Monday, 10 December 2012

Serius Konsep - LG Define : Konsep Peranti Android Yang Harus Wujud (20 Gambar)


Nice!

LG bukanlah pengeluar telefon pintar yang popular. Kami pernah mengulas LG Optimus 3D keluaran mereka dan telefon itu membuatkan kami tak mahu membeli telefon keluaran LG lagi. Satu-satunya telefon keluaran LG yang mungkin kami mahu beli ialah LG Nexus 4. Permasalahan LG ianya sebuah brand yang sering dikaitkan dengan televisyen LED dan adalah kurang cool berbanding Samsung.

LG Define ialah konsep yang dihasilkan oleh Tim Escolin, Spencer Davis dan  Xinyi Wang. Peranti Android ini cuba menunjukkan LG juga mampu menjadi cool jika produk yang dihasilkan memaparkan beberapa inovasi baru. Sebagai contoh Define boleh dilekatkan dengan sistem kameranya sendiri yang diberi nama SNAP. Bahagian belakang Define bercantum dengan snap dan telefon ini terus menjadi sebuah kamera point and shoot.  Focus ring Snap pula boleh berubah menjadi sistem flash terbina dalam. Sangat cool. Boom pula ialah aksesori docking bay yang merubah Define menjadi sebuah sistem audio. Seperti Widows Phone 8, define juga didatangi dengan kemampuan lock screen yang boleh diubahsuai mengikut kehendak pengguna. Banyak idea di sini yang menarik. Harapannya ialah LG mampu menjadikan LG Define sebuah realiti.



Laporan asal Yanko

8 comments:

  1. duit abah ko..bape hinggit sengal.

    ReplyDelete
  2. smartphone siri optimus pun tak terupdate ke 4.0, ada hati nak buat custom unlock, boleh mimpi la LG, samsung 5 kali ganda lagi ke dpn,

    ReplyDelete
  3. kalau jatuh. mesti rosak teruk nih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails