Wednesday 8 January 2014

Serius Cool - Wello : Alat Memudahkan Mengangkat Air Di India (11 Gambar)


Mudah!

Selain mempunyai masalah kekurangan tandas yang kronik, India juga mempunyai masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat marhaen. Ratusan juta warga India masih mendapatkan air dari mata air, perigi dan sungai. Tugas mendapatkan air yang terletak jauh dari tempat tinggal biasanya dilakukan oleh kaum wanita. Mereka terpaksa menjunjung belanga air di atas kepala yang beratnya mencecah 20 kilogram. Wello ialah roda yang merangkap balang menyimpan air yang digunakan di India sejak 2011. Ia mampu menampung empat kali ganda lebih banyak isipadu air dari sebuah balang air biasa. Ia bukan sahaja menampung lebih banyak air tetapi lebih mudah digunakan oleh kaum wanita. Tak perlu junjung atas kepala lagi. Very nice!




Laporan asal Wello

4 comments:

  1. good for them. kaum lelaki yang gagah perkasa buat apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya idea ni datang dari kaum lelaki yang gagah perkasa...

      Delete
  2. kerja mencari rejeki perhaps..

    ReplyDelete
  3. pening pala minum air tu dok bergolek2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails