skip to main |
skip to sidebar
Kuala Lumpur - Ahad - Perkarangan Pusat Sains Negara hari ini gempar apabila wajah menyerupai Charles Darwin ditemui pada sebuah permukaan tingkap akuarium berkenaan. Penampakatan wajah Darwin ini mendapat perhatian atheist seluruh dunia kerana ianya dipercayai bukti bahawa ajaran sains Teori Evolusi rekaan Darwin adalah benar.
Wajah Darwin ditemui pagi tadi oleh seorang pelawat. Pelawat yang hanya mahu dikenali sebagai Baharudin berkata;
"Saya dalam perjalanan pulang ke tempat meletak kereta apabila ternampak wajah seakan manusia pada cermin akurium Pusat Sains. Pada awalnya saya ingatkan ianya wajah Admiral General Aladeen dari filem The Dictator kerana janggutnya yang tebal tetapi apabila melihatnya semula dari kaca mata seorang Evolutionist nyata sekali ianya penampakan wajah Charles Darwin"
Para atheist seluruh Malaysia berkumpul beramai-ramai pada cermin tingkap Darwin ini untuk mendapatkan inspirasi. Ada yang berkumpul secara berkumpulan membaca buku On The Origin of Species dan ada juga yang menyanyikan lagu "Evolutions Made Us All".
Wakil Atheist Malaysia saudara Numa Numi apabila ditemuramah wartawan Metroll berkata
"Kami menunggu pengesahan dari Professor Richard Dawkins bagi memastikan penampakan wajah Charles Darwin ini asli. Sementara itu pihak kami sudah menghubungi MOSTI bagi meminta cermin tingkap ini diserahkan kepada pergerakan atheist Malaysia untuk disimpan dan dijadikan objek suci"
Putrajaya -Khamis - Kerajaan hari mengumumkan akan membuka Malaysia iDevice Shop/ Kedai iPeranti Nasional ataupun MiS/KiN bagi memudahkan rakyat kelas pertengahan membeli peranti Apple terkini pada harga yang berpatutan. MiS/KiN ialah salah satu cara kerajaan Barisan Nasional cuba memberikan bantaun kepada rakyat kelas pertengahan yang rata-ratanya tidak berpuas hari dengan belanjawan negara yang dibentangkan tidak lama dahulu. Di MiS/KiN peranti-peranti Apple yang terdiri dari iPod, iPhone, iMac dan iPad akan dijual pada harga yang disubsidi kerajaan. Menurut jurucakap pegawai Media Sosial MiS/KiN, Saudara Shibli Vision Jobs - pembukaan kedai kedai MiS/KiN akan memastikan peranti Apple yang dianggap mewah akan menjadi mampu milik untuk kesemua rakyat jelata. Ketika ditemu ramah oleh wartawan Harian Metroll di majlis pelancaran sebentar tadi, Saudara Shibli Vision dipetik berkata
"Kita sedia maklum tiada yang lebih sempurna dari peranti mudah alih yang direka oleh Steve Jobs. Adalah menyedihkan kerana kekurangan wang, barangan yang sempurna dan terbaik seluruh cakrawala ini tidak mampu dimiliki kebanyakkan rakyat Malaysia. Kita sedia maklum Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Razak menggunakan iPad dan iPhone dalam kegiatan harian. Beliau sedari iDevice adalah penting bagi kemajuan negara and mengukuhkan lagi gagasan 1Malaysia"
Buat masa ini 10 buah kedai MiS/KiN akan dibuka di sekitar Lembah Kelang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Pekan Pahang. Lokasi 10 kedai ini dipilih bedasarkan kepadatan jumlah iFag dan Hipsters di sana mengikut bancian atas talian yang dilakukan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan beberapa bulan yang lalu.
Setiap peranti Apple yang dibeli dari kedai MiS/KiN akan disertakan dengan koleksi foto Perdana Menteri , aplikasi 1Malaysia, E-Book "50 Dalil Pakatan Rakyat Adalah Agen Masonik" dan video "BERSIH Adalah Kotor Disokong oleh Soros". Kesemua aplikasi dan video ekslusif ini terbina dalam dan tidak boleh dimuat turun dari iTunes. Ini membuatkan kesemua peranti iDevice yang dibeli dari MiS/KiN secara automatis menjadi barangan keluaran khas dan beharga bagi rakyat Malaysia yang cintakan negara dan benci campur tangan kuasa luar Zionis.
Sementar itu apabila disoal oleh wartawan kami tentang kemungkinan pembukaan kedai Android 1 Malaysia, Saudra Shibli Vision berkata dengan nada tegas.
"Tidak mungkin. Android tak bagus kerana hanya meniru apa yang dibuat oleh Steve Jobs! 1Malaysia benci plagiat"
Putrajaya - Selasa - Pihak Jabatan Perdana Menteri hari ini menyangkal tuduhan buas nate kuba pihak pembangkang bahawa gambar majlis sambutan Hari Raya yang dianjurkan Dato Seri Najib di Pekan tempohari dimanipulasi secara digital. Pihak Pembangkang yang longkang mempertikaikan laporan media arus perdana bahawa puluhan ribu warga Pekan mengunjungi rumah terbuka DS1M. Pegawai Sebaran Informasi dan Media Sosial Jabatan Perdana Menteri, Encik Khairul Anwar apabila dihubungi pihak Harian Metroll berkata pada hari kejadian, ahli Persatuan Kembar-Kembar 1 Malaysia (PKK1M) di jemput hadir ke Pekan Pahang.
"Apa yang dituduh oleh Pakatan Rakyat adalah tidak berasas langsung dan merupakan pertuduhan kotor seperti BERSIH 3.0 yang dilontar oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan rumah terbuka Dato Seri Najib. Pihak pembangkang menuduh gambar yang diambil ketika majlis di PHOTOSHOP menggunakan clone tool. Mereka tidak tahu pada hari yang sama kami menjemput ahli Persatuan Kembar-Kembar 1Malaysia. Sebab itulah ada gambar individu berpakaian dan muka yang sama pada latar belakang gambar. Ini bukan Photosop tetapi realiti! Sesungguhnya Pakatan benci rayat Malaysia yang diahirkan kembar!"
Gambar yang menjadi bualan ramai dan tersebar dengan meluas di laman Twitter dan Facebook di bawah boleh dilihat di laman sesawang New Strait Times sejak Ahad lalu. Kami di HarianMetroll mendapatkan bantuan kepakaran KRU STUDIOS untuk melakukan analisis gambar dan membuktikan kesasihan gambar ini.
KRU Studios sebelum ini dipertanggungjawabkan oleh Polis Di Raja Malaysia untuk melakukan analisis video seks Anwar Ibrahim yang didapati asli oleh KRU. Wakil KRU Studios yang hanya mahu dikenali sebagai Encik E mengesahkan gambar rumah terbuka Perdana Menteri ialah asli dan tidak mengandungi sebarang elemen manipulasi digital menggunakan Photoshop maupun Microsoft Paint.
"Kami sudah biasa dalam teknik manipulasi gambar secara digital dan pada pendapat kami gambar yang menjadi bualan ini 130% asli. Ianya gambar paling asli pernah kami lihat sejak terciptanya teknologi fotografi."

Gambar dan Laporan asal New Straits Time
Thanks @oolawie for the link

Kuching - Jumaat - Bagi menyambut kejayaan penerjun Pandelela Rinong memenangi pingat gangsa didalam acara terjun 10 meter wanita pagi tadi, restoran terkenal Kuching, Swee Kang bakal memberikan ice kacang percuma kepada warga Kuching. Menurut wakil pemasaran Swee Kang, saudara Fazli Taufek, pihak Swee Kang memberikan ais kacang percuma kepada warga Kuching sebagai tanda meraikan kejayaan anak kelahiran negeri Sarawak ini. Warga Kuching boleh mendapatkan semangkuk ice kacang Swee Kang percuma bermula 2 petang ini sehingga 4 petang. Encik Fazli Taufek apabila ditemu ramah pihak Metroll berkata;
"Hari ya tek lepas Chong Wei menang perak, sidak Baskin Robbins merik free eskrem dengan semua rakyat Malaysia.Kamek orang di Sarawak tok sik dapat eskrem free segal sitok sikda Baskin Robbins.Kamek orang di Swee Kang merik kacang ais free jak pakei nyaman ati dikpun"
Sementara itu warga Malaysia di semenanjung kini butthurt kerana tidak dapat merasakan ice kacang paling terkenal di Kuching ini. Terdapat ura-ura di Terengganu. Keropok Losong Selera Ramai akan memberikan sekaki keropok kepada warga Dungun secara percuma bagi meraikan kejayaan Azizul Hasni Awang memasuki peringkat akhir acara Keirin. Setakat ini kami masih belum mampu mengesahkan khabar angin ini. Sementara itu di negeri-negeri lain selain Terengganu. Pulau Pinang dan Sarawak tiada pengusaha makanan tempatan mahu memberikan makanan percuma kerana menyedari negeri mereka tidak mempunyai atlit bertahap dunia yang boleh mereka banggakan.

Gambar - TheFoodPornographer

Kuala Lumpur - Selasa - Sebagai tanda meraikan kejayaan Dato' Lee Chung Wei memenangai pingat Perak di Sukan Olimpik London 2012, Kementerian Belia Dan Sukan hari ini mengumumkan inisitaif Bantuan Raket 1 Malaysia. Bantuan Raket 1 Malaysia (BR1M) ialah satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional bagi mencari bakal baru sukan badminton bagi meneruskan legasi Punch Gunalan, Foo Kok Keong. Rashid Sidek, Misbun Sidek dan Dato' Lee Chung Wei. Inisiatif ini diumukan kepada pihak media pagi tadi ketika majlis menyambut ketibaan wira negara Dato' Lee Chung Wei dari London di KLIA.
Jurucakap Kementerian Belia Dan Sukan, Encik Badrul Amin bin Ton yang kami temuramah pagi tadi berkata, wang untuk fasa pertama BR1M akan diambil dari wang ganjaran pingat emas ebanyak RM4 juta yang gagal dikutip mana-mana atlet negara di London. Dari membiarkan wang ini jatuh ke tangan kaki songlap lebih baik ianya diberikan kepada rakyat kurang bernasib baik yang meminati sukan badminton. Kupon bantuan BR1M bernilai RM100 boleh digunakan di kesemua toko barangan sukan utama seluruh negara. Ecncil Badrul Amin bin Ton juga menambah
"Pihak kami juga sedang dalam proses mengkaji sama ada mahu juga mengadakan Bantuan Basikal 1 Malaysia (BB1M) serta Bantuan Baju Renang 1 Malaysia (BBR1M). Ini adalah kerana sukan berbasikal dan terjun tiruk dilihat mempunyai peluang cerah untuk mencari atlit terlatih masa hadapan. Seungguhnya kerajaan Barisan Nasional memandang ".
Kupon Bantuan Raket 1 Malaysia akan mula diedarkan di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang, negeri kelahiran Dato' Lee Chong Wei selepas syawal. Encik Badrul Amin bin Ton sempat mencelah
"Raket telah kami bagi...... kini masa membalas budi! Kembalikan Penang kami"


Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengesahkan laman-laman lucah pula akan disekat di Malaysia mulai esok. Sekatan terbaru ini adalah sempena menghormati bulan Ramadan yang mulia. Seperti sekatan sebelum ini, sekatan akan dilakukan berdasarkan alamat IP bagi memastikan pintasan menggunakan DNS tidak boleh dilakukan.
Ketua bahagian potong-memotong ,halang-menghalang dan sensor-menyensor SKMM Dato Paduka Muhammad Ismail Damanhuri berkata, sekatan terhadap laman lucah ini hanya akan kekal sepanjang bulan puasa sahaja. Pihak kami sempat mendapatkan komen dari Dato Paduka Muhammad Ismail ketika program bual-bicara SKMM bersama rakan-rakan saiber di Putrajaya sebentar tadi.
“Pihak kami tahu laman mana yang paling banyak dilayari untuk mencari barang baik. Bedasarkan ranking yang ada kami menyekat hampir 2000 laman sesawang lucah paling popular di Malaysia. Kami juga tahu pengguna internet Malaysia celik IT maka kami sekat alamat IP-nya terus. Anggaplah apa yang dilakukan SKMM ini sebagai petanda untuk kurangkan membuat onar dibulan mulia. Jika sekatan tahun ini mendapat timbal balas positif tahun hadapan program sekatan akan diperkembangkan dengan menghalang laman gossip artis pula yang kandungannya lebih fitnah dari fakta. Sebagai orang Islam, membaca bahan sampah sebegini juga tidak elok di bulan Ramadan”

Sekatan terbaru ini sudah pasti membuatkan pengguna internet di Malaysia berang. Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama panggilan @LubukTupah87 menulis;
“Hak asasi saya sebagai lelaki bernafsu tidak songsang sudah dicabuli sekali lagi. Tidak kasihankan kepada manusia bersendirian selamanya seperti saya?”.
Buat masa ini pihak Anonymous masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada mereka akan sekali lagi menggodam laman sesawang milik kerajaan sebagai tanda protes.
Laporan asal AMANZ.MY TECHTROLL

Kuala Lumpur - Rabu - Pengeluar tablet pertama buatan Malaysia Maltech Pro hari ini mengesahkan permainan bertajuk BERSIH Run adalah antara aplikasi yang akan di pra-muatkan apabila anda membeli 1Malaysia Pad. Menurut Maltech ini bagi memastikan pembeli mendapat value for money yang secukupnya apabila menyokong tablet buatan Malaysia ini. Seperti yang anda sedia maklum 1MPad juga di pra-muat dengan aplikasi 1Malaysia Messenger yang setanding dengan BBM.
Permainan BERSIH Run ialah permainan ala Temple Run yang dibangunkan sepenuhnya oleh Maltech. Anda bermain sebagai seorang polis yang dikejar gerombolan perusuh BERSIH yang merosakkan harta benda awam dan kereta peronda polis. Markah diperolehi dengan mengumpul cebisan gambar mereka yang merusuh dan berapa lama anda dapat melarikan diri sebelum dibelasa oleh anjing-anjing Ambiga serta Anwar Juburi. Wartawan Metroll sempat menemuramah wakil Maltech dan mereka dipetik berkata;
"Permainan ini bertujuan menunjukkan kesukaran yang dihadapi oleh Polis ketika perhimpunan Haram tempohari. Mereka perlu menjalankan tugas mengambil gambar perusuh dan pada waktu yang sama harus menyelamatkan diri dari perusuh yang bertindak seperti monyet-monyet kuning! Kami bekerjasama dengan pihak PDRM dan menemuramah mereka yang terlibat pada hari rusuhan bagi mendapatkan feel yang sehampir mungkin dengan dunia sebenar"
Selain bekerjasama dengan PDRM. pihak Maltech juga bekerjasama dengan pihak Ikan Bakar Sekinchan bagi mempromosikan 1Mpad. Mereka yang bermain BERSIH Run dan mendapat markah tertinggi mingguan bakal memenangi boucher makanan di restoran Ikan Bakar Sekinchan serta hadiah utama iaitu sebuah Lamborghini Murchilago.
1MPad bakal memasuki pasaran tidak lama lagi dengan harga sarana RM999. Ia sesungguhnya sangat value for money.

Johor Bahru - Jumaat - Penyanyi sensasi dan juga bekas pemenang Akademi Fantasi Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama glamernya Mawi hari ini menanyakan rasa kesal beliau tidak dijemput untuk menyanyi di konsert MTV World Stage. Konsert besar-besaran yang bakal berlangsung tanggal 14 Julai akan datang sebaliknya memanggil penyanyi luar seperti Justin Bieber, Kara dan Jay Park. Mizz Nina menjadi wakil tunggal meawakili Malaysia didalam konsert yang bakal disiarkan di saluran MTV. Menurut Mawi adalah sangat tidak adil seorang penyanyi yang terkenal dengan motto "Mawi World" tidak dapat melakukan persembahan di sebuah konsert yang mempunyai perkataan World. Beliau menambah ini tahun ketiga beliau tidak dipanggil selepas konsert tahun lepas memanggil Pop Shuvit untuk mewakili Malaysia. Dalam temuramah ekslusif wartawan Metro bersama Mawi di kediaman beliau di Johor Bahru, Mawi berkata
"Saya bukan nama kecil dan pernah satu ketika makcik jual budu di Kelantan pun menggemari muzik saya. Kenapa dipilih penyanyi urban yang makcik tak kenal seperti Pop Shuvit dan Mizz Nina? Apa yang mereka ada yang saya tak ada. Saya dulu TUDUNG pun ada dinamakan sempena nama saya! Namakan satu barang yang dinamakan sempena Mizz Nina dan Pop Shuvit sekarang! Disamping itu saya lebih berimej Malaysia dari artis-artis lain. Tak adil!"
Sementara itu timbalan presiden persatuan SENIMAN saudari Zed Zaidi bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Mawi.
"Apa yang beliau katakan betul. Dahlah industri filem kita dicemari pendatang macam Mat Harun bin Mat Aziz. Kini kita dahulukan Justin Bieber dan dua penyanyi Kim Chi muka dibedah plastik lebih extreme dari Zahida Rafik. Mana permit pekerjaan pendatang ini semua? Kalau nak tengok budak bawah umur menyanyi panggil sahaja juara Idola Kecil. Mereka juga boleh menyanyi malahan lebih bagus dari Justin Bieber!"
Sementara itu MTV dan Sunway (pemilik tapak konsert kelak) apabila diminta memberikan komen memberitahu kami
"Bukan kami tak mahu jemput beliau, tetapi beliau juga dikenali sebagai TSUMAWI. Kami risau jika beliau diatas pentas seluruh Sunway Lagoon akan dilanda Tsunami beliau. Pihak MTV dan Sunway terpaksa memikirkan keselamatan mereka yang hadir pada konsert ini kelak"


Putrajaya - Sabtu -Selepas komik propaganda yang memaparkan Dato Seri Najib Tun Razak mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia, sebuah lagi komik politik akan diterbitkan. Komik Dato Seri Najib yang disebarkan ke sekolah-sekolah menengah melalui jabatan pelajaran daerah dikatakan menjadi bahan bacaan yang cukup diminati sejak kebelakangan ini. Oleh sebab itu kini tiba giliran Datin Paduka Seri Dr. Hajjah Rosmah Binti Mansor pula bakal diabadikan dalam versi komik. Jika Dato Seri Najib dilukis sebagai Superman, Datin Paduka Rosmah pula bakal diabadikan seperti watak komik Shin Chan didalam komik yang diberi tajuk BIK CERDAS. Ini adalah kerana komik Datin Paduka akan disebarkan ke tadika-tadika KEMAS. Ini diharap dapat memupuk semangat mencintai Ibu 1Malaysia dikalangan rakyat Malaysia sejak dari awal lagi. Pelukis dan penerbit komik Bik Cerdas, Encik Effi Saharudin apabila ditemu ramah wartawan Metroll berkata;
"Saya mengambil watak seakan Shin Chan untuk dijadikan template kerana ianya digemari anak kecil. Selain daripada itu kita tahu Datin Paduka seorang yang cerdas kerana mempunyai beberapa PHD tehormat daripada beberapa universiti bersprestij dunia. Pada hemat saya BIK CERDAS ialah tajuk komik yang sangat sesuai untuk beliau"
Komik Bik Cerdas akan diedarkan dalam masa beberapa minggu lagi bermula di Tadika KEMAS di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana kanak-kanak di negeri ini semuanya sudah termakan dakyah pembangkang yang gemar menghina Datin Paduka Rosmah.

Laporan asal Harian Metroll