Thursday 17 May 2012

Serius Klasik - Fritx X : Bapak Senjata Pintar (11 Gambar)


German!

Perang Teluk Pertama melibatkan Iraq dan Askar Bersekutu pada tahun 1991 ialah perang yang memperkenalkan orang ramai terhadap senjata pintar (smart bombs). Setiap malam visual jambatan, kubu, istana dan sasaran strategik dimusnahkan dengan menggunakan senjata pintar diperlihatkan kepada orang ramai. Penggunaan senjata pintar menurut askar bersekutu mengurangkan kerosakan kepada kawasan persekitaran dan kematian orang awam.

Tahukah anda penggunaan senjata pintar dalam peperangan bukanlah sesuatu yang baru. Senjata pintar sudahpun digunakan sejak perang dunia kedua. Pihak Tentera Udara Jerman (Luftwaffe) menjadi pelopor senjata pintar apabila mereka menggunakan bom yang boleh dikawal dengan menggunakan isyarat radio. Ia mungkin tidak secanggil bom JDAM atau PAVEWAY yang dikawal menggunakan laser sekarang tetapi ianya tetap efektik apabila digunakan Luftwaffe untuk mengebom kapal perang.

Pihak Luftwaffe menyedari adalah amat sukar untuk memusnahkan kapal perang apabila bom dijatuhkan dari pesawat. Kapal yang bergerak sudahpun ke tempat lain by the time bom akhirnya jatuh dari ketinggian 5000-6000 meter. Max Kramer seorang jurutera Jerman diberikan tanggungjawab mereka cipta sebuah bom yang boleh dikawal. Pada tahun 1938 beliau melakukan eksperimen dengan menggunakan bom 250 kilogram yang diletakkan sirip kawalan. Eksperimentasi beliau berjaya dan Fritx X pun dihasilkan pada tahun 1940. Fritx X ialah sebuah bom kawalan radio seberat 1400 KG dengan bahan ledakan sebanyak 320 KG. Bom pintar ini boleh dikawal oleh pengebom selagi ia didalam lingkaran liputan radio pesawat pengebom sebesar 5 kilometer lebar.

Bom pintar Fritz X digunakan dengan efektifnya oleh Luftwaffe dan beberapa kapal perang berjaya dikaramkan. Walaubagaimanapun Fritz X akhirnya berjaya dikalahkan pihak berikat apabila mereka mula menggunakan frequency jammer pada kapal perang mereka. Apabila frequency jammer digunakan Fritz X hilang kawalan dan tidak boleh diterbangkan kepada sasaran yang dikehendaki

Selepas tamatnya perang dunia kedua,
Max Kramer berpindah ke Amerika Syarikat dan membantu tentera Amerika untuk mencipta lebih banyak senjata pintar. Beliau akhirnya meninggal dunia di California pada tahun 1986. So you see kids, Jerman memang banyak pandai dan selepas perang Amerika yang beruntung dapat teknologi terkini untuk program senjata mereka.







Digubah dari sumber Wikipedia

12 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails