skip to main |
skip to sidebar
Good Shit
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang khamis ini, pihak Polis Jakarta Barat melakukan acara memusnahkan ganja dan minuman keras yang dirampas oleh mereka. Sebanyak 561 kilogram ganja dan lebih 10 000 botol minuman keras dimunsnahkan semalam. Acara tahunan ini dilakukan bagi menunjukkan berapakah jumlah bahan terlarang yang berjaya dirampas mereka. Yang kelakar ialah ganja dihapuskan dengan dibakar di kawasan lapang. Penduduk sekitar kawasan pembakaran kemudian dilaporkan pening kepala keran terhidu asap ganja yang dibakar. Mungkin sebab itulah ia dilakukan sebelum Ramadan. Kalau tidak sia-sia high semasa berpuasa.
Genius!
Seorang rakan pernah berkata kepada kami beliau tidak hairan melihat warga Indonesia di Malaysia yang dengan mudah berjaya dalam perniagaan sehingga warga Malaysia tutup kedai. Jika dibandingkan dengan tahap persaingan di sana, di Malaysia semuanya lebih mudah. Di Indonesia boleh nampak orang berniaga di atas jalan raya ketika lampu isyarat merah. Mereka pandai cari ruang untuk berniaga kerana kalau gagal memang tak boleh survive dan mati kelaparan.
Beberapa hari yang lalu kami paparkan cerita Selfie Tahap Arwah apabila peminat ambil selfie batu nesan pelakon komedi Olga Syahputra. Makan beliau masih lagi dilawati peminat yang sedih dengan kematian beliau. Kapitalis kematian dengan segera menemui cara nak buat duit denga menjual buah tangan allahyarham kepada pelawat yang datang. Ada piring foto dan juga keychain dengan wajah allahyarham dijual pada pintu kawasan perkuburan. Ini memang bijak cari ruang. Selain menjual buah tangan ramai juga yang menjual makanan dan minuman. Siapa kata "melayu" tak pandai berniaga dan kreatif?
WTF
Kegilaan selfie mencecah tahap arwah secara literal di Indonesia minggu lalu. Seorang pelawak popular Olga Syahputra meninggal dunia akibat jangkitan Meningitis. Pemergian beliau diratapi ahli keluarga dan pengkebumian beliau dihadiri oleh ribuan peminat. Usai majlis pengkebumian berlaku babak WTFBBQ yang melampau apabila peminat berpusu-pusu mengambil gambar selfie bersama batu nisan kubur Olga Syahputra. Memang tak masuk akal. Ada apa dengan selfie depan batu nisan? Ini tidak dapat kami jawab.
Rebus Sampai Pulih
Masalah ketagihan dadah sukar untuk dipulihkan sama seperti ketagihan rokok, arak dan menonton rancangan lawak tempatan yang tidak berapa lucu. Di Malaysia kita ada pusat SERENTI yang cuba merawat penyalahgunaan dadah. Ada juga pusat PENGASIH yang melakukan servis yang sama. Rawatan dilakukan dengan kombinasi rawatan moden dan rohanian iaitu mendalami ilmu agama.
Di Purbalinga, Jawa Tengah ada teknik pemulihan ketagihan dadah yang unik dan juga aneh. Rawatan dilakukan di Pondok Pesantren YPI Nurul Ichsan Al Islami aneh kerana penagih direbus hidup-hidup sebagai cara melakukan detoksifikasi. Proses merebus ini dilakukan selepas maghrib setiap hari selama 25 minit. Air herba khas dicambur dengan air doa yang dibacakan oleh guru pesantren digunakan. Selepas "masak" mereka dilarang dari mandi sehingglah tubuh berpeluh. Segala kotoron badan dan sisa dadah dikatakan akan keluar melalui peluh paska rebusan. Penagih heroin akan mengeluarkan peluh bewarna keputihan manakala penagih ganja mengeluarkan peluh bewaran kemerahan.
Penagih yang menerima rawatan di pondok pesantren ini juga diberi bimbingan agama selama 40 hari sebelum dibenarkan peluang. Menurut jurucakap Pondok Pesantren YPI Nurul Ichsan Al Islami , mereka telah menggunakan teknik ini untuk merawat penagih sejak 2007 dan majoriti penagih berjaya dipulihkan.
Demo! Demo!
Hey it is that time of the year where people will lose their proverbial shit over a day where people buy overpriced roses, heart shaped chocolates and maybe later have nice sex. Di Indonesia sudah ada demo anti Hari Valentine yang menyeru orang ramai supaya berhenti menyambut hari kapitalis bunga, coklat dan hotel yang cukup jahat ini.
Counter Terrorist Wins!
Bripda Nina Oktoviana (22) ialah anggota pasukan komando anti keganasan di Acheh Indonesia. Anggota polis ini unik kerana beliau seorang wanita yang menentang pengganas tetapi pada waktu yang sama masih lagi berhijab. Siapa bilang gadis hijab tak melawan? Tak ber Styer AUG tiada flashbang? Bripda Nina Oktoviana membuktikan berhijab bukan bermaksud tidak boleh bad ass. Ini mengingatkan kami kepada guru di Pakistan yang juga diberi latihan senjata dan polis komando wanita yang juga dari Pakistan.
What
Ini ialah Hotel Zodiak yang terletak di Bandung. Minggu lalu sebuah demo dilakukan oleh penduduk beragama Islam setempat kerana mereka mendakwa logo hotel ini menghina kalimah Allah. Menurut mereka logo ini kelihatan seperti kalimah Allah yang diterbalikkan. Menurut pihak hotel pula lambang yang digunakan ialah lambang bintang Virgo sesuai dengan tema hotel berasaskan zodiak. Logo ini sudah wujud sejak zaman sebelum kewujudan agama Islam. Pihak ugama Islam Bandung kini akan berbindang dengan pengusaha hotel untuk menyelesaikan masalah ini. Apa pendapat anda? Adakah ianya menghina kalimah Allah ataupun penduduk setempat yang kurang arif dengan logo kuno yang sudah wujud ribuan tahun?
Pocongkkk!
Dah bertahun kami nampak gambar sebuah band black metal yang melakukan persembahan sambil berkapan. Kami pada awalnya tak tahu sama ada gambar tersebut adalah benar atau dari sinetron gampang yang banyak dari Indonesia. Rupa-rupanya band ini dan namanya ialah Innalillahi Wa Innalillaihi Rojiun. Band black metal ini sudah wujud sejak tahun 2004 dengan aggota asal
Djida Sukethy : Queen Of Grave
Andik pocongkkkk : King Of Grave
Arip Koplo : Mystic Of Guitars
My Lord : Melancholic Guitars
Pada awalnya mereka memang melakukan persembahan lengkap berkapan dan mekap angker. Tetapi band ini sekarang sudah beralih gaya dan kini mempunyai 7 orang aggota. Mereka masih lagi aktif di Surabaya dan membawa genre yang mereka gelarkan sebagai Surabaya Harmony Black Metal. Antara tajuk lagu mereka ialah
Innalillahi Tuhan Tak Akan Mati
Jibril Panglima Tuhan
Bisikan Arwah Penasaran
Groovy!
LOL
Di Malaysia tempohari ada Raja Bomoh yang mendakwa MH370 disorokkan oleh makhluk ghaib. Nampaknya di Indonesia ada manusia spesis yang sama yang mendakwa pesawat Air Asia QZ8501 terhempas akibat gangguan jin. Ketua Adat Belitung Timur Hadi Muhammad Sae' berkatas setelah melakukan "penerawangan" beliau yakin pesawat A320 yang hilang sejak dua hari lalu ini terhempas akibat gangguan jin. Sejak pesawat ini hilang pihak berkuasa tempatan sudah mendapat "bantuan" dari 36 dukun kampung dari Pulau Belitung yang berhampiran dengan lokasi terakhir pesawat berjaya dikesan. Bomoh ada dimana-mana. Malang sekali walaupun dunia sudah moden masih ada manusia yang segala benda dan kecelakaan disangkut kaitkan dengan dunia mistik.
Rempit Upgrade
Biasanya penjual sayur bergerak yang kita lihat di Malaysia menggunakan motor kapchai Hondo biasa. Model Honda dipilih kerana reliability yang tinggi. Jangan ketawa tetapi Honda Cup C70 sudah dinobatkan oleh pelbagai majalah sebagai motosikal yang paling influential di dunia. Bukan Harley, Cagiva ataupun Ducati tetapi motor 2 storke Honda Cup. Motor ini digunakan peniaga kerana kos penyelenggaraan yang rendah dan tahan lasak. Jadi agak aneh apabila di Indonesia ada brader yang menjual sayur menggunakan sebuah motor berkuasa tinggi? Apa ceritanya?
Penjual sayur di Jawa Tengah ini mengumpul duit selama 6 tahun untuk mendapatkan motor idaman beliau Yamaha YZF R25. Bila dah mampu beli motosikal berkuasa tinggi ini menggantikan motosikal lama sebagai platform menjual sayur. Ini namanya dapat yang diidam terus mahu pakai hari-hari tanpa mengira ianya praktikal ataupun tidak. LOL!
Garuda!
Perubahan cuaca medadak mengakibatkan berlakunya iklin aneh di seluruh dunia. Inilah penyebab berlakunya puting beliung di Malaysia minggu ini dan bukannya kerana adanya pesta anjing. Yes people it is all science and we have been warned about freak weather for years. Tetapi tidak ramai yang peduli kerana who gives a shit right. Di Indonesia pemanasan cuaca dunia megakibatkan paras air laut meningkat. Sebagai sebuah negara dengan ribuan pulau, ini amat merisaukan kerajaan Indonesia. Di Jakarta masalah yang paling besar ialah ianya semakin tenggelam akibat kombinasi kenaikan paras air laut dan tanah yang tenggelam akibat penyedutan akuifer kotaraya ini sendiri. Dianggarkan 40 peratus tanah di Jakarta yang mempunyai 10 Juta penduduk kini berada di bawah paras laut. Yang menghalang kawasan ini dari ditenggelami air ialah benteng air yang telah dibina. Malang sekali benteng yang sedia ada tidak lagi memandai kerana kota ini tenggelam pada kadar dianatra 2.9 - 6.7 inci setahun!
Projek The Great Garuda ialah antara projek yang mungkin boleh menyelamatkan Jakarta dari terus tenggelam. Projek bentenga laut gergasi ini akan mengambil masa 30 tahun untuk disiapkan. Apabila siap kelak 17 buah pulau baru akan dibina berhampiran Jakarta dan ia akan menghalang air laut dari membanjiri kota ini. Projek ini direka dengan kepakaran syarikat Belanda. Belanda ialah negara yang sudah berdekad membina leevee bagi menghalang negara mereka dari tenggelam. Jika projek ini menjadi realiti sebuah pulau berbentuk Garuda gergasi akan dapat dilihat dari angkasa.Ianya juga akan menempatkan kawasan kediaman untuk 1 Juta penduduk. Kos pembinaan pula akan mencecah 485 Trillion Rupiah (USD 40 Billion). Expensive!
Food Fight Bali!
Ketupat ialah makanan wajib ketika Hari Raya bagi orang Melayu Islam Malaysia. Di Bali ianya digunakan untuk "berperang" setahun sekali. Yeah di Bali ketupat akan dijadikan "peluru" yang dilontarkan antara satu sama lain. Kita lihat ianya seperti membazir tetapi mengikut warga Bali ia menujukkkan rasa kesyukuran kepada tuhan mereka yang memberikan rezeki melimpah ruah selepas menuai mereka mampu membazirkan makanan untuk food fight. Lepas perang mesti jalan raya bau busuk pasal ketupat basi!
Buang Negativiti
Mesabatan Api ialah ritual menarik yang dilakukan penganut Hindu di Bali. Upacara ini selalunya dilakukan sehari sebelum Hari Nyepi. Sabut kelapa dibakar dan dilontar oleh peserta kearah tubuh masing-masing sebagai simbol menyucikan diri dari nasib buruk. Minda,jasad dan roh peserta disucikan dengan percikan api dan bekas lecuran pada tubuh. Sungguhpuh kelihatan berbahaya, kesan lecur peserta dikatakan akan sembuh dengan pantas hanya dengan menyapu minyak kelapa.
Sadness
Ari Wibowo (16) ialah seorang remaja malang yang mengidap penyakit Erythroderma yang mengakibatkan kulit beliau mengupas seperti ular. Beliau akan bersalin kulit setiap 41 hari dan ia bukan sahaja mengakibatkan kegatalan malah turut membuatkan badan beliau luka-luka. Bagi mengurangkan kesakitan Ari perlu menyapu air setiap sejam dan meletakkan losyen pada kulit beliau setiap 3 jam. Penyakit ini dihidapi beliau sejak lahir dan pihak doktor di Indonesia tidak tahu apakah ubat yang perlu diberikan kepada beliau. Beliau kini mengalami kesukaran belajar kerana mata kiri beliau yang kini hampir buta dan jari semakin mengeras. Tambah menyedihkan kepercayaan karut penduduk tempatan berkata ini adalah balasan tuhan kepada ibu Ari yang membunuh seekor cicak ketika mengandung. Silly people! Semoga Ari tabah dan dapat menemui doktor yang dapat meringankan kesengsaraan beliau.
Nice
Bandung ialah bandar yang terkenal dengan seni di Indonesia. Jadi tidak hairanlah disini wujud Taman Film Bandung. Ianya wayang terbuka dengan skrin sebesar 4x8 meter yang digunakan untuk menayangkan filem pendek karya penggiat seni tempatan. Ianya juga terbuka kepada orang ramai untuk berehat santai dan menjadi tempat bermain kanak-kanak. Ianya dibina di bawah sebuah jambatan. Penggunaan ruang yang best dan pada masa yang sama memberikan ruang untuk penggiat seni menayangkan karya mereka kepada umum. Nice one Indonesia.
Hormati Orang Tua
Orang cina menghormati roh orang tua dengan memberi persembahan makanan, membakar efigi kertas dan membakar colok. Orang Islam menghormati roh orang tua dengan mendoakan roh mereka setiap kali solat. Di Pulau Bali setiap tahun upacara Ngusaba Puseh dilakukan bagi menhormati roh nenek moyang yang telah meninggal dunia dan sebagai tanda kasih kepada tuhan. Peserta Ngusaba Paseh akan bersawai sambil menikam tubuh mereka dengan keris. Sungguhpun ditikam tubuh mereka tidak akan berdarah sepanjang masa mereka bersawai. Extreme devotion!
Zombie
Tiap-tiap tahun kami akan jumpa gambar mayat kering yang dikatakan "berjalan dengan sedirinya". Gambar viral tersebut sudah kami temui lebih kurang 6 tahun yang lalu. Benarkah di Indonesia mayat berjalan dengan sendirinya? Jawapannya tidak. Apa yang anda lihat ialah upacara Ma'nene yang diamalkan oleh kaum Taroja di Indonesia. Setiap tiga tahun sekali pada bulan Ogos jasad saudara mara yang telah meninggal dunia dibersihkan dan dibawa "berjalan" mengelilingi kampung halaman mereka. Ini bagi menunjukkan mereka masih sayang kepada nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia. Gambar yang anda lihat kononnya zombie berjalan ialah mayat yang diangkat dan dibawa "berjalan". Kerana mayat sudah kering dan mengeras ia boleh didirikan dengan mudah. And thus the misinformation begins.
Oh noes!
Konsep dan ending sama. Oh noes......... in b4 Maling.
Thanks @TheJebs
Sadis!
Di Indonesia 30% kanak-kanak mengaku menghisap rokok sebelum mencapai usia 10 tahun. Di Indonesia juga dianggarkan 57% rakyatnya menghisap rokok yang majoritinya menghisap kretek. Sungguhpun setiap tahun lebih daripada 300 000 orang mampus kerana komplikasi menghisap rokok. kerajaan Indonesia tidak mengenakan sekatan terhadap penjualannya kepada kanak-kanak. In fact di Indonesia penajaaan oleh syarikat rokok masih dibenarkan. Kadar cukai yang rendah dan tiada kawasan pengharaman rokok juga dikatakan penyebab mengapa rokok dihisap dengan jumlah yang banyak di Indonesia. Tahun lalu Indonesia terletak di tangga ke 4 negara dengan jualan rokok tertinggi dengan 168 billion batang rokok dihisap.
Marlboro Boys ialah siri foto yang diambil oleh Michelle Siu untuk menjukka betapa teruknya masalah menghisap rokok oleh kanak-kanak bawah umur di Indonesia. Memang menyedihkan. At least di Malaysia cukai tinggi dan penharaman jualan kepada budak bawah 18tahun dapat mengurangkan jumlah perokok negara. Syukur!
Kotor baq Hang
Indonesia mempunyai masalah lambakan dan mengutip sampah yang kronik. A few months back kami menonton dokumentari pengutip sampah di Jakarta. Mereka diupah orang kaya untuk kutip sampah dengan gaji sedikit kerana rich people in Indonesia are cheap bastards. Bila meminta kenaikan gaji orang kaya hire kaki pukul untuk menakutkan mereka. I mean seriously what is wrong with your country bro? Luckily di Malaysia kita sentiasa bersih dan apabila pulang dari stadium penyokong bolasepak Malaysia mengutip sampah sendiri. Oh wait itu Jepun bukan Malaysia. We are just as dirty.