Showing posts with label Serius Genius. Show all posts
Showing posts with label Serius Genius. Show all posts

Tuesday, 6 June 2017

Serius Genius - Dry Steppers : Baju Hujan Untuk Melindungi Sneakers Dari Kekotoran


Keep Em Fresh!

Mengumpul sneakers ialah hobi anak muda yang berduit dan tidak mempunyai tanggungjawab seperti orang dewasa yang mempunyai seorang anak seperti pemilik website ini. Sneakers dikumpul dan harga akan meningkat sekiranya disimpan dengan baik. 

Bagi mengelakkan kasut berharga menjadi kotor, Dry Steppers dihasilkan. Ia adalah baju hujan untuk kasut dengan rekaan sneakers popular seperti Yeezy pada bahagain luar. Tiga rekaan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga USD 19. 99 (~RM 86).




Sunday, 13 December 2015

Serius Genius - 15 Teknik Solekan Mengubah Wajah Lelaki Ini Menjadi Seakan Selebriti Wanita Ternama


Awesome.

Paolo Ballesteros ialah jurumekap yag sangat berbakat. Beliau menggunakan teknik solekan untuk mengubah wajah beliau menjadi seperti selebriti ternama seperti Reese Witherspoon, Katie Holmes, Kim K, Angelina Jolie dan Anne Hathaway. Sila ikuti lebih banyak karya menarik beliau melalui laman Instagram beliau.



Thursday, 17 September 2015

Serius Genius - Mangkuk Muntah Disediakan Di Kelab Malam Ini


Brush my teeth with a bottle of Jack

Klise filem barat ialah akan ada watak mabuk yang minum sampai muntah di mangkuk tandas. Kalau beliau seorang wanita akan ada BFF tolong angkat rambut dari kena muntah. So bloody cliche. Di Prague,Republik Czech sebuah kelab malam membina mangkuk tandas berdiri yang digunakan khas untuk kegunaan orang mabuk. Mangkuk muntah ini hanya wujud di dalam tandas lelaki. Mungkin kerana di negara ini jumlah kaki mabuk adalah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki. Sampai begitu sekali. 


Sumber Reddit

Friday, 7 August 2015

Serius Genius - 16 Contoh Cosplay Watak Diubah Jantina Yang Menakjubkan


Good Job!

Cosplayin is SRSBSNS oleh itu ramai yang mahu bercosplay dengan lebih kreatif. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah menghasilkan kostum watak kegemaran tetapi jantinya ditukar. Di bawah ialah 16 contoh cosplay watak diubah jantina yang kami rasakan sangat well done!



Thursday, 28 May 2015

Serius Genius - Iklan Derma Organ Argentina Yang Cofirm Membuatkan Anda Menangis


Feels!

God. Them feels. Ninjas not cutting onions today because ninja juga menangis menonton iklan ini. Good job!


Tuesday, 26 May 2015

Serius Genius - 14 Contoh Pengiklanan Menggunakan Eskalator Yang Kreatif


Fight!

Siapa sangka tangga bergerak automatik boleh digunakan sebagai papan iklan. Yang penting ialah berapa kreatifkah anda.



Wednesday, 22 April 2015

Serius Genius - Cara Paling Kejam Untuk Menghukum Pasangan Yang Curang


iOWNED!

Oh My God...... ini ........ini........... ini kejam tetapi sangat sesuai dilakukan kepada pasangan yang curang dalam perhubungan. BRB nak nangis tengok. 


Thursday, 26 March 2015

Serius Genius - Bungee Bath : Tali Bungee Untuk Sabun & Shampoo Anda


WANT!

Manusia moden mandi dengan 16 juta jenis produk. Ada produk untuk muka, kaki, badan, ketiak dan bahagian sulit. Setiap produk menjanjikan kulit lebis mulus dan putih. Yang pasti majoriti meletakkan produk pada para-para ataupun lantai. Lepas pakai susah nak letak balik dan akhirnya produk berteraboq di tandas. Bungee Bath ialah produk genius yang meletakkan produk membersih tubuh di hujung tali elastik. Lepas pakai lepaskan dan ia akan kembali ke posis asal. Setiap Bungee Bath boleh menampung berat sehingga 1.5 kilogram dan boleh dipasang pada dinding tandas hanya menggunakan suction cup terbina.. Harga jualan ialah USD 32 (RM 117) untuk set 4 Bungee Bath. Just take my money


Monday, 16 February 2015

Serius Genius : Flexible Love : Sofa Boleh Laras (11 Gambar)


Do Want

Adakah anda bosan dengan rekaan sofa anda yang statik? Sukar memuatkan tetamu kerana tidak cukup kerusi? Ini dia sofa bolah laras oleh Flexible Love. Ia boleh dibentuk menjadi sofa panjang biasa, sofa bulat ataupun sofa melengkung dengan hanya menggerakannya ke posisi tertentu. Terdapat dua versi yang mampu menanggung berat diantara 960 - 1920 kilogram. Bagi sebuah sofa yang diperbuat daripada kadbod ini adalah sangat menakjubkan!



Saturday, 20 December 2014

Serius Genius - Safe ‘n’ Secure Cellutions : Perkhidmatan Menyimpan Telefon Pintar Untuk Pelajar Sekolah (7 Gambar)


Genius

Seperti pelajar di Malaysia, pelajar sekolah di New York diharamkan dari membawa telefon mudah alih ke sekolah. Telefon mudah alih kini adalah keperluan dan ada ibu bapa yang mahu anak mereka membawa telefon bagi memudahkan mereka berhubungan sekiranya berlaku kecemasan. Melihat masalah ini, Jhonn de La Puente (42) mendapat idea perniagaan menyimpan telefon mudah alih ketika waktu persekolahan. Perkhidmatan Safe 'n' Secure Cellulation dijalankan di dalam sebuah van. Pelajar memasukkan telefon melalui slot pada tubuh van dan diberikan slip deposit. Pada penghujung waktu persekolahan van peti simpanan ini akan kembali ke sekolah dan pelajar boleh mengambil semula peranti yang disimpan. Jhonn mengenakan bayaran 1-2 Dollar sehari untuk perkhidmatan ini. Sungguhpun idea dan tujuan beliau adalah murni, perkhidmatan ini mungkin terpaksa dihentikan tidak lama lagi. Beliau menerima amaran dari pihak polis dan pihak berkuasa tempatan kerana tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. Selain daripada itu banyak sekolah di New York sudah merancang untuk membenarkan pelajar membawa telefon mudah alih dalam masa terdekat. Buat masa ini Jhonn akan terus menjalankan perniagaan beliau. Selagi ada pasaran beliau akan cuba mendapatkan rezeki yang halal. Ada usahawan di Malaysia yang mahu menawarkan perkhidmatan yang sama? Boleh buat duit ni. Namakan perkhidmatan anda MySimpan atau sewaktu dengannya.



Wednesday, 19 November 2014

Serius Genius - Senjata Buatan Sendiri Free Syrian Army (18 Gambar)



Power

Free Syrian Army sudah menentang tentera Bashar Al Assad sejak 2011. Kelengkapan mereka kuno jika dibandingkan dengan tentera moden Assad yang menggunakan senjata buatan Russia. Ini tidak bermakna mereka akan mudah kalah. Dengan kepakaran dan kekeretifan mereka sendiri senjata-senjata buatan sendiri di bawah dihasilkan. Siap ada rudal mesingan dengan sistem kawalan jarak jauh menggunakan Playstation 2. Telefon pintar juga digunakan untuk melakukan serangan roket pada posisi musuh. Moga dipermudahkan perjuangan mereka menentang kekejaman. Meanwhile apa yang kita boleh buat jika di dalam situasi yang sama?




Wednesday, 12 November 2014

Serius Genius - Penyelesaian MacGyver Dunia Sebenar (18 Gambar)


Nice

MacGyver dunia sebenar yang mempunyai penyelesaian yang bijak dan separa bijak.



Tuesday, 14 October 2014

Serius Genius - Second Aid Kit : Barangan Keperluan Selepas Bencana Besar (8 Gambar)


Awesome

Di setiap rumah kit bantuan kecemasan ataupun First Aid Kit kini sudah biasa kita lihat. Ia digunakan bagi memberikan bantuan awal apabila berlaku kecelakaan. Tetapi sekiranya anda terperangkap di dalam kawasan bencana, First Aid Kit sahaja tidak memandai. Oleh itu anda memerlukan Second Aid Kit untuk terus hidup. Inilah yang difikirkan oleh Eisuke Tachikawa, seorang pereka dari Jepun. Selepas melihat kesusahan yang berlaku selepas gempa bumi Tohoku 2011 beliau mereka kit di bawah. Ia mengandungi makanan, minuman, tandas kecemasan, tuala dan buku panduan apa survival. Sebuah idea yang genius yang kami mahu dipasarkan secara meluas. At least apabila bala menimpa ada simpanan makanan dan keperluan paling asas di dalam tangan sebelum bantuan tiba dari pihak berkuasa. 



Monday, 11 August 2014

Serius Genius - Cara Bijak Pelajar Kolej Melawan Kepanasan Musim Panas Di China (12 Gambar)


Bijak!

Apabila musim panas tiba ribuan pelajar kolej di China terpaksa berpanas di dalam asrama yang tidak dilengkapi air cond. Kami pernah tunjukan bagaimana student terpaksa tidur di atas atap asrama pada waktu malam dan ada juga kolej membuka dewan serbaguna berhawa dingin bagi memastikan student tidak mati kepanasan. Pada waktu siang mahu tidak mahu terpaksa juga mereka menahan panas. Tetapi kini ramai sudah mempunyai idea bijak untuk menyelesaikan masalah ini. Beli kolam kecil kanak - kanak dan lepak di dalamnya ketika cuaca panas. Nice idea walaupun tidak praktikal! 



Saturday, 2 August 2014

Serius Genius - Teknik Menyeludup Dadah Yang Kreatif Dari Seluruh Dunia (17 Gambar)


Pandai

Pengedar dadah memang kreatif dalam mencari cara menyeludup dadah. Ada sahaja akal mereka untuk meloloskan diri. Tetapi tak semua idea mereka berjaya. Di bawah ialah beberapa teknik menyeludup yang genius tetapi berjaya dipatahkan pihak berwajib.



Wednesday, 30 July 2014

Serius Genius - Ucapan Selamat Hari Raya Berbentuk Ambigram Dengan Mesej Untuk Palestin


Amin

Terbalikkan gambar ini untuk membaca mesej untuk Palestin. Apa yang anda lihat ini diberi nama ambigram. Good job!



Sumber Twitter @Sbrnarfe

Monday, 24 February 2014

Serius Genius - Kipas Laptop Paling Power Untuk Cuaca Panas Sekarang


Bagus!

Cuaca panas gila sejak seminggu dua ini. Mencecah 33 darjah selsius dan menyebabkan kelangkang basah tahap arwah. Kejadian laptop overheat berlaku dan cooler biasa tidak lagi memandai. Kawan kami rafflethazzle ada idea yang genius! DO WANT!


Thursday, 30 January 2014

Serius Genius - Easybreath : Topeng Snorkel Yang Paling Mesra Pengguna (10 Gambar)


Finally!

Kami benar bersnokel ketika bercuti tetapi sistem snorkel yang ada sekarang tidak mudah digunakan. Anda harus bernafas melalui mulut yang sememangnya tidak natural bagi seorang manusia. Tambah annoying ialah saluran udara snorkel yang kerap dimasuki air. Easybreath rekaan Tribord, sebuah syarikat dari Perancis menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bernafas melalui mulut dan hidung secara bebas kerana snorkel ini ialah jenis full face. Sistem saluran udaranya juga dilengkapi alat menghalang air dari memasuki ruang bernafas.Akhirnya rekaan yang logikal!



Wednesday, 13 November 2013

Serius Genius - Ergo Arm Rest : Benda Yang Perlu Anda Miliki (9 Gambar)


Do want!

Kami menghabiskan 13 jam sehari duduk depan PC dan menulis. After a while tangan jadi lenguh kerana tergantung di meja. Apa yang kami perlukan ialah Ergo Arm Rest di bawah. Seriously what a genius thing this is. Ianya boleh dilaras panjang dan ketinggiannya mengikut keselesaan pengguna. Ianya dijual pada harga USD 110 (RM 353) sebuah. Di Malaysia ada sesiapa tahu kat mana benda ini dijual? Just take my money!



Monday, 2 September 2013

Serius Genius - Telefon Pintar Dengan Rekaan Pintar Dari China


Genius!

Ini ialah inovasi yang lebih revolutionary dari mana-mana produk rekaan Steve JobsDaxian N100i ialah sebuah peranti Android degan skrin 4.3", pemproses 1 GHz, muatan dalaman 4 GB dan kamera sebesar 3.1 Megapixel. Yang menarik tentang telefon ini ialah ia mempunyai plag pengecas terbina pada bahagian belakang. Kini tiada masalah terlupa charger apabila berada di luar rumah. teteteeeeee saya suka makan ayam. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails