Wednesday 31 December 2014

Serius - The Man Who Killed Ben Laden : Temuramah Dengan Pembunuh Osama Bin Laden


Ini dia

Robert O'Neill ialah bekas anggota Seal Team 6 yang mengaku menembak Osama Bin Laden di Abbotabad pada tahun 2011. Berikut ialah dokumentari tentang sejarah hidup beliau dan perasaan beliau selepas membunuh Bin Laden.



Serius Fakta - 52 "Fakta" Yang Sebenarnya Tidak Benar


False Facts

Ada beberapa fakta di dalam ini  memang kami akui kami silap selama ini. For example manusia tidak mempunyai hanya 5 deria. Kini kami tahu!



Serius Cool - Apos2 : Pejabat Penuh Warna Warni Sebuah Firma Rekaan Di Thailand (13 Gambar)


Warna Asas

Pejabat yang ceria menghasilkan kakitangan yang ceria. Ini membawa kepada syarikat yang lebih produktif. Rekaan pejabat tradisional kini tidak lagi cool pada tahun 2014. Bagi firma rekaan Apostrophy di Thailand mereka mempunyai pejabat yang menggunakan warna-warna asas. Setiap tingkat mempunyai kod warnanya sendiri. Merah pada tingkat bawah, biru pada tingkat pertama dan kuning pada tingkat atas. Adakah rekaan pejabat begini sesuai untuk anda? Bagi kami ini mungkin terlalu melampau. 



Serius Kreatif - Rangkuman 2014 Dalam Versi Komik


Goodbye

2014 akan berakhir dalam masa beberapa jam. Selama tinggal tahun yang banyak tragedi. Ini dia rangkuman peristiwa penting 2014 menurut Beutler Ink



Serius Cool - Lucio : Meja Solar Untuk Mengecas Peranti Anda (6 Gambar)


Jimat

Apa guna kalau ada peranti pintar tetapi tidak mempunyai pengecas bestari? Ini dia meja merangkap pengecas peranti berkuasa solar. Anda boleh mengecas 6 peranti serentak menggunakan meja solar ini. Nampak style juga rekaan Studio Natural. Nak 4 di rumah supaya boleh caj semua iphone, ipad, Nexus, Nokia, Samsung, Sony dan Xiaomi yang dimiliki kami. 



Tuesday 30 December 2014

Serius Cool - Ukai : Teknik Memancing Menggunakan Burung Di Jepun (13 Gambar)


Cool

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk memancing. Ada guna umpan katak dan ada juga yang menyeluk tangan terus ke lubang ikan. Di Jepun ada teknik Ukai yang menggunakan burang terlatih untuk memancing. Burung Cormorant dilatih untuk menangkap ikan menggunakan paruh mereka. Teknik yang semakin pupus ini boleh dilihat di Sungai Nigara, Gifu Prefecture. Selain di Jepun teknik ini juga boleh dijumpai di China. Adalah dipercayai teknik memancing menggunakan burung terlatih ini sudah wujud sejak 1300 tahun.Ini adalah cool kerana kami sendiri walau diberi joran tak reti menangkap ikan!



Serius Cool - Sekeping Serendah : Hotel Unik Di Tengah Belantara (18 Gambar)


Nice

Hotel butik Sekeping memang terkenal dengan rekaan super minimalis dan low tech. Sebelum ini ada kami paparkan Sekeping Kong Heng di Ipoh. Hari ini mari ke Sekeping Serendah yang terletak di dalam hutan belantara. Disini tiada TV dan kemewahan biasa yang ada apabila menginap di dalam hotel. Kesemuanya minimalis bagi mereka yang mahu bersatu dengan alam. Hanya terdapat 10 "bangsal" dan bilik kaca ditawarkan. Privasi dan exclusivity terjaga. Harga penginapan bermual dari RM280 semalam. Jangan ingan just because tak ada kelengkapan moden sewa hotel ini murah!



Serius Indo - Ketua Adat Pulau Belitung Ini Dakwa Air Asia QZ8501 Terhempas Kerana Jin


LOL

Di Malaysia tempohari ada Raja Bomoh yang mendakwa MH370 disorokkan oleh makhluk ghaib. Nampaknya di Indonesia ada manusia spesis yang sama yang mendakwa pesawat Air Asia QZ8501 terhempas akibat gangguan jin. Ketua Adat Belitung Timur Hadi Muhammad Sae' berkatas setelah melakukan "penerawangan" beliau yakin pesawat A320 yang hilang sejak dua hari lalu ini terhempas akibat gangguan jin. Sejak pesawat ini hilang pihak berkuasa tempatan sudah mendapat "bantuan" dari 36 dukun kampung dari Pulau Belitung yang berhampiran dengan lokasi terakhir pesawat berjaya dikesan. Bomoh ada dimana-mana. Malang sekali walaupun dunia sudah moden masih ada manusia yang segala benda dan kecelakaan disangkut kaitkan dengan dunia mistik.



Serius Cool - Piring Terbang Tradisional Di Thailand


X-Files

Ini dia UFO tradisional dari Thailand....... well not really but cool mercun bro!


Serius Kreatik - Poster- Poster Filem Dari Pelukis Lagenda Drew Struzan (13 Gambar)


Legend

Drew Struzan ialah pelukis yang bertanggungjawab menghasilkan poster filem filem kegemaran anda seperti Star Wars, Back The Future dan Harry Potter. Pelukis berusia 67 tahun ini sudah menghasilkan lebih dari 150 poster sepanjang kareer hampir 40 tahun. Kareer beliau mula meletus selepas poster Star Wars beliau menjadi popular dan sejak dari hari itu permintaan terhadapa hasil kerja beliau bertambah. Rekaan poster beliau kini ditiru oleh pelukis poster lain.. kecuali di Malaysia yang suka hire orang buta seni. 


Serius Kreatif - Rekaan T-Shirt Cool Dari Glennz #2 (15 GAMBAR)


Yeah

Lagi rekaan t-shirt sarkasis dan komentar tajam dari Glennz. Sebelum ini kami ada paparkan rekaan grafik beliau.



Monday 29 December 2014

Serius Kreatif - Skateboard Sejadah Oleh Mounir Fatmi (10 Gambar)


Skatejadah

Sejadah digunakan untuk bersolat. Tetapi bagi Mounir Fatmi ia boleh dijadikan arca seni dengan memgubahnya menjadi skateboard. Mesej yang cuba disampaikan ialah marilah melawan stereotype. Deep. 



Sunday 28 December 2014

Serius - Inilah Pesawat Air Asia QZ 8501 Yang Dilaporkan Hilang Pagi Ini


PK AXC

Pesawat Airbus A320-200 (nombor siri PK-AXC) yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 7:24pagi tadi. Penerbangan QZ 8501 membawa 145 penumpang dan 7 orang anak kapal terputus hubungan ketika terbang di ruangan udara Indonesia. Seramai 149 penumpang dan anak kapal adalah bewarganegara Indonesia, 3 Korea Selatan, 1 dari Britain dan 1 dari Malaysia. Pesawat A320-200 ini sudah beroperasi sejak 2008. Kami difahamkan usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Di bawah ialah gambar PK-AXC yang kami ambil dari pengkalan data planepictures.net



Serius Cool - Figura Darth Vader Dan Stormtrooper Edisi Samurai (11 Gambar)


Wicked

Rekaan baju Darth Vader dan Stormtrooper Star Wars sebenarnya diambil dari rekaan baju zirah samurai Jepun. Jadi adalah awesome apabila ada figura aksi dihasilkan yang merubah rekaan barat kepada rekaan seakan samurai Jepun di bawah. Ianya dihasilkan oleh Tamashii dan sangat awesome. Lengkap dengan pedang samurai Saber! Harga jualan ialah Yen 9504 (RM 276) sebuah.WANT!



Serius Cool - Grand Lisboa : Kasino Berbentuk Unik Di Macau (13 Gambar)


Aneh

Grand Lisboa yang terletak di Macau ialah sebuah kasino merangkap hotel yang mempunyai rekaan yang unik. Menara setinggi 47 tingkat Grand Lisboa dibina mengikut bentuk bunga teratai yang merupakan lambang Macau. Bahagian bawahnya pula mempunyai bentuk seperti telur. Kedua-dua bentuk ini dipilih bagi membawa tuah kepada tuan punya dan juga kaki-kaki juga yang tinggal di kasino ini. Sejak dibuka pada tahun 2008, Grand Lisboa kerap kali muncul di dalam senarai bangunan dengan rekabentuk unik dunia. Rekaannya yang unik juga membuatkan ia menjadi mercu tanda Macau. Terdapat 430 bilik di dalam hotelnya manakala di dalam kasinonya pula terdapat 1200 meja berjudi. Sekiranya anda ke Macau, kasino merangkap hotel ini pastinya antara tempat paling unik untuk bermalam. 




Serius Konsep - Mazda LM55 Vision Gran Turismo (15 Gambar)


Nice!

Vision Gran Turismo ialah mod di dalam permainan video Gran Turismo 6. Ia membenarkan pengeluar menghasilkan kenderaan konsep luar biasa yang tidak boleh dihasilkan di dunia sebenar kerana limitasi teknologi dan fizik. Mazda LM55 Vision Gran Turismo ialah kenderaan konsep yang berasaskan Mazda 787B yang memenangi Le Mans pada tahun 1991. Kenderaan konsep ini mengekalkan bentuk asas 787B tetapi dengan kemasan lebih futuristik. Kepada pemilik Gran Turismo 6 anda boleh membeli kereta ini sekarang.



Serius Cool - Der Ziesel Sport Vehicle : Kerusia Roda Untuk OKU Tahan Lasak (8 Gambar)


Professor X-Treme Xavier

OKU lumpuh melalui pelbagai cabaran di Malaysia. Stesen monorail di Kuala Lumpur masih belum 100% mesra OKU. Tetapi di Barat memberikan akses kepada warga kurang upaya adalah normal. Jadi adalah normal juga untuk warga OKU untuk melakukan aktiviti lasak seperti individu lengkap tubuh badan. Der Ziesel Sport Vehicle ialah kerusi roda tahan lasak yang membolehkan OKU lumpuh untuk melakukan aksi lasak di atas salji. Kerusi roda ini dilengkapi motor elekrtik 24 kuasa kuda dan tayat berunut seperti sebuah kereta kebal. Ia mampu bergerak pada kelajuan 37 kilometer sejam di kawasan bersalji. Setiap Der Ziesel Sport Vehicle dijual pada harga Euro 23980 ( RM 102 000) sebuah. Mahal tetapi sekiranya anda seorang OKU kaya yang mahukan kebebasan untuk melakukan sukan extreme inilah satu-satunya kerusi roda yang anda mahukan. 



Serius Klasik - Citroen U55 Cityrama Currus : Bas Pelancong Futuristik Paris (12 Gambar)


Retro

London ada bas Double Decker yang menjadi pengangkutan pilihan pelancong untuk melihat kota ternama ini. Di Malaysia juga kita menggunakan konsep yang sama. Di Paris pada dekad 50an mereka mempunyai bas "futuristik" Citroen U55 Cityrama Currus. Bas ini direka untuk kelihatan seperti kapal angkasa dengan dinding kaca bagi memudahkan pelancong melihat Paris ketika menaikinya. Ianya direka khas untuk bandar Paris bagi menarik pelancong untuk melawat ibu negara Perancis selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Pada asalnya Citroen U55 ini ialah sebuah lori yang diubahsuai menjadi bas. Perkhidmatan Cityrama masih lagi wujud di Paris tetapi kini menggunakan bas moden dengan rekaan lebih konvensional. Tetapi kami rasakan bas as Citroen U55 ini nampak lebih cool beans. 



Serius - Demo Anti Krismas Di China Kerana Ia "Mengancam Budaya China" (6 Gambar)


PERCINA

Di bawah ialah demo anti perayaan Krismas yang dianjurkan beberapa golongan pelajar di Changsha China. Demo dilakukan bagi membantah "budaya barat yang mengancan budaya tradisional China". Bagi mereka budaya Krismas ini harus diharamkan kerasan semakin popular di kalangan generasi muda. Seperti di Jepun Krismas dirayakan dengan meriah walaupun agama Kristian masih lagi agama minoriti. Golongan pelajar ini bolehlah dikatakan PERKASA versi China. Mempertahankan budaya master race dari dijajah budaya luar. 



Friday 26 December 2014

Serius LOL - Pemandu Lori Paling Jiwang Di Borneo


Jiwang

#SabahJiwangBah! 


Serius Cool - Lechon : Makanan Tradisional Pagi Krismas di Filipina (12 Gambar)


Sedapnyew

Di pagi hari raya adalah kebiasaan untuk makan rendang dan ketupat. Ini adalah dua makanan tradisional orang melayu di hari raya. Di Filipina mereka ada Lechon yang dimakan di pagi Krismas. Lechon ialah anak khinzir yang disalai sepenuhnya sehingga rangup. Pada awalnya makanan ini dibawa oleh penjajah Sepanyol. Kini ia dimakan setiap pagi Krismas bagi meraikan hari paling gembira penganut Katolik Filipina. Menarik melihat Lechon yang sudah dimasak dipamerkan di tepi gerai seperti lemang di tepi jalan ketika hampir hari raya. Setiap negara mempunyai makanan unik. 


Serius WTF - Nenek Ditampar Cucu Kerana Menolak Jemputan Berkawan Di Facebook


WAT?

Facebook is serious biznes. Inilah kejadian yang sangat tak masuk akal yang berlaku di Florida. Rachel Anne Hayes (27) ditahan oleh pihak polis kerana menampar nenda beliau beberapa kali gara-gara nenda enggan menerima jemputan berkawan beliau di Facebook. Rachel berang dengan nenek beliau yang berusia 72 tahun. Si nenek enggan approve friend request dari si cucu kerana dia menggunakan nama Rachel Frickin' Hayes yang pada hemat beliau adalah nama yang kurang manis untuk digunakan. Rachel enggan menukar nama yang digunakan beliau di Facebook dan perbalahan berlaku diantara nenek dan cucu. Akibat tidak dapat menahan kemarahan Rachel menampar nenek beliau beberapa kali sehingga bantuan polis diperlukan. Ini bukan kali pertama Rachel ditahan polis dan laporan berita mengatakan beliau beberapa kali ditaham kerana memandu dalam keadaan mabuk. Apa yang kita boleh belajar dari kes ini? Gunakanlah nama yang tertera di dalam kad pengenalan.Kami sendiri tak akan approve dan mendelete kawan-kawan yang menggunakan nama glamer (Kamarul Chicarito), nama anak (Cayunk Daniyal) dan nama bebal (Gangster Melayu III). Kami tidak berkahwan dengan manusia yang malu dengan nama sendiri dan menggunakan nama samaran yang bebal.  



Sumber BayNews9

Serius - Pendatang Asing Indonesia Dihantar Pulang Menaiki Pesawat Hercules (10 Gambar)


Balik Kampung

Dua hari lalu sebuah operasi menghantar pulang 707 orang pekerja asing Indonesia dari pusat tahanan imigresen dilakukan. Kesemua warga Indonesia ini dihantar pulang dengan menggunakan pesawat kargo C 130 Hercules milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara. Sebanyak 7 buah pesawat digunakan untuk operasi membawa mereka pulang. Operasi pemulangan dilakukan dari Lapangan Terbang Subang dan mendarat di Bandar Udara Halim Perdana Kusuma. Bagus betul TNI AU. Pendatang asing masuk Malaysia menaiki bot balik naik kapal terbang!



Serius Cool - Miliki Figura Realistik Legenda NBA (14 Gambar)


I Wanna Feel Like Mike

Figura aksi yang kerap kami paparakan di Blogserius majoriti adalah watak adiwira. Hari ini mari lihat koleksi figura aksi legenda NBA seperti Michael Jordan, Kobe, Kevin Durant dan Sakuragi Hanamichi Dennis Rodman. Figura aski keluaran Enterbay ini nampak realistik gila. DO WANT! 



Serius VS - Wajah Aceh Selepas Tsunami VS 10 Tahun Selepas Itu (25 Gambar)


Perubahan

10 Tahun yang lalu puluhan ribu hamba Allah kehilangan nyawa sekelip mata dan ratusan ribu lagi kehilangan tempah tinggal akibat Tsunami Laut India. Kawasan yang paling teruk dilanda tsunami ini ialah Aceh. Mari lihat rupa kawasan yang dilanda banjir sekalang sedekad selepas bencana melanda. Ada yang sudah pulih tetapi ada juga masih mempunyai parut yang tidak dapat dilupakan. 



Serius - Pencuri Pakaian Dalam Tertangkap Selepas Koleksi Runtuh Dari Siling Rumah (5 Gambar)


Pervert

Ini ialah koleksi lebih dari 2000 pasang pakaian dalam yang dicuri oleh seorang pervert di Yulin China. Beliau mencuri pakaian dalam jiran-jiran beliau dan menyorokkannya di atas siling. Aktiviti luar tabii beliau akhirnya terbongkar selepas siling rumah beliau roboh akibat tidak mahu menahan berat ribuan pakaian dalam. Selepas ditangkap pesalah yang hanya dikenali sebagai Tan berkata beliau mempunyai masalah mental yang membuatkan beliau obses dengan pakaian dalam wanita. Mencuri menberikan beliau kepuasan. Jadi note to self, kalau nak jadi pervert pakaian wanita jangan simpan di atas siling rumah. Sewa la tempat simpanan khas macam storage wars. LOL.



Thursday 25 December 2014

Serius WTF - Kesalahan Paling WTF Sehingga Dihadapkan Ke Mahkamah Universiti


Defuq?

Kesalahan macam inipun kena naik court universiti ke? Gila melampau...


Serius Sadis - Saat Genting Mangsa Dihanyutkan Arus Banjir Di Kelantan


Oh my god..

Diharapkan mangsa selamat. Kesian mendengar rintihan.


Serius Cool - The Recividist : Motosikal Yang Dicacah Kulitnya (14 Gambar)


World

Motosikal dengan kemasan kulit pada tempat duduk adalah kebiasaan. Bagaimana pula dengan motosikal dengan keseluruhan kemasan diperbuat daripada kulit yang dicacah? Ini ialah The Recividist yang dihasilkan oleh Game Over Cycles. Kesemua permukaan kulit motosikal custom ini dicacah oleh pencacah profesional. Memang one of a kind dan nampak bad ass. 



Serius Kreatif - Cetakan Blueprints Konsol-Konsol Klasik (10 Gambar)


Want!

Adam Rufino ialah seorang pereka grafik yang berasal dari Mexico. Beliau menghasilkan cetakan blueprint 10 konsol-konsol klasik Nintendo dan Sega. Kami mahukan kesemua blueprint ini di dalam bentuk poster untuk diletakkan di bilik gaming. Just take my money!



Serius Sadis - Kilang Memproses Kulit Ular Di Indonesia Yang Menyedihkan (10 Gambar)


Kejam


Kulit ular dijadikan bahan untuk menghasilkan aksesori mewah. Ada yang diubah menjadi beg dan ada juga diubah menjadi panel belakang telefon mewah. Tahukah anda bagaimana kulit-kulit ular ini diperolehi? Di kepulauan Jawa ada Kampung Kapetakan terdapat industri mengasilkan kulit ular. Ular yang dibunuh dengan mengetuk kepala mereka sehingga ia pengsan. Selepas itu paip air disumbatkan kedalam mulut ular yang malang tersebut dan air dipamkan. Apabila ianya kembung kulit akan lebih mudah dileraikan dari tubuh. Badan ular yang kini sudah tidak berkulit kemudian dilipat dan dikeringkan sebelum dijual sebagai makanan. Sungguh sadis sekali cara kulit ular dihasilkan. RIP Snakes. 



Serius Konsep - Mini Superleggera Vision : Mini Kuasa Elektrik (16 Gambar)


Nice

Mini Superleggera Vision ialah sebuah kenderaan konsep elektrik yang menarik. Ia mempunyai rekaan klasik Mini dengan teknologi pacuan elektrik BMW dan rekaan dari Itali. Sebuah kenderaan hibrid rekaan tiga negara. Konsep yang menarik tetapi masih tiada perancangan untuk menjadikannya kenderaan produksi penuh. Agak merugikan kerana memang nampak cukup bergaya dan sporty sungguhpun bertubuh kecil. 



Wednesday 24 December 2014

Serius - Polis Komando Wanita Pakistan (9 Gambar)


Bad Ass

Ada yang merasakan tudung menghadkan aktiviti yang boleh dilakukan muslimah. Tetapi di Pakistan memakai tudung tidak menghalang 36 orang wanita dari menyertai pasukan komando polis. Pasukan ini diberikan latihan bagi menentang pengganas yang kini semakin berleluasa di negara ini. Pakai hijab tapi masih ber AK 47. Pasukan ini sentiasa bersedia untuk menentang militan apabila diperlukan. Yeah!



Serius Cool - Hay on Wye : Bandar Buku Murah United Kingdom (12 Gambar)


Big Bad Town


Festival buku murah tahunan Big Bad Wolf baru sahaja selesai minggu lalu dengan jutaan buku dijual pada harga murah nak mampos. Malang sekali buku murahan seperti ini tidak berlaku sepanjang tahun. Bagi bibliofil seperti kami BBW ialah upacara tahunan membeli buku yang akan dibaca sepanjang 12 bulan. Sekiranya ada di United Kingdom tak perlu tunggu BBW kerana ada bandar buku murah sepanjang tahun. Hay on Wye yang terletak di Wales ialah bandar buku murah dan terpakai United Kingdom. Terdapat dua dozen kedai buku terpakai yang menjual buku pada harga semurah GBP 1. Ada kedai yang dibuka ditepi jalan tanpa dijaga. Pemilik kedai percaya bibliophil adalah insan kudus yang tak akan mencuri buku. Letak sahaja wang yang perlu dibayar ke dalam kotak yang disediakan. Alangkah bestnya jika di Malaysia ada bandar buku macam ini. The closest is probably chowrasta di Penang.



Serius Fakta - 24 Fakta Dunia Yang Menarik


Lazy

Hari ini lazy day so mari belakar fakta

Thanks @Linkinstreet 



Serius Indo - Motosikal Berkuasa Tinggi Yamaha YZF R25 Digunakan Penjual Sayur Di Jawa Tengah (2 Gambar)


Rempit Upgrade

Biasanya penjual sayur bergerak yang kita lihat di Malaysia menggunakan motor kapchai Hondo biasa. Model Honda dipilih kerana reliability yang tinggi. Jangan ketawa tetapi Honda Cup C70 sudah dinobatkan oleh pelbagai majalah sebagai motosikal yang paling influential di dunia. Bukan Harley, Cagiva ataupun Ducati tetapi motor 2 storke Honda Cup. Motor ini digunakan peniaga kerana kos penyelenggaraan yang rendah dan tahan lasak. Jadi agak aneh apabila di Indonesia ada brader yang menjual sayur menggunakan sebuah motor berkuasa tinggi? Apa ceritanya?

Penjual sayur di Jawa Tengah ini mengumpul duit selama 6 tahun untuk mendapatkan motor idaman beliau Yamaha YZF R25. Bila dah mampu beli motosikal berkuasa tinggi ini menggantikan motosikal lama sebagai platform menjual sayur. Ini namanya dapat yang diidam terus mahu pakai hari-hari tanpa mengira ianya praktikal ataupun tidak. LOL!


Serius Cool - Antonov AN 70 : Pesawat Kargo Dengan Enjin 56 Bilah Kipas (12 Gambar)


Blades!

Pesawat kargo ketenteraan banyak menggunakan enjin berkipas. Ini adalah kerana ianya jauh lebih murah untuk diselenggara dan tahan lebih lama berbanding enjin turbofan. Setiap enjin biasanya mempunyai 4-5 bilah kipas. Tetapi di Ukraine menggunakan 4-5 bilah pada setiap enjin adalah terlalu mainstream. Oleh itu pesawat Antonov An 70 mempunyai 56 bilah kipas, 14 kipas pada setiap enjin

Ini adalah kerana ia menggunakan enjin PROPFAN, gabungan teknologi turboprop dan turbofan. Di atas kertas enjin ini mampu memberikan kemampuan seperti enjin turbofan tetapi menggunakan minyak yang sedikit seperti enjin turboprop. Konfigurasi enjin propfan An 70 juga aneh dengan 8 bilah kipas pada bahagian hadapan dan 6 bilah kipas pada bahagian belakang yang berputang melawan arah sesama sendiri. Apabila dilihat dari hadapan ia mengingatkan kami kepada permainan kincir angin mainan kanak-kanak. Jadi mengapakan teknologi penjimatan minyak ini tidak digunakan dengan lebih meluas pada pesawat komersil seperti Boeing? Kerana bunyi yang dihasilkan oleh puluhan bilah kipas adalah lebih bising dari turboprop dan turbofan. Teknologi ini pernah diuji oleh Boeing untuk pesawat masa hadapan tetapi mereka merasakan enjin turbojet yang sedia ada sudah memandai dan mengimbangi keperluan komersil dan keselesaan penumpang dari bunyi bising.




Monday 22 December 2014

Serius Cool - The Musulman : Satu-Satunya Akhbar Tulisan Tangan Di Dunia (10 Gambar)


Paper!

Akhbar. Kami tak ingat kali terakhir kami membeli akhbar fizikal. Masa kes kami masuk mahkamah tempoharipun kami tak beli paper padahal muka terpampang kacak di kesemua akhbar tempatan. Edaran akhbar fizikal di Malaysia semakin berkurangan kerana lebih ramai lebih suka membaca berita free dari portal atas talian.

Di Pakistan akhbar masih hidup dan ada sebuah akhbar yang kandungannya ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tangan. The Musulman sudah beroperasi dengan teknik tulisan khat sejak 1927. Tiga orang penulis khas ditugaskan menulis berita secara manual. Dua orang penulis wanita dan seorang lelaki menghabiskan 3 jam setiap hari melakukan reka letak untuk akbar empat mukasurat ini. 

Ini namanya dedikasi dan pastinya memerlukan kesabaran. Menggunakan program DTP dan komputer adalah terlalu mainstream. Sesungguhnya The Musulman ialah akhbar paling hipster di dunia!



Serius Kreatif - Koleksi Seni Jalanan Terkini Di Pulau Pinang (16 Gambar)


Art


Pulau Pinang bolehlah dikatakan sebagai kota seni jalanan Malaysia. Kami kerap kali memaparkan seni jalanan Ernest Zacharevic yang terpampang di seluruh Georgetown. Kini ada beberapa lagi mural yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic, Rone, Elle, Vexta, Adisson Karl, Tank Petrol, Don John, Mr. Toll, Antanas Dubra, Kenji Chai, Bibichun dan 4Some. Penang semakin cool untuk seni. Negeri lain tak mahu menghias bandar dengan senikah? Masih mahu membina arca fibreglass huduh sebagai "penyeri" kota? 



Serius Cool - Hotel Vueling : Hotel Berkonsepkan Kapal Terbang (15 Gambar)


Anyone Can Sleep

Air Asia ada Tune Hotel tetapi hotel mereka kalah dengan Hotel Vueling. Vueling ialah syarikat penerbangan murah yang berpengkalan di Eropah. Hotel budget yang terletak di Barcelona mempunyai rekaan yang bertemakan kapal terbang. Anda boleh makan di restoran Gourmet A320 di dalam bekas makanan sama seperti di atas pesawat. Kesemua 63 bilik di dalam hotel ini mempunyai gambar dari 63 destinasi yang ditawarkan oleh Vueling. Konsep yang cool. Rooms look comfy too.



Serius Klasik - Martin P6M SeaMaster : Pesawat Pengebom Dua Alam (19 Gambar)


Amfibia!

Pada dekad 50an Amerika Syarikat adalah kuasa besar senjata nuklear dunia. Bagi memastikan negara mereka dapat memusnahkan musuh dalam apa juga keadaan, projek armada pesawat pengebom amfibia dibangunkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Pada tahun 1955 pesawat jet Martin P6M SeaMaster dihasilkan dan ia mampu terbang dan mendarat di atas permukaan laut. Kemampuan ini diperlukan sekiranya kesemua tapak pelancaran misil nuklear di atas darat dan lapangan udara tentera Amerika Syarikat berjaya dimusnahkan oleh tentera Soviet. Sebanyak 24 prototaip dihasilkan setiap satunya diperkasakan oleh empat buah enjin jet dengan tujahan 17500 pound setiap satu. Selain membawa senjata nukler, SeaMaster turut boleh digunakan untuk menabur periuk api dari udara. Pesawat dua alam ini mampu memecut sehingga 1000 kilometer sejam dalam beberapa sesi ujian. Bagi menampung operasi ketenteraan, terdapat perancangan membina kapal induk yang boleh membaiki dan mengisi minyak SeaMaster di atas permukaan laut. 

Projek ini dibatalkan pada tahun 1959 kerana tiada lagi keperluan strategik untuk pesawat pengebom jet dua alam. Pada waktu ini teknologi pelancaran misil balistik dari kapal selam sudah matang. Penggunaan kapal selam sebagai platform melancarkan serangan nuklear didapati lebih strategik. Ini ditambah lagi dengan kapal pengangkut pesawat bertenaga nuklear yang boleh diletakkan di dalam perairan Soviet boleh melancarkan bom nuklear menggunakan pesawat yang sedia ada. Kesemua prototaip SeaMaster dimusnahkan dan berakhirlah zaman pesawat dua alam dengan kuasa jet untuk tujuan ketenteraan. 




Serius - Hotel Of Mom And Dad : Pasangan Muda Dipaksa Berdikari Tanpa Bantuan Ibu Bapa


UK!

Umur purata seseorang membeli rumah sendiri di UK kini ialah 35 tahun. Ekonomi yang teruk ditambah membuatkan kuasa membeli golongan muda rendah. Fenomenan pasangan muda yang masih tinggal bersama ibu bapa kini semakin runcing. Masalah yang dihadapi ialah pasangan muda ini hanya duduk sebumbung tetapi tidak membantu ibu bapa dari segi kewangan ataupun melakukan tugasan di dalam rumah. Siri Hotel of Mom and Dad memaksa pasangan yang tinggal bersama ibu bapa untuk duduk di dalam rumah sewa selama seminggu. Menarik melihat mereka yang tak pernah membayar bil kena bayar bil dan melakukan belanjawan bagi memastikan mereka tidak mati kelaparan. 


Saturday 20 December 2014

Serius Cool - Figura Aksi Tyrion Lannister Game of Thrones (8 Gambar)


Hear me Roar

Kami gemar menonton siri tv Game of Thrones kerana ianya dipenuhi dengan watak yang menarik serta copious amount of unnecessary nudes. Hey I am a guy and I admit this. Dalam banyak-banyak watak GoT, watak Hodor Tyrion Lannister ialah watak yang paling popular kerana beliau sarkasis dan banyak dialog yang mencengkam. Figura aksi beliau nampak cool as hell. Dilengkapi buku, cawan dan juga dua set tangan. Crossbow menembak bapak di dalam toilet serta rantai emas mencekik perempuan simpanan tidak disertakan.



Serius Genius - Safe ‘n’ Secure Cellutions : Perkhidmatan Menyimpan Telefon Pintar Untuk Pelajar Sekolah (7 Gambar)


Genius

Seperti pelajar di Malaysia, pelajar sekolah di New York diharamkan dari membawa telefon mudah alih ke sekolah. Telefon mudah alih kini adalah keperluan dan ada ibu bapa yang mahu anak mereka membawa telefon bagi memudahkan mereka berhubungan sekiranya berlaku kecemasan. Melihat masalah ini, Jhonn de La Puente (42) mendapat idea perniagaan menyimpan telefon mudah alih ketika waktu persekolahan. Perkhidmatan Safe 'n' Secure Cellulation dijalankan di dalam sebuah van. Pelajar memasukkan telefon melalui slot pada tubuh van dan diberikan slip deposit. Pada penghujung waktu persekolahan van peti simpanan ini akan kembali ke sekolah dan pelajar boleh mengambil semula peranti yang disimpan. Jhonn mengenakan bayaran 1-2 Dollar sehari untuk perkhidmatan ini. Sungguhpun idea dan tujuan beliau adalah murni, perkhidmatan ini mungkin terpaksa dihentikan tidak lama lagi. Beliau menerima amaran dari pihak polis dan pihak berkuasa tempatan kerana tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. Selain daripada itu banyak sekolah di New York sudah merancang untuk membenarkan pelajar membawa telefon mudah alih dalam masa terdekat. Buat masa ini Jhonn akan terus menjalankan perniagaan beliau. Selagi ada pasaran beliau akan cuba mendapatkan rezeki yang halal. Ada usahawan di Malaysia yang mahu menawarkan perkhidmatan yang sama? Boleh buat duit ni. Namakan perkhidmatan anda MySimpan atau sewaktu dengannya.



Serius - Tran Quang Thieu : Raja Penangkap Tikus Vietnam (8 Gambar)


Nguyen Pied Piper

Tran Quang Thieu menjadi kaya hanya dengan membunuh tikus. Lelaki Vietnam ini sudah menghasilkan perangkap tikus ciptaan beliau sendiri sejak 1998. Perangkap rekaan beliau tidak memerlukan umpan dan sangat efektik membunuh tikus yang memusnahkan tanaman padi penduduk. Beliau mengaggarkan 30 juta perangkap ciptaan beliau telah dijual di seluruh Vietnam, Thailand dan Kemboja. Tangkapan paling besar beliau ialah 300 kilogram tikus pada satu malam. Selepas ditangkap tikus pada ini akan dijual kepada penduduk sekitar. Di Vietnam tikus padi dimakan dengan menggoreng atau memasaknya sebagai sup. Tidak ada yang terbuang di Vietnam. Ini semua kesan peninggalan Perang Vietnam. Jangan memilih makanan kerana jika memilih anda akan mati kelaparan.



Serius - KRI Klewang : Kapal Anti Radar Angkatan Laut Indonesia (15 Gambar)


Attack!

KRI Klewang ialah kapal serangan misil pantas milik Angkatan Laut Indonesia. Kapal trimaran ini mempunyai rekaan kalis radar dan mampu memecut sehingga 35 knots. Ianya sepanjang 64 meter dan adalah kapal pertama dari empat yang dipesan dari syarikat PT Lundin yang berpengkalan di Banyuwangi Indonesia. Kos pembinaan sebuah kapal ini adalah sekitar 114 Millliar Rupiah (RM 32 Juta) Malang sekali kapal ini musnah sepenuhnya akibat kebakaran empat minggu selepas dilancarkan untuk menjalani ujian pada tahun 2012. KRI Klewang kini dibina semula dengan bahan komposit lebih tahan api dan dijangka akan dilancarkan semula pada tahun 2016.Apabila armada empat kapal ini siap sepenuhnya, mereka akan digunakan untuk mengawal perairan Indonesia dari diceroboh kapal negara lain. Sistem misil C 705 dari China akan digunakan disamping mesingun Gattling untuk pertahanan jarak dekat.



Serius Cool - Weltspiegel Cottbus : Teater Lama Diubah Suai Menjadi Sinepleks Moden(15 Gambar)


Berubah

Weltspiegel Cottbus ialah sebuah teater lama yang sudah berusia lebih 100 tahun di bandar Cottbus, Jerman. Ia dibina pada tahun 1907 dam mampu memuatkan 268 penonton. Teater lama ini kini diubahsuai menjadi sebuah sinepleks 3 dewan tayangan dengan rekaan moden.Ketiga-tiga dewan mempunyai rekaan berbeza bagi memberikan pengalaman unik kepada pengunjung. Rekaan moden yang digunakan membuatkan wayang TGV dan GSC yang sering kita lihat nampak kuno. Cool cinema bro! 



Friday 19 December 2014

Serius Mashup - Mitten : Apabila Anak Monyet + Anak Kucing Digabungkan (8 Gambar)


Monkey + Kitten = Mitten

Anak monyet dan anak kucing ialah dua hayawan yang comel. Adakah apabila dua haiwan ini digabungkan kita akan mendapat haiwan paling comel? Inilah yang dilakukan oleh Sarah DeRemer dengan projek Mitten beliau. So comel ke bizarro world?



Serius Cool - Jika Media Sosial Adalah Model Kacak (8 Gambar)


Nice!

Media sosial kini menguasai kehidupan seharian kita. Kami yakin setiap pembaca Blogserius mempunyai laman sosial kegemaran. Secara peribadi kami gemarkan Twitter kerana ia tempat sembang kencang dan perasan kontol besar. Truth is the other way around. Di bawah ialah siri gambar "What If Guys Were Social Networks" oleh Victorija Pashuta. LinkedIn yang nampak paling kacak. 



Serius Kreatif - Watak Cerita Dongeng Barat Dengan Sentuhan Asia Timur (7 Gambar)


K-Dongeng

Obsidian ialah seorang pelukis wanita yang berasal dari Korea Selatan. Beliau menghasilkan ilustrasi watak-watak cerita dongeng barat dengan setuhan timur. Nampak sangat comel terutamanya beauty and the beast jadi harimau. Awesome work!



Serius LOL - Siapa Bilang Gadis Meleis Tak Pedengki Dan Kurang Hajar?


Buruk Akhlak

Siapa kata gadis meleis tak pedengki, hati busuk dan kurang ajar? Ini ialah gambar pemain no 7 Thailand Charyl Chappuis yang kini menjadi kegilaan gadis yang suka bola kerana beliau hensem. Wajah teman wanita beliau dikutuk kerana dikatakan tak cantik. Avatar pengomen pakai hijab dan ironically on par with the girlfriend. Ada hati kata orang tak cantik. DEFUQ?



Serius Kreatif - Melihat Rumah Untuk Dibeli Dengan Menaiki Roller Coaster


Brilliant!

Awesome stuff. Sesuai bagi fat ass yang malas seperti kami!


Thursday 18 December 2014

Serius Fakta - 50 Haiwan Mistik Dari Seluruh Dunia


Mistik!

Senarai 50 haiwan magis dan mistik dari seluruh dunia. Baru tahu FENRIR ialah serigala jadian sebenar bukan hanya rekaan J K Rowlings. 



Serius Cool - Koleksi Rekaan Bilik Mandi Yang Cantik (14 Gambar)


Want

Bosan dengan bilik mandi anda? Perlukan inspirasi? Di bawah ialah koleksi bilik mandi yang bukan sahaja stylo tetapi mempunyai pemandangan yang menarik. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails