Tuesday 18 December 2012

Serius WTF - Cubaan Melemaskan Isteri Di Dalam Mangkuk Minuman Anjing Kerana Sekeping Pizza


What in the world?

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri ialah peribahasa yang sering kita dengar. Memang apabila sudah berkahwin pergaduhan kecil itu pasti ada. Yang memebezakan pasangan sihat dan tidak sihat ialah bagaimana mereka menyelesaikan persilisihan faham yang muncul.

Richard Watson (47) mempunyai cara yang wtf untuk menyelesaikan masalah rumahtangga beliau. Rabu minggu lalu beliau naik berang dengan isteri beliau Debra Watson (59) kerana pizza yang di microwave oleh Debra didapati tidak masak dengan sempurna. Beliau kemudian dengan marahnya mencampak pinggan dan pizza separa masak itu ke pintu. Debra juga menjadi emosi dan mencampakkan pinggan beliau juga. Pergaduhan berlaku dan Richard dikatakan cuba melemaskan isteri beliau di dalam mangkuk minuman anjing milik pasangan ini. Debra berkata ketika itu mangkuk minuman anjing mengandungi air setinggi 3 inci. Dalam pergelutan yang berlaku Debra berjaya melepaskan diri dari lemas dan terus menalefon pihak polis.

Richard kini ditahan di Lokap Polis Volusia Beach sementara menunggu tarikh dibicarakan atas tuduhan cubaan membunuh Debra. 

Jadi pengajaran hari ini ialah jangan cepat emo dengan pizza separa masak, jangan campak pinggan dan jangan bela anjing.



Laporan asal Daytona Beach Journal

 

8 comments:

  1. isteri dia yg salah ni.
    1. Masak x pandai.
    2. Dah tahu suami dia pemarah, dia provoke lagi buat ape?
    3. Melemaskan dalam bekas minuman anjing, lawaklah.
    akhirnya, suami pulak salah. Kesimpulan, jangan kahwin kalau x tahu tanggungjawab dan saling tolak ansur

    ReplyDelete
  2. tambah satu lagi pengajaran, jgn kawin dengan laki muda?

    ReplyDelete
  3. tambah satu lagi pengajaran: lelaki yg nmpk mcm bdk nerd biasenye ade ade masalah control emosi. contoh: Adam Lanza.

    ReplyDelete
  4. Tambah lagi satu. Jangan jadi macam Obe. Penakut. Tak bertelo

    ReplyDelete
  5. Paling penting, amalkan poligami. Bini tua tak pandai masak, pi rumah isteri muda. Kalau dua-dua tak pandai masak. Ana kawin tigaaaaa....aaa.... (macam pernah dengar tapi dimana ya?)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails