Friday 21 September 2012

Serius Cool - Sejarah Roda Ferris Pertama Dunia (9 Gambar)


Funfair!

Roda Ferris atau dalam bahasa penjajahnya Ferris Wheel ialah tarikan yang sangat sinonim dengan fun fari di Malaysia. Kami masih ingat pengalaman kali pertama menaiki roda Ferris ketika berumur 7 tahun. Rasa sangat teruja. Kali terakhir kami menaiki roda Ferris ialah menaiki Singapore Flyer ketika kami Honeymoon tempohari. Flyer ialah roda Ferris tertinggi di dunia dengan ketinggian 165 meter.

Tapi tahukah anda siapakah yang mencipta roda Ferris dan di mana ianya dibina buat pertama kalinya? Roda Ferris dicipta olehg George Washington Gale Ferris Jr yang berasal dari Illinois, Amerika Syarikat. Pekerjaan sebenar beliau ialah seorang jurutera awam dengan kepakaran membina jambatan untuk kegunaan keretapi. 


Pada tahun 1893, World's Columbian Exposition akan di adakan di Chicago. Pihak penganjur mahu membina sebuah struktur ikonik yang dapat menyaingi Menara Eiffel yang dibina sempena Paris International Exposition pada tahun 1889. George Washington Gale Ferris Jr mencadangkan bahawa sebuah roda berputar gergasi dibina bagi membenarkan pengunjung melihat keseluruhan expo dari udara. In a way bolehlah dikatakan idea asal Roda Ferris ialah Menara Eiffel yang boleh berputar!

Pada awalnya cadangan beliau ditolak atas sebab keselamatan tetapi Ferris Jr berjaya mendapatkan sokongan untuk pembinaan struktur beliau dari rakan-rakan jurutera yang lain. Beliau juga berjaya mendapatkan modal membina Roda Ferris yang memakan belanja USD 400 000 ini.

Roda Ferris yang asal mempunyai 36 kabin yang mampu menepatkan 60 orang pada satu-satu masa. Setuap putaran mengambil masa 10 minit. Ketinggiannya pula ialah 80.4 meter. Gandar roda gergasi ini sepanjang 45 kaki dan seberat 71 tan. Bagi menggerakkan roda dua enjin stim dengan 1000 kuasa kuda digunakan. Ketika expo berlangsung sebanyak 38 000 orang menaiki roda Ferris ini setiap hari dan dikenakan bayaran 50 sen seorang.  Selepas expo berakhir roda Ferris ini beroperasis ehingga April 1894 sebelum ditanggalkan dan disimpan.

Pada tahun 1895 ianya dibangunkan semula dan beroperasi sehingga 1903. Ianya kemudian dipindahkan ke St Louis untuk World's Fair 1904. Ianya kemudian dimusnahkan dengan menggunakan dinamit pada tahun 1906. Sepanjang hayatnya roda Ferris pertama dunia ini dikatakan membawa sebanyak 2.5 juta orang penumpang.

George Washington Gale Ferris Junior meninggal dunia pada tahun 1896 kerana demam kepialu pada usia 37 tahun. Selepas berakhirnya World's Columbian Exposition, beliau terpaksa menyaman penganjur expo ini kerana enggan berkongsi keuntungan USD 750 000 hasil kutipan roda ciptaan beliau. Jadi inilah sejarah Roda Ferris. Sebuah roda yang dicipta untuk menandingi Eiffel Tower dan kini menjadi tarikan fun fair seluruh dunia.




Gambar Retronaut
Teks asal  MIT

14 comments:

  1. Replies
    1. Babi!!!! Aku ambil masa 5 minit utk baca artikel ni.. Pugimak betol la!!!

      Delete
    2. bukan babi la... jerung la... lulz

      Delete
    3. aku igt kat malaya ade rimau je...

      Delete
  2. Teringat roda ferris kat pripyat, ukraine. Kesan tinggalan radiasi nuklear chernobyl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah! Tapi aku tau roda ferris tu kt game Call of Duty... Tapi kan roda ferris kt chernobyl tu kecik je...

      Delete
  3. Kalau korang perasan ada gambar masjid kat gambar atas sekali sebelah kiri ferris wheel... kat gambar last sebelah kanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpk..kubah masjid ler tuh kot..sbb ade bulan sabit...tp kubah church dolu2 pon lbeh kurng kubah masjid jugak...

      Delete
  4. Jual timbang kilo pun leh kaya nie.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    AMARAN jangan klik : Ini adalah SPAM
    ---------------------------------------------

    ReplyDelete
  5. ferris wheel paling best adalah The Eye of Malaysia kat tasik titiwangsa... naik pulak dengan awek cun mcm retis K-Pop, tapi dulu laa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails