Tuesday 25 September 2012

Serius Cool - Mari Melawat Daerah Gangnam, Seoul (18 Gambar)


Oh ini la tempatnya?

Gangnam ialah salah satu dari 25 daerah di dalam bandaraya Seoul, Korea Selatan. Gangnam bermaksud "selatan dari sungai" kerana ianya terletak di bahagian Selatan Sungai Han yang merentasi Seoul. Ianya haya seluas 39 kilometer persegi tetapi nilai hartanahnya ialah yang tertinggi di Seoul. Harga purata sebuah apartment di Gangnam, ialah sekitar USD 750 000 (RM 2.25 Juta) dan ini bersamaan dengan gaji purata rakyat Korea Selatan selama 18 tahun. Ianya menjadi tempat tinggal pilihan para artis dan ahli politik elit Korea Selatan. Oleh itu ia bersamaan dengan Bangsar di Malaysia. Pejabat besar dua syarikat terbesar Korea Selatan iaitu Samsung dan Hyundai juga terletak disini. Oleh sebab itu juga kawasan Gangnam dipenuhi dengan kedai barangan mewah yang menjadi tarikan hampir 600 000 penduduknya. Pada tahun 2011 kumpulan Girl's Generation dlantik menjadi duta pelancongan daerah Gangna,. Sesuai sangatlah group plastik menjadi duta melancong sambil shopping pakai kredit kad! Itu dia........ now you know what is Gangnam and how it look like!




Laporan asal Business Insider

25 comments:

  1. Dushh..boring2 diorg main wind surfing? Superwin!

    ReplyDelete
  2. bangsar kawasan orang elit? kamon la... kawasan paling elit kat malaysia adalah lebuhraya elite... takde duit jgn harap nak lalu

    ReplyDelete
  3. Tempat paling mahal kat Malaysia ialah Pasir Mas

    .....................
    PASIR MAS

    ReplyDelete
  4. kalau jual carpet kat sini ok tak?

    ReplyDelete
  5. jauhnye beza bandar kl ngan gangnam..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails