Tuesday 18 September 2012

Serius Iklan - Apakah Itu Program #MY3L ? : My Life Long Learning


Apakah ini?

Anda pasti tertanya-tanya apakah Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang kami paparkan di HEADER Blogserius sejam seminggu yang lalu. Kalau anda nak tahu karnival ini diadakan bagi merasmikan program terbaru Kementerian Pelajaran Tinggi yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dikalangan rakyat Malaysia tidak mengira umur ataupun peringkat pelajaran formal mereka.

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat ataupun dalam bahasa inggerisnya MY LIFE LONG LEARNING #MY3L ini ialah program untuk rakyat Malaysia berumur 15 tahun keatas untuk mempelajari soft skills seperti pertukangan, memasak, pembaikian komputer, asas AUTOCAD ataupun kerja pendawaian elektrik. Ini secara tidak langsung membenarkan mereka yang mungkin tidak mempunyai academic credential yang tinggi atau tidak mampu meneruskan pelajaran untuk mempelajari skill set yang mampu mengubah hidup mereka.

Kami di Blogserius mengakui kami tidak pandai belajar dan banyak kali kandas ketika di institut pengajian tinggi. Bagi kami program sebegini membenarkan rakyat Malaysia yang sering dipandang rendah kerana "tiada paper qualification" untuk mendapatkan skills yang perlu untuk mencari pekerjaan.

Paling menarik bagi kami di Blogserius ialah bayarann yang dikenakan kepada peserta untuk menghadiri program kursus pendek yang ditawarkan. Get this........... kursus pendek yang ditawarkan di kolej-kolej komuniti SELURUH NEGARA hanya dikenakan bayaran serendah RM 5. Imagine that! Belajar cara memulakan blog, asas Flash , asas Autocad dan asas Microsoft Office hanya dikenakan bayaran bawah RM20. Kami dulu ada ambil short courses jugak di sebuah IPTS untuk kursus pendek di atas mencecah RATUSAN ringgit.

Kini anda tiada lagi alasan untuk tidak mahu mempelajari new skills setiap bulan. Kalau boleh merokok sekotak seminggu takkan tak boleh hendak pelajari skills baru di kolej-kolej komuniti terdekat.

Di bawah ialah antara kursus-kurus jangka pendek yang boleh anda hadiri sekarang. Untuk senarai lengkap anda boleh melawat laman web Jabatan PengajianKolej Komuniti disini


Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang program-program yang ditawarkan di bawah Pengajian Sepanjang Hayat/ My Live Long Learning #MY3L ini sila lawati laman Facebook My3L



Tetapi jika anda lebih suka bertanya secara terus kepada pihak yang berkenaan silalah ke Karnival M Life Long Learning yang diadakan di pada 22 - 23 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putera Kuala Lumpur. Datanglah sendiri dan hadiri program-program yang sudah diaturkan pihak penganjur. Anda boleh menemui Siti Nurhaliza , Dr Fazley, Zed Zaidi dan beberapa lagi selebriti terkenal yang akan berbicara tentang betapa relevannya program PSH/MY3L kepada mereka

Tunggu apa lagi? Jika anda mahukan skills yang berguna sialalah daftar diri. Jangan jadi blogger miskin tanpa hala tuju seperti kami di Blogserius. Serius menyesal tak mahu belajar semasa muda kini menjadi blogger picisan! #TrueStoryBro.


12 comments:

  1. terlambat 2minit. taik

    ReplyDelete
  2. agk2 brapa obe dpt iklan benda ni

    ReplyDelete
  3. link web jpkk x boleh acces leh,any advice

    ReplyDelete
  4. Aku cme tertanya kenapa "Noah Levenstein" ada dlm gambar tu. haha

    ReplyDelete
  5. murah gila yuran... kalau macam ni aku pun nak mengajarlah... kursus teknik bersenggama dengan kaedah yang betul

    ReplyDelete
  6. Kat header blog serius, mamat yg repair motor tu Subari budak Indon keja kilang SYM kat Cerok To'kun..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails