberapa minggu yang lalu only in a bigger scale. 



Serius Klasik - Konsep - Konsep Space Shuttle Yang Tidak Digunakan Oleh NASA (18 Gambar)


Space Shuttle

Program Space Shuttel atau lebih dikenali sebagai Space Transport System bermula pada tahun 1972. NASA memerlukan "lori angkasa" yang mampu membawa bebanan ke angkasa lepas dan boleh digunakan semula dengan pantas dan selamat. Sebanyak 6 Space Shuttle dibina dan kini hanya tinggal empat selepas 2 daripanya musnah dalam kemalangan. Program STS bermula pada tahun 1981 dan dihentikan pada tahun 2011. Sebelum rekaan shuttle yang digunakan ini dipilih, terdapat pelbagai rekaan lain dihasillkan oleh pihak kontraktor untuk NASA. Ada yang mempunyai sistem lifting body dengan sistem pelancaran berbentuk tiga segi. Ada yang mempunyai sistem pelancaran piggyback di belakang pesawat lain. Aneh juga beberapa rekaan yang dihasilkan. Sehingga kini masih tiada perancangan untuk mencipta shuttle baru. Shame really.



Serius - Dokumentari Misi Menyelamat Mangsa Lombong Runtuh Chile : Harapan Buat Turki?


Harapan!

Semalam dunia dikejutkan dengan berita runtuhnya sebuah lombong arang batu di Soma Turki. Sebanyak 586 orang pelombong dikhuatiri meninggal dunia akibat runtuhan ini dan 100 lagi masih terperangkap. Rakyat Turki kini sedang sedih dan berang kerana PM Erdogan bersikap acuh tak acuh dengan tragedi perlombongan paling buruk dalam sejarah Turki. Kemalangan ini mengingatkan kami kepada dokumentari operasi menyelamat 33 pelombong Chile yang memakan masa 69 hari. Harus diingatkan mereka hanya dikesan masih hidup 17 hari selepas lombong Copiapo runtuh. Kami berharap pihak berkuasa Turki akan bekerja keras untuk mengesan mangsa-mangsa yang mungkin masih hidup. Never give up. Dokumentari ini akan memberikan anda sedikit harapan. Hopefully. 

Wednesday, 14 May 2014

Serius LOL - Cara Genius Untuk Menganjing Johor Oleh Orang Kelantan


Bijok Nate niy

Selepas ini agaknya orang Kelantan diharamkan kerja di Johor sebagai retaliation terhadap jarum halus di bawah. Well player Kelantan... well played!

Thanks @Fadzlie


Serius - Sekitar Pertandingan Ratu Cantik Transgender Thailand 2014 (18 Gambar)


Oh yeah!

Pertandingan Ratu Cantik Trangender Tiffany ialah pertanding ratu cantik pondan paling power di dunia. Why? Coz we all know TRAPS yang berasal dari Thailand adalah yang paling superior di dunia. Tahun ini Nissa Katerahong  memenangi pertandingan ini. Apa yang kami sedari ialah misai dan klon Rozita Che Wan. Make your own conclusion guys



Serius - Kehidupan Pngendali Terowong Seludup Di Gaza (15 Gambar)


Seludup

Terowong penyeludupan bawah tanah yang menyambungkan Gaza ke Mesir menjadi nadi kehidupan penduduk Palestin yang dibawah pengawasan regin Zionis. Barangan keperluan sentiasa dihalang masuk kerana pihak Zionis percaya senjata diseludup. Ini menyebabkan barangan asas seperti makanan dan ubat-ubatan tidak sampai ke tangan warga Gaza yang memerlukan. Ratusan terowong bawah tanah seperti di bawah dibina bagi menyeludup kambing untuk dimakan ketika hari perayaan, ubat-ubatan dan juga ayam goreng KFC. Tuan punya terowong mengenakan bayaran yang mahal untuk menyeludup masuk. Because why not ambik keuntungan ke atas your own people right? Mereka terpaksa berhadapan dengan risiko terowong mereka runtuh dan dibom oleh tentera Israel. You got to compensate that with moolahs! 



Serius Cool - Trump Gedde : Pusat Membeli Belah Diperbuat Daripada Kontena Di Turki (17 Gambar)


Kontena Kool

Kalau anda sudah membaca Blogserius lebih dari 9000 tahun anda pastinya tahu kami suka pengkitaran semula kontena menjadi bangunan baru. Di Indonesia kami paparkan sekolah untuk anak-anak miskin yang diperbuat menggunakan kontena. Di Malaysia pula ada Chaiwalla Kopi Kontena di The Curve. All are awesome. Yang kami tak paparkan lagi ialah pusat membeli belah Trump Gedde di Istanbul Turki. Trump Gedde setingi dua tingkat ini dibina menggunakan kontena di atas bumbung pusat membeli belah Trump Tower Mall. Ia menempatkan restoran dan kafe. Ianya rekaan firma GAD Architech dan nampak sangat stylo walaupun dibina menggunakan bahan terpakai. Cool beans!


Serius Cool - Urban Armour : Baju Anti Raba Ketika Menaiki Keretapi (5 Gambar)


Bertukar!

Urban Armour rekaan Kathleen McDermott ialah baju yang boleh berubah bagi mengelakkan anda diraba ketika menaiki pengangkutan awam. Beliau mendapat idea untuk mencipta skirt yang boleh dikembangkan bagi mengelakkan tangan gatai mat raba ini selepas membaca laporan masalah molestation yang dihadapi wanita moden. Pada posisi terbuka tiada masalah pervert menggesalkan diri mereka pada tubuh pemakai. Coming up next mungkin skirt dengan renjatan eletrik sekiranya panstu owner diraba. Take that creep!



Monday, 12 May 2014

Serius LOL - #OhMyMalay : Google Translate Fail


Hahahha

Macam ini punya translationpun wujud? RIP Bahasa Malaysia...........


Serius Cool - Kasut Tinggi Berbentuk Kotak Maria Nina Vaclavek (5 Gambar)


Woah!

Kasut tinggi ialah aksesori yang harus dimiliki wanita sungguhpun technically it is a torture device. Pelbagai rekaan dihasilkan bagi memberikan si pemakai rupa yang unik. Kami dah paparkan kasut tinggi diperbuat daripad blok kayu dan juga kasut tinggi dengan rekaan terbalik yang dipakai Lady Gaga. Hari ini mari lihat kasut tinggi berbentuk kotak rekaan Maria Nina Vaclavek. Beliau adalah pelajar tahun akhir seni fesyen dan kasut tinggi kotak yang direka khas beliau ini adalah antara rekaan kasut paling unik pernah kami lihat. Art sungguh.



Serius Fakta - Rupa Pengasas 15 Jenama Terkemuka Yang Menggunakan Nama Mereka


Oh macam ini rupanya

Tidak seperti produk ubat -ubatan Dr Rozmey dan ubat kotel terlanjur D'herbs.... banyak pengasas jenama terkemuka tidak kita kenali rupanya. Zaman dahulu tak ada perangai letak muka tak malu pada setiap produk yang dijual. Hari ini mari lihat 15 rupa pengasas jenama terkemuka yang menggunakan nama mereka sebagai nama syarikat. Now you know!

Ramly Mokni - Pengasas Ramly Burger. Diasaskan pada tahun 1979 dengan sebuah stall burger jalanan di Lorong Haji Hussein. Kini Burger Ramly menjadi pemandangan biasa di seluruh Malaysia dan dianggap burger paling legendary!


Datuk Haji Ibrahim bin Haji Ahmad Badawi ialah pengasas Brahim's.Produk makanan melayu freeze dried Brahim menjadi makanan pengubat rindu student Malaysia yang tak reti memasak. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1986. Beliau ialah adik kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. 


Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif pengasas Habib Jewels. Habib Jewels ditubuhkan pada tahun 1958. Kedai pertama dibuka di Pitt Street Pulai Pinang. 


Serius - Benefit Street : Apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat Disalahguna


Abuse The System!

Ini ialah Benefit Street, siri TV yang menunjukkan bagaimana sistem bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di United Kingdom kini disalah guna warga "miskin" yang malas. Dengan mempermainkan sistem mereka boleh hidup tanpa bekerja. Lihat juga bagaimana golonga migran diperlakukan seperti hamba abdi. Sadly this is also happening here. Tengoklah the whole season ketika kelapangan. Good stuff! Harap impian negara kebajikan yang dirancang di Malaysia tidak akan dirosakkan oleh pemalas freeloaders macam ini. 


Serius Cool - Ecoducts : Jejambat Untuk Kegunaan Haiwan Melintas Lebuhraya (20 Gambar)


Haiwanpun pandai guna jejambat

Ecoducts ialah jambatan melintas lebuhraya yang dibina bagi membenarkan haiwan melintas tanpa dilanggar. Ianya boleh ditemui di Belanda, Amerika Syarikat, Kanada dan kepulauan Kristmas. Di Amerika Syarikat dan Kanada ecoducts digunakan oleh rusa dan beruang. Di Belanda ia digunakan oleh rusa. Di kepulaun Krismas pula ia digunakan oleh jutaan ketam ketika migrasi tahunan. Binatangpun tahu nak guna jejambat. Manusia pula bagaimana?



Sunday, 11 May 2014

Serius Klasik - Conchita Wurst : Penyanyi Wanita Berjanggut Austria (11 Gambar)


Tranny

#repost dari tahun lalu.

Conchita Wurst ialah penyanyi "wanita" Austria dengan imej yang unik dan penuh kontroversi. Beliau sebenarnya seorang penyanyi lelaki bernama Tom Neuwirth (24). Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat kedua sebuah pertandingan nyanyian realiti. Selepas bertahun menghilangkan diri, Tom muncul semula pada tahun 2011 dengan imej baru beliau Conchita Wurst lengkap dengan janggut Wak Doyok. Sungguhpun kelihatan seperti Kim Kardhasian berjanggut beliau mempunyai ramai peminat dan terpilih mewakili Austria di dalam pertandingan nyanyian Eurovision tahun ini. FABULOUS! 

Update : Beliau baru sahaja dinobatkan juara Eurovision 2014. Tahniah



Saturday, 10 May 2014

Serius Cute - Siri Fotografi Father of The Year Oleh Dave Engledow (11 Gambar)


Comel!

Dave Engledow mahu menjadi bapa mithali. Oleh itu beliau mengambil gambar situasi comel bersama anak perempuan belia bernama Alice Bree. Di bawah ialah koleksi foto yang diambil beliau bersama anak kesayangan. Comel. I should do this with my daughter soon. 



Serius Cool - SoftWheel : Rim Basikal Dengan Sistem Suspensi Terbina (9 Gambar)


Evolusi

Peribahasa oreng-oreng puyteh ada berkata "you can't reinvent the wheel". Sejak dicipta ribuan tahun yang lalu rupa asas sebuah roda memang tidak banyak diubah. Tetapi konsep apa yang boleh dibuat dengan roda nampaknya berjaya direka semula dengan terciptanya SoftWheel. Ianya rim roda yang mempunyai sistem suspensi terbina. Right now kalau anda mahukan basikal dengan sistem suspensi anda akan berbelanja ribuan ringgit. Dengan roda SoftWheel tak perlu beli basikal baru dan beli sahaja roda SoftWheel. Tiga jejari rim SoftWheel mempunyai penyerap hentakan hidaruliknya sendiri. Paling best ianya juga boleh digunakan pada kerusi roda dan membolehkan pengguna basikal dan kerusi roda menuruni tangga tanpa butthurt. Ianya rekaan Gilad Woolf seorang pereka yang berasal dari Israel. Selepas kaki beliau patah akibat kemalangan, Gilad terpaksa menggunakan kerusi roda selama beberapa bulan. Beliau menyedari kerusi roda adalah sangat tidak selesa untuk digunakan kerana ketiadaan sistem suspensi. Cool idea. Malang sekali mungkin tidak akan dijual di Malaysia kerana ianya ciptaan Yahudi laknatullah dan adalah jarum halus untuk memusnahkan industri pembuatan rim roda yang dikuasai mukminin. Or something shit like that. 



Serius Konsep - Lukisan Konsep Amazing Spider Man 2


Manusia Lelabah

Kami tak tengok lagi Spiderman 2 tetapi majoriti kata tak best. Yang pasti lukisan konsep Amazing Spider Man 2 nampak cool beans. 



Serius Cool - Memberi Rumah Kepada Seorang Homeless


Good Guy

Buat di Malaysia bagus juga. Tak perlu Bersamamu. Youtubefemes Malaysia sila buat. Nanti aku contribute. Di Kuala Lumpur banyak orang gelandangan macam ini. 

Friday, 9 May 2014

Serius LOL - Fesyen Erykah Badu Yang Bakal Ditiru Hijabistas? (5 Gambar)


HAHAHA

Fesyeh tudung moden yang anda lihat sekarang anda boleh beri kredit kepada penyanyi Erykah Badu. Gaya beliau ditiru penyanyi suara hipter Yuna dan kemudiannya menjadi ikutan Hijeebessus seluruh cakera alam semesta kerana normal hijabs are too mainstream. Erykah Badu memperlihatkan fesyen terbaru beliau baru-baru ini dan kami menanti sahaja fesyen ini akan sekali lagi menjadi ikutan Hijeebessus seluruh dunia. Ok Tudung Ariani ........... time for a new style! Sila letak pada harga kerat leher kerana fesyen is life and life is not cheap dahlings..........



Serius - Kemusnahjan Akibat Gempa Bumi Di Thailand (15 Gambar)


Musnah

Gempa bumi melanda utara Thailand selasa lalu. Gempa bumi sekuat 6.0 pada skala richter ini mengakibatkan kerosakan yang agak teruk pada kawasan yang berdekatan Chiang Rai. Looks bad



Serius - Koleksi Poster - Poster Filem Melayu Yang Paling Tinja (13 Gambar)


Shize!

Pukes.................................



Serius - Dong Feng 21 : Sistem Misil China Yang Menakutkan Armada Laut Seluruh Asia


War!

China semakin hjari semakin mengembangkan kekuatan ketenteraannya. Negara yang terkenal sebagai kilang dunia ini menggunakan kekayaannya untuk menambah baik kesemua faset ketenteraan milik mereka. Antara sistem ketenteraan yang meresahkan tentar laut seluruh Asia ialah sistem misil anti kapal Dong Feng 21 . Dong Feng 21 ialah variant sistem misil ini yang direka khas untuk menyerang kapal pengangkut kapal terbang milik Amerika Syarikat. Dengan kelajuan Mach 10, tidak ada sistem penangkis  misil milik Amerika Syarikat mampu menangkis seranga Dong Feng 21 sekiranya ia berlaku. Sistem pelancar Dong Feng 21 yang boleh bergerak memastikan ianya sukar untuk diserang oleh musuh. Ianya  juga boleh dilengkapkan dengan senjata nuklear sekiranya perlu. Dengan adanya Dong Feng China tidak perlu risau dengan kehadiran armada musuh yang cuba menyerangnya.Jadi apbila China mula claim pulau-pulau dan perairan Laut China Selatan dalam masa terdekat, tidak ada kapal milik jiran yang akan berani tunjuk power. Sekali tembak habis tenggelam. Yang kami rasakan menarik sistem Dong Feng 21 ini dibeli juga oleh Arab Saudi secara rahsia. Ianya dibeli untuk mempertahankan Saudi dari serangan misil dari Iran. Amerika Syarikat yang selama ini menjul senjata kepada Saudi sudah mula menghadkan penjualan kerana risau senjata buatan mereka akan jatuh ke tangan "pengganas". BOOM!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails