Friday 25 May 2012

Serius Metroll - Mawi Kesal Tidak Dipanggil Ke Konsert World Stage



Johor Bahru - Jumaat - Penyanyi sensasi dan juga bekas pemenang Akademi Fantasi Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama glamernya Mawi hari ini menanyakan rasa kesal beliau tidak dijemput untuk menyanyi di konsert MTV World Stage. Konsert besar-besaran yang bakal berlangsung tanggal 14 Julai akan datang sebaliknya memanggil penyanyi luar seperti Justin Bieber, Kara dan Jay Park. Mizz Nina menjadi wakil tunggal meawakili Malaysia didalam konsert yang bakal disiarkan di saluran MTV. Menurut Mawi adalah sangat tidak adil seorang penyanyi yang terkenal dengan motto "Mawi World" tidak dapat melakukan persembahan di sebuah konsert yang mempunyai perkataan World. Beliau menambah ini tahun ketiga beliau tidak dipanggil selepas konsert tahun lepas memanggil Pop Shuvit untuk mewakili Malaysia. Dalam temuramah ekslusif wartawan Metro bersama Mawi di kediaman beliau di Johor Bahru, Mawi berkata

"Saya bukan nama kecil dan pernah satu ketika makcik jual budu di Kelantan pun menggemari muzik saya. Kenapa dipilih penyanyi urban yang makcik tak kenal seperti Pop Shuvit dan Mizz Nina? Apa yang mereka ada yang saya tak ada. Saya dulu TUDUNG pun ada dinamakan sempena nama saya! Namakan satu barang yang dinamakan sempena Mizz Nina dan Pop Shuvit sekarang! Disamping itu saya lebih berimej Malaysia dari artis-artis lain. Tak adil!"

Sementara itu timbalan presiden persatuan SENIMAN saudari Zed Zaidi bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Mawi.

"Apa yang beliau katakan betul. Dahlah industri filem kita dicemari pendatang macam Mat Harun bin Mat Aziz. Kini kita dahulukan Justin Bieber dan dua penyanyi Kim Chi muka dibedah plastik lebih extreme dari Zahida Rafik. Mana permit pekerjaan pendatang ini semua? Kalau nak tengok budak bawah umur menyanyi panggil sahaja juara Idola Kecil. Mereka juga boleh menyanyi malahan lebih bagus dari Justin Bieber!"

Sementara itu MTV dan Sunway (pemilik tapak konsert kelak) apabila diminta memberikan komen memberitahu kami

"Bukan kami tak mahu jemput beliau, tetapi beliau juga dikenali sebagai TSUMAWI. Kami risau jika beliau diatas pentas seluruh Sunway Lagoon akan dilanda Tsunami beliau. Pihak MTV dan Sunway terpaksa memikirkan keselamatan mereka yang hadir pada konsert ini kelak"



24 comments:

  1. kalau nak ikutkan memang betul apa kata mawi tapi bukan lah semua...cuba artis Malaysia sendiri fikirkan balik kenapa peminat lebih meminati artis luar berbanding artis Malaysia sendiri???bukanlah peminat2 terlalu memuja artis luar tetapi tengok dari sudut aktiviti artis Malaysia sendiri...

    1. Artis Malaysia lebih banyak mendatangkan kontroversi daripada kerjaya mereka sebagai lakonan atau nyanyian...
    Artis luar - lebih mementingkan kerjaya daripada kontoversi...

    2. Aktiviti2 artis Malaysia kurang ataupon tidak ada langsung seperti contoh saya ambil artis korea : byk aktiviti artis mereka selain drp lakonan dan nyanyian contoh game show running man. kalau korang tengok pon asyik nak tergelak. Di samping mereka buat game show mereka memperkenalkan artis2 mereka dan kejayaan mereka. Artis2 Malaysia ade mcm tu???

    itu drp apa yg sy dapat huraikan di sini...
    kalau ada salah silap maafkan saya tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa awak mengarut ni syg?

      Delete
    2. kehkehkeh...mohon pembaca jgn terlalu emosi seperti zed zaidi

      Delete
    3. why so serius kena troll la cik adik manis

      Delete
    4. lol salina ni tersilap blog ke?

      Delete
    5. mat haron mat ajis pasti bangga melihat statement mu syg

      Delete
    6. x pe. xde rezeki la tu mawi. thun dpn try la feat ngan florida mcm mizz nina buat.

      Delete
    7. salina kena troll atau salina troll korang?

      Delete
    8. aku suka org kena troll. Tapi bila mangsa troll sedar...counter attack balik, cakap eh..tak sebenrnya aku troll korang. Konon. Kalau brcadang gitu tak yah la. Fail.

      Delete
  2. @SALINA not sure if trolling or just plain stupid.

    ReplyDelete
  3. Salina...ini metroll..bukan betol2...hahahahahahaha

    ReplyDelete
  4. kihkihkih....cam sialpalis pun ade gak

    ReplyDelete
  5. bangang punya salina, u just get trolled

    ReplyDelete
  6. mohon jangan terlalu emosi dengan harian metroll :O

    ReplyDelete
  7. oh my... so funny.. she actually take it seriusly.. hahahahaha..

    ReplyDelete
  8. kah3x ape kena ngan salina gomez nie........adoi lawak2

    ReplyDelete
  9. Salina troll korang semua. Eh..sapa yg kena troll ni?. pening aku.. Ke aku pun kena troll sekali

    ReplyDelete
  10. Meh nak troll korang semua balik.

    Alahai mawi.. sudah sudah latu world
    World= Dunia.
    Dunia itu melalaikan. Akhirat yg pasti.
    Nak tengok Mawi dalam Tilawah Alquraan lah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails