Komik
Thursday, 31 May 2012
Serius Cute - Alodia Gosiengfiao : Cosplayer Dari Filipina (6 Gambar)
Cosplaying is srs bsns
Alodia Gosiengfiao (24) ialah seorang cosplayer yang berasal dari Quezon Filipina dengan peminat dari serata dunia. Beliau kini dilantik menjadi duta untuk saluran Animax dan baru-baru ini beliau menghadiri Malaysian Games and Comic Convention. Alodia sudah mula menjinakkan diri didalam bidang Cosplaying sejak berumur 15 tahun dan sepanjang pembabitan beliau sudah bercosplay sebanyak 40 watak kesemuanya. Dibawah ialah photoshoot yang dilakukan oleh WakarimasenLOL.com . Terima kasih LINKINSTREET kena membenarkan pihak kami memaparkan semula gambar beliau di Blogserius.
Sila lawati WakarimasenLOL untuk berita anime dan cosplaying seluruh Malaysia. Got aweks pictar also
Serius Cool - Apartment Dengan Bilik Terapung (10 Gambar)
Clever!
Staying on the topic of rumah dan penggunaan ruang, apartment dibawah ialah satu lagi contoh penggunaan ruang yang bijak. Bilik tidur didalam apartment di Montrouge Perancis ini dibina untuk terapung diatas ruang tamu. Apartment ini kecil dengan saiz hanya 538 kaki persegi dan solusi yang diambil oleh firma ECDM untuk menghasilkan ruang besar sangatlah kreatif fan cool. Rumah aku nanti tidak lah sekecil ini tapi konsep bilik terapung sangat appealing. Now to find a way to incorporate this idea in my house.
In b4 "kalau seks ganas tak tanggal ke bilik dari siling?"
Serius Cool - Rak Buku Berbentuk Buku (6 Gambar)
Wah!
Sebagai seorang bibliophile aku gemar membaca dan mengumpul buku. Dalam masa beberapa bulan lagi aku akan berpindah ke rumah sendiri dengan isteri kesayangan. Right now kami sedang mencari perabot untuk diisi didalam teratak kami. Pagina rekaan syarikat Cassina ini memang sangat menarik! Letak di ruang tamu mesti awesome.
Wednesday, 30 May 2012
Serius Fakta - Mengapa Orang Johor Sayang Sultan Mereka
#JohorDarulAwesome
Cerita plat number WWW 1 tempohari menjadi bualan rakyat Malaysia. Bekas MB Perak, Dato Nizar kini mendapat kritikan hebat dari anak Johor yang merasakan komentar beliau terhadap pembelian nombor bernilai lebih setengah juta itu adalah melampau. Jadi mengapa orang Johor sahaja yang marah? Apa sebab musababnya? Inilah jawapannya.
Memang dari dulu elaun kerajaan yang diberikan kepada Sultan Johor disalurkan kepada yayasan anak Johor. Tuanku Sultan Johor juga terkenal dikalangan rakyat dengan sifat memberikan peralatan kepada anggota keselamatan. Sebagai contoh Askar Timbalan Setia diberikan Hummer oleh Sultan untuk kegunaan mereka. Adalah a few things lagi. That is why Johorean amat sensitif bila Sultan mereka dikritis hebat.
Thanks
Serius Metroll - 1MPad Bakal Di Pra-muat Permainan BERSIH Run
Kuala Lumpur - Rabu - Pengeluar tablet pertama buatan Malaysia Maltech Pro hari ini mengesahkan permainan bertajuk BERSIH Run adalah antara aplikasi yang akan di pra-muatkan apabila anda membeli 1Malaysia Pad. Menurut Maltech ini bagi memastikan pembeli mendapat value for money yang secukupnya apabila menyokong tablet buatan Malaysia ini. Seperti yang anda sedia maklum 1MPad juga di pra-muat dengan aplikasi 1Malaysia Messenger yang setanding dengan BBM.
Permainan BERSIH Run ialah permainan ala Temple Run yang dibangunkan sepenuhnya oleh Maltech. Anda bermain sebagai seorang polis yang dikejar gerombolan perusuh BERSIH yang merosakkan harta benda awam dan kereta peronda polis. Markah diperolehi dengan mengumpul cebisan gambar mereka yang merusuh dan berapa lama anda dapat melarikan diri sebelum dibelasa oleh anjing-anjing Ambiga serta Anwar Juburi. Wartawan Metroll sempat menemuramah wakil Maltech dan mereka dipetik berkata;
"Permainan ini bertujuan menunjukkan kesukaran yang dihadapi oleh Polis ketika perhimpunan Haram tempohari. Mereka perlu menjalankan tugas mengambil gambar perusuh dan pada waktu yang sama harus menyelamatkan diri dari perusuh yang bertindak seperti monyet-monyet kuning! Kami bekerjasama dengan pihak PDRM dan menemuramah mereka yang terlibat pada hari rusuhan bagi mendapatkan feel yang sehampir mungkin dengan dunia sebenar"
Selain bekerjasama dengan PDRM. pihak Maltech juga bekerjasama dengan pihak Ikan Bakar Sekinchan bagi mempromosikan 1Mpad. Mereka yang bermain BERSIH Run dan mendapat markah tertinggi mingguan bakal memenangi boucher makanan di restoran Ikan Bakar Sekinchan serta hadiah utama iaitu sebuah Lamborghini Murchilago.
1MPad bakal memasuki pasaran tidak lama lagi dengan harga sarana RM999. Ia sesungguhnya sangat value for money.
Serius Fail - Admin Laman Facebook Paradigm Mall Gagal
Gagal wei!
Ketika kementerian pelancongan menggaji syarikat luar untuk mengendalikan laman Facebook mereka ramai yang marah kerana kononnnya "anak aku pun boleh jaga Facebook". Bayaran RM3000 sebulan yang dikenakan syarikat tersebut dikatakan aksesif. Tetapi pendapat dari industri merasakan harga yang dikenakan berpatutan dan sesuai dengan servis yang diberikan. Ini adalah kerana menjaga laman FB memerlukan skill interpersonal dan public relation yang tinggi. Bukan boleh main taram sehingga memalukan BRAND yang diwakili.
Hari ini mari lihat kegagalan admin Paradigm Mall melayan rungutan dan suggestion dari seorang pelawat dan pelanggan mereka. Paradigm mall baru sahaja dibuka dan seperti biasa pasti ada teething problem dengan bangunan baru.Dari perbualan FB dibawah anda boleh menulis buku "How not start a PR meltdown" . Nama Paradigm Mall kini tercemar dan shitstorm bakal melanda. Now you know why they hire professional to deal with these kinds of thing. It takes a cool head and skill to deal with customers. Berlagak smart ass dengan slanga Phua Chu Kang is a really bad move. Malu wei Paradigm Mall. Nama dah PARADIGMA tapi layanan terhadap rungutan customer masal tiada anjakan dan ditakuk yang lama.
Thanks @IcedNyior for the tip
Serius Klasik - Model Asal Nostormo Dari Filem Alien (18 Gambar)
Nerd!
Ok film nerds! This entry ialah khas untuk anda. Semalam aku paparkan beberapa gambar dalaman dari set filem Prometheus, prekuel kepada filem Alien arahan Ridley Scott dari tahun 1979. Hari ini mari kita lihat gambar pembinaan model skala besar pesawat angkasa Nostromo. Sebanyak 3 versi Nostormo dihasilkan sepanjang penggambaran Alien. Setiap satunya bersazi 30 cm, 1.2 meter dan 3.7 meter. Model-model ini dihasilkan oleh Martin Bower dan dibina sepenuhnya dari papan lapis dan plastik. Bahagian permukaan model kemudian diperincikan dengan bahagian model plastik kapal perang dan kereta kebal babi memberi feel yang realistik.
Pada awalnya Nostromo sepatutnya bewarna kuning namun setelah 6 minggu penggambaran ianya dicat semula mengikut kehendak Ridley Scott. Selepas habis penggambaran model gergasi ini dihadiahkan kepada Bob Burns, seorang pengumpul prop filem di Los Angeles. Kerana kekurangan ruang menyimpan ia terbiar di luar selama 20 tahun. Pada tahun 2009 model ini dibaik pulih oleh pekerja The Prop Store kerana mereka menyedari betapa ikonik dan beharganya Nostromo kepada film historian dan geeks seperti aku. Thank god! Semasa proses baikpulih mereka menemui bangkai seekor possum di dalamnya. Holy shit! Silalah enjoice beberapa gambar pembinaan model ini. I can't wait for Prometheus dan gambar dibawah boleh dijadikan warm up kepada prequel filem Alien yang akan muncul tak lama lagi.
Interestingly anda boleh melihat genesis rekaan Prometheus pada model Nostromo. Nice homage there!
Awesome!
Serius Shit - Kenapa Perlumbaan Haram Berbahaya
Sila ambil Iktibar
Ramai orang kita gemar berlumba secara haram di atas jalan seluruh negara. Perlumbaan haram bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan membahayakan nyawa orang lain. Dibawah ialah video kemalangan ngeri yang berlaku di Arab Saudi baru-baru ini. Sila ambil iktibar dan mengingati mereka yang tersayang. Jika mahu berlumba kami sarakan berlumba di trek atau hadiri event yang mendapat restu pihak pemerintah seperti Hari Belia Negara. Dalam event sebegini kecelakaan sebegini tidak mungkin berlaku.
#Tongue Firmly in Cheek
Serius - NK-Pop : SNSD Versi Korea Utara (8 Gambar)
Kim Jong Un Approves!
Bagi menaikkan moral tentera mereka yang merudum, kerajaan Korea Utara dibawah pimpinan Kim Jong Un menggunakan kumpulan girlband mereka sendiri. Kumpulan ini mempunyai imej ala-la kumpulan girlband seperti SNSD yang popular di Korea Selatan. Berbeza dengan versi Korea Selatan, kumpulan NK-Pop ini berpakaian tidak terlalu seksi dan menyanyikan lagu yang JUCHE compliant. Diharap kumpulan ini dapat mengadakan konsert di Malaysia kerana aku pasti dengan imej mereka yang lebih sopan ini nyata lebih seswai dengan prinsip "kesopanan dan kesusilaan" Rukenegara kita tidak seperti SNSD yang lebih mendewakan iblis, illuminati, setan, Manchester United dan Ayah Pin.
Serius Cute - Bila Minion Despicable Me Menjadi Adiwira (8 Gambar)
Comel bak hang!
Despicable Me ialah antara filem tercomel tahun 2010 dan antara sebab kecomelannya ialah kewujudan Minions.Introspect37 , seorang illustrator melakukan Mashup diantara watak Minion dan adiwira komik terkenal. Hasilnya ialah adiwira comel!
Serius LOL - Pemain Paling "Nakal" Dalam Sejarah Chelsea
Lebih nakal dari Terry, Cole dan Drogba combined......
Serius LOL - Bila Bolasepak Mendapat Sentuhan Michael Bay
HAHAHH
Genius!
Thanks @armytroll Amirul Azmi for the tip
Serius Fakta - Fakta Star Wars : Sempena Ulang Tahun Ke 35
Tahukah Anda!
Pada 26 Mei yang lalu Star Wars menyambut ulang tahunnya yang ke 35. Tak sangka dah setua ini filem rekaan George Lucas ini. Filem trilogi asal ini masih tersenarai dalam filem trilogi kegemaran aku dibelakang Debbie Does Dallas dan Jenna Jamesan POV Series. Good times...
Serius Cool - Recompute : Casing Komputer Mesra Alam (8 Gambar)
Go green teknologi
Menurut Dr Rosmah Mansor tsunami yang melanda Jepun tahun lalu adalah kerana kegagalan Jepun menggunakan green technologi. Dia ada Dr aku tak ada doktor. So I guess she must be correct. Oleh itu marilah kita rakyat Malaysia menggembleng tenaga untuk menggunakan teknolgi hijau mesra alam. Ini bagi memastikan negara kita tidak dilanda tsunami.
Recompute ialah salah sebuah teknologi hijau yang boleh digunapakai. Ianya sistem komputer peribadi yang dibuat dari kadbod kitar semula. Aku ada 6 PC dan 5 daripadanya sudah ketinggalan zaman. Simpan bawah katil sahaja pasal tak reti nak recycle. Kalau aku gunakan casing Recompute pasti casing lama bahan antique tahap American Pickers aku boleh dibuang dengan lebih mudah. Good idea!
Tuesday, 29 May 2012
Serius Indo - Signature Tower : Menara Tertinggi Asia Tenggara (10 gambar)
Goodbye KLCC
Takhta Petronas Twin Tower sebagai menara tertinggi Asia Tenggara bakal tumbang menjelang tahun 2020. Do Indonesia Signature Tower sedang giat dibina dan apabila siap kelak bangunan 111 tingkat setinggi 638 Meter ini akan menjadi menara ke lima tertinggi di dunia. Ini berbanding hanya 88 tingkat dan 452 Meter pada menara berkembar Petronas. Projek bernilai 18 Trillion Rupiah (RM 6 Billion) ini bakal menempatkan hotel, pusat beli belah serta ruang pejabat. Pembinaan menara ini ialah bagi memenuhi kehendak ruang pejabat yang semakin tinggi di Jakarta. Ia juga bakal menjadi bahan berlagak warga Indonesia bila bergaduh dengan Malaysian di Youtube dan Forum . "Menara kami lebih tinggi donk!. WKWKWKWKWKW"
Serius LOL - Spender Untuk Pasangan Yang Berkepit Sepanjang Masa (3 Gambar)
What dalam pasangan belangkas sebenar!
Adakah anda mahu sepasang seluar dalam yang boleh dikongsi dengan pasangan anda? Well now there is an invention for you yang dipanggil FUNDIES. Ianya spender yang FUN. Well at least they claimed it is. Kini fetish memakai seluar dalam bersama yang tersayang dapat dipenuhi!
Seluar dalam ini juga sesuai digunakan oleh manusia berkaki empat dan juga mutan.
Serius Cool - Rekaan Dalaman USCSS Prometheus (14 Gambar)
Hail Weyland!
Jika anda meminati filem-filem Alien, anda tidak boleh melepaskan peluang menonton Prometheus ,prequel kepada filem Alien arahan Ridley Scott. Filem ini akan ditayangkan tidak lama lagi dan the hype machine is in full gear. Kepada kesemua space nerds diluar sana silakan melihat rekaan dalaman pesawat angkasa Promotheus . Now all we need is some nice render of Nostromo and I will be a happy man!
Serius Bodoh - Pak Gad Malaysia Tak Boleh Diharap?
Pengawal keselamatan siapa?
Video reaksi pak gad sebuah pangsapuri di Kelana Jaya. Boleh je dia tengok. So what is the point of having a "security guard" again?
Thanks @prasys for the tips
Serius Cool - Rekaan Kek Senggama Minda (8 Gambar)
Cake paling ganas!
Jangan cuak dan jangan takut. Kek-kek dibawah hanyalah karya seni Scott Hove untuk projek CAKELAND beliau. Kek dengan pelbagai rupa menakutkan dihasilkan beliau untuk projek ini. Sesungguhnya kek-kek beliau pasti digemari manusia yang benci kecomelan dan menyukai serius. Macam aku..
Serius Konsep - Tablet PC Samsung Galaxy One (12 gambar)
Do Want
Tablet Windows8 ialah antara produk yang dinantikan kerana ia bakal menjadi peranti sinergi sebuah tablet dan sitem operasi Windows. Permasalahan utama tablet yang ada sekarang ialah ianya masih belum boleh meggantikan desktop sebagai peranti perkerjaan harian. Samsung Galaxy One ialah konsep rekaan Laura Hong dan Charles de Belizal. Ia bukan sahaja sebuah tablet PC malahan ianya juga sebuah projektor. Anda boleh menggunakan mana-mana permukaan rata sebagai monitor dan Galaxy One akan berubah menjadi papan kekunci. Ia juga dilengkapi stylus seperti Galaxy Note dan ini membolehkan anda menggunakan perisian Photoshop macam diatas sebuha Wacom Cintiq. Nice concept tetapi bateri mesti drain tahap gaban. On another side note branding GALAXY adalah khas hanya untuk peranti Android jadi penamaan Galaxy One disini adalah misnomer.
Serius Cool - Kad Kahwin Paling Hipster (7 Gambar)
Moden! Hipster!
Kad kahwin ialah benda paling aku benci pasal hal perkahwinan. Nak buat gaya sendiri takut orang tua tak suka. Buat gaya default kita pulak rasa tak puas hari. At the end of the day kena find solution somewhere in the middle. So when I see kad kahwin milik salah seorang pembaca Blogserius dibawah aku impressed. Memang lain dari kad kahwin konvesional orang Melayu. Kad kahwin aku pun jenis default gila. LOL.
Kalau berminat mahu rekaan kad kahwin yang moden dan tidak skematosa sila ke Kahwinshop untuk tempah.
Thanks Alon pasal jemput majlis kawin. Sedap makan aku burp!
Serius Indo - Punk Versi Islamik?
Woah?
Nampaknya pengaruh Taqwacore kini sudah menular di Indonesia!
Serius Shit - Keadaan Didaam Penjara Di Honduras
Damnnnn!
Selamat datang ke Penjara San Pedro Sula yang terletak di negara Honduras. Penjara ini merupakan antara pejara paling berbahaya dan korup di Honduras. Tidak seperti penjara normal,San Pedro Sula sebenarnya sebuah bandar dengan dinding mengelilingnya dan penduduk tidak "bandar" tidak boleh keluar. Bahagian luaran penjara dijaga oleh pegawai penjara sementara bahagian dalam dikuasai oleh banduan. Banduan dan pegawai penjara mempunyai undang-undang mereka sendiri. Sebagai contoh terdapat garisan kuning yang memisahkan kawasan kawalan banduan dan pegawai penjara. Garisan yang di beri nama "linea de la muerte" (garisan maut) tidak boleh dilangkaui mana-mana pihak. Pihak banduan tahu jika mereka melintasi garisan ini mereka akan ditembak. Jika pegawai penjara pula melintasinya mereka pula mungkin dbunuh.
Pada awalnya linea de la San Pedro Sula dibina bagi menempatkan 800 orang banduan tetapi kini ia menempatkan 2137 orang penghuni. Didalam San Pedro Sula, banduan mempunyai autonomi lengkap dengan pasar, kedai gunting rambut dan pusat pelacuran. Binatang ternakan seperti ayam, kambing dan babi juga dibela seperti sebuah ladang didalam San Pedro Sula.Korupsi membenarkan ini semua berlaku Ketua banduan berkongsi keuntungan perniagaan mereka dengan pegawai penjara asalkan mereka menutup mata dan mulut. Noe Betancourt ialah ketua banduan sekarang dan beliau "dilantik" selepas membunuh ketua yang terdahulu kerana beliau menaikkan sewa bilik kurungan. Ini membawa kemarahan banduan yang lain yang memancung kepala beliau dan kemudiannya memberi jantung yang dirobek kepada anjing bekas ketua mereka. Oh yes, banduan harus membayar diantara sewa USD 50 hingga USD750 sebulan kepada Noe Battencourt. Wang ini kemudiannya digunakan bagi membayar kos bulanan penjara.
Crazy! Nasiblah penjara di Malaysia tidak sebegini. Terima kasih BN kerana membina penjara yang awesome dan selesa. Ini adalah penting kerana kerajaan kita suka memenjarakan orang tanpa sebab sejak ISA digunakan puluhan tahun yang lalu. DItahan tanpa dibicarakan dan presumed GUILTY. The least they can do is make sure orang yang ditahan tanpa dibicarakan ini diberi penjara yang selesa dan tidak clusterfuck macam di San Pedro Sula.
Serius WTF - Artis Jepun Memasak Kemaluan Sendiri (7 Gambar NSFW)
Sorry Slowpoke!
Mao Sugiyama (22) ialah seorang artis yang hidup sebagai seorang manusia aseksual. Beliau mahu hidup tanpa dikekang identiti jantina. Antara rancangan beliau ialah untuk memakai pakaian jarang. Beliau merasakan hanya setelah membuang organ seks barulah beliau boleh memakai pakaian sebegini. Mao mengenakan bayaran USD250 seorang kepada sesiapa yang ingin memakan organ pembiakan beliau. Pada 13 Mei yang lalu beliau memasak kemaluan beliau sendiri untuk 5 orang individu yang berminat di sebuah restoran di Tokyo. Apabila diminta menerangkan rasa kemaluan Mao, salah seorang yang "pelanggan" berkata dagingnya agak liat dan seakan getah. Damn! Walaupun apa yang dilakukan ini mungkin dianggap salah disisi undang-undang Malaysia, di Jepun tiada undang-undang mengharamkan kanibalisme. No laws were broken. Dengan berlangsungkan event memakan organ pembiakan ini aku rasa Jepun secara rasminya boleh diberi nama baru. Jepun Darul WTFBBQ. Coz seriously this is a very WTF BBQ event yang sukar untuk ditandingi ke senggamaannya!
On a side note this is a natural evolution of weirdness for human beings. Some of us are already engorging on Tiger and Cow penises. In Texas there is even an annual cow testicle fest where cow dongs are considered as a local delicacy. The question is if tiger wangs are considered as an aphrodisiac what does does eating human sexual organ can do for you? More powderful in bed?
NOTE : Link ke gambar NSFW sudah dibaiki. Jangan klik kecuali anda ada testicular fortitude sebenar!
Monday, 28 May 2012
Serius VS - Galaxy SIII VS HTC One X VS Galaxy Nexus (17 Gambar)
Fight!
Peranti pintar terkini Samsung Galaxy SIII kini ditangan pihak Amanz.my dan aku ditugaskan melakukan ulasan penuh. Tapi sebelum itu mari kita melihat gambar SGSLLL di sebelah HTC One X dan Galaxy Nexus. Harus aku katakan pada pendapatan aku Galaxy Nexus lebih cantik dari segi binaan dengan chasis diperbuat daripada logam. Dari segi skrin Galaxy SIII tanpa segan silau menapau Nexus dan HTC One X. It was not even close kerana SGSIII punya skrin memang jizzgasm. Surprisingly SGSIII nampak lebih cantik in real life dari dalam foto yang aku tengok. In fact pegang dalam tangan rasa sangat comfy. Siapa follow instagram aku pasti dah melihat beberapa test shots yang aku berjaya ambil. All in all SGSIII memang sebuah telefon yang terbaik dalam kelasnya. Mungkin ada yang tak suka rekaannya yang terlalu bulat dan lebih menyukai HTC. That's ok...... tapi ikhlas aku katakan dari segi kustomasi UI, features, perisian dan extras SGSIII memberikan value for money. Tepuk manbewbs tanya poket ada duit ke atau tidak sahaja!
Serius WTF - Pelajar Pintar Dipenjara Kerana Ponteng Sekolah
Bangang Bangang!
Diane Tran (17) seorang pelajar berasal dari Texas terpaksa menginap semalaman di dalam penjara kerana kesalahan terlalu kerap ponteng sekolah. Beliau terpaksa ponteng sekolah kerana terpaksa bekerja bagi menanggung perbelanjaan adik dan abang beliau yang sedang belajar di universiti. Ibu bapa Diane sudah bercerai dan Diane terpaksa mengambil dua pekerjaan selepas sekolah bagi menanggung perbelanjaan harian. Akibatnya beliau terlalu penat untuk kesekolah pada keesokan harinya. Sungguhpun begitu beliau masih didalam senarai pelajar pintar sekolah beliau. Di Texas jika seorang pelajar tidak menghadiri sekolah selama lebih 10 hari tanpa alasan munasabah harus dipenjadar 1 hari dan didenda USD 100.
Hukuman keatas Diane menerima laporan hebat media di Amerika dan rata-rata merasakan hukuman keatas beliau adalah tidak munasabah dan bodoh. Diane ponteng bukan kerana malas tetapi kerana terlalu rajin dan tidak selfish. She should be helped not jailed adalah respon yang paling banyak diterima. Kadang kala memang gila undang-undang manusia ini.
Diane berharap hukuman beliau akan ditarik semula kerana di Amerika jika anda mempunyai rekod jenayah (walaupun kes bodoh macam ini) ia mampu meroskkan masa depa anda. Diharap hakim dapat menarik semula hukuman ini. Di Malaysia berapa ramai student yang boleh kata dia bekerja kuat untuk keluarga dan masih dapat jadi top student? Aku yakin tak banyak
Serius Indo - Sekitar Demo Anti Lady Gaga Di Indonesia (10 Gambar)
Indo pula!
Selepas demo dilakukan di Korea dan Filipina, tiba giliran demo anti Gaga di Indonesia pula. Kali ini ia dianjurkan oleh Front Pembela Islam yang menyamakan penyanyi berasal dari New York ini sebagai syaitan bertopengkan manusia. Tidak seperti di Korea dan Filipina, demo semalam berjaya menyebabkan Gaga membatalkan konsert beliau di Jakarta. 50 000 tiket untuk konsert yang sepatutnya berlangsung 3 Jun hadapan sudahpun habis dijual. Sementara itu Lady Gaga meminta maaf kepada peminat beliau di Indonesia kerana terpaksa membatalkan konsert. Gaga enggan mengubah konsert beliau supaya lebih sopan seperti yang dikehendaki pihak berwajib Indonesia.
Serius Klasik - Mimos IDOLA dan MakcikPC : Projek Yang Dilupakan (7 Gambar)
Sebelum 1MPad
Sebelum 1Malaysia PAD kerajaan melakukan inisiatif untuk menghasilkan netbook buatan Malaysia yang diberi nama MakcikPC. Netbook buatan MIMOS ini diperkasakan dengan pemproses Intel Atom dan RAM sebanyak 1 Gigabyte. Ianya usaha awal kerajaan untuk mencelikkan orang ramai dengan teknologi IT. Projek bermula pada tahun 2007 dan sebuah prototaip yang diberi nama JEN-11 (Jendela Informasi Internet) dihasilkan. Ada yang mengatakan JEN disini sebenarnya nama isteri mantan PM kita Jeanne Abdullah. Seterusnya pada tahun 2008 iDOLA pula dihasilkan. IDOLA ialah singkatan kepada Internet Device For Learning Application. Ianya sebuah pc dengan skrin sesentuh kapasitif. Sekali lagi ada spekulasi mengatakan nama iDOLA diberikan sempena nama Abdullah Ahmad Badawi. Hehe
Malang bagi Mimos kerana ketika dua peranti ini dihasilkan secara tiba-tiba netbook dan Tablet PC menjadi obsolete apabila Apple mengeluarkan iPad pada tahun 2010. Teknologi berubah dan peranti buatan MIMOS ini pupus laksana dinosaur selepas ledakan meteorit.
Jadi kemunculan 1Malaysia Pad bukanlah sesuatu yang tidak boleh dijangkakan. Ianya kesinambungan terhadap usaha kerajaan untuk menghasilkan peranti IT mampu milik buat semua rakyat Malaysia. The only problem is like the MakcikPC and iDOLA, by the time 1Malaysia Pad is sold it is already out of date and too expensive for such a low spec device. Nampaknya negara kita masih belum cukup pantas untuk ikuti trend teknologi dunia. Sungguhpun begitu diharap peranti sebegini dapat dijadikan batu loncatan untuk menghasilkan peranti yang lebih berkuasa dan relevan dengan zaman. Jika China dahulupun mengeluarkan peranti sampah dan kini menjadi pengeluar peranti terbaik dunia, masakan Malaysia tidak boleh melakukan perkara yang sama. Harus percaya dengan kemampuan rakyat Malaysia kan? Ke aku terlalu optimistik?
Laporan asal AMANZ.MY
Serius Cool - Scamander RRV : Kenderaan Dua Alam (10 Gambar)
Sesuai untuk kawasan banjir
Setiap tahun banjir besar melanda pantai timur dan utara Malaysia. Akibatnya kehidupan seharia terganggu kerana kenderaan harian yang digunakan tak boleh meredah banjir. Di Kuala Lumpur juga sama. Kesesakan berlaku kerana jalan banjir. Ini mengakibatkan RRRAAGEE dan FFFUU yang melampau. Apakah kenderaan yang anda rasakan seharusnya dimiliki mereka yang harus berdepan dengan masalah banjir?
Bagi aku Scamander ialah jawapan yang kita nanti-nantikan. Kenderaan amfibia dua alam alam ini adalah rekaan Peter Wheeler. Beliau dahulunya pemilik syarikat kereta lumba TVR. Selepas menjual syarikat TVR kepada Nikolai Smolenski pada tahun 2005, Peter mula membangunkan projek Scamander. Scamander kerana pada pendapat beliau kereta yang terjual diluar sana tidak dibina untuk orang seperti beliau. Peter mahukan sebuah kenderaan yang boleh digunakan untuk beliau offroading, memancing dan memandu secara laju di litar. Scamander ialah sebuah RRV (Rapid Response Vehicle) yang pada hemat beliau mampu melakukan kesemua aktiviti diatas. Untuk versi awal Scamander menggunakan enjin V8 4.6 liter. Untuk produksi penuh Peter mahu meletakkan sebuah enjin diesel dari sebuah kapal terbang bagi memberikan lebih kuasa untuk Scamander. Scary stuff.
Bagi aku Scamander ialah sebuah kenderaan yang nampak unik dan ganas. Sekali lihat nampak macam sebuah kenderaan dari filem fikyen sains.
Laporan asal EVO
Serius - Mari Lihat Nama Pemilik Nombor Kereta WWW
WWW!
WWW ialah plat nombor kereta yang terhangat bulan ini. Ada aku dengar rumours pemilik WWW 1 membayar lebih setengah Juta untuk kereta milik beliau. Pada awalnya aku tak tahu siapakah individu yang sanggup membayar sebanyak itu hanya untuk sebuah nombor pendaftaran kereta dan hari ini misteri ini terjawab. Behold..Rupanya tak lain tak bukan Sultan negeri aku Johor. The surprising part is kenapa harga WWW 404 dan WWW 1337 murah. Nampak sangat yang memohon nombor WWW ini tidak banyak yang G33k dan 1337
Thanks @Azrul_Azizan for the Twitip
Untuk senarai penuh nombor kereta yang ada WWW sila ke Laman JPJ Disini
Serius Cool - Muzium Seni Kanak-Kanak Di New York (14 Gambar)
Mulakan dari kecil.
Antara perbezaan utama antara maysarakat kita dan barat ialah bagaimana kita menghargai seni. Di kota besar seperti London contonya, seni dipandang tinggi dan kewujudan West End dan muzium seni bertaraf dunia menaikkan prestij kota London. Di Malaysia seni dianggap sebagai membazir. Sesetengah golongan pula menganggap seni itu tidak penting dan agama lebih penting. Ini mengakibatkan industri seni kita merudum dan mengecil jika dibandingkan dengan saiznya ketika zaman 70an. Ini amat menyedihkan kerana ramai individu di Malaysia tidak menyedari ketamadunan dan kemajuan seni sesuatu bangsa itu saling berhubung kait. Jika seni tidak dimajukan selari dengan kemajuan infrastruktur maka hilanglah keseimbangannya. Maka tidak hairanlah generasi muda Malaysia mengalami kecelaruan budaya. Tak tahu budaya mana mahu diikut. Kejap Kpop, kejap Indopop dan sebagainya. Kegagalan menghargai budaya dan seni dari kecil is not a good thing.
Jadi apa yang dilakukan di New York bagi memastikan anak kecil menhargai kepentingan seni dari kecil? Mari melihat Childrens Museum of the Arts yang terletak di New York. Ini ialah banguna baru muzium yang sudah wujud sejak 20 tahun yang lalu. Muzium ini mempamerkan seni lukisan dan tampak yang dihasilkan oleh golongan kanak-kanak. Harus diakui kebanyakkan Muzium tidak dibina with kids in mind. Ini bukan kesnya di Childrens Museum of the Arts kerana rekaan dalamannya yang mesra anak kecil. Sungguh bernasib baik anak-anak New York ada Muzium untuk mereka. Kita bila lagi? Pusat Sains Negara kita pun nampak macam hidup segan mati tak mahu. A shame pasal when I was growing up I would go to the Singapore Science Center. That place was probably one of the reason why I am so passionate about science. The exhibit was top class and as a result I loved science ever since. Come on MOSTI..... bagi facelift sikit Pusat Sains Negara. Kita mahukan generasi Malaysian yang celik SAINS dan bukan celik gossip dan berita seks semata-mata! For Malaysia!
Serius FOA - I Just Need To Get This Out Of My System
FOA Masuk kejap
Many people asked me why the sudden diluge of political themed entries on Blogserius lately. The answer lies in the simple matter of how I first started in the blogging world. Many a moons and many a Uranus ago I was know as the writer of the very political blog FOA. I know most of you never actually read anything I have written there because it was too political and was largely in English. I stopped writing there because
a) Writing a political blog is not good for my anger management issue. The more I write the more I found myself wishing that I could get my hands on a thermonuclear device so I can end the world right there and then. To be honest I think humankind and it's civilisation is overrated. The end of the world as we know it is not really a bad thing in the grander scheme of things
b) Not many people wanted to read what I have written. I can't blame you guys because even I am aware of the grievous amount of typos and grammatical error that peppered all the written pieces
c) A small not so famous case involving me punking Raja Petra Kamarudin and subsequent visits to Bukit Aman put paid to my political writing career. I guess I don't have the testicular fortitude to write any more controversial pieces of FOA
d) I found love and got married. I need something that could pay the bills and if FOA can't provide the means to make ends meet then It must be put into a hibernative state while I pumped as many human hours on Blogserius
To be honest I missed FOA. I really do. A couple of months ago I was actually compiling a BLOOK for Freedom of Association. I even took down old entries I wrote on FOA just so that the only way you could read those "awesome" entries would be on the book. The blook project is currently on hyperspace stasis. Why you asked? Because I just can't find the time to select which entries should be published and then correcting all those wonderful grammatical errors. Seriously I would love to publish FOA The Blook but at the end of the day I still believe that no one in their right mind would want to buy a book that was based on a blog. Why pay when you can read it for free on the interwebs right?
Lately I feel obligated to write again in English. This is due to the fact that I think ever since I stopped writing in FOA the quality of my English is getting worse. I can no longer put ideas into proper words. I find this depressing because as an English educated public school boy the inability to write in English is akin to a grown men suffering from erectile dysfunction. I feel like I am no less of a man then I was a couple of years ago. Unlike men with erectile dysfunction there are currently no pills on sale to remedy my disease. Like an injured US Marine veteran I have to write in English when possible. This is as close as one can get to language rehabilitation.
Some might scoff at the idea of me being TOO political here in Blogserius. Problem is I started as a political blogger and that is part of my identity. I still get interviews from newspapers on political and current issues but since I no longer cover them on my blog, lately I do feel like a fraud when commentating about them. Like a couple of months ago I was interviewed by The Sun about the New Evidence act. Since I no longer keep tabs on Malaysian news and what not I can't really answer the question posed to me by the reporter. That was a very embarrassing situation for me.
So readers just bare with the political content for a while. I just need to get it out of my system. If you dont like what you are reading you are welcomed to get your daily fix on other blogs. I just need to do this for the sake of my sanity and self worth. Blogserius been good to me but if i treat Freedom of Association like a retarded adopted son what does that tell you about me as a person? FOA must live in some form or another and writing political shit here is the only way I know to keep it alive.
Serius VS - Reaksi Muslim Terhadap Israel VS Syria
Fucking Facts..
Adakah kerana majoriti Muslim di dunia anti semitik? Bila "rakan seagama" lakukan genosid terhadap muslim yang lain mulut terkatup.. terkunci mulut macam lirik lagu Ahli Fikir
Kekejaman di Mesir, Libya dan Syria semuanya tidak mendapat tentangan secara serius oleh komuniti islam dunia. Kenapa ya? Menurut laporan media di Syria sahaja 10 000 orang sudah dibunuh rejim Bashar Al Assad. Bukan benda baru ini semua. Bukan berita baru juga tapi apati kita terhadap pemubunuh orang islam (sungguhpun merea Syiah) sangat menyedihkan. Adakah syiah itu bukan manusia dan humanity kita harus dimatikan untuk mereka? Tetapi jika Israel menembak peluru getah walau sebutir kita mula emosional. Suruh boikot sarekat sarekat yang dikatakan menyokong rejim haram Zionis.
Mengapa apati kita selektif? Jika aku reiterat yang kebanyakkan diantara kita adalah closet anti semite mesti ramai yang marah tapi hakikatnya inilah jawapan kepada persoalan aku. Kalau yahudi membunuh kita cepat bertindak. Bila melayu tutuh melayu atau Arab tutuh Arab kita menutup mulut macam dalam mulut disimpan 13 New iPad bertatah permata dan nilam
Sunday, 27 May 2012
Serius WTF - Kustomasi Aneh Rolls Royce Silver Wraith (11 Gambar)
Defuq?
Rolls Royce Silver Wraith ialah antara model klasik keluaran syarikat kenderaan dari England. Ia dikeluarkan dari 1946 hingga 1959. Jarang sekali kereta klasik sebegini di PIMPED sehingga menjadi aneh. Well what do you know di Toronto ada seorang pemilik Silver Wraith yang mengubahsuai Rolls Royce beliau sehingga menjadi super aneh. Bahagian badan kereta dipanjangkan sebanyak satu kaki dan saduran krom bernilai USD 33 000. Bizarro!
Serius Cool - Wayang Diubah Menjadi Kedai Alatan Sukan (13 Gambar)
Cool shop!
Di Malaysia wayang lama kebanyakkannya diubah menjadi gedung baju ataupun kedai perabot. Di Kepong,sebuah wayang lama diubah menjadi sebuah restoran. Di Milan Itali, sebuah wayang lama diubah menjadi sebuah gedung barangan sukan berjenama BASTARD lengkap dengan gelanggang papan gelongsor. Cool stuff. Ruang gergasi wayang lama sebesar 1600 meter persegi ini diubah oleh firma arkitek Studiometrico. Selain menempatkan gedung barangan sukan dan gelanggang papan gelongsor bekas wayang ini juga menempatkan pejabat dan studio rekaan. Cool office bro
Serius Cute - Kristen Stewart : Mia Bella Bella (7 Gambar)
Cute!
Aku bukan peminat Kristen Stewart kerana lakonan beliau sangat kaku tapi you have to admit dalam gambar di bawah pelakon Twilight ini kelihatan sangat cute. Gambar di bawah diambil ketika tayangan perdana filem Cosmopolis, lakonan teman lelaki beliau Robert Pattinson. Cute dress Kristen!
Serius LOL - Jika Poster Kempen Obama Direka di Malaysia 3 Gambar)
Change We Can't!
Harus diakui poster pilhanraya parti politik Malaysia semuanya macam haram. Seakan tidak berovolusi semenjak 1957. Poster pilihanraya Obama pula sangat moden dan dikatakan antara penyebab golongan muda can relate to him in the successful 2008 election. Pernahkah anda terfikir bagaimana rupa poster pilihanraya Barrack Obama sekiranya poster beliau direka oleh "designer" Malaysia?
Serius - Ada Wang Ada Amoi Di China (9 Gambar)
Untunglah Kaya...
Di China terdapat banyak taikun kaya yang terlalu sibuk nak dating akibat bisnes dan terpaksa membeli bini. Terkini 11 orang hartawan berstatus billionaire menawarkan ganjaran Yuan 50 000 kepadaa agensi perkahwinan yang berjaya mencarikan isteri yang sesuai untuk mereka. Tidak mengejutkan tawaran ini menyebabkan lebih 2000 wanita berpusu-pusu untuk mencuba nasib menjadi calon isteri kepada billionaires ini. Wanita yang menawarkan diri mereka datang bukan sahaja dari China malahan ada yan datang dari Singapura dan Australia. Dari 2000 yang memohon hanya 320 orang diminta menghadiri sesi temu bual bagi mengecilkan selection pool kepada hanya 28 orang. Mereka ditemurah di Guangzhou bagi memasikan;
1) Mereka tidak pernah menjalani pembedahan plastik. Seorang doktor akan memeriksa tubuh mereka bagi memastikan mereka ori.
2) Temu ramah berkenenaan tahap pendidikan dan pemahaman seni. Billionaire mahukan waifu yang ada status dan bukan bimbo semata-mata
3) Ujian psikologi.. bagi memastikan calon bini tidak mental
4) Pemeriksaan bintang Astrologi - Kerana billionaire superstitious dan mahukan waifu yang sesuai dengan bintang zodiak kepala bana dia
5) Saringan akhir dimana calon bini dipasangkan dengan salah seorang dari 11 billionaire.
Oh dan paling best billionaire ini semua mahukan bakal bini yang masih dara. Oh noes.
Inilah dunia moden. Lelaki yang terlalu bekerja keras sampai bini dibeli macam membeli gajet di kedai Seng Hup. Tak sangka ada juga wanita yang sanggup menawarkan diri mereka untuk dibeli sebegini. Well inilah kelebihan lelaki berduit. Bak kata forum Low Yat. "Ada Wang Ada Amoi"
Serius Sadis - Kereta Rempuh Penonton Di Hari Belia 2012 (5 Gambar)
Prayers!
Semalam berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan beberapa orang penonton di perhimpunan Hari Belia Negara 2012 yang berlangsung di Putrajaya. Dari laporan yang diterima setakat ini 2 orang penonton cedera parah dan 15 lagi cedera ringan. Kemalangan berlaku ketika acara Drag Race dilangsungkian. Salah sebuah kereta yang bertanding hilang kawalan dan merempuh penghadang sebelum melanggar penonton.
Soalan genius saya ialah kenapa pakai penghadang biasa sahaja untuk event kereta memecut? Mana safety featurenya? Kalau anda menonton video dibawah jelas hanya penghadang besi biasa sahaja yang digunakan dan semetinya kalau dilanggar tidak memberikan apa-apa perlindungan kepada penonton. Kenapa penganjur dibenarkan meneruskan event drag race ini dengan safety feature yang sama tarafnya dengan even drag race haram sekitar Malaysia. Bukankah Hari Belia Negara, sebuah event yang mendapat restu kerajaan sewajarnya mengambil berat soal safety dengan lebih baik? Adalah tidak masuk akal event yang dianjurkan kerajaan ada safety feature tahap Pak Pandir.
Semoga yang cedera segera sembuh. Itu sahaja aku mahu. Next time sepanjang jalan letaklah barrier konkrit. Just google Proper Drag Race Track. U know what to do next.
Laporan asal Blog Anak Seberang
Serius Konsep - Konsep Penyimpan DVD Berbentuk Pesawat Avengers (7 Gambar)
Nakharom....
So damn cool sial. Ini ialah konsep penyimpan DVD/Blu Ray yang dihasilkan oleh Dave Delisle. Do want gila babi dowh!
Saturday, 26 May 2012
Serius Konsep - Renault Alpine A110-50 (12 Gambar)
Sexy siak!
Renault Alpine A110 ialah sebuah kereta yang diaggap legenda dikalangan peminat sukan rally WRC. In fact Alpine A110 ialah pemenang pertama takhta WRC pada tahun 1973. Ini membuatkannya menjadi legend seperti Lancia Stratos , Subaru Impreza Colin McRaae dan Evo 5 Tommi Mäkinen. Baru-baru ini renault menghasilkan konsep Alpine 110 versi 2012 yang diberi nama Alpine 110-50. Kereta konsep baru ini mempunyai DNA Alpine yang asal tetapi dengan imej yang jauh lebih agresif dan moden. Ia diperkasakan dengan enjin 3.5 liter V6 yang mampu menghasilkan 400 kuasa kuda. Aku paling suka lampu LED bahagian hadapan yang berbentuk separuh bulat. Nampak macam Tron. Cool beans!
Serius - Pembedahan Pemindahan Rahim Pertama Berjaya Dilakukan Di Turki
Syabas!
Derya Sert, (22) ialah penerima pembedahan rahim pertama yang berjaya didunia. Beliau yang dilahirkan tanpa rahim kini sembuh dan mahu segera mendapatkan bayi bagi menyerikan perkahwinan beliau.Pembedahan pemindahan rahim ini dilakukan oleh Dr Omer Ozkan dan pasukan beliau di Hospital Universiti Akdeniz di Antalya Turki. Menurut laporan asal Daily Mail, puan Darya menjalani pembedahan ini pada Ogos tahun lalu. Selama 6 bulan beliau diberi rawatan bagi memastikan tubuh beliau tidak menolak organ baru beliau yang didermakan oleh seorang wanita yang meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Derya Sert dilahirkan tanpa rahim walaupun beliau mempunyai sepasang ovari yang sihat. Masalah ini dihadapi setiap satu dari 5000 wanita dunia dan kejayaan pembedahan ini dijangkakan mampu membolehkan wanita yang mempunyai komplikasi yang sama untuk mengandungkan anak.
Percubaan pertama pembedahaan pemindahan rahim dilakukan pada tahun 2000 di Arab Saudi. Malang bagi penerima organ apabila rahim yang dipindahkan akhirnya mati selepas 3 bulan pembedahan dijalankan kerana masalah peredaran darah.
Tahniah buat team Hospital Universiti Akdeniz Turki. Diharap Malaysia juga boleh menurut langkah Turki. Mari buat pemindahan telur dan zakar yang berjaya pula
Laporan asal DailyMail
Friday, 25 May 2012
Serius Fakta - 16 Fakta Mengenai Tidur
Tidur
Hari jumaat..... esok cuti. Mari baca fakta tidur dan mimpi
Serius - Piramid Kanye West : Bukti Beliau Illuminati (8 Gambar)
Trololol
Kanye West sudah lama dituduh sebagai agen illuminati. Tetapi semalam beliau menunjukkan memang sohih dan benar beliau antara egen iblis illuminatus. Sempena festival filem Cannes, beliau menayangkan video pendek beliau bertajuk Cruel Summer didalam sebuah "panggung wayang" berbentuk piramid. Didalam piramid ini penonton akan melihat filem pendek beliau dipaparkan kepada 7 skrin sekaligus. Apa lagi alasan yang and mahu gunakan untuk mempertahankan ashkar iblin, syaitan dan tonik Kanye West ini. Nama pun Kanye West. BARAT... berkiblatkan barat dan bukannya kota suci Mekah! Hapuskan Kanye... musnahkan kerajaan iblis illuminastus dan los illuminados Umbrella Corporation
In b4 shitstorm coz they don't understand my sarcasm
Serius Klasik - Seoul Kore Selatan 1949 (13 Gambar)
Lain gila
Seoul adalah antara badan termoden di dunia. Kami banyak paparkan projek bangunan pencakar langit di ibukota Kimchi selatan ini dan kagum dengan kegilaan bangunan yang bakal dibina. Siapa sangka kota metropolis ini dahulunya tidaklah secanggih mana dan moden sedikit sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur. Kita selalu mentertawakan warga Korea Selatan yang gila pembedahan plastik untuk merubah wajah mereka. Tapi kami yakin tak ada yang ketawakan Korea Selatan kerana keawesomean mereka merubah wajah Seoul dari kota kecil mejadi bandar moden.
Serius Col - Model Masjid Sultan Abu Bakar Dipasang Di Legoland (8 Gambar)
Wah hey!
Masjid Sultan Abu Bakar ialah antara masjid yang tercantik di Malaysia. Ianya dibina pada tahun 1892 dan siap sepenuhnya pada tahun 1900. Ianya dibina oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar dan mempunyai rekaan yang berlainan dari masjid yang terbina sebelumnya. Pengaruh kolonial England dapat dilihat pada rekaan masjid dengan menara masjid dibina seakan menara jam era Victorian. Ianya direka oleh Tuan Haji Muhammad Arif bin Punak. Masjid ini adalah antara monumen yang pasti anda lihat apabila pergi ke Johor Bahru. Too bad masjid ini juga dikenali sebagai masjid Mawi kawhwin dikalangan peminat muzik tanah air.
Dibawah ialah model masjid ini yang diletakkan di LEGOLAND Johor. Awesome! Masjid Sultan Abu Bakar adalah salah satu mercu tanda Johor yang diabadikan dalam versi miniatur di Legoland. Terdapat hampir 100 mercu tanda terkenal dari Malaysia dan seluruh dunia akan diletakkan di Legoland apabila ia siap kelak. Tahukah anda setiap satu model harganya boleh mencecah RM100 000 dan memerlukan ratusan jam untuk dibina. Cool beans!
Gambar ehsan saudara @Hazrey dan jika anda mahukan laporan lebih terperinci nantikan kemunculan segmen LEGOLAND di Majalah Tiga tidak berapa lama lagi. Boleh tengok sneak peak pembinaan taman tema termahsyur dunia ini. Yeah!
Serius LOL - Pengganti Ibrahim Ali Ditemui Di Perak?
Hahahahahah!
Suddenly a wild Ibrahim Ali clone appears! Kah Kah!
Thank @datukHensem for the tip!
Serius Metroll - Mawi Kesal Tidak Dipanggil Ke Konsert World Stage
Johor Bahru - Jumaat - Penyanyi sensasi dan juga bekas pemenang Akademi Fantasi Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama glamernya Mawi hari ini menanyakan rasa kesal beliau tidak dijemput untuk menyanyi di konsert MTV World Stage. Konsert besar-besaran yang bakal berlangsung tanggal 14 Julai akan datang sebaliknya memanggil penyanyi luar seperti Justin Bieber, Kara dan Jay Park. Mizz Nina menjadi wakil tunggal meawakili Malaysia didalam konsert yang bakal disiarkan di saluran MTV. Menurut Mawi adalah sangat tidak adil seorang penyanyi yang terkenal dengan motto "Mawi World" tidak dapat melakukan persembahan di sebuah konsert yang mempunyai perkataan World. Beliau menambah ini tahun ketiga beliau tidak dipanggil selepas konsert tahun lepas memanggil Pop Shuvit untuk mewakili Malaysia. Dalam temuramah ekslusif wartawan Metro bersama Mawi di kediaman beliau di Johor Bahru, Mawi berkata
"Saya bukan nama kecil dan pernah satu ketika makcik jual budu di Kelantan pun menggemari muzik saya. Kenapa dipilih penyanyi urban yang makcik tak kenal seperti Pop Shuvit dan Mizz Nina? Apa yang mereka ada yang saya tak ada. Saya dulu TUDUNG pun ada dinamakan sempena nama saya! Namakan satu barang yang dinamakan sempena Mizz Nina dan Pop Shuvit sekarang! Disamping itu saya lebih berimej Malaysia dari artis-artis lain. Tak adil!"
Sementara itu timbalan presiden persatuan SENIMAN saudari Zed Zaidi bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Mawi.
"Apa yang beliau katakan betul. Dahlah industri filem kita dicemari pendatang macam Mat Harun bin Mat Aziz. Kini kita dahulukan Justin Bieber dan dua penyanyi Kim Chi muka dibedah plastik lebih extreme dari Zahida Rafik. Mana permit pekerjaan pendatang ini semua? Kalau nak tengok budak bawah umur menyanyi panggil sahaja juara Idola Kecil. Mereka juga boleh menyanyi malahan lebih bagus dari Justin Bieber!"
Sementara itu MTV dan Sunway (pemilik tapak konsert kelak) apabila diminta memberikan komen memberitahu kami
"Bukan kami tak mahu jemput beliau, tetapi beliau juga dikenali sebagai TSUMAWI. Kami risau jika beliau diatas pentas seluruh Sunway Lagoon akan dilanda Tsunami beliau. Pihak MTV dan Sunway terpaksa memikirkan keselamatan mereka yang hadir pada konsert ini kelak"
Serius VS - Aishwarya Rai Terkini VS Beberapa Bulan Yang Lalu (6 Gambar)
homai
Aishwarya Rai pernah tersenarai didalam list wanita paling fappable dunia. In fact kecantikan beliaulah yang membolehkan beliau memenangi gelaran wanita tercantik Miss World pada tahun 1994. Beberapa bulan yang lalu kami paparkan gambar dibawah. Persoalannya adakah beliau kini semakin kurus atau semakin bebola daging IKEA? Mari lihat!
Subscribe to:
Posts (Atom)