Monday 30 September 2013

Serius LOL - Persatuan Paling Unik Di Malaysia


Eksklusif!

Di Malaysia kita ada persatuan pribumi songkok tinggi dan persatuan Isteri poligami solehah. Ini semua kelab yang mainstream. Kami rasa kami baru temui kelab paling hipster di Malaysia. Kami tak boleh join.

Thanks Fazrul Izwan


Serius Cool - Platform Tawaf Bertingkat Di Masjidil Haram (15 Gambar)


Sempena Musim Haji 2013

Sebelum ini ada kami paparkan konsep rekaan projek ubah suai Masjidil Haram Mekah yang dijangka siap pada tahun 2020. Di bawah ialah gambar platform tawaf bertingkat yang siap dipasang di dalam Al Haram sempena musim haji 2013. Platform sementara ini dipasang hanya ketika musim haji bagi menampung kapasiti jemaah haji yang tinggi. Ia juga lebih selamat digunakan oleh jemaah haji yang mempunyai masalah kurang upaya untuk mengerjakan ibadah tawaf. What do you guys think? 





Serius Cool - Intrepid Sea, Air & Space Museum : Muzium Atas Kapal Pengangkut (20 Gambar)


Harus Pergi

Muzium ketenteraan paling best di Malaysia terletak di Muzium ATM Port Dickson. The downside about muzium ini ialah ianya muzium ini tidak mempunyai koleksi pesawat yang extensif. Muzium TUDM di Sungai Besi pula membuatkan kami manlytears kerana beberapa pesawat lama seperti Skyhawk yang nampak uzur gila. Ada baiknya jika kerajaan memberikan budget yang lebih kepada jabatan muzium dan kemudian belajar dari Intrepid Sea, Air & Space Museum  yang terletak di New York. Muzium ini terdiri terdiri dari sebuh pesawat pengangkut USS Intrepid, sebuah kapal selam USS Growler dan sebuah pesawat Concorde. Sebelum diubah menjadi sebuah muzium, USS Intrepid ialah kapal pengangkut kapal terbang yang dilancarkan ketika Perang Dunia Kedua. Ia berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat sehingga 1974 dan digunakan untuk misi perang Vietnam dan membawa pulang angkasawan misi Gemini. Ianya dibuka pada tahun 1986. Pada tahun 2006 ia menjalani proses pemodenan bagi membaiki struktur kapal pengangkut yang usang. Antara pesawat rare yang disimpin disini ialah Lockheed A-12, pesawat yang menjadi asas kepada SR-71 BlackbirdTurut dipamerkan di muzium ini ialah kapal space shuttle Enterprise dan beberapa kapsul krew misi Gemini. Kalau kami ke New York muzium ini ialah antara muzium yang harus kami lawati. Very cool!



Serius Cool - Mini Trucks : Lori Super Lowered Dari Jepun (13 Gambar)


Why?

Jepun mempunyai subculture modifikasi kenderaan mereka yang tersendiri. Jika di Malaysia kita ada subculture ubah kereta buatan tempatan menjadi seakan-akan kenderaan import, di Jepun ada subculture merendahkan kenderaan ke tahap melampau. Mini Trucks ialah lori kecil yang menggunakan sistem apungan hidraulik. Apabila tidak digunakan mini truck akan kelihatan seperti lori tanpa tayar. Ianya kelihatan sangat rendah dan aneh. Agaknya bila akan budaya kustomasi ini akan tiba di Malaysia dan secepat mana Jabatan Pengangkutan Jalan akan lakukan operasi untuk mengharamkannya?



Serius LOl - Amaran Keras Dari Ayahanda Tembakau!


Amaran suda diberi!

Kepada adik-adik lengchai.............. Ayahanda sudah mali maaaaaaa!! 


Serius Cool - Martin Jetpack : Bakal Tiba Di Pasaran 2014 (10 Gambar)


Jetpack!

Kenderaan paling cool untuk dicuri di dalam Grand Theft Auto San Andreas ialah sebuah jetpack. Jetpack mula muncul di dalam cereka fiksyen sekitar 1920an. Watak adiwira terkenal Rocketman menggunakan enjin jet galas untuk menentang musuh. Hanya pada sekitar 1960an Jetpack menjadi realiti dan digunakan di dalam filem James Bond. Masalah utama Jet Pack ialah penggunaan bahan api yang tinggi. Sebuah Jetpack hanya boleh digunakan selama 15 minit sebelum bahan apinya habis. 

Martin Jetpack sudah di dalam tempoh pengujian sejak 2006. Martin Aircraft Company percaya Jetpack ciptaan mereka adalah jetpack yang dinanti-nantikan sealam ini dan dapat digunakan secara komersil. Jetpack keluaran mereka mampu terbang setinggi 900 meter, memecut sehingga 74 kilometer sejam dan terbang selama 30 minit. Mereka berharap pesawat ini akan digunakan untuk operasi menyelamat ketika kebakaran ataupun sebuah kenderaan riadah. Bagi memastikan keselamatan juruterbangnya, setiap Martin Jetpack dilengkapi sistem payung terjunnya sendiri. Martin Jetpack dijangka memasuki pasaran tahun hadapan dengan harga sekita USD 150 000 (RM 484 000) sebuah. Looks cool. Off to San Andreas we go!


Serius WTF - Kekejangan Otot Kaki Paling Epic


Hnnngh?

Otot kaki yang aneh.......


Serius Cool - Teo Mines : Rumah Beratap Taman Dan Kolam Renang Di The Mines (9 Gambar)


Eco!

Ini ialah Teo Mines, sebuah rumah banglo yang dibina di The Mines. Bumbung banglo mewah ini dilitupi rumput hijau dan juga dilengkapi sebuah kolam renang mini. Kami tak tahu siapa pemilik rumah ini tetapi apa yang pasti rumah ini sangat cool. Lately semakin banyak rumah moden di Malaysia. Untunglah ada duit nak bina dream home!



Serius Fakta - Menanam Pokok Menggunakan Teknik Pengeboman


Nice!

Pernah dengar teknik menanam semula pokok dengan "mengebom" dari udara? Well today is your lucky day. 



Sunday 29 September 2013

Serius LOL - #OhMyMalay : Tinja Edisyen


Hew Hew

Close enough Bangladeshi fella!


Serius LOL - Ciptaan Sia-Sia Patrick Strattner (7 Gambar)


Pointless

Setiap tahun ribuan ciptaan dipatenkan di pejabat paten. Ada rekaan yang membantu manusia tetapi majoriti rekaan yang dipatenkan adalah tidak masuk akal. Bagi memparodi ciptaan yang tidak berguna ini Patrick Strattner seorang artis yang berasal dari California menghasilkan beberapa ciptaan sia-sia beliau sendiri seperti pemotong bulu belakang badan, berus gigi yang mampu memberus kesemua gigi sekaligus dan sistem mengangkut barangan dapur menggunakan belon. 



Serius Cool - Ulasan Samsung Galaxy Mega (12 Gambar)


Mega!

Samsung Galaxy Mega ialah sebuah telefon pintar bersazi gergasi. Ia dilengkapi skrin 6.3" dan diperkasakan dengan pemproses 1.7 GHz 2 teras, 1.5 GB RAM, kamera utama 8 Megapixel dan muatan dalaman 16 GB. Adakah peranti bersaiz ini sebuah peranti yang bagus ataupun sebuah peranti gimik? Baca ulasan penuh peranti ini di AMANZ.MY





Serius Cool - Ark Nova : Dewan Konsert Mudah Alih Berbentuk Belon (10 Gambar)


Belon!

Ark Nova ialah sebuah dewan konsert mudah alih yang berbentuk belon. Ianya rekaan jurureka Anil Kapoor dan hanya memerlukan udara untuk mengekalkan bentuknya. Seramai 500 orang penonton boleh dimuatkan kedalam struktur yang diperbuat daripada membran plastik ini. Rasanya struktur seperti ini bagus dibina di Malaysia. Harga murah dari bangunan biasa. Tak perlu maintenance dan bila dah boring bina belon baru. Lazy asses.



Saturday 28 September 2013

Serius Cute - Anak-Anak Panda Di Pusat Pemuliharaan Panda Chengdu (10 Gambar)


Pandamonium

Beruang panda ialah haiwan yang diancam kepupusan. Dianggarkan hanya 1000 ekor panda masih wujud di dunia dan majoritinya ditemui di Chengdu China. Di Chengdu terdapat beberapa pusat pemuliharaan panda. Gambar di bawah diambil di Chengdu Panda Base yang tahun ini merekodkan 20 kelahiran anak panda baru. Sungguhpun begitu hanya 17 masih hidup dan mereka dipamerkan kepada orang awam untuk melihat betapa comelnya mereka in real life. So cute. Panda di Malaysia mungkin salah satunya akan datang dari kelompok bayi panda di bawah. Kawaii.



Friday 27 September 2013

Serius Klasik - Beberapa Rekaan Mesin Taip Kurun Ke-19 (11 Gambar)


Oldskool!


Macam mana nak gunakan mesin taip kurun ke 19 di bawah? Nampak tidak selesa dan confusing!



Serius Cool - Mari Melawat Stesen Pendaratan Kabel Bawah Laut TM


Edukesyenel

Ini ialah lawatan Amanz.My ke stesen pendaratan kabel bawah laut TM di Pengkalan Balak Melaka. Apa fungsi stesen pendaratan kabel internet ini? Mari lihat dokumentari pendek penuh informasi ini!




Serius Kreatif - The Fallen 9000 : Seni Memperingati Mangsa Perang Dunia Kedua (12 Gambar)


Normandy

D-Day ialah hari dimana ratusan ribu askar bersekutu menyerang tahan besar Eropah di Normandy bagi menghalau askar Nazi Jerman. Ribuan askar dari kedua-dua belah pihak dan orang awam terkorban pada 6 Jun 1944. Bagi memperingati mereka yang terkorban Jamie Wardley dan Andy Moss, dua orang artis dari UK menghasilkan projek The Fallen 9000. Mereka menggunakan khidmat sukarelawan untuk melukis bayangan 9000 individu yang terkorban pada hari bersejarah ini. Mereka berharap hasil seni mereka ini akan dapat menunjukkan skala sebenar korban keganasan perang pada hari tersebut. Good idea. 



Serius Cool - Secret Operation 610 : Bilik Kuliah Mobil (10 Gambar)


Stealth!


Secret Operation 610 ialah sebuah bilik kuliah mobil yang dihasilkan oleh Frank Havermans dan Koos Schaart. Bilik kuliah yang mampu memenpatkan 12 orang pelajar ini mendapat inspirasi dari pesawat pengebom stealth dari era perang dingin. Ianya kini digunakan oleh pelajar bidang aeronautikal Delft University of Technology, Belanda. Sangat sesuai. Lepas ini mungkin UIA boleh hasilkan kelas bergerak berbentuk donat gergasi sebagai kesinambungan projek melukis logo gergasi kolej yang dihasilkan menggunakan donat awal tahun ini. LMAO!

Serius - Jajan Edisi Jual Agama


Halal!

Air Khodafi? Too mainstream. Kismis memori? Too sekolah rendah. Jus Tuk guru? Too Kelatanese. Real HIPSTERISLAM makan jajan Islamiks!


Serius Cool - Walk A Mile In Her Shoes : Larian Kasut Tinggi Untuk Lelaki (10 Gambar)


Kesedaran Kesedaran Domestik

Walk A Mile In Her Shoes ialah larian tahunan yang mengumpul dana bagi meningkatkat kesedaran orang ramai tentang masalah penderaan domestik terhadap wanita. Larian ini dimulakan di California pada tahun 2001 dan kini diadakan di beberapa bandar luar negara. Di bawah ialah gambar dari larian Walk Mile In Her Shoes yang dianjurkan di Toronto Kanada. Larian tahun ini mensasarkan kutipan derma CND 125 000 (RM390 000) bagi mengajar kanak-kanak lelaki tentang masalah penderaan wanita yang mungkin berlaku keatas ibu atau saudara perempuan mereka. Interesting konsep tetapi di Malaysia pasti tak boleh buat macam ini kerana nanti dituduh agenda LBGT pondan iblis Setanis Baratheon. 



Serius Cool - Cover Heart Shaped Box Oleh Hayley Richman Yang Awesome


Goosebumps

Tanggal 21 September 2013 yang lalu ialah ulang tahun ke-20 album In Utero Nirvana  menemui peminat. Ia merupakan full studio album terakhir Nirvana sebelum Kurt Donald Cobain membunuh diri beliau kurang 8 bulan selepas album ini dikeluarkan. I have to say this cover by Hayley Richman adalah awesome. RIP Kurt.

Serius Cool - EMP Museum : Muzium Muzik Dan Fiksyen Sains Yang Aneh Di Seattle (21 Gambar)


Epic

Muzium EMP di Seattle ialah antara muzium yang paling aneh dari segi rekabentuk dan artifak yang disimpan didalamnya di dunia. EMP Muzium memulakan hidup sebagai Experience Music Project and Science Fiction Museum and Hall of Fame. Ia dibuka pada tahun 2000 oleh salah seorang pengasas Microsoft Paul Allen. Bentuk muzium yang berbentuk aneh ini pula direkan oleh arkitek terkenal Frank Gehry. Di dalam muzium seluas 13 000 meter persgi ini anda boleh melihat artifak Rock and Roll dari Hendrix hinggalah Nirvana. Mahu lihat gitar Jimmy Hendrix dan baju yang pernah dipakai Cobain? Silalah kesini. Terdapat juga muzium fiksyen sains yang memaparkan model Death Star Star Wars, kostum Superman dan kepala T100 Terminator. Jika anda seperti kami muzium Rock dan Fiksyen Saisn ini pastinya ada di dalam to go list sekiranya kami melawat Seattle. 



Serius Cool - Bell AH-1Z Viper : Helikopter Tempur Terbaru Marin Amerika Syarikat (16 Gambar)


War!

Bell AH-1 -Cobra ialah antara helikopter yang ikonik yang rupanya dikenali seluruh dunia. AH-1 digunakan oleh Tentera Darat dan Marine Amerika Syarikat sejak Perang Vietnam pada tahun 1968. Rekabentuk helikopter tempur ini sangatlah ikonik ia dijadikan asas untuk pesawat tempur/pengangkut kargo Colonial Marines filem Aliens arahan James Cameron.

Bell AH-1Z Viper ialah model terkini heliopter tempur ini bagi menggantikan AH-1W Super Cobra yang sudah beroperasi sejak 1986. Penaiktarafan yang dilakukan ialah kemampuan menembak misil Hellfire dan sistem bidikan alaf baru. Sebanyak 28 Viper sudah dibina dan beroperasi sejak 2010. Setiap satu helikopter ini menelan belanja USD 31 (RM 99.7 Juta) Juta untuk dibina. 

No wonder Amerika semakin bangkrap!



Thursday 26 September 2013

Serius LOL - Ahli UMNO Paling Konfiden Dalam Sejarah Parti


Yakin Diri

Bro ini memang ahli UMNO yang paling konfiden. Inilah contoh pemimpin yang kita nak. LOL


Serius Cool - Dragoon 130 : Kapal Pengangkut Simen Kini Kapal Mewah (14 Gambar)


Cool!

Bot jenis Pinisi ialah bot yang dibina oleh masyarakat Bugis untuk mengangkat kargo dan menangkap ikan. Di Indonesia sebuah bot Pinisi yang dahulunya digunakan sebagai bot kargo mengangkat simen kini sudah diubah suai menjadi sebuah kapal mewah. Kapal ini kini diberi nama Dragoon 130 dan digunakan di Bali untuk kegunaan golongan elit mengadakan parti persendirian, bersantai dan juga pertunjukkan fesyen. Dragoon 130 mampu membawa 160 orang penumpang dan mempunyai 6 buah kabin. Ia turut mempunyai sebuah panggung wayang mini, kolam renang dan dek berjemur. Cool! Tak sangka kapal kayu tradisional boleh berubah menjadi kapal mewah!




Serius Cool - After Porn Ends : Dokumentari Kehidupan Bekas Pelakon Dewasa (NSFW)


Edukesyenel

Ini dokumentari yang terkenal mengenai kehidupan pelakon filem dewasa slepeas mereka bersara. Good documentary.

Serius Cool - Potret Peserta Pertandingan Janggut Dan Misai Antarabangsa (11 Gambar)


Epic Beard Sebenar

Tahukah anta Pertandingan Janggut Dan Misai Antarabangsa diadakan setiap tahun sejak 1990? Sudah 23 tahun lelaki bermisai dan berjanggut epik berentap di persada antarabangsa untuk menunjukkan siapakah king of epic facial hair. Tahun ini ia diadakan di New Orleans Amerika Syarikat. Di bawah ialah beberapa potret peserta tahun ini yang diambil oleh Greg Anderson. Epic!



Serius Fakta : Adakah Islam Musuh Keamanan?


Stat!

Adakah benar Islam adalah musuh keamanan dunia? Mari lihat statistiknya.



Wednesday 25 September 2013

Serius LOL - #OhMyMalay : Edisi Bilik Sewa


Dafuq

Otak skait.........apakah ini?

Serius WTF - Conchita Wurst : Penyanyi Wanita Berjanggut Austria (11 Gambar)


Tranny

Conchita Wurst ialah penyanyi "wanita" Austria dengan imej yang unik dan penuh kontroversi. Beliau sebenarnya seorang penyanyi lelaki bernama Tom Neuwirth (24). Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat kedua sebuah pertandingan nyanyian realiti. Selepas bertahun menghilangkan diri, Tom muncul semula pada tahun 2011 dengan imej baru beliau Conchita Wurst lengkap dengan janggut Wak Doyok. Sungguhpun kelihatan seperti Kim Kardhasian berjanggut beliau mempunyai ramai peminat dan terpilih mewakili Austria di dalam pertandingan nyanyian Eurovision tahun ini. FABULOUS! 



Serius Kreatif - It ' Your Fault : PSA Masalah Rogol Di India Yang Kreatif


Nice!

Reverse psychology! Pesanan khidmat masyarakat yang penuh sarkasis tentang masalah rogol di India. 



Serius Cool - Refuge du Goûter : Rumah Rehat Di Atas Mont Blanc (15 Gambar)


Hotel Di Atas Awan

Refuge du Goûter ialah sebuah rumah rehat yang terletak 3835 meter di atas Mont Blanc. Ianya dibina sebagai tempat penginapan pendaki gunung tertingi yang terletak di Banjaran Alps. Struktur ini mengambil masa 3 tahun untuk dibina dan boleh menempatkan 120 pendaki dan mempunyai keluasan 750 meter persegi. Tenaga elektrik dijana menggunakan panel solar dan kincir udara. Bagi meminumumkan kesan terhadap alam sekitar air diguna semula dan diambil sepenuhnya dari salji yang dicairkan. Selain tempat untuk tidur Refuge du Goûter turut dilengkapi dewan makan. Rekaan berbentuk telur digunakan bagi memastikan rumah rehat ini mampu bertahan dengan tiupa angin yang mampu mencecah 300 kilometer sejam ketika musim sejuk. Very cool!



Serius Mashup - Jika Breaking Bad Ialah Game Of Thrones


Heisenberg is Coming!

Win..... Game of Thrones dan Breaking Bad ialah siri TV kegemaran kami. Kalau korang tak layan you are definitely missing something. 



Serius Cool - Festival Perkhemahan Antarabangasa Di China (12 Gambar)


Mari Camping

Anda suka berkhemah? Semasa kami masih muda kami gemar berkhemah. Kini tidak lagi kerana kami memerlukan internet 24/7. Tetapi jika anda gemar berkhemah anda mungkin mahu menyertai Festival Perkhemahan Antarabangsa yang diadakan di Gunung Wugongshan, Provinsi Jiangsu China. Festival tahun ini dihadiri 15 000 orang yang berkhemah selama 2 hari  untuk menikmati pemandangan indah dan udara yang segar. Mari kumpul duit dan berkhemah di negara orang!



Serius Konsep - Mercedes Benz Pod Car (6 Gambar)


Pod Car

Ini ialah konsep Mercedes Benz Pod Car yang dihasilkan oleh Jason Chen. Beliau menggambarkan masa depan dimana kereta elektrik yang digunakan oleh kita semua akan bersaiz kecil bagi menjimatkan penggunaan tenaga. Cool concept but seriously kereta satu penumpang tak akan laku di Malaysia. 


Serius Cool - Scurra Hard Enduro : Basikal Dengan Sistem Suspensi Yang Cool (11 Gambar)


Tahan Lasak

Mountain Biking ialah aktiviti yang kami gemar lakukan di dalam Grand Theft Auto V. Yeah... what? You think this fat ass can ride bikes in real life? Come on! Anyway basikal mountain bike memang harus mempunyai sistem suspensi yang tahan lasak. Mountain Bike yang ada sekarang menggunakan sistem suspensi pneumatik yang menghadkan kuasa hentakan maksimum yang boleh diserap. Scurra, sebuah syarikat yang menghasillan mountain bike memperlihatkan Hard Enduro. Basikal ini berbeza dari mountain bike yang biasa anda lihat kerana mempunyai sistem suspensi Trelever yang menurut Scurra mampu menyerap lebih banyak kuasa hentakan. Memang nampak cool sistem suspensi basikal ini. Kalau ada duit Scurra Hard Enduro akan mula dijual Mac hadapan pada harga USD 12 000 (RM 38600) sebuah.

IN B4 "baik beli motor KTM" 



Serius Cool - Ibu Pejabat Nike Di London (13 Gambar)


Just Work It

Jenama Nike sangat sinonim dengan atlet sukan dan pasukan yang bergelar juara. Michael Jordan, Manchester United dan Christiano Ronaldo adalah 3 "jenama" yang sering dikaitkan dengan Nike. Pernahkah anda terfikir bagaimanakah rupa pejabat Nike? Hari ini mari kita ke ibu pejabat mereka di London. Keseluruhan dinding pejabat dihiasi dengan imej personaliti sukan yang menggunakan produk sukan Nike. Looks nice! Better than my office! 



Serius LOL - Toy Story Theft Auto IV


HAHAHHA!

Woody memang seorang sherif yang psiko!


Tuesday 24 September 2013

Serius LOL - #OhmyEnglish #OhMyMalay Berganda


Ohmai!

Mungkin SPM fail BM dan English pada waktu yang sama!



Serius Cool - Goron TabletCushion : Bantal Untuk Gamer Yang Pemalas (14 Gambar)


Do Want

Dewasa ini lebih banyak individu bermain permainan komputer menggunakan tablet dan telefon pintar. Ini adalah kerana ianya lebih mudah dikendali dan mudah alih. Mengaku sajalah yang anda pernah bermain Candy Crush ataupun Minion Rush ketika baring di atas katil. Mengaku jugalah yang at least sekali peranti yang dipegang jatuh ataupun hampir jatuh ke atas muka anda. Goron Tablet Cushion yang dipertontonkan di Tokyo Gaming Show beberapa hari yang lalu cuba menyelesaikan masalah ini. Ia boleh digunakan ketika duduk, terlentang atau baring pada sisi badan. Peranti anda diletakkan pada pemegang khas semetara kepala anda akan terletak selesa di atas kusyen. Nice! Harah sebuah Goron Tablet Cushion ialah Yen 19800 (RM 644) sebuah.



Serius - Farfour : Mickey Mouse Edisi Palestin


Damn!

Damn....... this is creepy as hell!

Thanks @Syafiqnawi


Serius Cool - Rumah Diubahsuai Dari Sebuah Gereja Di New Orleans (15 Gambar)


Very Nice

Ini ialah sebuah lagi gereja yang diubahsuai menjadi sebuah rumah. Gereja yang dibina pada tahun 1927 di New Orleans USA ini kini menjadi sebuah rumah 3 bilik seluas 13 200 kaki persegi. Sebelum diubah menjadi sebuah rumah ia juga pernah digunakan sebagai sekolah tarian sehingga 1980an dan diubah suai pada tahun 2000. Rumah ini juga dilengkapi taman pada bahagian atap lengkap dengan gazebonya. Jika anda mempunyai duit yang disimpan di Cayman hasil dari bisnes haram, rumah ini boleh dibeli dengan harga USD 2.5 Juta (RM 8.03 Juta). Belillah. Jangan risau. Wang haram yang anda kumpul tidak akan dapat dikesan. 



Serius Fakta - Fakta Mengenai Obsesi Orang Jepun Dan Jenis Darah


Edukesyenel

Mengapa orang Jepun mempunyai obesis dengan jenis darah mereka? Mari baca infografik ini.



Serius Cool - @Incredibeard : Janggut Yang Lebih Epik Dari Wak Doyok (15 Gambar)


Epic!

Jagoan janggut hipster di Malaysia sekarang ialah Wak Doyok. Tetapi kami rasa janggut @Incredibeard jauh lebih epic dan melangkaui super saiyan hipster.



Serius LOL - Soalan Paling Best Untuk Ditanya Kepada Ustaz Anda


#TanyalahUstard

Tolong sesiapa tanyakan soalan ini kepada UAI..... terima kasih ya akhi!


Serius LOL - #SayaBukanBodoh - Bila Isteri Mat Yo Flip Table


Nakharomz!

Isteri Mat Yo mulut nak kena cili agaknya. Takpun kena freekick oleh Hairudin Omar

Serius Cool - Permainan Kanak-Kanak Yang Menjana Tenaga Elektrik (9 Gambar)


Nice!

Ecosistema Urbano ialah sebuah firma rekaan yang berpengkalan di Sepanyol. Bagi mengajar kanak-kanak tentang bagaimana elektrik dihasilkan, mereka membina sebuah carousel yang menjana elektrik setiap kali digunakan. Pada waktu siap tenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan dinamo motosikal disimpan bateri yang kemudian digunakan bagi menyalakan lampu pada waktu malam. Warna dan kecerahan warna lampu bergantung kepada jumlah tenaga yang tersimpan. Very neat! 



Serius Cool - Rancho Obi-Wan : Muzium Tidak Rasmi Star Wars (16 Gambar)


May The Muzeum Be With You

Rancho Obi-Wan ialah sebuah muzium peribadi yang dimiliki oleh Steve Sansweet di  Petaluma California. Muzium ini dibuka pada tahun 2011 dan mempunyai lebih dari 300 000 memoribilia Star Wars. Ianya juga diiktiraf sebagai koleksi Star Wars terbesar di dunia oleh Guiness Book of Records. Steve Stansweet mula mengumpul memoribilia Star Wars pada tahun 1977 dan koleksi beliau kini diletakkan di dalam muzium seluas 9000 kaki persegi ini. Jika anda mahu melawat anda perlu membayar USD100 seorang dan anda akan dibawa mengelilingi muzium oleh Steve.



Monday 23 September 2013

Serius Mashup - Apabila Watak Kartun Dan Logo Korporat Popular Digabungkan (10 Gambar)


Genius!

Stefan Asafti ialah seorang jurureka grafik yang berasal dari Romania. Beliau menggabungkan watak animasi terkenal dengan logo korporat syarikat ternama. Sangat sesuai!



Serius LOL - #OhMyMalay - Edisi Buang Sampah


Maigadd

Notis pembuangan sampah dengan tahap Bahasa Malaysia yang juga sampah!


Serius Cool - BeatBoxSingh Dari Malaysia


Nice

Beatboxing dari seorang Singh......... 


Serius Cool - Nike Sneakerboots 2013 (14 Gambar)


Gabungan Sneaker dan But

Kami suka sneaker rekaan Nike tetapi benci but rekaan mereka. Sneaker Nike memang sudah lagendary dan dikumpul bedasarkan nilai masa depan mereka. Untuk koleksi musim luruh ini, Nike mengeluarkan Sneakerboots dimana but kegunaan lasak mereka direka untuk kelihatan seperti sebuah sneaker. We like! Nampak sangat bergaya. Harga masih kami tak tahu tapi kami yakin ianya berbaloi dibeli. DOPE!



Serius Kreatif - Apabila Artis Menghasilkan Figura Iron Man Versi Mereka (12 Gambar)


Do Want!

Hot Toys ialah pengeluar figura aksi yang paling cool di dunia. Figura aksi keluaran mereka sudah banyak kali kami paparkan di laman sesawang ini. Semepan pameran Iron Man 300% mereka di Tokyo, Hot Toys meminta beberapa selebriti terkemuka di Jepun untuk menghasilkan figura Iron Man edisi mereka sendiri. Most of them are cool. Some are just LOLWUT.



Serius - Sebuah Lagi Produk Jual Agama


Inikah Nilai Agama?

Nampaknya ada satu lagi produk jual agama di pasaran. 

Serius Cool - Rumah Dengan Katil Tergantung Di London (12 Gambar)


Tidur di Awangan

Rumah di kota London memang terkenal dengan saiznya yang kecik tetapi mempunyai sewa yang mahal. Kerana ruang yang terhad pemilik perlu kreatif untuk memaksimakan penggunaan ruang. Rumah di bawah hanya mempunyai keluasa 500 kaki persegi tetapi dengan menggantung katil dari siling, rumah ini nampak jauh lebih luas. Tambah menarik katil digantung di bawah atap kacak yang memberikan pemandangan langit yang cantik. Very nice!



Serius Indo - Trailer Filem Soekarno : Tanda Putera Edisi Indonesia


Soekarno!

Soekarno ialah tokoh yang paling dihormati di Indonesia. Sejak dua menjak ini orang Indonesia mendambakan pemimpin yang berkaliber seperti beliau kerana menganggap pemimpin mereka sekarang adalah lemah. Mari lihat trailer filem Soekarno. Nampak agak low budget. Kami tak pasti sama ada dalam filem ini ada kemunculan proton Iswara dan penghawa dingin. Nantikan di bioskop Disember ini!


Serius Cool - Kenguru : Kereta Untuk Golongan Berkerusi Roda (10 Gambar)


Kereta Untuk OKU

Di Malaysia golongan OKU masih tidak dapat berdikari kerana kekurangan struktur mesra OKU dan masyarakat yang masih "kasihan" dengan mereka. Rata-rata golongan OKU Malaysia memerlukan bantuan untuk kemana-mana kerana kekurangan ini. Kenguru ialah sebuah kendera mesra pengguna kerusi roda yang dicipta di Hungary. Kenderaan elekrik ini dilengkapi pintu pada bahagian belakang yang memudahkan akses keluar masuk pemandunya. Keseluruhan kawalan kenderaan diletakkan pada stereng. Ia mampu memecut sehingga 48 kilometer sejam dan jarak pergerakan maksimum 60 kilometer sebelum bateri perlu dicas semula.



Serius Cool - Taman Tema The Simpsons Di Universal Studios Orlando (20 Gambar)


Thank you come again!

The Simpsons sudah keudara sejak 1989. Sejak itu sebanyak 530 episod sudah dihasilkan. Bolehlah dikatakan The Simpsons ialah siri kartun paling lagendary yang pernah dihasilkan. Ogos lalu taman tema The Simpsons akhirnya dibuka di Universal Studios Orlando. Anda boleh makan di Krusty Burgers, membeli jajan di Kwik-E-Mart dan minum di Moe's Tavern. Selain daripada itu anda boleh bergambar dengan watak-watak The Simpsons. Agaknya bila Universla Studios Singapore akan buka taman tema The Simpsons. Rasanya The Mummy dah boleh tutup. 



Saturday 21 September 2013

Serius LOL - Bahasa Malaysia Yang Semakin Teruk


Oh Dear

Nampak banner ini? Siap dengan logo kerajaan tetapi mengapa tahap Bahasa Malaysianya macam budak 4 tahun. Facepalm liao!


Serius Konsep - Caterham AeroSeven Concept (9 Gambar)



Vroom!

Caterham ialah syarikat yang terkenal dengan kereta kit car mereka yang laju, mudah dibawa dan digemari golongan pelumba. Syarikat ini juga lebih terkenal sekarang sebagai salah sebuah pasukan yang menyertai perlumbaan Formula 1. Di Singapura semalam Caterham memperlihatkan Caterham AeroSeven Concept. Ianya sebuah kereta berprestasi tinggi open cockpit yang mampu membawa 2 orang penumpang. Ia diperkasakan sebuah enjin 2 Liter dengan 237 kuasa kuda. Mungkin sekali pandang enjin AeroSeven agak kecil tetapi kenderaan ini ringan dan dibina hampir sepenuhnya dengan menggunakan gentian karbon. Ia juga dibina dengan bantuan pasukan F1 Caterham bagi memastikan prestasi yang tinggi. Cool!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails