Showing posts with label Serius Klasik. Show all posts
Showing posts with label Serius Klasik. Show all posts

Sunday, 2 October 2016

Serius Klasik - Paternoster : Lif Yang Bergerak Tanpa Henti Untuk Mereka Yang Berani Mati (12 Gambar)


Bismillah.

Lif dipercayai sudah wujud sejak 236 Sebelum Masehi dan direka oleh Archimedes. Lif zaman purba ini menggunakan kuasa manusia dan haiwan untuk menggerakkannya. Sejak dari itu pelbagai rekaan lif telah digunakan untuk mengangkut penumpang di dalam bangunan yang tinggi. Rekaan biasa yang dilihat ialah lif dengan satu kabin yang bergerak dan berhenti pada tingkat yang dikehendaki. Paternoster ialah sejenis lif yang bergerak sepanjang masa dan hanya digunakan oleh mereka yang berani mati.

Ia dipatenkan pada tahun 1884 oleh Peter Hart, seorang jurutera di England. Sistem Paternoster membolehkan lebih banyak penumpang naik dan turun dengan kelajuan 0.3 meter sesaat. Masalahnya ialah lif yang tidak berhenti mendedahkan penumpang kepada pelbagai bahaya yang mengundang maut. Oleh sebab itu pemasangan baru lif ini dihentikan sekitar 1970an.

Terdapat beberapa Paternoster yang masih berfungsi di dunia kebanyakannya di Jerman.Menurut Wikipedia terdapat sebuah Paternoster dipasang di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1967. Kami difahamkan ia digantikan dengan lif konvensional sekitar tahun 2007.What a shame we missed the chance to use it

Thanks @Yongkhean for the tip on HKL Peternoster.
 

Sunday, 25 September 2016

Serius Klasik - Poster Propaganda Menggalakkan Penyertaan Wanita Perang Dunia Kedua (12 Gambar)


Fight!

Poster klasik bagi kami mempunyai rekaan yang evergreen. Poster propaganda ketika Perang Dunia Kedua kelihatan cool beans kerana dilukis dengan kanan. Walaupun sudah berusia lebih 70 dekad, kebanyakan poster dari era ini lebih cantik rekaanya dari poster moden yang direka sekarang.

Di bawah ialah koleksi poster propaganda tentera berikat yang menggalakkan penyertaan wanita di dalam tentera ketika Perang Dunia Kedua. Sangat cool and I don't mind having some of them in my man cave.


Wednesday, 1 July 2015

Serius Klasik - 13 Poster Filem Sci-Fi Klasik Yang Kesemuanya Sepesen Dan Seksis


Retro!

Filem Sci-Fi melonjak popular pada dekad 50an. Berpuluh filem Sci Fi dihasilkan dan aneh sekali kebanyakkan poster filem-filem yang kini dianggap lagenda adalah sangat seksis dan default. Mesti ada awek pengsan pada bahagian hadapan. Kinda like how kalau filem melayu muka pelakon mesti kesemuanya di hadapan poster. 



Monday, 22 June 2015

Serius Klasik - 16 Contoh Vending Mesin Yang Aneh Dari Zaman Dahulu


Gila

Ah zaman dahulu. Dunia yang penuh possibilities dan positivities.Then we got nuked by the Chinese and have to hide inside Vaults. Oh wait that is a game. 

Pada zaman dahulu mesin layan diri dianggap sebagi rekaan moden yang bakal merubah kehidupan manusia. No need to interact with lousy servers yang muka masam mencuka ketika memesan makanan. Kesemuanya dijual menggunakan vending machine. 

Nak vending machine menjual rokok yang terus menyala selepas dibeli? Ada! Nak vending machine minyak wangi yang menyembur terus ke tubuh lepas pembelian? Ada! Nak vending machine jual epal sejuk? Damn right they all existed back in the days. Somewhere along the line kita sedari beli dari vending machine is not cool and is not the future. The only place dimana kita masih boleh melihat vending machine yang menjual benda-benda aneh ialah di Jepun seperti yang pernah kami tulis sebelum ini.


Saturday, 18 April 2015

Serius Klasik - Surcouf : Kapal Selam Aneh Perang Dunia Kedua (15 Gambar)


Kapal Selam Dengan Kapal Terbang

Kapal selam digunakan sekarang bagi mengawal perairan negara secara tersembunyi. Ianya juga digunakan untuk tujuan risikan ketika Perang Dingin. Tugas utama kapal selam dicipta ialah menenggelamkan kapal musuh menggunakan torpedo. Ketika Perang Dunia Kedua, kapal selam U-Boat Nazi Jerman hampir menyebabkan Britain kelaparan kerana kapal kargo dari USA yang membawa bekalan ditenggelamkan oleh kapal selam Kriegsmarine.

Ketika Perang Dunia Kedua ada sebuah kapal selam aneh milik Tentera Laut Perancis. Surcouf aneh dan unik kerana mempunyai dua meriam berkembar 8 inci di dalam rudal berputar seperti kapal laut permukaan biasa. Ianya dikategorikan sebagai Underwater Cruiser kerana sistem persenjataannya yang aneh. Kapal selam Jerman hanya dilengkapi meriam 105 mm. Sebuah meriam Surcouf mempunyai peluru selebar 203 mm!

Apabila mula beroperasi pada tahun 1934, Surcouf ialah kapal selam yang terbesar di dunia dengan panjang 110 meter dan 9 meter lebar. Ia mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan sebuah kapal peninjau di bahagian dek belakang. Surcouf hanya dikalahkan dari segi saiz pada tahun 1944 oleh kapal selam kelas Sentoku Empayar Jepun yang berfungsi sebagai kapal selam pengangkut kapal terbang. 

Sungguhpun kelihatan bad ass ,Surcouf musnah dengan cara yang sangat sadis. Ia dipercayai dilanggar kapal kargo milik Amerika Syarikat secara tidak sengaja berhampiran Panama. Lokasi bangkai kapal selam gergasi dan unik ini masih tidak dijumpai sehingga sekarang.



Wednesday, 11 March 2015

Serius Klasik - Flaktürme : Menara Anti Kapal Terbang Gergasi Nazi (13 Gambar)


Achtung

Sepanjang Perang Dunia Kedua pelbagai inovasi senjata dihasilkan oleh Nazi. Jet pejuang, peluru berpandu dan helikopter ialah antara senjata yang asal usulnya boleh dikesan semula kepada industri peperangan Jerman. Flaktürme (menara Flak) ialah menara gergasi anti kapal terbang yang dicipta sendiri oleh Adolf Hitler. Sebanyak 8 buah menara berbentuk kubu ini dibina bagi mempertahankan Berlin, Hamburg dan Vienna dari serangan pesawat pengebom Tentera Berikat.

Menara-menara ini diperbuat daripada konkrit yang diperkukuh dengan besi bagi membuatkannya kalis serangan bom yang terbaik pada waktu tersebut. Dinding dan bumbung Flaktürme mempunyai ketebalan 3.5 meter. Ia dipenuhi dengan senjata anti kapal terbang Flak 30 dan meriam 128 mm yang mampu membedil pesawat musuh dari jarak 14 kilometer. Flaktürme berfungsi sebagai kapal battelship di atas darat kerana dipenuhi senjata berbahaya untuk memusnahkan musuh. Selain menjadi kubu anti kapal terbang menara-menara ini juga direka untuk menjadi tempat berlindung oleh penduduk sekitar apabila bandar mereka di bom. 

Selepas perang tiga dari lapan menara ini dimusnahkan. Ianya bukanlah tugas yang mudah dan selepas itu tiada lagi proses memusnahkan dilakukan kerana terlalu mengambil masa. Menara-menara yang masih wujud kebanyakkan kini menjadi bangunan tinggal. Beberapa menara seperti di Hamburg kini digunakan sebagai sekolah dan juga kelab malam. Di Vienna pula Flaktürme diubah suai menjadi akuarium. 



Tuesday, 17 February 2015

Serius Klasik - Pistol Harmonica Kurun Ke-19 (11 Gambar)


Aneh

Pistol semi automatik sekarang membenarkan anda menembak sehingga 8 peluar sebelum perlu diisikan semula. Tetapi sebelum pistol yang anda lihat sekarang dicipta, terdapat pelbagai cara digunakan bagi membolehkan pistol menembak lebih dari sekali. Pistol Harmonica ialah salah satu sistem yang digunakan dan ia memang kelihatan seperti sebuah harmonica. Peluru diisikan kedalam magazine yang dipasang secara mendatar ke tubuh senjata api. Selepas menembak anda perlu menolak "harmonica" ke dalam untuk melakukan tembakan seterusnya. Rekaan ini mula muncul sekitar 1834 dan dipercayai direka oleh Jonathan Browning. Anak beliau John Browning kemudian berjaya mencipta sistem tembakan semi automatik yang masih digunakan sehingga sekarang.



Thursday, 5 February 2015

Serius Klasik - Telefon Video Klasik Dahulu Kala (16 Gambar)


Retro 

Penggunaan panggilan Skype dan Facetime kini sudah menjadi kebiasaan. Tetapi ianya bermula pada tahun 1950an apabila telefon video pertama kali diperkenalkan. Teknologi ini tidak berapa berjaya sehinggalah wujudnya internet kerana kualiti panggilan dan video yang kurang memuaskan. To be honest kami sendiri masih belum gunakan video call dengan penuh kerana panggilan suara sudah lebih dari memandai. 



Thursday, 29 January 2015

Serius Klasik - Jaket Zirah Kalis Peluru Perang Dunia Pertama (10 Gambar)


Armor!

Jaket kalis peluru kini pakaian standard yang dipakai askar. Plat porselin dan dragonskin adalah dua baju zirah yang digunakan askar elit seperti SAS. Jaket kalis peluru moden mampu memberikan pertahahan dari tembakan raifal tetapi pada waktu yang sama tidak menghalang pergerakan pemakai. Sejarah penggunaan baju zirah oleh askar sudah bermula sejak 1400 sebelum masehi. Baju zirah diperbuat daripada kepingan gangsa. Terdapat juga baju zirah kulit yang mempertahankan tubuh pemakai dari ditetak. Penggunaan baju zirah meningkat ketika zaman pertengahan di Eropah. Kesatria berkuda memakai baju zirah logam yang mampu menahan pukulan pedang dan tembakan anak panah.

Menjelang kurun ke 18 penggunaan baju zirah berkurangan kerana kos yang tinggi, ia menyukarkan pergerakan kerana berat dan tidak praktikal. Tetapi ketika perang dunia pertama ada askar yang memaki baju zirah kalis peluru. Ianya tidak digunakan secara menyeluruh kerana ia menghalang pergerakan tentera. Pada ketika ini mobiliti dan pergerakan pantas adalah lebih penting dari memakai baju zirah. Hanya segelintar unit tentera memakai baju zirah sebegini. Memang nampak rudimentari dan aneh. Kelihatan seperti fantasi Steampunk.



Wednesday, 21 January 2015

Serius Klasik - Pakaian Pramugari Yang Klasik (15 Gambar)


Klasik

Ramai mengatakan uniform pramugari sekarang terlalu seksi sehingga tuhan turunkan bala dengan menyebabkan kapal terbang terhempas. Well to be honest uniform pramugari sekarang kurang seksi dan lebih profesional jika dibandingkan dengan era 70an yang groovy!



Sunday, 28 December 2014

Serius Klasik - Citroen U55 Cityrama Currus : Bas Pelancong Futuristik Paris (12 Gambar)


Retro

London ada bas Double Decker yang menjadi pengangkutan pilihan pelancong untuk melihat kota ternama ini. Di Malaysia juga kita menggunakan konsep yang sama. Di Paris pada dekad 50an mereka mempunyai bas "futuristik" Citroen U55 Cityrama Currus. Bas ini direka untuk kelihatan seperti kapal angkasa dengan dinding kaca bagi memudahkan pelancong melihat Paris ketika menaikinya. Ianya direka khas untuk bandar Paris bagi menarik pelancong untuk melawat ibu negara Perancis selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Pada asalnya Citroen U55 ini ialah sebuah lori yang diubahsuai menjadi bas. Perkhidmatan Cityrama masih lagi wujud di Paris tetapi kini menggunakan bas moden dengan rekaan lebih konvensional. Tetapi kami rasakan bas as Citroen U55 ini nampak lebih cool beans. 



Monday, 22 December 2014

Serius Klasik - Martin P6M SeaMaster : Pesawat Pengebom Dua Alam (19 Gambar)


Amfibia!

Pada dekad 50an Amerika Syarikat adalah kuasa besar senjata nuklear dunia. Bagi memastikan negara mereka dapat memusnahkan musuh dalam apa juga keadaan, projek armada pesawat pengebom amfibia dibangunkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Pada tahun 1955 pesawat jet Martin P6M SeaMaster dihasilkan dan ia mampu terbang dan mendarat di atas permukaan laut. Kemampuan ini diperlukan sekiranya kesemua tapak pelancaran misil nuklear di atas darat dan lapangan udara tentera Amerika Syarikat berjaya dimusnahkan oleh tentera Soviet. Sebanyak 24 prototaip dihasilkan setiap satunya diperkasakan oleh empat buah enjin jet dengan tujahan 17500 pound setiap satu. Selain membawa senjata nukler, SeaMaster turut boleh digunakan untuk menabur periuk api dari udara. Pesawat dua alam ini mampu memecut sehingga 1000 kilometer sejam dalam beberapa sesi ujian. Bagi menampung operasi ketenteraan, terdapat perancangan membina kapal induk yang boleh membaiki dan mengisi minyak SeaMaster di atas permukaan laut. 

Projek ini dibatalkan pada tahun 1959 kerana tiada lagi keperluan strategik untuk pesawat pengebom jet dua alam. Pada waktu ini teknologi pelancaran misil balistik dari kapal selam sudah matang. Penggunaan kapal selam sebagai platform melancarkan serangan nuklear didapati lebih strategik. Ini ditambah lagi dengan kapal pengangkut pesawat bertenaga nuklear yang boleh diletakkan di dalam perairan Soviet boleh melancarkan bom nuklear menggunakan pesawat yang sedia ada. Kesemua prototaip SeaMaster dimusnahkan dan berakhirlah zaman pesawat dua alam dengan kuasa jet untuk tujuan ketenteraan. 




Wednesday, 17 December 2014

Serius Klasik - Poster Ancaman Penyakit Kelamin Perang Dunia Kedua (13 Gambar)


Klasik

Ketika perang dunia kedua selain bahaya kematian ditembak musuh, bahaya menerima penyakit kelamin adalah masalah yang melanda askar berikat. Askar yang kebanyakkan remaja tidak mahu mati sebagai anak teruna dan melanggan pelacur bagi melampiaskan nafsu. Poster-poster di bawah direka bagi mengingatkan anggota tentera supaya jangan melanggan kupu-kupu malam jika tidak mahu menanggung sengsara penyakit kelamin seumur hidup. Nice posters for an ugly subject.



Wednesday, 3 December 2014

Serius Klasik - Gambar Buruh Kanak-Kanak Pada Awal Kurun Ke 20 Di Amerika (17 Gambar)


Sadis

Bruuh kanak-kanak kini tidak lagi boleh diterima masyarakat. Kanak-kanak perlu pergi ke sekolah bagi memastikan masa depan mereka cerah dan mempunyai peluang untuk keluar dari kemiskinan. Di Amerika Syarikat penggunaan buruh kanak-kanak dibenarkan sehingga 1938. Usaha mengharamkan penggunaan buruh kanak-kanak sudah bermula sejak 1900. Pada waktu tersebut hampir 2 Juta kanak-kanak diantara umur 5-10 tahun dipercayai dikerah untuk bekerja di sektor perlombongan dan perkilangan. Gambar-gambar di bawah diambil oleh Lewis Hein untuk digunakan sebagai bukti kekejaman yang berlaku terhadap buruh kanak-kanak. Kanak-kanak digunakan kerana mereka lebih murah dan dipaksa membantu keluarga. Di dalam lombong mereka lebih pantas bergerak kerana tidak terlalu tinggi. Di kilang tekstil pula mereka boleh merangkak ke dalam mesin untuk membersih datau membaiki mesin yang rosak. Ramai yang meninggal dunia dan cacat seumur hidup akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Usaha Lewis Hein dan National Child Labor Committee memastikan kanak-kanak Amerika Syarikat sekarang hampir 100% bebas dari menjadi abdi.

Sementara itu di Malaysia semua orang tahu ada kanak-kanak dipaksa mengumpuk "derma" untuk madrasah dan sekolah tahfiz. Jual kalender dan ubat sapu. Dari pagi ke malam mereka menjual produk dari meja ke meja. Satu Malaysia tahu. Menteripun tahu. Wartawan akhbar juga tahu tapi kenapa mereka masih diperhambakan? Ini ialah sesuatu yang memalukan negara. Ini membuktikan dari segi hak kanak-kanak, kita masih setanding Amerika Syarikat sekitar 1900. Menyedihkan!



Tuesday, 2 December 2014

Serius Kreatif - Jika Jersi Bolasepak Pasukan Popular Kembali Ke Rekaan Retro (14 Gambar)


Oldskool

Jersi pasukan bolasepak sekarang banyak yang sudah berubah dari rekaan ketika awal kemunculan mereka. Kini setiap jersi mempunyai logo penaja yang mersokkan rekaan jersi. Ini dapat dilihat pada jersi Man U dan logo Chevy yang semak.Emilio Sansolini ialah seorang pereka grafik yang berasal dari Gibraltar. Beliau menghasilkan rekaan konsep jersi retro pasukan bolasepak terkenal di bawah. Jersi Barcelona dan Arsenal nampak stylo abis!



Friday, 21 November 2014

Serius Klasik - Dynasphere : Kenderaan Satu Roada Yang Gagal (11 Gambar)


1Kereta


Dynasphere ialah kenderaan aneh satu roda yang dicipta oleh John Archibald Purves pada tahun 1930. Beliau berasal dari Somerset England. Kenderaan ini dihasilkan beliau dengan visi sebagai "kenderaan pantas masa hadapan".  Ia mampu memecut sehingga 48 kilometer sejam. Yeah "pantas" betul.Terdapat dua prototaip dihasilkan oleh beliau. Ia diperkasakan oleh enjin petrol 6 kuasa kuda.  Dalam versi awal, arah kenderaan dikawal dengan pemandu membengkokkan badan ke sisi. Hendak ke kanan bengkokkan badan ke kanan dan vice versi. Di dalam versi kedua sistem stereng disertakan tetapi mengawal kenderaan ini masih lagi sukar. Masalah kesukaran mengawal dan sukar untuk dihentikan ialah dua sebab mengapa kini Dynasphere tidak lagi wujud. Yang wujud hanyalah kartun Spiral Zone!



Wednesday, 19 November 2014

Serius Klasik - Iklan-Iklan Klasik Ketika Malaya Masih Belum Merdeka (11 Gambar)


Wow!

Amazingly design rekaan iklan-iklan oldskool ini lebih kemas dan cantik. Tak macam iklan barang kuatkan kotel dan produk kecantikan meleis yang berlambak di pasaran. 



Thursday, 13 November 2014

Serius Klasik - Kecanggihan Komputer Dekad 40-60an (15 Gambar)


Cool

Telefon Pintar di tangan anda sekarang adalah a culmimation of decades worth of improvement using minitirisation. Telefon pintar anda juga adalah jauh lebih berkuasa dari kebanyakan komputer lama yang anda lihat di bawah. Jam pintar yang dipakai pada pergelangan sekarang sebagai contoh mempunyai kuasa pemporses, storan dan RAM yang lebih besar dari komputer pertama kami di pertengahan 90an. Life is good. All hail the great capacitors. 



Tuesday, 28 October 2014

Serius Klasik - Nord 500 : Tiltrotor Filem Avatar Versi Sebenar (9 Gambar)


1967

Bell V 22 Osprey kini digunakan Marin Amerika Syarikat dengan jayanya. Ketika operasi ketenteraan bersama dengan TUDM baru-baru ini sebuah Osprey digunakan and damn was it nice. Tetapi sebelum teknologi ini digunakan dengan jayanya hari ini beberapa pesawat eksperimental dihasilkan bagi membuktikan teknologi ini boleh digunakan secara komersial. 

Nord 500 dari Perancis ialah salah sebuah pesawat aneh yang dihasilkan bagi menguji teknologi ini. Dua prototaip dibina pada tahun 1967 dan ianya diperkasakan denga 2 buah enjin. Enjin-enjin ini memutarkan dua buah kipas berdiameter 1.5 meter. Selepas beberapa ujian dilakukan program dihentikan pada tahun 1971. Tiada alasan diberikan tetapi yang pasti pesawat ini sangat menyerupai helikolpter/kapak terbang Aerospatiale SA 2 Samson dari filem Avatar. Interestingly syarikat Nord ini tidak lagi wujud dan dibeli oleh Aerospatiale di dunia sebenar. Jadi kami yakin James Cameron mendapat inspirasi untuk pesawat selepas melihat Nord 500. 



Thursday, 9 October 2014

Serius Klasik - Dardanelles Gun : Meriam Turki Yang Digunakan Selama 340 Tahun (11 Gambar)


Fire For Effect

Dardanelles Gun ialah meriam gergasi yang dibina oleh Munir Ali pada tahun 1464. Meriam gangsa ini mampu menembak peluru batu sebesar 61 sentimeter dan ianya digunakan untuk mempertahankan Istanbul dari serangan musuh. Meriam berkaliber besar ini pada asalnya dicipta untuk menusnahkan kubu. Menurut sejarah pada tahun  1453, meriam seperti Dardanelles digunakan oleh tentera Sultan Mehmet II untuk menakluk Constantinople. Pada waktu itu kubu yang mengelelingi Constatinople tidak pernah berjaya diceroboh oleh musuh selama 1000 tahun. Sultan Mehmet II menggaji Orban, seorang pereka senjata berbangsa Hungary untuk menghasilkan meriam gergasi. Yang menarik mengenai Orban ialah beliau pada asalnya menawarkan kepakaran beliau kepada pihak Byzantine tetapi mereka tidak mampu membayar gaji beliau dan tidak mempunyai teknologi yang cukup untuk menghasilkan meriam yang dicipta Orban. Orban meninggal dunia pada tahun 1453 apabila salah sebuah dari meriam ciptaan beliau meletup ketika serangan dilakukan ke atas Constantinople. Selepas Constantinople ditakluk dan namanya diubah menjadi Istanbul, meriam rekaan Orban terus dihasilkan. 

Pada tahun 1807, Britain menghantar kapal perang untuk menyerang Turki. Meriam Dardanelles ini digunakan bagi membedil armada tentera laut Britain mengakibatkan mereka terpaksa berundur. Senjata dan teknologi berusia lebih 340 tahun masih mampu menghalang musuh dari menyerang. Pada tahun 1866, Dardanelles Gun dihadiahkan oleh Sultan Abulaziz kepada Ratu Victoria dan ianya kini dipamerkan di Fort Nelson Hampshire. 




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails