Showing posts with label Serius Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Serius Khidmat Masyarakat. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

Serius Khidmat Masyarakat, : Senarai Nama Syarikat Yang Disenarai Hitam Kerana Penipuan Pakej Umrah


Pembohong

Tiap tahun kita akan dengar cerita sadis bakal umrah yang kandas di lapangan terbang kerana ditipu syarikat pengurusan pakej umrah. Tahukah anda Kementerian Pelancongan ada meletakkan senarai syarikat yang sah pembohong di laman web mereka? Di bawah ialah senarai beberapa syarikat yang disahkan pembohong dan lesen mereka sudah ditarik. Sila buat kajian dahulu sebelum menyertai mana-mana pakej




Sumber Kementerian Pelancongan

Thursday, 28 March 2013

Serius Khidmat Masyarakat - Adakah Anda Kenal Muka Pencuri-Pencuri Ini?


Bantu!

Adakah anda kenal dua orang penyagak meleis di bawah? Jika ya sila bantu Cik Ranimah Mohd Ramli menangkap mereka. Anda boleh menghubungi Cik Ranimah melalui Facebook beliau. So orang Seri Kembangan, anda pernah nampak perompak-perompak muka tandas ini?


Laporan asal Facebook Ranimah Mohd Ramli

Wednesday, 31 October 2012

Serius Khidmat Masyarakat - Senarai Skim Pelaburan Yang Diharamkan Bank Negara (84 Syarikat)


Sila educate your ass!

Sejak dua menjak ini banyak pula kami dengar syarikat pelaburan diserbu pihak Bank Negara kerana tidak mempunyai lesen atau terdapat elemen yang menyangsikan. Jika anda ingin melabur pastikan wang anda dilaburkan di dalam syarikat yang berlesan supaya tidak menyesal di masa hapadan. Di bawah ialah senarai nama-nama syarikat pelaburan yang menyebabkan pelaburnya LEBUR. Jangan jadi mangsa penipuan. Baca list di bawah sebelum menangis di kemudian hari.

Thanks @ErinAdlina for this helpful link


Friday, 5 October 2012

Serius Khidmat Masyarakat - Lokasi Baby Hatch @OrphanCare Malaysia (8 Gambar)


Jangan Bunuh Baby!

Seperti di dalam berita sebelum ini kami tidak mahu berlaku kes bayi yang mati dibunuh kerana dilahirkan di luar nikah. Kami juga tak mahu bayi dibuang di tong sampah kemudian mati dimakan oleh haiwan kemdian dihurungi semut. Jika anda tahu sesiapa yang mengandung dan tidak tahu apa harus dilakukan dengan bayi selepas lahir, sila hubungi OrphanCare Malaysia. Badan NGO ini sudi mengambil bayi yang anda tidak mahu dan menyediakan tempat yang selamat untuk bayi ini ditinggalkan dalam bentuk Baby Hatch. Hac ini sudah beroperasi sejak Mac 2010. Tidak ada sebab untuk anda membuang baby atau membunuh mereka. Kini ada pilihan lain selain dari menjadi pembunuh budak yang tidak berdosa. 

Tahukah anda diantara tahun 2005-2011, sebanyak 517 kejadian menbuang bayi dicatatkan di Malaysia? Dari 517 kes ini 287 bayi hanya ditemui selepas meninggal dunia. This is unacceptable. Pihak Orphancare mempunyai lebih kurang 1700 pasangan yang berdaftar yang menanti untuk menjadi ibu bapa angkat. Anda tak mahu tetapi pasangan-pasangan ini mendambakan anak!

Lokasi Baby Hatch Orphancare ini ialah di No.6 Lorong SS1/24A, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya, Malaysia. Baby Hatch mereka sentiasa dibuka dan anda boleh tinggalkan bayi anda disini. Jangan bunuh baby please.

Jika anda mahukan lebih banyak informasi silalah lawati laman sesawang mereka di http://www.orphancare.org.my

Thursday, 16 August 2012

Serius Khidmat Masyarakat - Bantu Polis Cari Suspek Naharom Ini


Mengesan Saspek

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang di bakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam.

Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR
Umur : 18 Tahun


Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.



Tuesday, 17 April 2012

Serius Khidmat Masyarakat - Penipuan Di PC Fair (3 Gambar) Baru-Baru Ini


Serius Shit!

Bahaya! Bahaya! Nampaknya taktik keji yang selama ini anda mungkin hanya nampak di Reddit sudah mula menular ke negara kita. Dari entri asal di Lowyat Kopitiam , seorang user dengan nama dennis_san mendakwa teman beliau membeli sebuah portable hard disc. Bila pulang ke rumah beliau mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan HDD yang dibelinya di PC Fair baru-baru ini. Lihatlah sendiri rupa HDD kencing yang dibeli oleh teman beliau!

Oleh itu berhati-hari bila ke PC Fair. Kalau ada HDD murah anda kena make sure it works. Sekarang HDD mahal dan ramai scammers menjual HDD ciplak macam ini dipasaran.

Just so you know alamat syarikat dibawah juga kencing. Tak tahulah macam mana kawan si dennis_san akan dapatkan balik pampasan. Belilah barangan komputer dari kedai yang ada good reputation. Ingat sebelum kena!

Thanks Mr Piratz for the tip


Wednesday, 14 March 2012

Serius Khidmat Masyarakat - Kawasan-Kawasan Yang Bakal Tiada Air Hari Ini


Gangguan bekalan air selama 36 jam

Selamat pagi! Hari ini 14 Mac akan berlaku gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang akibat kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor. Ini bagi menaikkan kapasiti bekalan air dari 840 juta liter sehari kepada 950 juta liter sehari. Bersusah kejap bagi membolehkan bekalan air yang lebih banyak dimasa hadapan. So far agak sukar nak dapatkan maklumat kawasan mana yang akan tak ada air selama 36 jam bermula 8 pagi ini hingga 8 malam 15 Mac. Maka hari ini ada eloknya jika Blogserius listkan kawasan yang terbabit. Siapa perlu mandi junub sila lakukannya sebelum 8 pagi ini ok! That means me.... #LULZ

Hulu Selangor

Kuang, Kundang Bandar Tasik Puteri

Petaling

SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang,Taman Mayang, Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya,Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing ,Subang Bestari.

Kuala Lumpur

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara,Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam

Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic,Taman Kota Permai. Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar,Sobena Jaya.

Kuala Langat

Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.Abdul Halem

Adakah kawasan anda akan mengalami gangguan air esok? If so harapnya pagi tadi masa subuh dah mandi secukupnya dan ada takung air dalam baldi



Laporan asal Mstar

Saturday, 3 March 2012

Serius Khidmat Masyarakat - Sebab-Sebab Permohonan BR1M Anda Ditolak


Edukesyenel

Aku ada menerima emel dari pembaca Blogserius. Nama dirahsiakan tetapi dia bertanya

"Abang Obe kenapa saya tak dapat-dapat lagi bantuan BR1M? Saya dah isi dan hantar borang lama dah. Orang lain dapat saya je tak dapat lagi. Adakah ini konspirasi?"

Terima kasih kerana bertanyakah soalan ini. Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa permohonan encik ini ditolak. Tetapi tahukah anda ada beberapa SEBAB mengapa permohonan anda mungkin ditolak? Dibawah ialah senarainya. Sila baca dan fahami ya.

  • Pemilik kereta Proton atau Perodua yang didaftar antara 2007-2011 yang mempunyai kapasiti enjin melebihi 1600 cc. Anda tidak layak menerima BR1M.
  • Pemilik kereta bukan tempatan yang didaftar antara 2007-2011 yang mempunyai kapasiti enjin melebihi 1500 cc. Anda juga tidak layak menerima BR1M.
  • Pemilik motosikal yang didaftar antara 2007-2011 dengan kapasiti enjin melebihi 500cc . Nope anda juga tak layak. Sila tukar motor sekarang juga.
  • Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN didalam aplikasi individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantun BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain
  • Meminta bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tangguangan anda
  • Meminta bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan nama isteri/suami dengan betul
  • Setakat ini 900 000 permohonan BR1M sudah ditolak oleh pihak kementerian kewangan.
  • Jika anda mendaftar dibawah program E-Kasih untuk golongan MISKIN TEGAR, bantuan BR1M anda akan dikeluarkan seawal pertengahan BULAN INI

Adakah anda jatuh dalam kategori diatas? Jika ya ini mungkin sebab kenapa permohonan BR1M anda ditolak. Cuba lagi dengan borang baru atau melakukan penipuan. HAHAHAHA.

Kepada yang sudah menerima bantuan BR1M sebanyak RM500 mereka sila jangan lupa doakan kesihatan Dato Seri 1Najib Al Lipglossy dan Dr Bik. Hanya mereka mampu memastikan kesejahteraan Malaysia tanah air kita.

Informasi asal The Star

Sunday, 15 January 2012

Serius - Berkenaan Ruangan Komen Versi Baru


Hello

Ruangan komen Blogserius diubah beberapa hari lalu bagi membenarkan threaded post. Ini bermakna senanglah ANON1 nak komen kepada ANON2 . Nampak siapa komen kepada siapa tanpa perlu buat "@Anon 12:20 PM - Jangan jadi obe asslicker ok" lagi. Tujuannya memudahkan comment wars dan siapa yang benci orang post "Pertamaxxx" boleh maki terus komen itu dengan menekan butan REPLY pada bawah komen tersebut

Sistem ini masih didalam proses pecubaan dan feedback daripada anda amat dihargai. Sila bagi komen. So far ramai yang suka style macam ini dari style lama. Tapi I do get people raging pasal nak balik sistem lama.I want to hear from you. Thanks


Monday, 26 September 2011

Serius - Kenapa Anda Harus LIKE Facebook Page Blogserius


Promosi Cheap Skate

Banyak terima tweets dan komen dua hari kebelakangan ini bertanya pada aku

"Obe bila nak update blog siak?"

Maaflah tapi hujung minggu yang lepas ini aku menghadiri kursus kahwin. Maka memang tak ada masa nak mengemas kini blog macam weekend yang biasa. Kena pulak bilik kursus tu sejuk semacam sampai demam aku dibuatnya. Ya lah aku ni kan ahli neraka, kalau duduk dalam ketuhar masak Pizza aku takde hal tapi duduk dalam bilik aircond ini melampaui tabii normal aku. TROLOLOL

Maka kalau tak bak pening kepala bertanya "Bila nak update?" Sila like fanpage Blogserius. Mudah. Semua latest news tentang-blog ada disitu. Aku nak minta maaflah hujung minggu yang lepas ini takde update. Kombinasi kursus yang panjang dan kesihatan yang kurang. Aku cuba makan lebih Kortal untuk kanak-kanak bagi memastikan aku tak demam lagi.




Monday, 5 September 2011

Serius Khidmat Masyarakat - Anda Tuan Punya Kucing di PETKNODE Dibawah? (12 Gambar NSF Animal Lovers)


HELP! SOC - Save Our Cats

I am sure by now ramai dah dengar cerita tentang PETKNODE, sebuah "asrama" bagi hayawan perliharaan bila anda pergi bercuti. Apparently tuan punya Petknode tak menjaga welfare kucing yang mereka sudi ambil untuk dijaga. Duit dah dibayar tapi lebih kurang 200 kucing dan seekor anjing yang dibawah "jagaan" mereka tidak diberi makan dan minum. Dibiarkan terkunci didalam kedai. Orang ramai yang prihatin mendengar ngiauan kucing dari premis mereka memecah masuk dan terkejut bila menjumpai hayawan yang dalam keadaan super sadis. Ada ibu kucing dan anak sudah mati dalam sangkar. Mati berdakapan dan mata si ibu terbukak (sad!). Ada juga anak kucing yang mati diluar sangkar. So far dari apa yang aku baca dari laman facebook KUCING TERBIAR ANJING JALANAN 16 ekor kucing sudah meninggal dunia. Disini aku mahu ucapkan tahniah kepada pencinta hayawan Malaysia yang sanggup ambil kucing yang terbiar ini untuk dijaga sementara menunggu owner pulang dari kampung dan mengambil mereka semula. Jadi kalau anda kenal kucing-kucing yang ada pada laman facebok KTAJ sila notify kepada mereka untuk pick up their pets. Laman Facebook ini lebih updated dari blog aku. So if you want to HELP please give the Facebook page a visit. They need all the help they can get.



The story does not end here. Apparently pihak PetKnode juga gila duit, bila asrama kucing dah penuh mereka sumbat kucing dirumah mereka. Bila diserbu pihak polis ada terjumpa lagi kucing yang also dalam keadaan tak terjaga. Sadness! Dibawah aku paparkan dua orang tuan punya berbangsa MELEIS yang bertanggung jawab for this cruelty on animal. Paling tak boleh blah dari tweet KLUBBKIDDKL aku difahamkan tuan punya premis jahanam ini nak saman orang ramai yang "memecah masuk" kedalam kedai mereka ketika misi menyelamat. WTF?



Link berita penuh mengandungi gambar anak kucing mati. Jgn klik nanti manlytears.

Thanks to KlubkiddKl and HanieHidayah for the Twitter links. Thanks Aina Abd Jamil for the update! Thank IKIN for the RALAT.

Photo credits Ekien Ashiken Rashidah Mat Saman dan Kucing Terbiar Anjing Jalanan



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails