Wednesday 11 September 2013

Serius Cool - Aeroscraft : Pesawat Udara Zappelin Versi Moden (14 Gambar)


Kirov!

Aerocraft ialah kapal udara moden yang cuba menghidupkan semula sistem pengankuta udara Zappelin yang sudah dihentikan lebih dari 70 tahun yang lalu. Umum diketahui zaman kegemilangan Zappelin terhenti kerana berlakunya beberapa kemalangan maut yang memberikan imej buruk terhadap sistem pengangkutan ini. Aerocraft yang dibina oleh syarikat Aeros sudah di dalam proses pembangunan selama 25 tahun dan akhirnya prototaip pesawat udara ini melakukan penerbangan sulung 7 September lalu. Pesawat prototaip sepanjang 79 meter yang dipenuhi gas helium ini akan menjadi pentas ujikaji sebelum pesawat bersaiz sebenar sepanjang 121 meter dibina. Aerocraft dibina kerana ianya jauh lebih mesra alam berbanding pesawat kargo biasa. Ia juga tidak memerlukan landasan kapal terbang untuk menghantar kargo. Ia boleh mendarat secara menegak ataupun menurunkan kargo menggunakan sistem kren terbina. Terdapat beberapa versi Aerocraft yang akan dibina dan ianya boleh mengangkut kargo seberat 66 tan. Versi kegunaan riadah dan ketenteraan juga mungkin dihasilkan. Apa yang pasti sudah tiba masanya Zappelin kembali ke udara. Nampak cool. Now all we need are KIROVS!



Laporan asal Inhabitat

7 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails