Friday, 18 May 2012

Serius Konsep - Lori Elektrik California : Macam KTM Komuter (8 Gambar)


California : Bandar Jerebu

California ialah antara bandar yang paling teruk sistem pengangkutan awamnya di Amerika. Akibatnya penduduk California terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk kemana-mana. Bandar Losa Angeles contohnya terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang kronik dan jerebu akibat pencemaran asap kenderaan bermotor. Siemens dengan kerjasama Mercedes menghasilkan lori hibrid dibawah sebagai solusi kepada masalah jerebu yang kronik California. Sistem yang diberi nama eHighway membolehkan lori hibrid elektrik dan diesel digunakan di lebuhraya California. Ia berfungsi seperti keretapi elektrik. Apabila diatas lebuh raya lori akan menggunakan tenaga elektrik. Apabila sudah berhampiran destinasi penghantaran barang ia kembali menggunakan diesel. Ia diharapkan dapat mengurangkan pencemaran dari kenderaan berat. Buat masa ini sistem Ehighway sedang diuji di Jerman. Jika sistem ini terbukti praktikal, sistem pylon elektrik akan dipasang di Bandaraya Los Angeles dan Long Beach California.

Adakah sistem ini cool atau tidak praktikal pada pendapat anda? Aku rasa tak praktikal.






Laporan asal DesignBoom

13 comments:

  1. terbaik lah..
    @amilism.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ni kompem xbleh memotong...drive safe..

    ReplyDelete
  3. nampak cm tak practical sgt la..

    ReplyDelete
  4. takleh la nk memotong nmpk gayanye..pakcik polis pn x leh la nk crk side incom klu bt camni..ha..ha...ha...

    ReplyDelete
  5. confirm smua driver x guna tenaga elektrik. X syok driving kalo x bleh nk main gear & potong memotong..

    ReplyDelete
  6. bnda ni dah ada kt beijing.. aritu ak pi beijing bas awam depa pakai mcm ni la.. sebijik... yg best nya tambang hanya 2 YUEN, kemana2 sahaja dalam bandar beijing...

    ReplyDelete
  7. tapi kalau nak naik bukit + bawak balak ber tan-tan atau bawak pasir terlebih muatan macam mana pulak ???

    tapi kalau buat kat tengah-tengah bandar OK juga... kalau jem tengah jalan jimat sikit minyak.. :)

    ReplyDelete
  8. mlysia patut ade supaya lori+bas xbole overspeed & langgar keta+moto kt highway

    ReplyDelete
  9. kt M'sia xleh kot...bdk2 kt cni ske main lelayang...abis la bdk2 ni kne karen...zzzzzzttttt

    ReplyDelete
  10. kalau elektri x ada ke.. macam mana pulk... boleh ke dia brfuksi....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails