Monday, 24 September 2012

Serius - Dashrath Manjhi : Hero Rakyat Sebenar (6 Gambar)


RESTECPAH!

Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai lambang cinta abadi beliau kepada Mumtaz Mahal. Beribu artisan bertungkus lumus selama 21 tahun bagi menyiapkan monumen yang dibina dari marmar ini. Hari ini mari kita dengar cerita Dashrath Manjhi seorang buruh kasar marhaen yang membina sebuah jalan menembusi bukit bukau sebagai monumen cinta beliau kepada isterinya. Tidak seperti Taj Mahal, jalan yang dibina Dashrath Manjhi ini tidak menjadi tarikan pelancong ke India tetapi fungsinya kepada komuniti sekitar perkampungan Gaya di Bihar jauh lebih signifikan dari tugu Taj Mahal. Tambah menakjubkan beliau membina sendiri jalan ini secara seorang diri.

Kisah bermula pada sekitar 1950an apabila isteri Dashrath Manjhi, Falguni Devi tercedera di dalam sebuah kemalangan. Kerana lokasi kampung yang agak terperuk, tiada hosipital dibina oleh pihak kerajaan untuk penduduk tempatan. Dalam perjalanan ke hospital yang jauh Falguni Devi meninggal dunia. Kecewa dengan kematian isteri beliau yang dirasakan boleh dielakkan, Dashrath meminta kerajaan tempatan untuk membina sebuah jalan menembusi sebuah gunung. Jika jalan ini dibina perjalanan dari perkampungan Gaya ke bandar berhospital berhampiran akan dipendekkan dari 50 kilometer menjadi hanya 10 kilometer.



Kerana penduduk kampung Gaya bukan dari kasta yang tinggi ataupun orang berada, permintaan penduduk tempatan untuk jalan pintas ini dibina tidak diendahkan. Dashrath sudah bosan menunggu dan kerana beliau seorang Hero Rakyat sebenar membina sendiri jalan pintas merentasi gunung dan ganang ini secara sukarela. Ketika beliau memulakan projek ini pada tahun 1959 ramai penduduk yang menganggap Dashrath sudah gila kerana kesedihan kehilangan isterinya. Tetapi 22 tahun kemudian apabila jalan raya sepanjang hampir 1 kilometer dan selebar  16 kaki ini siap dibina Dashrath sekelip mata menjadi hero tempatan.

Pada tahun 2007 beliau meninggal dunia akibat kanser. Beliau diberikan pengkebumian khas penuh penghormatan setaraf pemimpin negara sebagai tanda penghormatan keatas usaha beliau yang tak kenal erti berputus asa. 

Cerita ini sebenarnya agak sadis. Walaupun jalan raya ini sudah siap dipoting merentasi bukit oleh Dashrath semenjak 1982, ianya masih belum terturap sehingga sekarang. All the hard work was done by this dude but the government still can't get off their lazy ass to finish it for the man.

Oleh itu marilah kita berterima kasih kepada kerajaan kerana tak macam kerajaan India........ jalan dibina. Dekat pilihanraya sahaja secara magicjalan raya akan berturap seakan David Blaine. Kain batik yang tak diminta muncul di dalam tangan. Tanah diberikan dan bantuan kewangan turun dari Putrajaya.Tambah menarik di Malaysia kalau tiada jambatan kita bina sungai. #LULZ




Laporan asal Tehelka

23 comments:

  1. apa teruk sangat typographical error Blogserius ni ye.. hosipital, dipoting dan banyak lagi la.. jadi lawak la pulak..

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya kerajaan India buat tugu peringatan di sepanjang jalan.


    JALAN-JALAN TERAKHIR

    ReplyDelete
  3. kesian dgn keadaan di india yg byk sangat diskriminasi kastanya.. wira2 hebat mcm ni mmg jarang muncul, spt contoh dulu ada seorang fakir miskin gunakan sepenuh pendapatannya dgn bina masjid kat tempatnya...

    ReplyDelete
  4. Dashrath Manjhi (1934 - August 17, 2007) was born into a poor labourer family in Gahlour village near Gaya in Bihar, India. He is also known as Mountain Man.Dashrath Majhi's wife, Falguni Devi, died due to lack of medical treatment because the nearest town with a doctor was 70 km away from their village in Bihar, India.

    Dashrath did not want anyone else to suffer the same fate as his wife, so he single-handedly carved a 360-foot-long (110 m), 25-foot-high (7.6 m) and 30-foot-wide (9.1 m) road[5] by cutting through a mountain in the Gehlour hills, working day and night for 22 years from 1960 to 1982. His feat reduced the distance between the Atri and Wazirganj blocks of the Gaya district from 75 km to 8 km, bringing him international acclaim.[2][6]

    He died on August 17, 2007.[7] He was given a state funeral by the Government of Bihar.[7][8]
    In popular culture

    In July 2010, director Manish Jha announced a film, Manjhi, based on the life of Dashrath Manjhi. The film is produced by Sanjay Singh, who previously produced Udaan (2010) and Manoj Bajpai is slated to play the lead.[9] Dashrath Manjhi's inspirational story was shown on Aamir Khan's show Satyamev Jayate.[10][11]

    ReplyDelete
  5. India padahal ada jutawan dunia. Tetapi masih ada yang miskin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malaysia padahal ada jutawan dunia. tetapi masih ada yang miskin.

      Delete
  6. action speaks louder than words.

    Nak bantu orang, tak payah tunggu kaya. Toksah nak blame rosmah kalau diri sendiri siringgit pun susah nak keluar duit bagi orang miskin makan. Org malaysia, dah boleh start tukar perangai sendiri kut, sebelum bising nak tukar kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, kalau seringgit senang nak keluar kasi orng miskin makan boleh blame dia la? Boleh bising nak tukar kerajaan la? Channtekkkkkkkkkkkk......

      Delete
  7. Tak pyh tunggu PRU ... mana2 tmpt jemput pak menteri kompom magic jalan2 yg bakal dorg lalu berturap walau sebelum tu berlubang2 mcm haram... bayar cukai pun mcm takde makna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tahu xper...tempat umah mertua aku masa sebelum PRU lepas..hari ini jalan diturap..selang 2 hari berlubang sana sini...besar lak tuh..projek mee segera...xder kualiti...ceit mmg patut kalah ri tu..hahaha

      Delete
  8. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1.50/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails