Wednesday 1 January 2014

Serius Cool - Transporter Bridge : Jambatan Dengan Gondol Pengangkut Kenderaan (20 Gambar)


Jambatan yan hampir pupus

Di Blogserius kami pernah tunjukkan jambatan terapung dan jambatan tenggelam. Hari ini mari lihat Transporter Bridge yang mempunyai gondola bagi mengangkut kenderaan menyeberangi sungai. Jambatan di bawah terletak di Newport Wales dan dibina merentangai Sungai Usk. Ia berketinggian 74 meter tinggi dan sepanjang  197 meter. Terdapat sebuah gondola yang terapung yang mampu membawa 6 buah kereta pada satu-satu masa pada kelajuan 3 meter sesaat. Newport Transporter Bridge sudah beroperasi sejak 1906 dan kini adalah salah sebuah dari 6 struktur seumpanya yang masih berfungsi di dunia. Bagi menggerakkan gondola 2 buah motor elektrik 35 kuasa kuda digunakan. 

Kenapa jambatan biasa ataupun bot digunakan di Newport bagi memindahkan kenderaan bagi menyeberangi Sungai Usk? Ketika dibina kedua-dua bahagian tebing sungai sudahpun sesak. Kerana perbezaan paras air ketika pasang dan surut, adalah sukar bagi kenderaan untuk turun dan naik dari bot. Bagi membina jambatan pula sebuah jambatan tinggi diperlukan bagi membolehkan kapal tengah tiang layar melintas di bawahnya. Dari segi kos dan rekaan yang paling praktikal, transport bridge ialah yang paling sesuai digunakan. Cool design. Kami tak tahupun sebelum ini ada jambatan seunik ini di dunia. 




Laporan asal NewPort 

3 comments:

  1. Replies
    1. Aku reply starting 2014, tanpa menaip perkataan itu.
      Lihatlah oh dunya

      Delete
  2. Serius classic...

    Just click the Link below and Register to Get $ 25 ...

    http://bit.ly/KbGCg8

    http://www.theweeklypay.com/index.php?share=208967

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails