Showing posts with label Serius Iklan. Show all posts
Showing posts with label Serius Iklan. Show all posts

Thursday, 31 March 2016

Serius - Menangi Hadiah Bernilai RM300 000 Dengan Kad Kredit-i & Debit-i Bank Rakyat


Serius Iklan

Dunia kini semakin menjauhi pembelian tunai. Jualan di atas talian dilakukan dengan e-perbankan, kad kredit dan juga PayPal. Ini adalah kerana ianya lebih selamat dan tidak memerlukan anda membawa wang tunai yang banyak ketika keluar dari rumah. Secara peribadi kami sudah lama tidak membawa wang tunai di dalam wallet kerana

a) Paranoid dengan keselamatan kerana terdapat banyak kes ragut dan rompak.
b) Kurang selesa dengan wallet yang tebal sehingga kelihatan seperti burger bakar Abang Bob dengan 3 lapisan daging. 
c) Bila wallet nampak nipis waifu tidak akan meminta wang banyak sangat. This is what we call subterfuge in dalam perkahwinan boys!

Terdapat pilihan lain sekiranya anda tidak mahu membawa wang tunai di dalam wallet. Dua pilihan paling popular ialah Kad Kredit dan Kad Debit.  Kad Kredit membolehkan anda membayar pembelian secara beransur-ansur. Kad Debit pula menolak wang dari akaun simpanan secara terus. The convenience of cash without having to carry them in your wallets. 

Terdapat banyak pilihan kad kredit dan kad debit yang tersedia di pasaran. Salah satu bank yang menyediakan kemudahan kad kredit dan kad debit untuk akaun bank adalah Bank Rakyat. 

Dalam mendidik dan menggalakkan orang awam menggunakan transaksi melalui kad, kini mereka mempunyai peraduan di mana pemilik akaun Bank Rakyat yang merupakan pemegang kad Kredit-i atau kad Debit-i boleh memenangi hadiah bergantung kepada transaksi yang dilakukan.




Bagi pemegang kad sedia ada, setiap pembelian RM 200 pada satu resit akan memberikan mereka 1 penyertaan, manakala perbelanjaan terkumpul sebanyak RM 1,000 akan memberikan 10 penyertaan.

Bagi mereka yang tidak memiliki akaun Bank Rakyat, anda hanya perlu memohon dan dengan kelulusan tersebut, anda akan mendapat 5 penyertaan. Sekiranya anda aktif berbelanja dengan kadar minimum RM 200 pada satu resit, sebanyak 10 penyertaan akan diberikan. 

Kenapa anda perlu peduli dengan tawaran penyertaan yang banyak dengan setiap pembelian menggunakan Bank Rakyat Kredit-i atau Debit-i ? Check this out. 

  • Hadiah utama seperti kereta dari jenama Renault, Volkswagen, Citroen, 
  • Hadiah pertama yang boleh dipilih dari motosikal berjenama seperti Vespa, KTM, atau Kawasaki. 
  • Hadiah kedua pula terdiri dari pakej percutian dan hadiah saguhati pula mengikut bulanan atau mingguan, dan memberikan pemenang pulangan tunai.

Peraduan yang menggalakkan pengguna menggunakan kad Kredit-i & Debit-i Bank Rakyat ini akan tamat pada 31 Mac 2016

Friday, 29 November 2013

Serius Iklan - Apakah Pusat Transformasi Komuniti Universiti : Mendekatkan Pelajar Dan Komuniti


Penhubung Universiti Dan Komuniti Setempat

Semasa kami belajar di sebuah kolej atas lautan beberapa dekad yang lalu kami sedari kolej kami bekerjasama dengan komuniti sekitar kolej secara aktif. Kolam renang tertutup, Great Hall, padang hoki, padang kriket dan gereja dikongsi dengan penduduk setempat terutamanya dengan sekolah-sekoalah yang sedia ada. Kami sering tertanya-tanya kenapa di Malaysia perkara sebegini tak ada? Kenapa semacam ada dinding pemisih ala-ala Berlin diantara fasiliti kolej dan penduduk setempat? 



Kini kami ketahui sejak November 2012 sebanyak 6 Institut Pengajian Tinggi Awam kini juga berfungsi sebagai sebuah UCTC (University Community Transformation Centre)  ataupun Pusat Transformasi Komuniti Universiti .Enam IPTA tersebut ialah Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaya. UCTC memberikan akses kepada penduduk setempat untuk menggunakan fasiliti-fasiliti universiti untuk kegunaan seperti

  • Fasiliti bukan kemudahan sukan seperti penginapan
  • Fasiliti sukan
  • Kursus jangka pendek
  • Program Latihan Perniagaan
  • Program Sukarelawan
  • Latihan Industri
  • Kursus Pengajian Umum
  • Program Pemindahan Ilmu
  • dan banyak lagi

Sejak November 2012 juga sebanyak 633 program yang melibatkan komuniti dan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar kolej sudah diadakan. Ini semestinya berjaya merapatkan hubungan antara kolej dan penduduk setempat disamping mewujudkan golongan pelajar yang lebih well rounded. Tidaklah terperuk di dalam bilik sepanjang masa dan tidak mempunyai people skills! Good stuff.

Dalam mempromosi aktiviti sebegini untuk tahun hadapan, Sabtu  ini akan berlangsung pelancaran program UCTC peringkat kebangsaan. Harapannya program yang banyak membawa manfaat kepada komuniti dan pelajar ini akan lebih diketahui umum. Sekiranya anda mahu melihat sendiri apakah program yang akan diadakan pada masa hadapan dan lokasinya silalah ke; 

Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tarikh: Sabtu 30 November 2013
Masa : 8.30 pagi ke 5 petang.


Untuk mengikuti maklumat lanjut, anda juga boleh mengikuti kemaskini mereka di laman rasmi UCTC, dan juga laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Halaman Rasmi UCTC

Halaman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia



Wednesday, 20 November 2013

Serius Iklan - Gambar Sekitar Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat 2013 (16 Gambar)


Mari!

Hujung minggu yang lalu  Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Malaysia diadakan di  Shah Alam Convention Centre. Kami melawat tapak karnival ini Ahad lalu dan di bawah ialah antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan. Pada hari tersebut kami sempat menemui Chef Zubir dan Shahri Fuyoo Magic. Karnival dua hari ini mendapat sambutan hangat dari dan para hadirin nampak terhibur dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sungguhpun karnival sudah berakhir ingin kami ingatkan kepada pembaca sekalian bahawa program-program yang ditawarkan sepanjang karnival My Lifelong Learning masih lagi berjalan. Jika anda mahu soft skills seperti pertukangan, memasak, pembaikian komputer, asas AUTOCAD ataupun kerja pendawaian elektrik kursus-kurus ini ditawarkan pada harga yang sangat rendah di kolej-kolej komuniti seluruh negara. Ini secara tidak langsung membenarkan mereka yang mungkin tidak mempunyai academic credential yang tinggi atau tidak mampu meneruskan pelajaran untuk mempelajari skill set yang mampu mengubah hidup mereka

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan serta lokasi kolej komuniti yang menawarkannya sila layari pautan laman-laman sesawang di bawah. Masih belum terlambat untuk menambah ilmu di dada kerana pembelajaran itu sepanjang hayat!




Advertorial daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.



Wednesday, 13 November 2013

Serius Iklan - Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat #MY3L Hujung Minggu Ini


Marilah belajar


lmu adalah salah satu perkara yang tidak kunjung putus. Ada sahaja ilmu baru yang tersedia untuk dipelajari setiap hari. Menyedari hakikat tersebut, Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang mula diadakan pada tahun 2012 dibawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi, kini memasuki tahun kedua dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan diadakan pada hujung minggu ini, 16-17 November 2013 di Shah Alam Convention Centre.




Buat mereka yang tidak mengetahui akan program Pembelajaran Sepanjang Hayat, terdapat banyak subjek ditawarkan di kolej-kolej komuniti berhampiran. Menariknya kos untuk mempelajari sesuatu perkara di kolej-kolej komuniti ini adalah rendah. Malahan, untuk belajar sesuatu perkara seperti Adobe Photoshop hanya perlu membayar serendah RM5.

Acara ini selain dari mempromosi kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat, ia turut menampilkan lebih ramai artis dan selebriti terkenal tanah air. Pelbagai kaunter informasi serta aktiviti interaktif diadakan pada cara yang berlangsung selama dua hari.

Antara personaliti yang akan tampil dan mengadakan kelas adalah:

Chef Zubir Masterchef - Demo Masakan
Dato' Fazley - Demo Masakan dan Persembahan Nyanyian
Dato' Maznah - Aktiviti Bersama Ikon
Shahri Fuyoo Magic - Persembahan Silap Mata
Fizo Omar - Program Kursus Pendek
Datin Norjuma - Program Penggayaan Tudung
Saiful Nang - Bicara Foto bersama Saiful Nang

Temui mereka serta hadirkan diri anda ke acara ini pada

Lokasi : Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam
Tarikh : 16 – 17 November 2012
Masa : Sabtu: 9 pagi ke 10 malam. Ahad: 9 pagi ke 6 petang

Untuk mengikuti maklumat lanjut, anda boleh mengikuti kemaskini mereka di Facebook rasmi Learning Never Stops, dan juga laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.




Advertorial daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Monday, 15 July 2013

Serius Iklan - NILE.COM.MY : Membeli Belah Dari Rumah Mudah!


Mudah Dan Pantas
 


Ramadan tiba lagi dan kami tak tahu anda macamana tapi kami agak keberatan untuk keluar dari rumah ketika berpuasa. Tambah sadis apabila kami menjenguk keluar tingkap hari ini nampaknya jerebu sudah kembali memenuhi ruang udara Kuala Lumpur. Pasti ada cara yang lebih mudah, tidak memenatkan dan paling penting sekali selamat untuk kami membeli belah dari rumah. Better yet boleh membeli belah tanpa perlu kami meninggalkan office dan mengemaskinikan Blogserius. Hey this is a full time job dan kalau anda perasan Blogserius dikemaskini 6 hari seminggu. Kami tada ada kehidupan di luar Blogserius. Oh dear!




Nile.com.my ialah sebuah portal membeli belah atas talian terkini di Malaysia dan dari pengalaman kami portal membeli belah ini sangat convenient untuk mereka yang malas keluar rumah seperti kami. Cari barang yang anda mahukan. Klik mana yang menarik hati dan kemudian check out. Penghantaran dilakukan dalam masa 24 jam untuk kawasan sekitara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Bayaran pula dibuat selepas barang yang dipesan diterima. I can really dig this.

Benda pertama kami beli ialah beberapa baju untuk waifu kerana jika waifu tidak gembira husband tidak akan gembira. Ini ialah fakta kehidupan. Kami mendapati seleksi baju yang ada di Nile adalah menarik dan paling penting sekali harganya berpatutan. We end up buying 3 dresses. Yang paling lawa ialah baju knitwear ini. Harga hanya RM19.80. Cool right?




Lepas dah beli barang untuk waifu. Time untuk beli barang untuk diri sendiri dan pejabat, Regular readers of Blogserius tahu kami suka quirky stuff untuk kegunaan harian. This past few weeks kami mula melukis balik dan kami memerlukan tempat menyimpan alat tulis. This cute cupcake desktop storage box seems legit

Tuesday, 18 June 2013

Serius Iklan - Sony Xperia Tablet Z : Hanya RM 1438 Melalui Celcom First Data #CelcomXperiaZ (12 Gambar)


Seksi

Sony Xperia Tablet Z, tablet tahan lasak Android dari Sony akhirnya tiba di Malaysia dan CELCOM menawarkan tablet ini pada harga RM 1438. Ini ialah pejimanatan sehingga RM500 berbanding harga saranan pasaran. Dari segi spesifiskasi Xperia Tablet Z diperkasakan dengan pemproses 1.5 Ghz empat teras, RAM 2 GB, kamera 8 megapixel, muatan dalaman 32/64 GB dan ianya kalis air seperti Xperia Z. Cool beans! Do want!

Buat masa ini Xperia Tablet Z boleh dibeli secara ekslusif oleh anda di Blue Cube @ Iconic, Sunway, Blue Cube @ Pavilion, Blue Cube @ Gardens, CXP @ eCurve dan CXP @ Kuchai Lama. Tetapi jika anda tidak boleh melawat rangkaian Blue Cube di atas jangan risau kerana mulai esok tablet tahan lasak ini boleh didapati di Blue Cube seluruh negara.

Untuk keterangan lebih lanjut sila lawati laman sesawang Celcom First Xperia Tablet Z ini. 





Friday, 21 September 2012

Serius Iklan - Jom Ke Karnival Pembelajaran Seumur Hidup #MY3L Esok Di PWTC


Jom esok lusa!


Esok Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat akan diadakan di PWTC sehingga hari Ahad. Jangan lepaskan peluang ini untuk melihat courses yang ditawarkan untuk anda di Kolej Kolej Komuniti seluruh negara. Anda mungkin ada persoalan seperti


"Apa fungsi Kolej komuniti?"
"Apa ada disini?"
"Macamana nak apply tempat di kolej komuniti?"
"Berapa bayaran yang dikenakan"
"Awek kolej komuniti hot tak?"

Ok the last question itu mungkin tidak releven kepada Karnival PSH MY3L tetapi kita sedia maklum kalau orang lelaki nak apply kolej soalan itu akan ditanyakan jugak walalupun pada nada malu-malu NEKO.

Esok di PWTC akan diadakan pelbagai aktiviti yang boleh anda sertai. Manalah tahu lepas mencuba aktiviti ini anda menyedari anda ada bakat dan mungkin mahu belajar melakukannya sendiri. Antara aktiviti yang disediakan . Ada pelbagai skills yang boleh digunakan. Kinda like SKYRIM but with no FUS ROH DAH sahaja.

  • Ukiran Buah
  • Pedicuremanicure
  • Make over
  • Pembuatan baja dari sisa dapur
  • Teknik pukulan golf
  • Menghasilkan taman mini
  • Pembuatan pinggan mangkuk seramik
Banyak lagi aktiviti esok dan ahad tetapi kalau tuling pepanjang tak cukup page pula dan BLOGSERIUS jadi BlogKolejKomuniti la pulak. Tetapi kalau ada persoalan dan inginkan pencerahan sialalh pergi ke laman Facebbook Pengajian Sepanjang Hayat/ My Live Long Learning #MY3L ini sila lawati laman Facebook My3L dibawah. Terus bertanya kepada yang arif.



Jika anda ada masa terluang silalah datang. Kalau ada sanak sedara yang tak tahu nak buat apa di rumah bawalah juga. Mungkin akan terbuka hati nak belajar skills yang boleh digunakan beliau untuk menyara hidup. Kerajaan sudah memberikan peluang kepada rakyat untuk belajar dengan harga yang amat murah. Kalau inisiatif tak ada untuk memperbaiki diri memang rugilah. 

Kami memang gemar membelasah polisi kerajaan di Blogserius tetapi we see the valu in #MY3L program. As we stated before we are not very educated and squandered the chances given to use when we were younger. Don't repeat the same mistake as we did dan kini have to become writers of blog. 

We know you guys can do better than us. Take this chance to utilise the programmes made for our benefit. Yes we are paid to write this but that does not mean we don't believe that this programme will not work. But in order for it to work the public must give it the support they needed. So come on. What are you waiting for?



Tuesday, 18 September 2012

Serius Iklan - Apakah Itu Program #MY3L ? : My Life Long Learning


Apakah ini?

Anda pasti tertanya-tanya apakah Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang kami paparkan di HEADER Blogserius sejam seminggu yang lalu. Kalau anda nak tahu karnival ini diadakan bagi merasmikan program terbaru Kementerian Pelajaran Tinggi yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dikalangan rakyat Malaysia tidak mengira umur ataupun peringkat pelajaran formal mereka.

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat ataupun dalam bahasa inggerisnya MY LIFE LONG LEARNING #MY3L ini ialah program untuk rakyat Malaysia berumur 15 tahun keatas untuk mempelajari soft skills seperti pertukangan, memasak, pembaikian komputer, asas AUTOCAD ataupun kerja pendawaian elektrik. Ini secara tidak langsung membenarkan mereka yang mungkin tidak mempunyai academic credential yang tinggi atau tidak mampu meneruskan pelajaran untuk mempelajari skill set yang mampu mengubah hidup mereka.

Kami di Blogserius mengakui kami tidak pandai belajar dan banyak kali kandas ketika di institut pengajian tinggi. Bagi kami program sebegini membenarkan rakyat Malaysia yang sering dipandang rendah kerana "tiada paper qualification" untuk mendapatkan skills yang perlu untuk mencari pekerjaan.

Paling menarik bagi kami di Blogserius ialah bayarann yang dikenakan kepada peserta untuk menghadiri program kursus pendek yang ditawarkan. Get this........... kursus pendek yang ditawarkan di kolej-kolej komuniti SELURUH NEGARA hanya dikenakan bayaran serendah RM 5. Imagine that! Belajar cara memulakan blog, asas Flash , asas Autocad dan asas Microsoft Office hanya dikenakan bayaran bawah RM20. Kami dulu ada ambil short courses jugak di sebuah IPTS untuk kursus pendek di atas mencecah RATUSAN ringgit.

Kini anda tiada lagi alasan untuk tidak mahu mempelajari new skills setiap bulan. Kalau boleh merokok sekotak seminggu takkan tak boleh hendak pelajari skills baru di kolej-kolej komuniti terdekat.

Di bawah ialah antara kursus-kurus jangka pendek yang boleh anda hadiri sekarang. Untuk senarai lengkap anda boleh melawat laman web Jabatan PengajianKolej Komuniti disini


Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang program-program yang ditawarkan di bawah Pengajian Sepanjang Hayat/ My Live Long Learning #MY3L ini sila lawati laman Facebook My3L



Tetapi jika anda lebih suka bertanya secara terus kepada pihak yang berkenaan silalah ke Karnival M Life Long Learning yang diadakan di pada 22 - 23 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putera Kuala Lumpur. Datanglah sendiri dan hadiri program-program yang sudah diaturkan pihak penganjur. Anda boleh menemui Siti Nurhaliza , Dr Fazley, Zed Zaidi dan beberapa lagi selebriti terkenal yang akan berbicara tentang betapa relevannya program PSH/MY3L kepada mereka

Tunggu apa lagi? Jika anda mahukan skills yang berguna sialalah daftar diri. Jangan jadi blogger miskin tanpa hala tuju seperti kami di Blogserius. Serius menyesal tak mahu belajar semasa muda kini menjadi blogger picisan! #TrueStoryBro.


Wednesday, 18 July 2012

Serius Iklan - Sekitar Perasmian 1M4U : Yayasan Sukarelawan Siswa (15 Gambar)


Sukarelawan Siswa Bersama!

Anda sempat ke tidak ke KLCC untuk pelancaran program hujung minggu lalu? Jika tidak anda kerugian besar kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan disana. Paling rugi ialah anda tidak dapat melihat sendiri apakah program yang ditawarkan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa. Selain daripada itu anda dapat bersemuka dengan Perdana Menteri Tercinta Dato Seri Najib Razak. Selalu hanya dapat lihat dadakhbar, laman sesawang, tepian KTM Komuter atau poster sekitar ibu kota. Anda sudah terlepas peluang untuk mendekati pemimpin kita yang berjiwa rakyat dan mendahulukukan rakyat dan prestasi ini.

Persoalan paling banyak kami terima di Blogserius ialah;

"Apa bagus sangat Yayasan Sukarelawan Siswa ini? Apa aku dapat kalau join? Berbaloikah?"

Sebelum kita cakap pasal apa yang bakal anda dapat ada bagusnya kami ceritakan dahulu apa yang berpayung di bawah proram YSS kelolaan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Antara yang diwujudkan dibawah progra YSS ialah penubuhan kluster pengkhususan bidang sukarelawan. Anda boleh memilih dalam kluster manakah yang paling sesuai dengan jiwa dan skill set anda. Kluster-kluster yang diwujudkan ialah;

  • Kluster Pendidikan
  • Kluster Pembangunan Komuniti
  • Kluster Kesihatan dan Perubatan
  • Kluster Agribio dan Alam Sekitar
  • Kluster Teknologi Maklumat dan Keusahawanan Sosial
  • Kluster Pengurusan Krisis dan Komuniti

Setiap kluster ini memeberikan sukarelawan siswa avenue yang baik untuk melakukan yang terbaik untuk komuniti yang memerlukan bantuan. Pembetukkan kluster ini adalah sangat bertepatan kerana ia menwujudkan fokus kepada bahagian mana pada komuniti yang harus dibantu dan sukarelawan dari latar bela yang mana paling sesuai boleh dihantar bagi memberikan bantuan yang efektif.

Ok mari menjawab soalan anda tadi. Apa yang anda akan dapat apabila menyertai program Yayasan Sukarelawan Siswa 1M4U?

  1. Mendapat peluang menjadi sukarelawan ketika belajar. Anda dapat berinteraksi dengan peserta YSS yang lain dari IPT seluruh Malaysia. Tidak terhad kepada IPT anda sahaja. Networking lebih besar yang boleh anda manfaatkan.
  2. Sijil penyertaan yang diakui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Nampak lebih legit dengan 5 tahap pengiktirafan
  3. Berpeluang menjalankan aktiviti sukarelawan sehingga ke luar negara dan berinteraksi dengan sukarelawan dari negara lain
  4. Bimbingan dan latihan dalam menjalankan aktiviti sukarelawan. Volunteerism with a purpose dan lebih berstruktur. Tidak caca merba dan tanpa hala tuju
  5. Berpeluang menjadi tokoh Sukarelawan Siswa negara bergantung kepada sumbangan anda.
Tunggu apa lagi? Marilah menjadi Sukarelawan Siswa sekarang. Jangan memjadi pahlawan papan kekunci dan hanya bijak merintih apabila tiada bantuan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ringankan tangan, kaki, ginjal, mental dan minda untuk menambahbaikkan Malaysia. We can do it if we all lend a hand to the betterment of society. Jangan jadi pelajar UNI yang lembik dan pemalas. The world does not revolve around your keyboard. Mari memperluaskan horizon anda! Yayasan Sukarelawan Malaysia! 1M4U Malaysia!

Pada masa yang sama, anda juga boleh menyokong pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan Like halaman Facebook mereka.




Friday, 13 July 2012

Serius Iklan - Apakah Sukarelawan Siswa #1M4U?


1M4U - Kearah Siswa Peduli Kerja Sukarelawan.

Terdapat beberapa laman yang memfokuskan kepada perkongsian idea dan sebagainya, dan kini Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia hadir dengan sebuah laman khas yang memfokuskan kepada remaja dan juga semangat kesukarelawan, dipanggil 1Malaysia for Youth atau ringkasannya 1M4U.

Daripada laman tersebut, ia membolehkan para remaja dengan mudah menghantar sebarang idea mereka untuk dikongsi bersama yang pengguna lain, dan menjayakannya, sekaligus meningkatkan lagi semangat kesukarelawan dikalangan remaja hari ini.



Sama seperti beberapa laman web lain, 1M4U turut sama membawakan sokongan pendaftaran menggunakan Facebook, memudahkan proses pendaftaran dan juga perkongsian idea anda bersama yang lain. Usai sahaja mendaftarkan diri, anda akan dapat menghantar idea anda dalam kurang 250 aksara melaluinya.

Dan bersempena dengan pelancaran program ini, pihak 1M4U turut mengadakan sebuah pertandingan khas, membolehkan para perekabentuk kreatif menghantar rekabentuk logo mereka dan bersedia memenangi hadiah sebanyak lebih RM10,000 daripadanya.

Seperti sedia maklum, terdapat beberapa laman yang menyediakan koleksi logo-logo yang menarik di arena web ini, yang mana mungkin anda boleh mengambil inspirasi, serta pada masa yang sama, menghasilkan sebuah logo yang menarik dan kreatif untuk program sukarelawan ini.

Kami di Blogserius telahpun menghantar rekaan logi 1M4U kami di bawah. Kami yakin pembaca BLOGSERIUS lebih kreatif dari krew BLOGSERIUS yang tak pandai mereka apa-apa kecuali cerita humour dan berita artis gemok usai melahirkan!



Kamon pembaca Blogerius sekalian! RM 10 000 bukannya sedikit dan boleh digunakan untuk kegunaan harian. Jika anda merasakan anda tak perlu duit hadiah ini masuk sahaja pertandingan dan jika menang sedekahkan duit itu kepada mereka yang memerlukan seperti orang gelandangan atau anak yatim. Bulan Ramadhan semakin hampir dan ini adalah cara yang murni untuk beramal dan mendapatkan saham akhirat. Win Win situation kepada semua!

Mengenai 1Malaysia For Youth

Kebanyakkan remaja pada hari ini boleh dikatakan menghabiskan kebanyakkan masa di hadapan komputer mahupun gajet mereka berbanding dengan aktiviti di luar. Dan melalui program ini, ia membolehkan para remaja bukan sahaja mengenali rakan-rakan baru, tetapi turut memupuk semangat dan aktiviti sukarelawan dikalangan mereka. Kementerian Pengajian Tinggi sendiri menyokong program ini dengan fokus untuk melahirkan pelajar yang praktikal dan berpotensi dengan permintaan pasaran pada hari ini.



Pada hari Ahad, 15 Julai 2012, satu perhimpunan di dataran KLCC dari pukul 10 pagi hingga 6 petang akan berlangsung untuk melancarkan dan mempromosikan projek ini. 

Untuk memudahkan anda merekabentuk logo 1M4U, mungkin anda boleh mengambil fokus kepada objektif program 1M4U, seperti:

  • Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan;
  • Mempromosi persefahaman masyarakat dunia tentang keamanan sejagat;
  • Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia;
  • Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia;
  • Membina hubungan dan jaringan di peringkat antarabangsa;
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan sukarelawan global; dan
  • Memberi kefahaman tentang sosiobudaya masyarakat Malaysia ke arah keamanan dunia. Sebelum mula menghantar logo anda ke pertandingan yang dianjurkan KPT ini, mungkin anda boleh melawati laman mereka untuk rujukan yang lebih mendalam, ataupun mengikuti 1M4U di Twitter mahupun Facebook.
Pada masa yang sama, anda juga boleh menyokong pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan Like halaman Facebook mereka.


*Advertorial daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Nukilan asal dari
@Amanfirdaus via WWW.AMANZ.MY

Saturday, 7 April 2012

Serius Iklan - Konsert Gegaran Desa : Bawa Konsert Ke Kampung Anda


Konsert Gegaran Desa The Cube


Konsert. I still remember my first ever concert which was at Wembley. Masa tu ada Aerosmiths, Lenny Kravits, Black Crowes dan Stereophonics. Untuk tengok konsert ini aku ingat lagi kena ikat perut semalam sebulan pasal tiket mahal. Lepas dah beli kena turun London pasal pada zaman dahulu mana ada internet. Beratur depan kedai muzik HMV untuk dapatkan tiket mosh pit depan stage.Pakai duit lagi untuk naik keretapi. Lepas tu habis duit lagi beli tiket keretapi pada hari konsert. Lepas dan bayar duit hotel dan beli t-shirt rasmi konsert poket pun kering kontang. Perut aku dialas dengan Meggi Mee made in Switzerland (no serius memang made in Swizerland!) selama sebulan in order untuk tidak mati kelaparan. Untuk kepuasan memonton secara langsung selama 8 jam berterusan itulah "pengorbanan" yang aku telah lakukan. Tapi tahukah anda it was all worth it! Salah satu benda dalam bucketlist aku sudah terlaksana. In fact I will go as far as saying kalau masa muda tak pernah pergi konsert live memang tak complete. It is a right of passage to most youths in this world dan aku yakin oldfags macam aku agree.

Itu cerita aku masa muda-mudi dulu. Cerita orang Malaysia aku tak tahu sangat pasal sejak dan tua aku tak pergi dah konsert. Bukan insaf tetapi badan dah tak larat dan kerja banyak yo!. Apa yang pasti di Malaysia konsert-konsert dari penyanyi dan kumpulan ternama hanya diadakan di bandar-bandar besar. Ok I lied.... hanya diadakan di Kuala Lumpur dan yang duduk luar bandar mungkin tak ada masa dan wang untuk melihat sendiri artis kegemaran mereka menyanyi secara langsung.

Kan best sekiranya ada konsert yang datang ke bandar atau kampung anda. Lagi menarik dan win sekiranya konsert ini percuma. That would be double winzip menjadi winrar. Amirite?
Hah! Tak perlu befantasi lagi kerana CELCOM melalui The Cube akan membuatkan fantasi ini menjadi realiti. Bermula hujung bulan ini The Cube akan membawakan KONSERT GEGARAN DESA di 2 lokasi PILIHAN ANDA pada 31 Mac dan 19 April ini. Yes you read it right people .. PILIHAN ANDA. Anda boleh mengundi lokasi dimana Konsert Gegaran Desa akan diadakan. Jangan lepaskan peluang ini untuk menonton artis seperti Ning Baizura, 6ixth Sense, Kristal dan Spider dengan mata anda sendiri.


Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan Konsert Gegaran Desa akan didakan berhampiran anda? Apa yang perlu anda lakukan? Ianya semudah mengikuti langkah-langkah dibawah;




Jadi tunggu dan tangguh apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri Konsert Gegaran Desa di bandar berdekatan anda secara percuma. Ajak kawan-kawan, sahabat handai. saudara mara. awek chewek, balak chowok, kekasih gelap dan skandal atau rakan kenalan Facebook anda untuk mengundi untuk kawasan anda sekali. Lagi banyak undian diterima lebih tinggi ranking dan kebarangkalian Konsert Gegaran Desa akan diadakan di kawasan pilihan anda.


Undilah sebanyak mungkin sehingga 30 April 2012 .

Untuk keterangan lanjut serta syarat-syarat penyertaan silalah layari lama sesawang Konsert Gegaran Desa di


Wednesday, 7 March 2012

Serius Iklan - FUYOO : Laman Jual Beli Terkini Untuk Semua


Nice Idea

Laman web jual beli banyak diluar sana. Semuanya menawarkan pelbagai barang dan perkhidmatan. Masalah utama kebanyakkan laman diluar sana ialah ianya terlalu concentrate pada penjualan barang. What we really need is a website yang lebih teratur dan menawarkan a smogasboard of stuff. You know stuff that we really need. In other words kita perlukan laman web semacam CRAIGSLIST di Malaysia.
Disinilah FUYOO.CO dapat menghisi ruangan vakum keperluan orang macam aku. Masa honeymoon tempohari aku terfikir nak mencari penulis sambilan untuk Blogserius. Sementara aku enjoice cuti dengan bini tersayang takkan aku perlu update blog. Then it hit me?

Camane siak nak iklankan part time blog writer?

Tak ada laman web yang boleh digunakan untuk mencari atau menawarkan servis sebegini. Kan? Kan? Kalau aku tau ada
FUYOO.CO sudah pasti aku tak perlu kerja masa honeymoon. Better yet korang semua tak RAAAGGEEE pasal aku tak update masa di Singapore tempohari



Di
FUYOO.CO anda boleh post servis atau meletakkan classified ads anda. Mahukan pereka grafik? Baby sitter? Cleaner? Website developer? Kamera DSLR? Coaster 1Malaysia signed by 1Najib? Letakkan iklan peribadi anda disana. Pendaftaran juga easy peasy kerana FUYOO menggunakan integrasi FACEBOOK. Mudah! Pendaftaran adalah percuma dan anda menerima 10 KREDIT secara percuma juga selepas mendaftar. Setiap iklan yang diletakkan menggunakan 2 kredit dan kredit untuk iklan seterusnya boleh dibeli bila diperlukan

What I like about
FUYOO.CO selain tawaran servis yang diverse? I like the fact that boleh BROWSE iklan bedasarkan julat budget tertentu. Yeah this might seem trivial tapi wang itu penting lepas kahwin. Bila ada pilihan pilih how much I wanna spend senang sikit nak keep to allocated budget



Silalah cuba FUYOO.CO. Maybe you will find it just as easy to use and as convenient as well. Rekaan laman pun WINRAR dan tidak "poke eye" bak kata Kementerian Pertahanan. Sangat sleek! Awesome!
Sempena pelancaran laman web FUYOO.COM peraduan FUYOO BUZZ CONTEST sedang dijalankan. Hanya perlu LIKE di Facebook. Berita FUYOO apa yang anda mahukan dan kemahuan paling awesome akan berpeluang memenangi wang tuhai sehingga RM 10 000!





Saturday, 11 February 2012

Serius Iklan - #MSMW2012 : Mari Ke Malaysia Social Media Week 2012

Mari Meriahkannya!

Ok fine.. Blogserius gagal jadi finalis dalam Funniest Blog untuk Malaysia Social Media Week 2012 Awards. Tapi takpe pasal I wish the others best of luck for the win. Anyways sempena Malaysia Social Media Week 2012 ini terdapat pelbagai aktiviti menarik diadakan antar 13-17 Februari ini di Putra World Trade Center seperti;

World Blogger And Social Media Summit
Bengkel Berkenaan Social Media
Gadgets Galore - Pelbagai Gadjet Terkini Untuk Dilihat
Developer Launchpad - Melihat startup teknologi Malaysia yang terkini
Konsert Malaysian Social Media Week feat Altimet

Marilah beramai-ramai ke PWTC jika ada kelapangan dan join the fun. Apa guna aktif dalam media sosial tetapi tidak keluar untuk bersosial secara IN REAL LIFE.

Untuk maklumat lanjut dan tentitif majlis sila ke laman SOCIALMEDIAWEEK



Wednesday, 4 January 2012

Serius Iklan - Acer ASPIRE S3 : Live Dari Paper + Toast


Hello!

Banyak juga orang bertanya kepada aku, "What do you do for a living?". Well jawapan mudahnya ialah I write crap that some people find interesting. Jawapan penuhnya saya menulis berharap orang baca dan kemudian klik iklan untuk memberi sedikit wang saku untuk membeli bahan organik untuk dibaham dan membakar tembakau karsiogenik ketika bosan. Aku juga bertugas sebagai penulis senior untuk AMANZ NETWORK. Sebuah laman web teknologi berbahasa kebangsaan yang cuba menjadi laman web maklumat teknologi terbaik di Malaysia. Tanggungjawab asal aku ialah menuli parodi teknologi tetapi sejak akhir-akhir ini aku lebih banyak menulis ulasan peranti-peranti terkini. Kerja untuk AMANZ amat menarik kerana aku dapat menggunakan peranti paling terkini sebelum orang lain. Sebagai contoh ketika segorombolan peminat tegar Apple berpeluh-peluh beratur untuk mendapatkan iPhone 4S aku sudah dihidangkan telefon pintar ini sehari lebih awal. Jemari gemok berbulu pada insan tanpa bakat natural dalam apa bidang sekalipun ini dibenarkan menyentuh peranti yang dianggap GODLIKE oleh para pendewa arwah Steve Jobs. Boleh lah tahan tapi harus aku akui aku lebih menyukai Android kerana ianya lebih kepada jiwa aku. Aku sukakan peranti yang lebih bebas digunakan tanpa sekatan semacam AUKU bila aku memilikinya. HAH!

Hari ini jika anda ada baca laman Facebook Obefiend Blogs Anonymous aku di Paper and Toast, One Residency KL untuk tugasan Amanz. Tugasan apa? Tugasan untuk Astro Awani. Kami ialah media atas talian rasmi untuk ASTRO AWANI NEF AWARDS tahun ini. Sesuatu yang kami rasakan sangat besar tanggungjawabnya dan diharap dapat menaikkan lagi profil syarikat setahun getah kami ini. Kenapa setahun getah? Pasal setahun jagung masih boleh dimakan. Setahun pokok getah nak ditoreh susunya masih belum boleh. Kami masih merangkak. Cuba menjadi sehebat laman sesawang The Verge atau Low Yat Dot Net.



Bila dah bekerja diluar banyak pula benda yang harus dibuat. Edit video,edit gambar, mereka letak majalah atas talian dan juga membuat rekaletak blog-blog dibawah jajahan kami. Sebagai penulis senior merangkap lead graphic designer aku besyukur sangat pihak ACER MALAYSIA sudi menaja Ultraboo Acer Aspire S3 I5 mereka kepada aku. Kalau tak ada aku tak tahu bagaimana hendak selesaikan tugasan AMANZ yang bertimbun didepan mata aku sekarang. I am still quite surprise how much this thin Ultrabook can do. Baru Core I5 pun dah impressing but to be honest sebagai seorang DESKTOPFAG I want more. Mungkin kalau ada uwang lebih (jika anda tekan iklan dengan lebih kerap :P) bolehlah aku beli Acer Aspire S3 Core I7 pula yang semestinya lebih berkuasa untuk memenuhi kehendak aku dan bosses of AMANZ NETWORK dimasa hadapan. Tahun 2012 membawa pelbagai cabaran dan harapan. It will be a big year for AMANZ, Blogserius, Freedom of Allocation, Harian Metroll and me. The Acer Aspire S3 did contribute in helping me fulfill all my writing obligation while away from the "office". Again thank you Acer for this lovely cili padi Ultrabook that is exactly what I needed. Dulu pakai Acer Aspire Netbook aje. Now Acer Aspire S3 Ultrabook. Awesome



As I am writing this our resident journalist Nisa Kay is interviewing our 4th guest of the day. Ada a few more that needed to be done. Esok it's the same thing dan aku nak mintak maaf awal-awal BLOGSERIUS tak terupdate seperti biasa kerana kerja aku di AMANZ. Hendak bangunkan laman sesawang it mudah dan ini tidak boleh disangkal. Tetapi nak menaikkan nama laman sesawang supaya dikenali, menang awards dan menjadi bahan rujukan umum dalam perihal teknologi ini sesuatu yang sukar. I am looking forward to making AMANZ a brand that would be recognised by everyone in Malaysia.

So if you have the time to read Blogserius or any of my other good for nothing blogs, please wedge in a few minutes to look at AMANZ.MY. Di Amanz penulisan aku sangat serius dan berlainan betul dari kegampangan yang biasa anda lihat di laman sesawang ini. Most of you probably never realised that Blogserius started as a joke because my best friend Syazwan, Ehsan and Charles complained that THE FOA was FAR TOO SERIOUS. Tak sangka pula laman web suka-suka yang aku bina ini menjadi laman web utama aku pula. FOA will still be around but at the moment I am compiling the best stuffs posted there for THE FOA BOOK yang akan tiba the moment I am done editing it's content in this Ulttrabook. HAHAHA.

By the way thanks for supporting Blogserius in 2011. Blogserius won two major awards last year and has grown enormously thanks to your loyal readers. Hopefully 2012 will continue to be a banner year for Blogserius. Now if you can excuse me I need to get back to working on some artwork and setting the camera for AMANZ Youtube channel. Happy 2012





Wednesday, 21 December 2011

Serius Iklan - Acer Aspire S3 Versi Special Edition Intel


Special Edition

Minggu lepas berapa ramai antara anda semua membeli Acer Aspire S3 Core I7 dengan potongan harga RM1000? Kalau dah beli tu enjoice tak? Hari ini tak ada banyak yang nak aku katakan. Kalau puas hati baguslah. Personally aku enjoice je pakai Acer S3 Core I5 aku sekarang. Rasanya Ultrabook aku ini lebih dari apa yang aku nak dari sebuah komputer untuk menulis while on the go. The keyword here is menulis while on the go. Kalau nak gaming while on the go harus aku buat disclaimer ini bukan laptop untuk anda. Untuk gaming aku reserve kepada desktop Core I5 Quad Core aku dengan Nvidia GT950 GTX aku. Gaming pada laptop kecil tak berapa feel to be honest. Kalau dekat desktop boleh dual screen. Sebelah gaming sebelah lagi monitor komen “ini semua kerja mason obesetan” yang ditinggal oleh some of you fine loving jokers. Yeah real funny guys.

Anyway disini ada beberapa gambar Acer S3 Core I7 special edition yang hanya boleh didapati direct dari Intel. Sadly dekat Malaysia pelekat yang aku rasa cool untuk S3 maca ini taka da. Sadness. I mean I would probably have to customise my own S3 dengan sticker sendiri. Dekat mana eh ada servis print laptop sticker di Malaysia? Anyone know?



Laporan asal DesignMilk

Thursday, 15 December 2011

Serius Iklan - Acer ASPIRE S3 : Apa Itu Ultrabook?


Soalan yang biasa aku terima

Ramai yang bertanya apa kejadahnya Ultrabook? Adakah ianya komputer riba yang seswai digunakan untuk Facebooking? Yeah lame joke please kill me. But seriously what in the name Zeus is an Ultrabook. Ultrabook ialah pengkelasan baru komputer riba Intel yang menggunakan perisian Windows. Ianya direka bagi menjadi pesaing kepada MacBook Air yang dikeluarkan syarikat Mendiang Steve Jobs.

Jadi apa speselnya dibandingkan dengan komputer riba yang lain? Pertama sekali ialah beratnya. Or should I say how light it must be. Berat mesti dibawah 1.4 kilogram dan ianya haruslah nipis. Ia juga menggunakan pemproses Intel dari keluarga Sandy Bridge. In layman's term, ianya komputer riba yang lebih berkusa daripada Netbook dan dari segi kemampuan terletak diantara komputer riba berkuasa tinggi dan sebuah tablet.

So why bother making a middle of the road device? Perlukan? Bukankah tablet komputer riba sedia ada sudah memandai? Yes and No. Yes komputer riba power memang memandai tetapi dari segi portabiliti dan saiz ianya menyakitkan pengguna. Ada aku tengok lappie Alienware yang powderful tetapi beratnya dekat 4 KG. Kalau seorang penulis mobil macam aku perlu kendong kemana-mana event boleh sakit bahu. No.. tablet masih belum mampu menggantikan tempat komputer dalam "arsenal" seorang penulis mobil. Aku dah cuba blogging pakai tablet tapi tak puas kerana menaip tak sedap dan nak placing image elements adalah pain in the ass.



Ultrabook straddles the fence between the portability and weight of a tablet but at the same time give you all the things u missed on a laptop in the form of keyboard and more powerful processor.

Apakah yang aku suka dengan Acer Aspire S3? A few things. Keringanan aku dah cerita tempohari maka hari ini aku bercerita tentang fungsi Instant On.

Instant On ialag fungsi yang membuatkan Aspire S3 aku berfungsi seakan tablet. Yang bestnya tentang tablet ialag korang boleh on and off screen sesuka hati bila tak digunakan. Bila nak guna hanya tekan power ket pada tablet dan ianya sedia untuk digunakan. Pada Aspire S3 ada fungsi yang serupa. Aku hanya tutup skrin laptop dan masukkan kedalam beg. Nak pakai balik buka balik penutup skrin dan dalam masa 2-4 saat Aspire S3 sedia untuk digunakan semula. While not as fast as a tablet it is still faster than the normal non Ultrabook laptops out there. Nice! In fact super konvenien sampai aku sejak pakai TAK PERNAH SHUTDOWN lagi Aspire S3. Masuk beg dan let it sit there. So it can also be said Laptop + Tablet = Ultrabook.

Apa lagi yang membuatkan Acer Aspire S3 berfungsi macam tablet? Charging time! Yeah charging time ialah perkara penting bagi always on the go blogger macam aku. Lagi cepat charge lagi baguih. Untuk mengecas bateri Aspire S3 aku hanya memerlukan 105 minit. Yep sejam 45 minit. That is faster than the charging time of most tablet and smartphone.WIN! I really like this nifty feature. Cool beans!



Charging. Aku kena chrge 3-5 device sometimes so kesabaran tu aku takde sangat.

Kenapa perlu beli Acer S3 berbanding Ultrabook yang lain? Simple answer is the price. Ianya JAUH lebih murah dari Ultrabook pesaing yang ada yakni Asus Zen dan Lenovo. Every ringgit counts pasal Ultrabooks are not cheap. Yeah I have to get that disclaimer. Tapi dont worry. Kalau nak jimat RM1000 sila ke pelancaran Acer Aspire S3 versi Core I7 di The Boulevard, Berjaya Time Square 17 Disember ini jam 11 pagi. Cheap and reliable dan tak macam versi I5 , versi I7 pakai solid state drive. Lagilah laju dan reliable. JELLY LIAO!



Friday, 9 December 2011

Serius Iklan - Acer ASPIRE S3 : Ultrabook Sexy Khas Buat Blogger (15 Gambar)


SEXY!

Acer S3 ialah komputer riba dalam pengkelasan baru yang dipanggil Ultrabook. Ianya mempunyi specs yang cukup awesome untuk membernarkan anda melakukan kerja on the go. Acer Aspire S3 ada dalam 2 versi. Versi pertama menggunakan Intel Core I5 manakala versi kedua menggunakan Intel Core I7. Jadi apa yang spesel sangat? Well just look at the thing. It's sexier than Neelofa in a wet t-shirt. No seriously!Ultrabook ialah pengkelasan komputer riba yang nipis, ringan tetapi masih ada oomph untuk orang macam aku. Kenapa aku cakap orang macam aku? Pasal normally bila bekerja diluar aku kena bawak kesemua full compliment of my blogging armory. Ianya seperti dibawah



See that? Weight and space are a luxury that I MUST have.Kalau tak by the end of the day bahu boleh patah menapak keliling KL untuk cover latest events untuk AMANZ.MY. Acer S3 ringan dan nipis dan sekaligus mengurangkan seksa duniawi bila bekerja. Acer S3 memang targeted for people who are always on the go. People like me!


Bercakap pasal Acer S3..........Pihak ACER akan ada promo sempena penjualan Acer S3 Versi Core I7 kelak di The Boulevard, Berjaya Time Square pada 17 Disember ini.Kalau korang antara 80 pembeli pertama Ultrabook terkini ini anda dapat diskaun RM1000. Yes our eyes are not deceving your optical nerves there people! Acer S3 Core I7, 240 GB Solid State Drive , 4 GB RAM dan Windows7 64 bit ini dapat anda beli dengan harga cheapskate WTFBBQ RM2999.



Masih mahal anda kata? Well let's put it this way. Jika anda memang sukakan bahu patah, beg digendong gemok macam perot Zombie Busung serta mahukan laptop huduh go ahead make a pass on this awesome offer. As for me? Aku macam nak jual pulak Acer S3 I5 aku so I can make a grab for the I7 version. MORE POWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH! NAO!


Friday, 11 November 2011

Serius Iklan - GWM #Haval : SUV Handsome Dari GWM (12 Gambar)


Cool Beans!

I amnot really a truck person.I am more of a SUV person coz SUVs are cool. Jadi hari ini mari kita tengok GWM Haval H5. SUV 2.0 Turbo Diesel iniakan dijual di Malaysia dalam masa terdekat. So jom sneak preview SUV yang terlaku di CHINA selama 8 tahun berturut-turut ini? Apa yang bestnya?

First of all I like the design.Nampak sasa macam Eshak Nengah. Ada all the basic and advance amenities macam defogger untuk side mirror, auto window dengan sensor anti tersepit, read view camera dengan paparan LCD pada dashboard dan wiper automatik

Harga saranan dijangka dalam linkungan RM120 000 sebuah dengan warranty 5 tahun dari pihak GWM.

Sounds like a nice package.

JIKA teruja aku sarankan komen semua ke CAR OF THE YEAR CAR EXHIBITION di Bangunan Matrade sabtu dan ahad ini. Boleh tengok HAVAL H5 dan WINGLE5 yang kedua-duanya nominated untuk anugerah 4x4 COTY tahun ini. Oh dan sila lawat booth Great Wall Motors disana. Ada both Haval and Wingle. Sila sila..... I will be there esok. Hope to bump into you people there!

Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sesawang GWM Malaysia disini


Wednesday, 9 November 2011

Serius Iklan - Mari Lihat GWM #Wingle 5 (12 Gambar)


Gyeah!

Great Wall Motor Wingle 5 ialah trak mampu milik yang dijula pada harga permulaan RM 59 000 sebuah. Diperkasakan dengan enjin Turbo Diesel 2.5 L, Wingle 5 mampu memenuhi keperluan harian anda yang lasak. Tak cukup dengan itu Wingle 5 juga dilengkapi beg udara berkembar, sistem ABS , EBS seta immobiliser.

Jika hendak tengok sendiri Wingle 5 dengan mata kepada korang silalah melawat booth Great Wall Motor di pertunjukan Car of The Year award yang akal berlangsung di Bangunan MATRADE 12- 13 November ini. Sekiranya mahukan lagi info tentang Wingle 5 boleh pergi ke laman web GWM Malaysia disini. Enjoice!


Thursday, 13 October 2011

Serius Cool - #OctTwtFest 22 Haribulan Oktober Ini : Jom Meriahkannya


Mari!

Cakap banyak tak guna. 22 October ini di pejabat utama DIGI akan diadakan OcTwtFest. Apakah Twtfest ini dan berapa yang harus korang bayat untuk join in? Ha1 Twatfest ialah himpunan beramai-ramai kesemua pengguna Twitter Malaysia. Kalau takde Twitter pun boleh join takde masalah. Tiada tiket harus dibeli dan anda hanya perlu datang tunjuk muka. Ada pelbagai aktiviti sepanjang hari yakni 3 ptg sehinggi 12 malam.

1. Ada makan minum
2. Ada pertandingan main PS3

3. Aku karaoke
4. Persembahan selebriti

5. Movie marathon

6. Memecah rekod Guiness Twtup dunia

dan banyak lagi lah! Jika mahu maklumat terkini sila follow @OctTwtFest di twitter. Kalau ada persoalan tanyakan terus. Anda juga boleh melayari laman web rasmi OcTwtfest disini. Datanglah beramai-ramai dan mari kita cuba pecahkan rekod dunia Twtup 22 Oktober ini. Jumpa disana. Aku akan datang. So siapa yang haritu cakap nak penggal, tikam dan bunuh aku silalah. Tunjuk muka. Jangan pandai ishtihar Jihad secara online saja. Sekali depan-depan dickless. #LMAO




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails