Awesome!
Panel tenaga solar sudah wujud berdekad lamanya. Actually by now I was hoping semua rumah mempunyai panelnya sendiri tetapi malang sekali fantasi siri tv Beyond 2000 tidak menjadi realiti. Masalah panel solar biasa ialah ia hanya mampu mengumpul tenaga solar. Rawlemon ialah panel solar dan lunar yang kini sedang diuji. Ia dilengkapi sfera kaca yang mampu menumpukan cahaya solar dan bulan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Sfera kaca yang bulat memastikan cahaya dapat dikumpul dari pelbagai arah. Ianya dikatakan mampu menghasilkan 70% lebih banyak kuasa elektrik dari rekaan panel solar rata dan melengkung yang digunakan secara meluas sekarang.
Inhabitat
TAHUKAH ANDA BAHAWA SISTEM SOLAR YANG MENGGUNAKAN PANEL PHOTO VOLTAIC DI SURUHANJAYA TENAGA HANYA MENYUMBANG 1%-2% PENJIMATAN TENAGA?
ReplyDelete