Thursday 12 December 2013

Serius Indo - Kemalangan Keretapi Merempuh Lori Tangki Minyak Di Jakarta (16 Gambar)


Sadis

Isnin lalu berlaku kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah keretapi komuter elektrik dan sebuah lori tangki minyak di Jakarta. Kemalangan ini mengakibatkan 7 kematian dan puluhan lagi tercedera. Antara yang terkorban ialah pemandu keretapi dan penumpang yang majoritinya wanita. Kemalangan ini menimbulkan kemarahan warga Indonesia kerana mereka tidak tahu bagaimana sebuah lori tangki minyak boleh berada di atas landasan keretapi yang sibuk. Tambah sadis ialah gerabak yang terbalik dan terbakar ialah gerabak khas untuk kaum wanita. Apabila kemalangan berlaku didapati pintu keretapi tidak boleh dibuka secara manual dan tingkap terpaksa dipecahkan bagi menyelamatkan mangsa. Pihak berkuasa kini bercadang merubah lokasi gerabak khas wanita ke bahagian tengah dan bukannya di bahagian hadapan. I guess KTM Komuter got it right kerana semua gerabak wanita tren Komuter terletak di bahagian tengah.




Laporan asal Yahoo Indonesia


4 comments:

  1. nak tiket free ke Rock The World 13
    visit website ni

    http://ftkmalaysia.blogspot.com/2013/12/rock-world-13-14-december-2013-stadium.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails