Iqra'
Paska serangan askar Amerika Syarikay terhadapt Iraq pada tahun 2003 berlaku perlbagai kemusnahan. Perpustakaan dan muzium dijarah. Bangunan yang disyaki menjadi tempat perlindungan askar Iraq dibom. Stesen janakuasa dan penapisan air bersepai. Sungguhpun perang ini sudah tamat kesannya terhadap Iraq masih boleh dilihat sehingga sekarang. Di bawah ialah perpustakaan baru yang akan dibina di Baghdad. Ia akan menjadi salah sebuah bangunan yang akan dibina di dalam projek pembinaan semula Baghdad yang seluas 1.2 Juta meter persegi. Projek ini diharapkan dapat mengembalikan Iraq kepada keadaan sebelum perang dengan fasiliti moden dan mesar alam. Perpustakaan di bawah unik kerana ia mendapat inspirasi dari ayat pertama Al Quran iaitu Iqra'. Jika dilihat dari atas dapat dilihat rekaan kaligrafi ini pda bahagian bumbungnya. Harapannya perpustakaan baru ini tidak akan musnah seperti perpustakaan negara tahun 2003 ataupun perputakaan bersejarah Baghada yang dimusnahkan Mongol pada tahun 1258. Harap warga Iraq membaca sejarah mereka dan tidak mengulami sejarah silam.
Laporan asal DesignBoom
Wahhhhh
ReplyDeleteArghhh! Too many typo. Mesar alam, Mengulami. Nasib baik xde menjeruki. Hahaha!
ReplyDeletemasyallah..cantekk..
ReplyDeleteMacam bole jadi the next dubai je.
ReplyDelete