Tuesday 11 December 2012

Serius Klasik - Ernest Bazin : Kapal Laut Dengan Sistem Tujahan Beroda Kurun Ke-19 (12 Gambar)


Sistem tujahan aneh yang gagal


Pada penghujung kurun ke-19 sebuah kapal aneh dengan 6 buah roda di bina oleh Ernest Bazin. Ernest Bazin ialah seorang pereka yang berasal dari Perancis. Kapal yang diberikan nama Ernest-Bazin ini di bina pada tahun 1896 dan mempunyai enam buah roda berdiameter 10 meter dan setebal 3 meter. Roda-roda ini berfungsi sebagai pengapung dan juga sistem tujahan Ernest-Bazin. Mengapakan roda digunakan sebagai sistem tujahan dan bukannya kipas seperti biasa?


Menurut Ernest, dengan konfigurasi aneh geseran antara kapal yang bergerak dan air adalah renda kerana luas permukaan roda yang bersentuhan dengan air adalah kecil. Secara teorinya kapal yang mempunyai roda tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak berbanding rekaan kapal konvensional. Melalui eksperimen skala kecik dan perkiraan awal sebuah kapal beroda hanya memerlukan 800 tan arang untuk merentasi Lautan Atlantik berbanding 3000-4000 tan arang yang digunakan kapal biasa. Ia juga dikatakan mampu bergerak sepantas 35 knots berbanding hanya 20 knots pada kapal biasa. Jadi secara teori kapal beroda ialah sebuah rekaan yang lebih baik dan efisyen.


Ernest-Bazin menjalani beberapa percubaan di Perancis. Pada tahun 1897 Ernest-Bazin cuba merentasi Selat Inggeris tetapi gagal kerana sistem tujahan baru ini gagal berfungsi seperti yang dijangkakan. Jika anda lihat ke enam-enam buah roda ini licin dan oleh sebab itu apabila melalui kawasan laut yang bergelora ia tidak mampu menolak kapal ke hadapan. Epic Fail!


Pada tahun 1898, Ernest mengumumkan kepada dunia beliau berjaya menyelesaikan masalah sistem tujahan kapal beroda beliau. Beliau juga mahu membina sebuah kapal beroda baru dengan 8 buah roda air yang akan cuba merentasi Lautan Atlantik. Malangnya beberapa minggu selepa pengumuman ini beliau meninggal dunia pada usia 42 tahun. Kapal Ernest-Bazin pula dimusnahkan dan dijual sebagai besi sekerap pada tahun 1900. Maka berakhirlah idea kapal laut beroda.


Tetapi idea ini tidak mati begitu sahaja. Kalau anda gemar ke taman air di Malaysia anda pasti pernah melihat basikal air beroda tiga yang popular sekitar 90an. Ia mempunyai sistem pengapungan dan tujahan yang sama dengan kapal roda Ernest-Bazin. Maybe sebagai bot rekreasi sistem ini boleh digunapakai tetapi pada skala besar ia masih memerlukan lebih banyak ujikaji.





Sumber asal WIKIPEDIA
Sumber gambar FLICKR 

6 comments:

  1. errr...macam kat mimaland punya kereta kayuh dalam air tu je

    ReplyDelete
  2. aduuuhhh,, pening aku baca,, hehe

    mujadafewa.blogspot.com/2012/12/giveaway-free-domain-for-all.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu pun dah pening? melayu malas bacalah!

      ok berkenaan entri ni. pasa apa tak gantikan dengan roda yang bersirip? sebab roda tu licin mungkin sebab tu tak dapat lawan arus laut.

      walaupun begitu, aku rasa ia tak se-stabil kapal biasa sebab tiada tapak yg luas. kalau kau tanya kenapa kereta boleh stabil guna roda? aku jawab balik. sebab jalan raya tida gelombang seperti laut.

      k, bye.

      Delete
  3. trbaik,kpl ni dh x wjd skrg hu2

    http://blogseriushangit.blogspot.com/#

    ReplyDelete
  4. weird ship.tak efisen langsung, ruang dlm kapal jd sempit dn terhad gn kwujudan roda yg sgt bsar.kapal pon jd huduh.better kapal skrng je lah.laju ke tk laju ke tk pnting.nk bwk kpal laju2 nk g mne?marikh?haha.bia lmbt asal slamat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails