Tuesday 7 January 2014

Serius Cool - Tripitaka Koreana : Perpustakaan Berusia 900 Tahun (17 Gambar)


Kitab suci Buddha

Tripitaka Koreana ialah koleksi kitab suci Buddha iaitu Tripitaka yang diukir di atas 81258 tablet kayu. Koleksi ini adalah antara khazanah dunia yang diiktiraf oleh UNESCO dan sudah berusia 868 tahun. Kenapa kitab suci ini diukir pada permukaan kayu dan tidak dicetak? Mengikut kepercayaan Korea pada ketika itu, bagi memastikan doa anda makbul anda perlu mengukir kitab suci ini di atas permukaan kayu. Pada tahun 1232 ukiran asal Tripitaka ini musnah dibakar oleh penceroboh mongol. Pada tahu 1236, Raja Gojong ialah raja Korea pada ketika itu mengarahkan ukiran suci ini dihasilkan semula bagi memastikan penceroboh Mongol akan dapat dihalau keluar. Kerja mengukir bermula pada tahun  1236 dan siap sepenuhnya pada tahun 1251. Adalah dipercayai sebanyak 30 orang sami bekerja selama 16 tahun bagi mengukir 52,382,960 huruf di atas permukaan kayu secara manual. Persiapan bagi menghasilkan kayu yang diukir juga amatlah sukar. Kayu pokok birch yang terpilih dipoton sebelum direndam di dalam air laut selama 3 tahun. Kemudian kayu ini dikeringkan pula selama 3 tahun tahun. Selepas diukir ia disaluti dengan pelaka beracun bagi memastikan serangga tidak akan memakannya. Pada tahun 1398 keseluruhan koleksi ini dipindahkan ke Haensa, sebuah kuil Buddha yang terletak di Provinsi Gyeongsang Selatan sehingga sekarang. Menarik melihat ukiran suci ini masih kekal sehingga sekarang. Ini membuatkan kami sedih kerana tidak ada satupun peniggalan tamadun Melaka yang kekal sehingga sekarang. Kita kehilangan banyak artifak sejarah. Yang kekal ada seperti Candi Lembah Bujang pula dirodok sesuka hati kerana kita malu asal usul kita dahulu beragama Hindu!



Laporan asal Tripitaka

15 comments:

  1. Kitab ade tapi diorang ada baca kah? sedih..

    ReplyDelete
  2. subject paling aku x suka sejarah ^_^

    ReplyDelete
  3. Apa kitab purbakala Melayu yang masih dibaca sampai sekarang.
    Jawapannya ialah PERMATA YANG HILANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu suraya kitab remaja masa kini dan akan datang

      Delete
  4. sejarah lembah bujang meragukan..
    it was greek bukan hindu

    bace ni

    http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2013/09/untold-history-lost-greeks-civilization.html

    ReplyDelete
  5. Sejarah Melayu ada lagi peniggalan nya walau tak banyak.. Masih ada lagi artifak2 yang tak penah kita tengok... manuskrip2 yang tak penah dipublish.. ada dlm simpanan agensi kerajaan atau org persorangan. Yang aku tahu.. susur galur keluarga bendahara tun perak ada buat pameran kecil2 kat melaka dengan artifak2 yang tak penah ditengok sebelum ni

    ReplyDelete
  6. mengikut seorang pengkaji sejarah, Zaharah Sulaiman, artifak2 kebanggaan orang2 melayu seperti istana, kuil, kota, kapal, senjata banyak yg telah di musnahkan oleh penjajah Portugis, British, Siam (di Kedah). tujuan dia ialah untuk menghapuskan bukti zaman kegemilangan bangsa melayu dahulu. so msyarakat akn ingat bahawa org2 melayu pd zaman dulu hnya tau hasilkan anak dan tinggal atas pkok je.. mereka tak tau yg nenek moyang merekalah yg ajar orang british buat kapal.. kalo x musnah, mungkin kita boleh tgok istana kuno mlayu langkasuka trsegam indah mcm dlm cite queen of langkasuka tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo melayu ajor british buat kapal, british datang tanah melayu naik ape? kapal terobang? cub bulat? tak pun kirov...

      Delete
    2. akibat terlalu obses kat bangsa sendiri..aduiii... yela nenek moyang ko dulu g england ajar diaorng buat kapal n mcm supaya attack malaya..gitu kan? haha

      Delete
  7. ya allah...panas rasa hati sy melihat kitab2 bathil ni. kalau sy ada di situ, nescaya saya akan BAKAR kesemuanya..demi menegakkan daulah Islam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dey sheik... ko igt agama ajar gitu ke??? jgn memandai2.. mana dalil???

      Delete
    2. some people just want to see the world burn.

      Delete
    3. hitam putih, kau tu yang kena pergi mengaji agama balik. ko tak tau ke Kaabah di Mekah asalnya tokong puak2 jahiliyah yang penuh dengan berhala? Nabi Muhammad sendiri yang pergi ke Kaabah dan hancurkan kesemua 360 berhala disitu. aku rasa kau ni dah jatuh kafir ataupon murtad la.

      Delete
    4. sedangkan menuntut ilmu pun hingga ke negeri china.

      Delete
    5. sembang. kt mesia ni bersepah berhala. ce try tgk skit sembang lebat tu. poodah

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails