skip to main |
skip to sidebar
Power
Apple iMac Pro akhirnya diperlihatkan kepada umum selepas ia disahkan kewujudannya beberapa bulan yang lalu. Sesuai dengan nama Pro, komputer desktop ini mensasarkan golongan profesional yang memerlukan komputer berkuasa.
iMac Pro dilengkapi skrin 27" dengan resolusi 5K, pemproses sehingga 18 Teras, memori sehingga 128 GB RAM dan storan SSD sehingga 4 TB. Kad grafik AMD Radeon Pro Vega 56. Ini ialah iMac yang paling berkuasa pernah dihasilkan Apple. Ia juga hadir dengan peranti input dengan warna eksklusif Space Gray. Bagi yang berminat iMac Pro akan dijual Disember hadapan pada harga bermula USD 4999 (~RM 21337) untuk model paling asas.
Assassin!
Tiba giliran Deadshot pula untuk menerima sentuhan figura aksi Hot Toys, Figura pada skala 1:6 ini mempunyai wajah yang sejibik seperti Will Smith lengkap dengan topeng serta beberapa aksesori lain.Antara yang disertakan ialah raifail, pistol, magazin peluru dan diorama. Harga masih belum diumumkan tetapi pasti menyebabkan dompet menjadi ringan. I am too poor for this!a
Terbesar
Manusia sejak azali mempunyai kegilaan untuk mengejar status paling tinggi dan paling panjang. Rekod sentiasa bertukar ganti dan setiap kali ia berlaku, teknologi baru diperkenalkan. Stratolaunch ialah pemegang rekod sebagai pesawat dengan sayap paling panjang di dunia. Pesawat tubuh berkembar ini dibina bagi tujuan melancarkan satelit ke angkasa lepas.
Projek Stratolauch adalah buah fikiran Paul Allen, salah seorang pengasas Microsoft. Pesawat ini mempunyai sayap sepanjang 117 meter. Ia memecahkan rekod 70 tahun yang dipegang oleh Hughes H-4 Spruce Goose. Ruang kosong di antara dua tubuh berkembar Stratolauch digunakan untuk membawa roket. Roket ini dilepaskan di udara sebelum meneruskan perjalanan ke angkasa lepas bagi membawa pelbagai jenis kargo.
Pesawat aneh ini diperkasakan oleh enam enjin Pratt & Whitney yang digunakan pada pesawat Boeing 747-400, dilengkapi 28 tayar dan mampu membawa kargo sehingga 230,000 kilogram. Ia masih belum boleh beroperasi sepenuhnya dan dijangka akan memulakan ujian melancarkan roket pada tahun 2019.
Swag Lyfe
Rolls Royce ialah jenama kenderaan yang sinonim dengan pembaziran, hedonisme, liberialisme, kronisme dan "melayu baru mewah berjaya TN50 berkereta jenama negara". Basically all that bullshit that you can never afford. Mereka menghasilkan sebuah kenderaan edisi khas Roll Royce Sweptail dengan rekaan bahagian belakang seperti buritan kapal.
Ia mengambil inspirasi dari kenderaan mewah awal kurun ke-20 dengan kemasan kayu. Hanya sebuah Sweptail dihasilkan dan ia dijual pada harga RM 55 Juta yang akan menyebabkan SPRM pantas menghidu pengubahan wang haram yang anda lakukan.
Move Over Babylon
Taman tergantung Babylon ialah antara tujuh keajaiban dunia purba. Tumbuhan hijau dibina di atas Ziggurat memberikan ilusi terdapat taman tergantung di kota purba tersebut. Ia masih boleh dilihat di Iraq walaupun sudah berusia ribuan tahun. Sekiranya anda tidak mampu ke Iraq kerana ia masih lagi negara yang bergolak kerana kemasukan tentera barat yang menyebabkan keganasan sekretarian. anda boleh ke Seoul Korea Selatan.
Taman hijau tergantung Seoullo 7017 baru sahaja dibuka kepada pejalan kaki. Taman sepanjang 1 kilometer ini dibina di atas bekas sebuah lebuhraya bertingkat yang ditutup pada tahun 2006 atas sebab keselamatan. Pada asalnya lebuhraya ini sepatutnya dirobohkan tetapi penduduk setempat tidak mahu proses meroboh akan menyebabkan kesesakan. Oleh itu firma senibina MRDV mengubahnya menjadi taman hijau tergantung yang boleh digunakan pejalan kaki. Amazing stuff. Ini bukan projek penghijauan pertama Korea Selatan. Sebelum ni jalan raya di Seoul diubah suai menjadi sungai yang jernih. Kita hanya boleh bermimpi projek mesra alam seperti ini akan wujud di Malaysia.
Awesome
Tadika kanak-kanak di Malaysia biasanya terletak di rumah atau lot kedai. Majoritinya dalam keadaan yang sedih seperti neraka. Tetapi apa boleh buat, kalau ingin hantar anak ke tadika mahal poket anda harus tebal seperti muka Donald Trump.
Littel Seashell ialah sebuah tadika yang terletak di Sydney Australia. Tadika moden ini mempunyai rekaan yang cerita dan moden. Terdapat taman permainan yang besar di dalam ruang tadika sebesar 786 meter persegi ini. Cukup luas untuk anak kecil berlari dengan selamat.
Toruk Makto
Filem Avatar yang ditayangkan di pawangan pada tahun 2009 membuka lebaran baru dunia perfileman. Ia mempopularkan semula filem 3D dan sejak dari hari itu kita membayar lebih untuk menonton wayang sambil memakai cermin mata 3D "yang amat cool dan selesa". Filem ini sudah berusia tujuh tahun dan Toruk Makto telah berjaya menghalau manusia dari planet Pandora. Taman tema terbaru Pandora : World of Avatar baru sahaja dibuka di Disney World Resort Florida.
Terdapat gunung terbang dari Hellujah Mountains dan flora & fauna eksotik dari planet Pandora. Selain daripada itu terdapat juga filem 3D yang membenarkan pelaway menaiki haiwan terbang dan perjalanan menyusuri Na'Vi River lengkap dengan rokot animatronik yang creepy bak neraka. Taman tema telah dibuka. Kini tiba masanya untuk kesemua manusia menjadi Toruk Makto.
Amazonian!
Princess Diana of Themyscira ialah nama sebenar Wonder Woman. Filem terkini dari DC ini sedang ditayangkan di bioksop berhampiran dan di rumah-rumah pemboikot rejim Zionis menerusi Kodi Player seluruh dunia. Untuk menyambut penayangan ini, figura aski Wonder Woman edisi latihan khas telah dihasilkan oleh Hot Toys. Wajah figura aksi ini amat realistik dan terdapat aksesori busur, panah, pedang dan perisai. Tiada maklumat mengenai harga jualan setakat ini.
吾が舞へば、麗し女、酔ひにけり
Filem Ghost In The Shell akan hadir tahun ini selepas bertahun dalam pembikinan. Watak The Major akan dilakonkan oleh Scarlett Johansson dan dari trailer yang diperlihatkan filem ini akan menggabungkan elemen dari animasi GITS dan siri TV yang dihasilkan. Figura aksi untuk Major Motoko dan Robot Geisha dihasilkan oleh Weta Workshop. Kedua-dua figura ini boleh dimiliki pada harga $449 (RM 2008) sebuah.
Goodbye Pocket
I don't often put up fashion stuff but when I do it is because they are awesome. Berikut ialah rekaan gaun perkahwinan wanita yang dihasilkan oleh Berta Bridal. Gaun rekaan Berta Balilti ini membawakan perubahan besar kepada rekaan gaun perkahwinan yang agak bosan. Beliua menggabungkan rekaan sensual yang menunjukkan kecantikan pemakai dengan kain renda dengan rekaan floral. The bad news is guys, gaun rekaan beliau kini hot stuff dan good luck buying them. Kalau dapat beli sekalipun expect pocket akan meletup. You have to admit these are really amazing dresses.
Art
Mengumpul poster filem ialah hobi kami sejak di bangku sekolah. Tetapi kadang kala ada poster yang kami rasakan artwork lebih cantik sekiranya tidak "dikotori" teks tajuk filem itu tersendiri. Sebagai contoh ialah poster untuk filem Pulp Fiction. As you can see the base art is awesome in itself. Ini ialah koleksi 10 poster klasik with only the art.
Godzilla
Anda mungkin tidak meminati kereta tetapi kami yakin anda pernah mendengar nama Nissan GT-R dan Nismo. Nisan GT-R mula mendapat tempat di kalangan peminat kenderaan berprestasi tinggi sejak ia masih dikenali sebagai Nissan Skyline. Nissan GT-R atau lebih dikenali sebagai Godzilla ialah kenderaan yang diminati oleh mendiang Paul Walker Oleh sebab itu di dalam siri Fast and Furious watak beliau memandu sebuah GT-R.
Edisi terkini Nissan GT-R Nismo 2017 sahaja dilancarkan. Ia dilengkapi enjin V6 Twin Turbo yang mampu menghasilkan 600 kuasa kuda. Versi Nismo ini diperincikan dengan kit aerodinamik terkini bagi memberikan lebih banyak down force. Pada waktu yang sama sistem suspensi dan penstabil baru memastikan Godzilla masih boleh kekal melekap pada permukaan jalan raya dan bukannya menjadi blood drenched mess wrapped around a tree. Harga jualan Nissan GT-R Nismo 2017 bermula dari $ 176585 (~RM 729000). Yes. Damn taxation!
Kapsul Tak Semestinya Cheapskate
Hotel kapsul boleh dijejak genesisnya dari negara Jepun Indera Anime. Pekerja yang tidak mahu pulang ke rumah boleh tinggal di hotel kapsul untuk berehat sebelum kembali bekerja pada keesokan harinya. Fenomena hotel kapsul kini sudah tiba di Malaysia dan negara-negara lain. Hotel kapsul hanya memberikan kemudahan paling asas. Anda tidur, bangun, berak, fap, kencing dan kemudiannya mandi.
Di Adler Luxury Hostel yang terletak di Chinatown Singapura adalah amat berbeza. Ia sebuah hotel kapsul dengan kemasan mewah. Ia mensasarkan golongan "flashpacker", backpackers yang masih memerlukan keselesaan dan tidak kisah untuk berbelanja lebih. Katil di hotel ini masih lagi di dalam bentuk kapsul tetapi mempunyai lebih banyak fungsi tambahan. Harga penginapan semalam di hotel kapsul mewah ini bermula dari SGD 57 (~RM 173).
Jaws!
Beberapa tahun yang lalu kami ada menulis mengenai panggung wayang hot tub di atas bumbung bangunan di London. Ada boleh chill di dalam hot tub bersama awek sambil menonton Hot Tub Time Machine. Coincidently this movie is amazingly stupid but immensely entertaining. Plus it had nudes in it. Anyway konsep wayang di dalam kolam ini muncul ketika Festival European Fantastic Film. Tayangan khas filem Jaws dilakukan di kolam renang Strasbourg. Jika sudah bosan dengan beanie cinemas, ini the next step untuk gimik wayang. On a side note this will never come to Kelantan in any shape or form due to haram.
Hey
We're back. Well sorta. Kembali semula dengan figura aksi Harley Quinn dari Suicide Squad oleh Hot Toys. As usual figura aksi ini kelihatan realistik dengan skala 1:6. Aksesori yang diberikan ialah pistol, kayu besbol dan barang kemas. Bad news is kepala Harley tidak boleh digantikan dan Margot Robbie akan sentiasa memberikan senyuman creepy apabila figura aksi ini diletakkan di atas meja. Pony up the money puddin'.
Fanatics
Adakah anda fanatik dengan filem Frozen? Mempunyai koleksi barangan dari animasi ini? Jika ya ada sebuah lagi merchandise yang mesti anda miliki. Ia adalah figura Anna, Elsa dan snowy buffoon bersaiz sebenar. Figura Anna berketinggian 165 cm manakala Elsa pula 170 cm. Snowy annoying buffoon pula berketinggian 90 cm. Harga jualan figura buatan Toy Sapiens ini bermula dari Yen 882000 (RM 32624) sebuah.
Kimochi Cha! Kimochi Cha!
Mahukan keunikan? Hoodie Threadless yang anda beli ramai pulak orang pakai sampai anda malu nak pakai lagi. Damn son I know how you feel! Apa kata anda membeli hoodie yang bertemakan baju zirah samurai di bawah. Bukan sahaja bahagian hoodie memang nampak macam helmet samurai, bahagian bahu ada lapisan "armor" dam penutup jari yang bad ass. Untuk menjadi lebih bad ass penutup hidup dengan muka bengis samurai juga disertakan. Ia boleh anda miliki pada harga USD 320 (RM 1304) sebuah. Yeah ......... now I am having second thought about buying it. No money bro
Adik Manees
Gula memaniskan minuman dan makanan. Sekiranya anda menggunakannya dengan berlebihan, anda akan menghadapi risiko menghidap penyakit kencing manis. Kehilangan anggota badan ialah antara perkara kronik yang berlaku apabila kencing manis mencapai tahap paling teruk.
Bagi mengingatkan orang ramai supaya menjaga tahap penggunaan gula mereka, poster Sweet Kills di bawah dihasilkan oleh Nattakong Jaengsem untuk firma pengiklanan Ogilvy & Mathers. Makanan dan minuman manis diubahsuai menjadi luka yang tidak boleh sembuh pada bahagian kaki, lutut dan siku penghidap kencing manis. Sangat mengerikan!
Tahan Lasak
Samsung Galaxy S7 Edge mula dijual di Malaysia Jumaat lalu pada harga RM3099. Kami sudah menggunakan peranti ni lebih daripada seminggu (thanks Samsung Malaysia) dan ianya mempunyai rekaan kaca yang cantik. Masalah utama S7 Edge bagi kami ialah ia amat licin. Sudah dua kali ia hampir terjatuh dari genggaman kami. Oleh itu sebuah kerangka tahan lasak diperlukan bagi memastikan invesment anda ini tidak hancur berderai.
Supcase Unicon Beetle ialah casing yang menarik perhatian kami. Ia tahan lasak dengan penjuru diperbuat daripada getah. Nampak macam anime jepun dan harga jualan agak murah sekitar USD 14 (RM 56). Dah order satu. Hopefully S7 Edge kami tidak retak seperti yang terjadi kepada Xperia Z3 kami yang kini sudah bersara di dalam kotak. Goodbye Sony.
Back To The Past
Mengikut filem Back to The Future II tahun lalu kita sudah mempunyai kereta terbang, papan apung berkuasa roket, pizza mikro yang masak dalam masa 10 saat dan kasut yang mengikat dengan sendiri. Setakat ini hanya satu sahaja menjadi realiti apabila Nike menghasilkan Nike Mag edisi terhad tahun lalu.
Rekaan kasut Nike Mag ini adalah tidak praktikal untuk kegunaan di dunia sebenar dan hanya dihasilkan sebagai membantu mengumpul dana penyakit Parkinson pelakon Michael J Fox. Hari ini Nike melancarkan HyperAdapt 1.0, kasut yang mengikat secara automatik dengan rekaan yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.
Kasut ini mempunyai sensor pada bahagian tumit yang mengesan kaki pemakai. Apabila ia ditekan sistem tali akan mengetat secara automatik. Terdapat dua butang pada kasut untuk melonggarkan atau mengetatkan lagi tali untuk keselesaan pemakai. Seperti Nike Mag, HyperAdapt 1.0 turut mempunyai lampu terbina pada bahagian tumit dan tapak kasut. Kasut ini hanya akan dijual kepada ahli Nike+ pada penghujung tahun ini. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi dijangka jauh lebih murah berbanding Mag yang mencecah $6000 sepasang.