Tuesday, 10 December 2013

Serius Fakta - Ulangtahun Ke-72 Tenggelamnya HMS Prince of Wales Di Kuantan (6 Gambar)


Signifikan

Di dalam buku sejarah kita ada membaca tentang karamnya kapal perang utama HMS Prince of Wales dan Repulse berdekatan Kuantan Pahang. Tetapi ramai mungkin tidak tahu betapa bersejarahnya kemusnahan dua kapal perang milik British ini dan kesannya terhadap masa depan tentera laut seluruh dunia.

Sebelum Perang Dunia Kedua, kapal perang utama ataupun Battleship ialah kapal yang paling dibanggakan tentera laut besar dunia. Amerika Syarikat mempunyai kapal perang utama Kelas Iowa. Britain bangga dengan kapal perang utama kelas King George V. Jerman angkuh dengan kapal perang utama kelas Bismarck manakala Jepun membina kapal perang utama terbesar dunia ialah kelas Yamato. Kesemua kapal perang utama ini menjadi kebanggaan negara. Kerana saiz dan ketebalan perisai mereka, majoriti Admiral tentera laut percaya kapal perang utama mustahil dapat ditenggelamkan oleh kapal perang biasa. Kepercayaan ini akhirnya dimusnahkan pada jam 1.20 petang 10 Disember 1941.




HMS Prince of Wales ialah kapal perang paling moden yang dimiliki Royal Navy. Ianya mula beroperasi pada 19 Januari 1941 selepas 4 tahun pembinaan. Ia dilengkapi sistem meriam, bidikan, radar, anti kapal selam dan enjin paling canggih. Prince of Wales adalah antara kapal perang yang dihantar ke Malaya bagi membentuk Force Z yang diharap dapat menghalang tentera Jepun dari menakluk Malaya dan Singapura. Selain Prince of Wales, Force Z juga dianggotai battlecruiser HMS Repulse dan 3 kapal pemusnah iaitu  Electra, Express, Vampire dan Tenedos. Perdana Menteri Britain pada waktu itu Sir Winston Churchill dengan angkuh berkata kewujudan Force Z sudah cukup untuk mengakutkan Jepun dari cuba untuk menakluk Malaya dan Singapura.  

Pada 7 Disember 1941 Force Z berlayar dari Singapura menuju ke utara bagi memburu konvoi yang membawa askar Jepun dari Indochina ke Malaya. Admiral Phillip yang mengetuai Force Z berharap mereka akan berjaya memusnahkan armada kapal pengangkut tentera Jepun secara mengejut. Malangnya pada 9 Disember Force Z berjaya dikesan oleh kapal selama milik Jepun. Kapal selam 1-65 menghantar koordinat Force Z kepada markas tentera udara Jepun yang berpengkalan di Saigon. Sepanjang pelayaran Force Z tidak diberikan perlindungan udara oleh Royal Air Force kerana kapal terbang yang sedia ada sudah terlalu usang untuk memberikan perlindungan yang efektif. 




Prince of Wales (atas) cuba mengelak serangan bom manakala Repulse (bawah) terbakar selepas dirobek bom seberat 250 kilogram Jepun

Pada 10 Disember Force Z berpatah kembali ke Singapura selepas gagal mengesan konvoi Jepun.Ketika dalam pelayaran pulang Force Z diserang hendap oleh 88 pesawat  Jepun yang berpengkalan di Saigon. Armada udara Jepun terdiri daripada 34 pesawat torpedo, 53 pesawat pengebom dan 1 pesawat peninjau. Puluhan torpedo dan bom dijatuhkan diatas Force Z. Majoriti serangan Jepun ini berjaya dielak oleh Force Z tetapi 8 buah torpedo menemui sasaran mereka pada Repulse dan Prince of Wales. Ini mengakibatkan kemusnahan teruk pada dua buah kapal tersebut. Kerana kehilangan kuasa dan kapal yang semakin menyenget akibat ledakan torpedo, arahan meninggalkan kapal diberikan kepada anak-anak kapal Repulse dan Prince of Wales. Kapal-kapal berdekatan datang memberikan bantuan bagi membantu pemindahan tetapi Repulse dan Prince of Wales berguling sebelum karam ke dasar laut. 



Proses pemindahan anak kapal POW ke kapal Express. POW sudah mula menyendeng kerana kerosakan akibat ditorpedo



Admiral Phillip memilih untuk karam bersama Prince Of Wales dan enggan diselamatkan. Secara keseluruhan 840 orang kelasi tenggelam besama dua Repulse dan Prince of Wales. Pihak Jepun hanya kehilangan 3 buah kapal terbang dan 18 tentera terkorban. Karamnya Prince of Wales dan Repulse hasil serangan hanya dari udara adalah yang pertama dalam sejarah peperangan laut. Ia membuka mata Admiral tentera-tentera laut dunia untuk menyedari betapa mudahnya kapal perang utama dapat dimusnahkan oleh kapal terbang. Ini menyebabkan strategi menggunakan kapal perang utama digantikan dengan kapal pengangkut kapal terbang sebagai kapal paling penting di dalam armada sesebuah tentera laut. 

Britain pantas belajar dari kesilapan mereka di Pahang dan sejak 10 Disember 1941 armada kapal perang mereka sentiasa mempunyai perlindungan udara. Pada tahun 1944 mereka menggunakan taktik Jepun untuk menenggelamkan kapal perang utama Jerman Tirpitz di Norway. 

Bangkai Prince of Wales dan Repulse kini terletak 68 dan 56 meter di dasar laut dalam keadaan terbalik. Jika anda ada lesen menyelam silalah menyelam dan melihat rangka dan peluru meriam yang masih ada di dalam dua bangkai kapal karam ini. 





Laporan asal Wikipedia

7 comments:

  1. Replies
    1. org malaysia x pandang pun sikit je yg g nengok yg rmi gi nengok hantu,repit,gangster pun lg untung maa

      Delete
  2. kesian..

    www.facebook.com/constantsek13

    ReplyDelete
  3. Sejarah...tu penting....

    JOm p blog ohsenyum......macam-macam ada..cubalah.....have funny.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. have funny what? Funny house? Funny cat? Funny what?

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails