Jetpack!
Kenderaan paling cool untuk dicuri di dalam Grand Theft Auto San Andreas ialah sebuah jetpack. Jetpack mula muncul di dalam cereka fiksyen sekitar 1920an. Watak adiwira terkenal Rocketman menggunakan enjin jet galas untuk menentang musuh. Hanya pada sekitar 1960an Jetpack menjadi realiti dan digunakan di dalam filem James Bond. Masalah utama Jet Pack ialah penggunaan bahan api yang tinggi. Sebuah Jetpack hanya boleh digunakan selama 15 minit sebelum bahan apinya habis.
Martin Jetpack sudah di dalam tempoh pengujian sejak 2006. Martin Aircraft Company percaya Jetpack ciptaan mereka adalah jetpack yang dinanti-nantikan sealam ini dan dapat digunakan secara komersil. Jetpack keluaran mereka mampu terbang setinggi 900 meter, memecut sehingga 74 kilometer sejam dan terbang selama 30 minit. Mereka berharap pesawat ini akan digunakan untuk operasi menyelamat ketika kebakaran ataupun sebuah kenderaan riadah. Bagi memastikan keselamatan juruterbangnya, setiap Martin Jetpack dilengkapi sistem payung terjunnya sendiri. Martin Jetpack dijangka memasuki pasaran tahun hadapan dengan harga sekita USD 150 000 (RM 484 000) sebuah. Looks cool. Off to San Andreas we go!