Wednesday 16 May 2012

Serius Cool - Ferrari 599XX (19 Gambar)


Khas untuk litar sahaja

Ferrari 599XX ialah kereta lumba Ferrari 599 GTB Fiorano versi litar. Kereta ini hanya boleh digunakan diatas litar dan menjadi pentas ujian teknologi terkini Ferrari untuk mengadaptasi teknologi F1 keatas kereta keluaran mereka. Hanya sebanyak 30 599XX akan dibina dan anda hanya boleh membelinya jika mendapat jemputan khas dari Ferrari. Kos kereta yang mula dikeluarkan pada tahun 2010 ini ialah USD150 000 dengan yuran program khas Ferrari sebanyak USD 1.5 juta. Dengan meyertai program khas ini, pemilik 599XX akan dijemput menghadiri beberpa perlumbaan khas yang membabitkan hanya kereta 599XX yang lain. Ini sehampir yang boleh kepada pemilik Ferrari biasa untuk mendapat pengalaman seperti seorang pelumba professional.

Ferrrari 599XX diperkasakan dengan enjin V-12 720 kuasa kuda dengan kelajuan maksimum melebihi 300 kilometer sejam. Ia juga dilengkapi dengan roll cage, sistem brek gentian karbon dan sistem Actiflow yang mengubah kekuatan Down Force secara automatik. Nice car tapi ingat anda tak boleh menggunakan kereta ini diatas jalan raya biasa. Kena sign kontrak dengan Ferrari!








Laporan asal Car and Driver

13 comments:

  1. Takleh bawak kat jalan raya biasa ? Macam mana nak tayang aweksss ? Huh.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ko aphal ikan bilis? ko jeles tonggeng ke apa aku cakap sentra aku lagi cantik? jeles la tu takde sentra..beli la satu kalau jeles sangat...

      Delete
  3. Rugi-rugi, keta kancil lagi power dari ferrari. Keta kancil leh bwk jalan2 kampung yg sempit.. keta ferrari, jgnkan jalan kampung, jln biasa pun tak dapat nak lepas.. adoi!

    ReplyDelete
  4. tgk pic2 kt ats tetiba tingat kete ferrari yg x lps bumper...kuang kuang kuang..hebat lg evoviva ku

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails