Showing posts with label Serius Peniru. Show all posts
Showing posts with label Serius Peniru. Show all posts

Tuesday, 11 November 2014

Serius Peniru - Shenyang J-31 Falcon Hawk : Pesawat Meniru F-35 Amerika Syarikat (17 Gambar)


Copypasta

F-35 Lightning II ialah pesawat tempur kalis radar Amerika Syarikat. Pesawat pejuang generasi ke-lima kini mengalami masalah overbudget dan tidak mampu memenuhi keperluan seperti yang dijanjikan. Beberapa negara seperti Itali mengurangkan pesanan pesawat ini kerana ianya lambat disiapkan kerana beberapa masalah yang kronik. Sungguhpun mempunyai masalah ini tidak menghalang China Darul Copypaste dari meniru rekaan pesawat ini menjadi Shenyang J-31 Falcon Hawk. J-31 mula dilihat menjalani ujian penerbangan pada tahun 2012. Awal minggu lalu ia secara rasmi diperlihatkan kepada umum pada Pameran Udara Zhuhai. Sekilas pandang pesawat ini nampak serupa dengan perbezaan J-31 menggunakan dua buah enjin berbanding hanya satu pada F-35. J-31 juga tidak mempunyai kemampuan terbang secara menegak seperti F-35. China bercadang mengeksport J-31 Falcon Hawk kepada negara yang tidak mampu membeli F-35 kerana harganya yang sangat mahal. Singapura ialah antara negara yang akan menggunakan F-35. Malaysia juga ditawarkan pembelian pesawat ini tahun lalu tetapi rasanya Malaysia tidak bodoh dan membeli pesawat "indah kabar dari rupa" Amerika Syarikat tersebut.



Friday, 29 August 2014

Serius Peniru - Adakah Iklan Merdeka Petronas 2014 Meniru Iklan Kemerdekaan Indonesia?


Oh noes!

Konsep dan ending sama. Oh noes......... in b4 Maling.

Thanks @TheJebs



Monday, 14 July 2014

Monday, 16 June 2014

Serius Peniru - Teknik - Teknik Menipu Ketika Peperiksaan Di China (12 Gambar)


Kencing!

Di Malaysia kita ada teknik bawak toyol dalam dewan peperiksaan. Ada juga teknik sorok formula belakang tandas. Pendek kata dalam bab mengelat ketika peperiksaan kita semua ada teknik tersendiri. Kami tak pernah mengelat dalam exam coz we are so damn stupid and no amount of toyol can help our sorry ass. Anyway di China teknik mengelat ketika peperiksaan memasuki universiti adalah agak canggih. Ada telefon disorok dalam baju. Ada mikrofon yang diletak dalam telinga dan radio disorok di dalam pemadam. Ini mengingatkan kami kepada teknik menipu ketika exam Stephen Chow di dalam Fight Back To School. LEGEND!



Monday, 24 February 2014

Serius Peniru - Jenama Makanan Ringan Peniru Terbaru Di Malaysia (3 Gambar)


FAIL!

What the what? Dulu jenama produk elektronik dan pakaian yang meniru jenama ternama. Kini sudah ada 2 lagi jajan dengan nama peniru. Well this is not surprising kerana sebenarnya coklat Ding Dang yang kita makan masa kecik-kecik dahulu logonya ciplak Doraemon!

Thanks Encik Darkzy


Tuesday, 8 October 2013

Serius Peniru - Lagu Popular Kini Yang Sebenarnya Diciplak


LEWL

Kenapa paling obvious Best Song In The World 1D tiru Baba O'Reilly The Who takde...


Monday, 2 September 2013

Serius Peniru - Pusat Membeli Belah Jenama Ciplak Di China (8 Gambar)


Achievement Unlock

Di Shenyang China terdapat sebuah pusat membeli belah yang mempunyai "kedai-kedai" berjenama ciplak. Kedai barangan berjenama terkemuka dunia edisi ciplak seperti Chanel, Starbocks dan Herwes dibuka Wanda Square. Menurut tuan punya pusat membeli belah ini, apa yang mereka lakukan tidak salah disisi undang-undang kerana tiada barangan ciplak dijual di premis mereka. Apa yang mereka lakukan hanya mencipta "jenama baru" untuk memberikan ilusi pusat membeli belah mereka mempunyai kedai barangan mewah. #SeemsLegit ! 



Friday, 30 August 2013

Tuesday, 13 August 2013

Serius Peniru - Tianducheng : Bandaraya Paris Tiruan Di China (14 Gambar)


Fake

Tianducheng ialah sebuah bandar baru yang dibina di Hangzhou China. Ia merupakan bandar copy paste Paris yang mampu memuatkan 10 000 penghuni. Selepas siap dibina hanya 2000 orang berpindah ke bandar ekslusif ini. Sungguhpun mempunyai replika Menara Eiffel setinggi 108 meter, Tianducheng tidak semeriah Paris sebenar. Bekalan elektrik kerap terputus dan langit sentiasa diselubungi jerebu. Kualiti binaan bandar ini juga teruk dan anda boleh lihat sungguhpun ianya sebuah bandar baru, sudah nampak kerosakan pada luaran bangunan. Peniruan yang gagal!



Friday, 3 May 2013

Serius Peniru - Poster Filem China Meniru Poster Filem Negara Lain (23 Gambar)


Ciplaks!

Semalam kami paparkan poster filem asal vs poster filem yang dibuat semula di Hollywood. Hari ini mari lihat poster filem China yang meniru hampir verbatim poster filem dari negara lain. Memang tahap naga peniruan mereka ini!


Monday, 18 March 2013

Sunday, 20 January 2013

Serius Peniru - Barangan Ciplak Dengan Jenama Peniru (12 Gambar)


LMAO

Barangan ciplak sudah menjadi lumrah sekarang. Mari lihat produk produk ciplak dengan jenama peniru yang lulzy



Wednesday, 19 December 2012

Serius Peniru - Adakah Logo Darul Takzim FC Logo Ciplak? (5 Gambar)


Benarkah

Dari akaun twitter @BolasepakMY  kami diberitahu logo pasukan bolaspeak Darul Takzim FC dikatakan meniru logo Richmond FC. Richmond FC ialah sebuah pasukan bolasepak undang-undang Australia  yang ditubuhkan pada tahun 1885. Logo Richmond FC di bawah mula digunakan tahun. Jadi siapa tiru siapa?

Apabila pergi ke forum Bigfooty AFL pula, ada pula yang menuduh logo Richmond FC ditiru dari logo minuman keras Tiger Beer. Maka siapa tiru siapa? Tiruception?


Wednesday, 5 December 2012

Serius Peniru - Rancangan Prank Hantu Brazil Tiru Just For Laugh?


KANTOL!

Anda ingat rancangan prank Brazil yang melakukan prank hantu budak kecik dalam lift tempohari? Nampaknya mereka ini rancangan yang suka meniru. Lihat prank Zombie dalam lift mereka di bawah. Peniru habes!


TIRUAN




ASAL




Sunday, 25 November 2012

Serius Peniru - Imacdow 8 : PC Windows 8 Berupa Imac (10 Gambar)


China win!

China memang power dalam menghasilkan produk tiruan. Sejak dua menjak ini mereka mampu menghasilkan produk hibrid.  Tahun lalu ada kami paparkan Goophone, sebuah peranti Android yang mempunyai rupabentuk fizikal sebuah iPhone 4. Hari ini mari kita lihat Lavi S21i , sebuah ImacDows 8 dari China. Ia kelihatan seperti sebuah iMac tetapi menggunakan sistem operasi Windows 8. Lavi S21i mempunyai skrin 21 inci beresolusi HD Penuh, 4GB RAM, HDD 500 GB, SSD 128 GB dan polihan pemproses i3 ataupun i5. Berbeza dengan iMac sebenar, Lavi S21i adalah sedikit tebal Secara ikhlas ianya masih nampak quite ok. Kalau nak jadikan komputer melayar web ok je kot. 


Monday, 22 October 2012

Serius Peniru - Apabila Syampu Pantene Menjadi Mangsa Ciplak


HAHAHAHAHA

Hahaha nama syampu rambut Pantene edisi ciplaktak boleh blah wei. Kah kah kah!

Thanks @AFareez89 for the LULZ

Sunday, 8 July 2012

Serius Peniru - Bila Tower Bridge London Diciplak (10 Gambar)


China awesome!

Di China terdapat banyak monumen negara barat di bina semula mengikut sesedap chopstick. Kali ini Tower Bridge London dibina semula di Suzhou City. Versi China lebih bad ass kerana ia mempunyai 4 menara, bukannya 2 seperti versi asal. Diatas menaranya pula dibina sebuah kedai kopi. Clearly the Chinese version is the upgraded edition. Macam beli phone NCKIA dari China. Lebih awesome dari Nokia sebenar kerana ada 2 sim slot, TV dan aerial. Nokia asal mampu?

Tuesday, 3 July 2012

Serius Peniru - Asal Usul Lagu Welcome to Malaysia Rosalinda Ditemui


Fuuuuuuuuuu

Ini lagu asal Welcome to Thailand nyanyian Pamela Bowden. Rosalinda kemudian menyadur lagi ini menjadi Welcome To Malaysia dan menyebabkan orang facepalm tahap naga. Rosalinda maling lagu Thailand!



Versi Rosalinda pula



Saturday, 10 March 2012

Serius Peniru - Pelajar China Plagiat Pakaian Dalam Victoria Secrets (12 Gambar)


China Darul Plagiat!

Lol...... China.......... Pakaian dalam Victoria's Secret pun kena ciplak.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails