Showing posts with label Ser. Show all posts
Showing posts with label Ser. Show all posts

Saturday, 20 April 2013

Serius Cool - Shams 1 : Stesen Janakuasa Solar Terbesar Dunia Di UAE (16 Gambar)


Go green!

Negara Emiriah Arab Bersatu adalah sinonim dengan minyak, kekayaan melampau yang tidak syariah compliant dan pembinaan monumen mega yang tidak masuk akal. Hari ini for the first time ada projek di UAE yang boleh dibanggakan. Shams 1 ialah stesen janakuasa solar terbesar di dunia dan ianya mampu menjanakan 100 MW tenaga elektrik setiap hari. Ini mampu membekalkan tenaga untuk 20 000 rumah di Abu Dhabi. Shams 1 yang bermaksud Matahari 1 mempunyai keluasan 2.5 kilometer persegi yang memuatkan 258 048 keping cermin. Ianya dibuka secara rasmi pada 19 Mac yang lalu selepas tiga tahun pembinaan dengan kos USD 600 Juta (RM 1.8 Billion). Dua lagi stesen janakuasa solar dengan keluasan yang sama akan dibina bagi mengurangkan pergantungan UAE kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik. Malaysia bila lagi? Letak kat Kedah atau Perlis mesti sesuai! Panas baq hang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails