Tuesday, 13 November 2012

Serius Klasik - Canadair CL-41G Tebuan : Pesawat Pejuang Pertama TUDM (12 Gambar)


Humble Beginnings

Sejarah Tentera Udara Di Raja Malaysia bermula pada tahun 1958 dengan pembelian Scotland Aviation Twin Pioneer yang diberi nama Lang Rajawali. Umum kita ketahui pesawat pejuang tercanggih TUDM kini ialah Sukhoi SU-30 MKM yang mempunyai kemampuan yang menakjubkan. Ketika ini TUDM mempynyai 18 pesawat pejuang Sukhoi, 8 pesawat F-18D, 12 BAE Hawk dan 10 Mig 29 Fulcrum. Tapi tahukah anda nama pesawat pejuang pertama milik TUDM?

Pesawat pejuang pertama TUDM ialah Canadair CL-41G Tebuan. Ianya variasi khas Canadair CT-114 Tutor yang merupakan pesawat pelatih Tentera Udara Diraja Kanada. 20 buah Tebuan dibeli pada tahun 1966 dan mula memasuki inventori TUDM pada tahun 1967. Pesawat Tebuan berbeza dari Canadair CT-114 Tutor dari segi pengubahsuaian enjin dan sayap yang lebih kuat bagi membenarkan ia membawa sistem persenjataan. Malaysia ialah satu-satunya negara yang memiliki variant pesawat tempur Canadair CT-114 Tutor ini.  Tebuan digunakan sebagai pesawat bantuan dalam operasi menentang Parti Komunis Malaya. Tebuan digunakan oleh TUDM selama 20 tahun sebelum digantikan dengan 13 pesawat Aermacchi MB-339A.

Kini adan boleh melihat pesawat Tebuan ini di Muzium Tentera Udara Di Raja Malaysia di Sungei Besi dan juga Muzium Tentera Port Dickson. Lihatkan sendiri perbezaan teknologi dahulu dan sekarang. 


 

Diolah dari sumber Wikipedia dan MaFiles

Kredit Foto

Airliners 
Airforce.Gov.My
FlickrhiveMind 
Flickr HelosrGreat 
Flickr Nog59
ABPic


7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. controller analog..

    meter analog..

    demmm

    ReplyDelete
  3. xlama lagi tudm nak beli jet baru. variasi dari eropah. skang tgh wat pemilihan lagi. lepas pilihanraya nnti terus beli. skang xleh beli sbb ramai pemimpin dan tok guru bangang abadi akan kata ini membazir duit rakyat. lulz

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang makan duit cukai gua walau satu sen pun,gua tak halalkan sampai hang masuk neraka 10000 tahun ok.

      Delete
  4. ade lg 2 jet TUDM, o OBEse

    F-86 Sabre
    A4 Skyhawk

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails