Kitab suci Buddha
Tripitaka Koreana ialah koleksi kitab suci Buddha iaitu Tripitaka yang diukir di atas 81258 tablet kayu. Koleksi ini adalah antara khazanah dunia yang diiktiraf oleh UNESCO dan sudah berusia 868 tahun. Kenapa kitab suci ini diukir pada permukaan kayu dan tidak dicetak? Mengikut kepercayaan Korea pada ketika itu, bagi memastikan doa anda makbul anda perlu mengukir kitab suci ini di atas permukaan kayu. Pada tahun 1232 ukiran asal Tripitaka ini musnah dibakar oleh penceroboh mongol. Pada tahu 1236, Raja Gojong ialah raja Korea pada ketika itu mengarahkan ukiran suci ini dihasilkan semula bagi memastikan penceroboh Mongol akan dapat dihalau keluar. Kerja mengukir bermula pada tahun 1236 dan siap sepenuhnya pada tahun 1251. Adalah dipercayai sebanyak 30 orang sami bekerja selama 16 tahun bagi mengukir 52,382,960 huruf di atas permukaan kayu secara manual. Persiapan bagi menghasilkan kayu yang diukir juga amatlah sukar. Kayu pokok birch yang terpilih dipoton sebelum direndam di dalam air laut selama 3 tahun. Kemudian kayu ini dikeringkan pula selama 3 tahun tahun. Selepas diukir ia disaluti dengan pelaka beracun bagi memastikan serangga tidak akan memakannya. Pada tahun 1398 keseluruhan koleksi ini dipindahkan ke Haensa, sebuah kuil Buddha yang terletak di Provinsi Gyeongsang Selatan sehingga sekarang. Menarik melihat ukiran suci ini masih kekal sehingga sekarang. Ini membuatkan kami sedih kerana tidak ada satupun peniggalan tamadun Melaka yang kekal sehingga sekarang. Kita kehilangan banyak artifak sejarah. Yang kekal ada seperti Candi Lembah Bujang pula dirodok sesuka hati kerana kita malu asal usul kita dahulu beragama Hindu!
Laporan asal Tripitaka
Kitab ade tapi diorang ada baca kah? sedih..
ReplyDeletesubject paling aku x suka sejarah ^_^
ReplyDeleteApa kitab purbakala Melayu yang masih dibaca sampai sekarang.
ReplyDeleteJawapannya ialah PERMATA YANG HILANG.
cikgu suraya kitab remaja masa kini dan akan datang
Deletesejarah lembah bujang meragukan..
ReplyDeleteit was greek bukan hindu
bace ni
http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2013/09/untold-history-lost-greeks-civilization.html
Sejarah Melayu ada lagi peniggalan nya walau tak banyak.. Masih ada lagi artifak2 yang tak penah kita tengok... manuskrip2 yang tak penah dipublish.. ada dlm simpanan agensi kerajaan atau org persorangan. Yang aku tahu.. susur galur keluarga bendahara tun perak ada buat pameran kecil2 kat melaka dengan artifak2 yang tak penah ditengok sebelum ni
ReplyDeletemengikut seorang pengkaji sejarah, Zaharah Sulaiman, artifak2 kebanggaan orang2 melayu seperti istana, kuil, kota, kapal, senjata banyak yg telah di musnahkan oleh penjajah Portugis, British, Siam (di Kedah). tujuan dia ialah untuk menghapuskan bukti zaman kegemilangan bangsa melayu dahulu. so msyarakat akn ingat bahawa org2 melayu pd zaman dulu hnya tau hasilkan anak dan tinggal atas pkok je.. mereka tak tau yg nenek moyang merekalah yg ajar orang british buat kapal.. kalo x musnah, mungkin kita boleh tgok istana kuno mlayu langkasuka trsegam indah mcm dlm cite queen of langkasuka tu..
ReplyDeletekalo melayu ajor british buat kapal, british datang tanah melayu naik ape? kapal terobang? cub bulat? tak pun kirov...
Deleteakibat terlalu obses kat bangsa sendiri..aduiii... yela nenek moyang ko dulu g england ajar diaorng buat kapal n mcm supaya attack malaya..gitu kan? haha
Deleteya allah...panas rasa hati sy melihat kitab2 bathil ni. kalau sy ada di situ, nescaya saya akan BAKAR kesemuanya..demi menegakkan daulah Islam!
ReplyDeletedey sheik... ko igt agama ajar gitu ke??? jgn memandai2.. mana dalil???
Deletesome people just want to see the world burn.
Deletehitam putih, kau tu yang kena pergi mengaji agama balik. ko tak tau ke Kaabah di Mekah asalnya tokong puak2 jahiliyah yang penuh dengan berhala? Nabi Muhammad sendiri yang pergi ke Kaabah dan hancurkan kesemua 360 berhala disitu. aku rasa kau ni dah jatuh kafir ataupon murtad la.
Deletesedangkan menuntut ilmu pun hingga ke negeri china.
Deletesembang. kt mesia ni bersepah berhala. ce try tgk skit sembang lebat tu. poodah
Delete