Monday 16 December 2013

Serius - Alang : Tempat Kapal Laut Pergi Untuk Mati (22 Gambar)


Junkyard!

Alang yang terletak di Teluk Khambat, India ialah destinasi terakhir kebanyakkan kapal laut yang usang. Disni terdapat industri pelupusan kapal laut terbesar di dunia. Banda kecil ini melupuskan lebih dari 300 kapal laut yang terdiri daripada kapal pengangkut kapal terbang, kapal layar transatlantik, kapal kargo dan kapal pengangkut minyak setiap tahun. Industri pelupusan kapal ini sudah beroperasi lebih 50 tahun. Apabila ekonomi dunia merudum pada tahun 2010, industri pelupusan di Alang mendapat keuntungan besar. Ini adalah kerana banyak syarikat perkapalan melupuskan kapal milik mereka dari menyimpannya ketika ketiadaan pelanggan. Sebanyak 40 000 orang pekerja bekerja di 125  tapak pelupusan kapal sepanjang persisiran pantai Alang. Mereka menggunakan alatan paling asas untuk mengitar semula sebuah kapal kargo menjadi besi sekerap dalam masa hanya seminggu. Sungguhpun industri pelupusan kapal kini sedang mengaut keuntungan besar, pekerja hanya dibayar sekitar USD 3 (RM 9.70) sehari. 

Tempat pelupusan sampah ini juga merupakan antara kawasan paling bahaya didunia kerana pencemaran dan tahap keselamatan yang rendah. Pekerja tidak diberikan alatan keselamatan dan setiap hari ada sahaja yang mati lemas, terbakar akibat letupan ataupun dihempap besi berat. Kerajaan India kini dalam usaha untuk memodenkan sistem kitar semula kapal di Alang dengan bantuan konsortium Jepun. Ini diharap dapat memastikan nyawa pekerja lebih selamat disamping mengurangkan tahap pencemaran yang berlaku sekarang. 




Laporan asal  Indipendant

6 comments:

  1. kesian nya aku tengok..demi nak hidup sanggup gamble hidup diorang untuk dapat duit yang tak seberapa..bagi kita 3USD tu kecik..tapi maybe bagi diorang dah cukup banyak dah tu..

    ReplyDelete
  2. pergh terbaik tarik kapal guna kudrat sendiri

    ReplyDelete
  3. bersyukur la orang malaysia tak perlu buat kerja berat2 macam ni.

    ReplyDelete
  4. Nie jadi pun sebab korupsi tokei tempat kapal tu sendiri. Baya murah untuk keje bahaya camnie.

    ReplyDelete
  5. pergh ekstream tul tempat pelupusan nih!

    ReplyDelete
  6. second picture remind me of les miserables

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails