skip to main |
skip to sidebar
Nice!
Poster filem yang cantik dapat menarik perhatian penonton. Tetapi kadang kala rekaannya terlalu komplicated seperti penyanyi cilik dari Kanada bernama Avril. Oleh itu poster minimalis alternatif di bawah direkan oleh Movie Poster A Day. Ya satu poster baru direka oleh mereka setiap hari sejak 2016. Anda boleh ke laman Facebook rasmi mereka menerusi pautan di bawah artikel ini.
Damn
Kemampuan grafik 3D banyak berubah sejak ia digunakan di dalam filem TRON pada tahun 1982. Kemampuan grafik sekarang sangat tinggi sehingga kadang kala sukar untuk mata membezakan yang manakah asli dan manakah kesan khas. Di bawah ialah seni 3D watak dari komik DC yang dihasilkan oleh Per Haargensen. I mean seriously look at them.
Sinikal
Lukisan Pawel Kuczynski sangat sinikal dan satirikal. Komentar masyarakat yang sangat tajam. Ini ialah bahagian ke-empat beliau dan kali ini ia memandang media sosial dengan kanta penuh benci.
Art
Poster ialah penting bagi mempromosikan filem dan siri TV. Tetapi most of the times poster rasmi tidak kelihatan cukup menarik dan poster rekaan oleh peminat adalah jauh lebih cantik. Paul Shipper ialah seorang ilustrator dan beliau menghasilkan poster-poster buatan sendiri di bawah. Totally awesome!
Cool Beans
Chrsitian Pearce ialah seorang illustrator yang berasal dari New Zealand. Beliau bekerja sebagai pelukis konsep untuk Studio Weta Workshop. Ini ialah studio yang menghasilkan kesan khas untuk filem Lord of The Rings dan Hobbit. Sky Tusslers ialah projek sampingan Christian Pearce dan memaparkan rekaan pesawat fantasi yang cool dan juga comel. Awesome stuff.
Art
Guy Laramee tahu buku lama yang tidak terpakai akan mereput di rak buku dan dilupkan. Oleh itu beliau menggunakan buku lama sebagai kanvas untuk menghasilkan ukiran lanskap alam semulajadi beliau. Karya beliau sudah beberapa kali kami paparkan dan ini ialah yang terkini. Buku diukir untuk kelihatan seperti gunun berapa, dataran delta sungai gunung ganang. Beliau memang super bakat dalam ukiran buku seperti Sakuragi Hanamichi di dalam bola keranjang.
Mini Retis
Di Blogserius kami banyak memaparkan figura aksi adiwira yang cool. Hari ini kami akan paparkan patung realistik selebriti wanita yang dihasilkan oleh Cyguy83. Kesemua patung di bawah diubahsuai sendiri oleh beliau untuk kelihatan seperti selebriti terkenal seperti Madonna, Taylor Feminists, Beyonce,Adele, Gal Gadot dan Daisy Ridley. Cool stuff. Sila follow akaun Instagram Cyguy83 untuk melihat lebih banyak karya beliau yang menakjubkan.
Seni!
Lucy Scott ialah seorang illustrator yang menjadi ibu buat kali pertama pada tahun 2012. Pengalaman membersarkan anak pertama beliau ini diabadikan di dalam buku Doodle Diary of A New Mom. Kesemua ilustrasi yang dihasilkan beliau pastinya relatble kepada golongan ibu dan bapa yang baru mempunyai anak. I have to admit kesemua situasi di bawah telah kami lalui. Was it fun? Nope. Will you do it again? Definately kerana perasaan membesarkan anak ini tidak mudah tetapi amat menyeronokkan kerana ia mengajar kita supaya tidak menjadi manusia yang menjual ikan.
Everything Floats Down Here
Museo Atlantico ialah musim bawah laut pertama yang dibuka di dunia. Ia terletak 14 meter di bawah permukaan Lautan Atlantik berhampiran Pulau Lanzarote. Sebanyak 35 ukiran batu diletakkan di dalam muzim unik ini dan setiap satunya dihasilkan oleh Jason deCaires Taylor. Ia akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai 25 Februari akan datang. Kesemua ukiran dihasilkan bagi menginatkan orang ramai tentang bahawa kesan rumah hijau dan peningkatan paras air laut dunia. Looks awesome.
Valentino!
Hari Valentine semakin hampir dan sekiranya anda menyambut hari yang haram jadah mengikut pendapat mufti ini berikut adalah 12 rekaan kad yang comel bagi menunjukkan rasa sayang anda kepada si dia.
Back to The Future
Menurut Back To The Future sepatutnya sekaran kita sudah mempunyai kereta terbang. Malang sekali realiti tidak seindah fiksyen Robert Zameckis dan kereta masih berpijak di tanah milik Allah ini. Bagi Alejandro Burdisio ini tidak menghalang beliau dari menghasilkan lukisan fantasi dunia kereta terbang beliau sendiri. Pelukis dari Argentina ini membayangkan stesen minyak serta keretapi yang turut terapung di udara. Sangat cool beans.
Kame Hame Ha
Dragon Ball ialah komik popular yang dilukis oleh Akira Toriyama. Rekaan watak komik dan anime ini sangat dikenali di seluruh dunia dan menjadi sebab kenapa kami kini membaca manga walalupun sudah tidak lagi teruna dan mempunyai seorang anak. Apakah terjadi sekiranya Akira Toriyama turut bertanggung jawab mereka watak komik barat? Berikut adalah lakaran watak komik popular seperti Batman dan Wolverine sekiranya ianya dihasilkan oleh pelukis komik lagenda ini. Kesemuanya dihasilkan oleh Pierre Marie Lenoire, seorang pelukis yang berasal dari Perancis. Not bad.
All Chibi and Chrome!
Mad Max Fury Road mungkin filem paling kami gemari sepanjang 2015. Ianya brutal tetapi masih lagi memaparkan sinematografi yang cantik. Jadi agak menarik melihat ilustrasi kenderaan dari filem ini dilakar semula oleh Scott Park untuk kelihatan comel. Kereta Immortan Joe dan Doof Wagon yang seoatutnya menakutkan musuh kini nampak sangat harmless.
Fashion no Jutsu
Manga Naruto baru sahaja tamat dan sekiranya anda menrindui Naruto anda boleh follow Tumblr NarutoXFashion. Wajah watak manga ini dipadankan dengan model yang memperagakan fesyen. Actually Sasuke dan Gaara agak sylo sebagai model.
No baby this is not an illusion
Kami pernah paparkan lukisan tubuh yang dihasilkan oleh Hikaru Cho sebelum ini. Beliau kembali lagi dengan beberapa luksian ilusi optik yang menyenggama minda. Sangat cool beans dan berbakat artis yang berasal dari Jepun ini.
Everybody changing but I still feel the same.
Kita semakin tua setiap hari. Kadang kala apabila melihat wajah kami semasa muda yang kacak, kurus, hensem, shiny and chrome membuatkan kami berfikir what the hell happend to you man. Me and My Other Me ialah set lukisan yang dihasilkan oleh Fulvio Obregon. Artis yang berasal dari Colombia ini mendapat ilham melakar wajah seleb terkemuka dengan diri mereka semasa lebih muda selepas melihat foto seorang wanita tua dengan gambar beliau semasa muda. Awesome stuff
Game of Fiction
Game of Thrones ialah siri TV yang best kerana mempunyai banyak babak bogel, ganas, bogel dan ganas. Selain kombinasi darah terpancut-pancut seperti nur cahaya wajah Dato Seri 1Derma serta kebogelan seperti laman ketiga akhbar The Sun, siri ini juga terkenal dengan sigil/lambang keluarga di Wasteros yang kewl. Apakah terjadi sekiranya watak fiksyen dari siri lain turut mempunyai sigil keluarga mereka sendiri? Berikut ialah beberapa sigil fiksyen yang dihasilkan oleh Lokiable, seorang artis yang berasal dari Brazil. House of House adalah sigil paling power!
Wicked
Hey we like miniature and we cannot lie. Miniature Calendar ialah projek miniatur menarik yang dihasilka oleh Tatsuya Tanaka. Patung manusia kerdil diletakkan bersebelahan objek harian untuk menghasilkan satu diorama setiap hari. Tatsuya telah melakukan projek ini sejak 2011 dan beratus miniatur comel telah dibina beliau. Sila ikut akaun Instgram Miniature Calendar untuk melihat satu miniatur comel setiap hari. Awesome project!
Spoil!
Rasanya ramai dah tahu Darth Vader adalah bapak Luke Skywalker dan I SEE DEAD PEOPLE Dr Malcolm dah mati dalam Sixth Sense. Kerana kesemua spoiler ini sudah diketahui ramai jadi tak salah meletakkan spoilers pada posternya. Spoiler Posters ialah siri poster yang dihasilkan oleh Dawid FrÄ…tczak. Sangat cool. Spoiler alert by the way!
Genius
Stephen McMennemy gemar menggabungkan dua gambar menjadi sebuah gambar surrealistik. Tidak banyak manipulasi foto perlu dilakukan. Hanya potong dan sambung tetapi hasilnya sangat kreatif dan menyenggama minda. Jika anda mahu melihat lagi karya kreatif seperti ini anda boleh melihatnya di laman Instagram beliau.