Sadis!
Menurut laporan Jakarta Globe, 19 pegawai kerajaan di Kabupaten Rokan Hulu, Riau dipecat November lalu atas kesalahan didapati tidak solat subuh secara berjemaah. Pegawai-pegawai kerajaan ini dipecat kerana melanggar syarat kontrak yang ditandatangai pada tahun 2011. Mengikut kontrak pegawai kerjaan WAJIB solat Zuhur dan Asar setiap hari bekerja, puasa sunat setiap isnin dan khamis serta solat subuh berjemaah pada pagi jumaat. Solat jemaah ini harus dilakukan di Masjid Islamic Centre yang terletak berdekatan pejabat daerah Kabupaten Rokan Hulu. Mereka yang dipecat tidak diberikan amaran langsung mereka dipecat dan pemecatan berlaku secara serta merta. Pemecatan dilakukan setelah ketua adat (Rokan Hulu mengamalkan adat Mingakabau) melakukan pemeriksaan mengejut pada waktu subuh November lalu. Pemecatan ini menimbulkan kemarahan beberapa pegawai yan dipecat. Salah seorang yang ditemuramah berkata beliau hanya tidak hadir solat subuh pada hari Jumaat kerana tinggal agak jauh dari pejabat. Beliau harus tidur di pejabat pada hari khamis bagi memastikan beliau dapat solat berjemaah pada hari jumaat.
Apa pendapat anda tentang syarat majikan sebegini? Adakah ianya logik dan bagus? Adakah ianya praktikal? Sila nyatakan pendapat anda di bawah.
IN B4 "Wajib di Malaysia kerana semua ahli politik melayu suka cakap besar konon lebih Islam dari semua orang Islam di dunia"
Laporan asal Jakarta Globe
"Pemecatan dilakukan setelah ketua adat (Rokan Hulu mengamalkan adat Mingakabau) melakukan pemeriksaan mengejut pada waktu subuh November lalu"
ReplyDeleteBermaksud yang buat pemeriksaan mengejut pun selama ni tak solat kat situ. :(
waktu subuh tu bukan 2-3 minit la.. slpas dorang solat tu, dorang wat spot check la..
Deletex ad masalah...stiap malam hari khamis boleh buat qiam....seminggu skali
ReplyDelete1. P.Preity Petry,
ReplyDeleteMungkin beliau (Ketua Adat) ada kebenaran tidak hadir solat berjumaah di masjid berkenaan ketika menjalankan tugas dan beliau juga mungkin bukan pegawai kerajaan.Wallahualam.
2. Velodrom,
Ya, ada baiknya dan dapat buat qiam sekurang-kurangnya seminggu sekali sebelum mati.
mewajibkan semua pekerja solat berjemaah sampai kena pecat kalau x pergi tu tindakan yg melampau. org yg datang solat berjemaah bknlah betul2 nak datang tp sebab takut kena berenti kerja. solat biarlah utk Allah bkn utk kekal berkerja. tambahan pula, mmg x praktikal bagi pekerja yg tinggal jauh.
ReplyDeletetapi memandangkan dalam kontrak kerja ada clause mcm tu, suka tak suka pekerja kenalah ikut. kalau x, jgn sain surat perjanjian.
Hukum apa nie sampai MEWAJIBKAN orang sembahyang subuh secara berjemaah..sunat je semayang berjemaah tu..pelik betul zaman sekarang, Islam yang mudah pun dipayahkan..
ReplyDeletebetulkan... solat berjemaah adalah fardu kifayah. bukan sunat.
Deleteko ni kalo agama tu ragu2 jgn post. sedeyh.
DeleteMungkin majikan nak didik pekerja untuk solat. Awal awal dipaksa, lama lama ikhlas itu pasti ada :) Wallahua'alam. Allah Maha Mengetahui segalanya kan. Niat dia kita mana tahu,
ReplyDeletesuda sign kontrek... pengajaran, baca kontrek elok2 sblom sign
ReplyDeleterukuk? prepare for buttsecx.
ReplyDeletebg aku la x da masalah kalau nk bt cara mcm tu cuma bt lah yg lebih praktikal sikit
ReplyDelete