Tuesday 31 December 2013

Serius Cool - TV Terbesar Dunia 110 Inci Dengan Harga Hampir Setengah Juta (9 Gambar)


Ultra HD!

Televisyen HD kini sudah semakin biasa kita lihat di setiap rumah. TV CRT pula semakin lama semakin pupus. Samsung dan beberapa pengeluar televisyen dunia kini mahu anda memiliki televisyen beresolusi 4K Ultra HD pula. TV UHD sudah mula terjual awal tahun ini dan di Malaysia Sony menjual televisyen 4K mereka dalam jumlah yang terhad. Tetapi jika anda mahu memiliki televisyen terbesar dunia anda perlu mengumpul duit bagi memiliki Samsung UN110S9. Televisyen dengan skrin sebesar 110 inci (2.6 x 1.8 meter) ini mula dijual di China, Korea Selatan, Timur Tengah dan beberapa negara di Eropah semalam pada harga USD 150 ribu (RM 493 ribu) sebuah. Ia dilengkapi pemproses empat teras, kamera hadapan, sistem kawalan suara, kemampuan 3D, sistem kawalan gerakan tangan dan juga Samsung Hub. Gila! 




Laporan asal CBS

7 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails