Thursday, 17 May 2012

Serius - Pembunuh Menyamar Menjadi Polis Di Mississippi


Bahaya!

Di Mississippi pihak Polis menasihatkan orang ramai supaya berhato-hati jika ada kereta yang cuba menahan mereka ketika memandu di Lebuhraya. Mereka menasihatkan orang ramai supaya menalefon talian kecemasan 911 terlebih dahulu sekiranya was was dengan "polis" yang cuba menahan mereka. Amaran keselamatan ini diberikan oleh mereka setelah berlakunya dua kes pemubuhan dimana mangsa ditemui tertiarap pada stereng dan terdapat bukti yang menunjukkan mereka berhenti di bahu jalan sebelum ditembak. Dalam kejadian yang berlaku awal bulan ini Tom Schlender (74) dan Lori Carswell (48) mati ditembak pada jarak dekat selang 3 hari antara satu sama lain. Pihak polis Mississippi kini sedang menemubual seorang saksi yang cuba ditahan oleh seorang "polis" pada April lalu. Beliau walaubagaimanapun sangsi bahawa lelaki yang cuba menahan beliau itu seorang polis. Selepas berhenti di bahu jalan wanita tersebut meminta "polis" menunjukkan dokumen pengelanan yang mengesahkan beliau memang seorang polis. Si "polis" bengang dan terus membatalkan hasrat untuk menahan beliau. Polis Mississippi percaya lelaki ini ialah lelaki yang sama yang membunuh Schelender dna Carswell.

Bahaya betul ini. Ada orang menyamar sebagai polis dan membunuh. Nasib baik di Malaysia kejadian sebegini tak ada dan abang polis dengan penuh lemah lembut akan tunjukkan kad kuasa bila diminta rakyat jelata. Abang polis kita terkenal dengan tahap professional dan tidak akan mengamuk jika kita meminta kad kuasa. Ini adalah antara hak RAKYAT bila ditahan pihak polis. Ingat ye.

Minta tunjuk kad kuasa
Tanya sebab ditahan

Ini hak anda. Jangan lupa. Manalah tahu ada penjahat di Malaysia gunakan modus operandi yang sama macam di Mississippi untuk merampok dan membunuh. Biar selamat dan cermat.



Laporan asal ClarionLedger

11 comments:

  1. aku akan lebih berhato-hato lepas no.

    ReplyDelete
  2. aku tak tahu rupanya kita ada hak utk mintk kad kuasa,thx sbb beri info yg berguna

    ReplyDelete
  3. info yang bagus..@amilism.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. mekacih..cayang obe sbb amik berat. muahks

    ReplyDelete
  5. Oh. Selalu ditahan berenti jer. Lupa plak nak minta kad kuasa. Huhu.

    ReplyDelete
  6. Just nk shere; Aku penah minta kad kuasa kat polis. Polis tu siap sound.. ambik no. badan aku, ko gi check kat balai.. pas2,terus polis tu suruh aku jalan.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails